Total Pageviews

Tuesday, August 23, 2011

Balik kampung..

Asslammuailaikum..Dah semniggu saya tak menjenguh kesini untuk update blog..Mungkin kerana saya terlalu sibuk & letih sehingga tak sempat nk update blog kat sini...Semalam saya balik kampung halaman selepas 5 bulan tak balik kesana sejak abg sedang sakit sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir..Akhirnya saya terpaksa akur dan mencari kekuatan untuk drive pulang ke kampung bersama puteri tersayang..

Banyaknya kenangan bersama suami dalam perjalanan pulang ke kampung..Airmata saya tak henti - henti menitis sehingga sampai ke kampung halaman..Teringat dan rindu sungguh pada suami..Dengan memakai cermin mata suami saya dan drive kereta bersama puteri kami sampai jua ke kampung..Dalam perjalanan pulang ke kampung saya rasa seperti abg ADA..ADA bersama kami dalam satu kereta..Mendendangkan lagu untuk ayg dan juga hasya..ayg pasti abg ada masa itu memerhatikan ayg kan supaya ayg tidak mengantuk bila drive kereta..

Dulu jika kita pergi mana - mana abglah yang akan drive kereta dan ayg seperti biasa akan tido dalam kereta walaupun jarak kita kuar pergi jalan hanya 20km..Sekarang perangai ayg puteri kita ikuti..Jika puteri kita ada dalam kereta dia pasti akan tido juga sayang macam ayg ketika dahulu...Rindunya nak naik keta bersama abg..ayg terlalu rindu..

Bila sampai aja di kampung anak - anak saudara yang masih kecik bertanyakan abg..mana paksu? mana paksu? menitis lagi airmata ayg..bertapa mereka sayangkan abg kerana abg terlalu rapat dengan mereka ketika abg ada..Teringat di waktu hendak menyambut perayaan tahun - tahun yang lalu..abglah yang menjadi mentor kepada budak - budak kat kampung dan anak saudara ayg untuk bermain bunga api / mercun. .Kelakarkan sayang ketika itu..Bahagia sangat..mercun abg pun masih ada lagi sampai sekarang..kata abg simpanlah sedikit untuk raya tahun depan (tahun ini)..

Tak sangka tahun lepas adalah tahun terakhir abg bermain mercun bersama kami semua..tahun lepas jugak tahun terakhir abg membaling mercun pada binatang - binatang liar di dusun kat kampung supaya buah - buahan tidak di makan oleh binatang - binatang tersebut..

Banyak duka daripada suka apabila ayg pulang ke kampung..Sukanya kerana dapat bertemu dengan makcik.. makcik tak putus - putus & jemu menyebut nama abg..Setiap kali makan..tengok TV..betapa kuatnta pengaruh abg pada family ayg..Dukanya bila ada adaik beradik dan jiran - jiran datang bertandang menanyakan tentang harta peninggalan abg seperti pencen,insuran dan sebagainya,,,BENCINYA AYG.... dengan manusia sebegitu,,sepatutnya mereka - mereka itu semua perlu bertanyakan khabar ayg dan anak kita..:(

Lagi bertambah benci bila mereka - mereka disana menyuruh ayg berkahwin lagi..hancur remuk hati ayg..sampai hati mereka..InsyaAllah abg setiap hari ayg berdoa semoga hati ayg ditetapkan hanya untuk abg..
Abg tahukan bertapa ayg sayangkan abg..ayg boleh menunggu abg selama 8 tahun untuk kita diijab kabulkan..kenapa ayg tidak boleh menunggu abg untuk ayg bertemu dengan abg semula di akhirat sana..Abg tunggu ayg tau..ayg pasti datang menjadi bidadari syurga untuk abg..InsyaAllah sayang...:)

AYANG SAYANG ABG..SAYANG SGT2..nanti ayg menulis lagi yer..sekarang nie ayg sibuk sikit dengan renovation rumah kita sayang..Rumah abg dah cantik..Abg pasti tengok rumah abg kan? rumah abg yang banyk kenangan bersama tok abg dan jugak ayg..Abg jaga diri yer..Semoga abg baik - baik dan tenang disana..ayg akan sentiasa kirimkan doa untuk abg,,InsyaAllah...:)