Total Pageviews

Tuesday, September 17, 2013

Motivasi Pernigaan Online

Assalammuailaikum sedikit perkongsian motivasi pernigaan online dr sy dr pengalaman sy selama ini.. moga bermanfaat buat semua.. In Shaa Allah...

Ramai yang mencari peluang perniagaan dari rumah, tetapi ramai yang tidak tahu di mana perlu mula..
ok meh saya ceritakan serba sedikit.. :)

Perniagaan online atau offline mempunyai cabaran yang sama, dimana pembeli diperlukan untuk membuat keuntungan dalam perniagaan. Untuk memulakan perniagaan dari rumah, anda boleh cuba pada 4 tip dibawah:

1. Mencari pasaran niche yang menguntungkan – bagaimana anda mencari niche yang menguntungkan? Anda boleh lihat pada pasaran dan juga mencari maklumat di internet dengan mencari di mana orang suka membelanjakan wang. Mencari pelanggan Ibarat seperti mencari bakal pengantin baru, perlu lihat dari jenis jantina, lelaki atau perempuan, umur , lokasi tempat tinggal untuk anda jalankan perniagaan pada pelanggan yang tepat untuk menjana pendapatan menguntungkan pada perniagaan anda.
Beberapa kelebihan menguntungkan terlalu kompetitif untuk perniagaan kecil untuk bersaing. Namun pelanggan tetap ingin mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk perkhidmatan anda.

2. Membina Senarai email anda sendiri. Kunci kepada keuntungan jangka panjang adalah apabila anda membina senarai email pelanggan ataupun bakal pelanggan anda . Anda boleh memberikan hadiah atau sesuatu percuma sebagai dorongan orang ramai untuk memberikan nama dan alamat e-mel kepada anda dengan mengisi borang/form sebagai tanda bersetuju untuk menerima mesej anda di masa hadapan melalui email.

3. Memasarkan produk-produk yang berkaitan dengan senarai email anda. Matlamat utama anda adalah untuk mempromosikan dan memberi tumpuan kepada prospek yang mempunyai hobi yang sama, keinginan atau obsesi kepada produk perkhidmatan anda jalankan, di mana kebanyakan daripada mereka bersedia membelanjakan wang jangka masa panjang. Pada permulaan, anda tidak semestinya perlu mempunyai senarai yang besar untuk menjana pendapatan.
Ia mengambil masa dan pengalaman  untuk anda mengumpulkan maklumat email yang banyak.

 4. Belajar dari mereka yang berpengalaman dalam niche anda. Anda juga boleh melapangkan masa dalam mempelajari dan menyertai kursus-kursus  berkaitan bidang perniagaan anda dimana anda boleh belajar terus daripada pakar berkaitan niche perniagaan anda, melalui ini anda bukan sahaja mendapat maklumat dan informasi dari seseorang yang berpengalaman, tetapi juga dapat menguruskan penggunaan masa dalam perniagaan anda dengan lebih baik lagi dengan belajar dari pengalaman mereka.


Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, pastikan anda melakukan pelbagai promosi untuk meningkatkan jualan anda. Penyelidikan mengatakan bahawa 96% perniagaan Internet gagal. Sebab utamanya? Tidak melakukan  promosi.

Berikut adalah 3 idea pemasaran Internet yang anda perlu lakukan sekiranya belum!

Buat laman web yang menjual
Sebelum anda mewujudkan laman jualan dalam talian, anda mesti tahu tentang pelanggan sasaran anda. Setelah mengetahui sasaran pelanggan, mudah untuk mewujudkan satu laman web jualan  dimana anda mesti mempunyai komponen penting seperti : pengenalan, masalah, pergolakan masalah , penyelesaian, butiran produk/perkhidmatan anda, ciri-ciri dan faedah produk anda , barang-barang bonus , jaminan dan cara tempahan  atau  pembayaran . Anda perlu membuat prospek anda melihat dan merasakan bagaimana produk/perkhidmatan anda akan menyelesaikan masalah mereka.
Perlu ingat, tidak kira hebat mana produk atau perkhidmatan anda, sekiranya laman web anda tidak berjaya menjual, maka orang masih tidak akan membeli.

Menawarkan hadiah percuma
Jika anda sedang mencari cara untuk membuat senarai pelanggan yang berpotensi untuk perniagaan anda , menawarkan hadiah percuma kepada prospek anda adalah satu pilihan tepat. Semua orang suka hadiah percuma dan anda boleh mengambil kesempatan ini untuk mendidik mereka dan memberi mereka maklumat berharga yang akan membantu anda untuk membina hubungan yang kukuh. Digital hadiah percuma seperti klip audio atau surat berita  adalah yang terbaik tetapi jika anda masih mampu untuk memberi hadiah fizikal, anda juga boleh lakukan. Kelebihan menyediakan tawaran ini adalah  anda berpeluang  mengumpul alamat email pelawat anda untuk kegunaan masa depan.
Memberi sesuatu yang percuma akan menambahkan lagi nilai produk dan perkhidmatan anda. Ini akan memudahkan lagi pelawat membuat keputusan untuk membeli dari anda.


Manfaatkan medium Media Social untuk perniagaan anda.
Platform media sosial adalah strategi yang paling penting jika anda ingin menjalankan pemasaran secara online. Walaupun anda menyediakan perkhidmatan produk , melalui media social, ribuan dan jutaan pelanggan dapat berhubung terus dengan anda. Alat rangkaian sosial seperti Facebook  dan Twitter boleh menjadi medium untuk pelanggan anda berhubung dengan  perniagaan anda.

Media sosial kini telah berpindah daripada hanya menjadi platform bersosial di mana orang menggunakan mereka untuk pertemuan mesra sahaja. Sebaliknya , media sosial telah menjadi tulang belakang bagi setiap perniagaan yang berjaya dan orang yang menggunakan ini untuk pemasaran online. Anda boleh membuat halaman Facebook atau akaun Twitter untuk perniagaan online anda dan menggunakannya untuk mempromosikan produk perkhidmatan anda melalui iklan dan ini akan membawa faedah yang berharga kepada perniagaan anda.
Sama ada pelawat membeli ataupun tidak produk dan perkhidmatan anda, gunakan media sosial untuk membina hubungan dan meningkankan lagi keyakinan antara perniagaan anda dan bakal pelanggan. Sebarang jualan akan lebih mudah terjadi apabila terdapat hubuungan dan terbina keyakinan pada perniagaan anda!

 Mengetahui industri anda – Dapatkan maklumat sebanyak yang  boleh mengenai industri anda. Anda perlu tahu lebih banyak maklumat dalam urusan perniagaan anda . Bersedia dari segi pertanyaan-pertanyaan yang bakal disoal oleh prospek anda. Melalui jawapan yang diberikan, kemungkinan besar prospek akan bertukar menjadi pelanggan setia anda..

 Sentiasa belajar – Jangan sekali-kali berhenti membaca buku-buku, artikel, ulasan, dan menghadiri workshop ataupun class mengenai perkara yang dapat memajukan perniagaan anda. Dapatkan orang yang dapat memimpin anda  mengembangkan urusan  perniagaan anda walaupun anda perlu bayar pada nasihat tersebut. Contohnya, ibarat palajar mempunyai  guru untuk dipimpin dalam urusan pelajaran mereka. Begitu juga dalam perniagaan, anda perlu lakukannya juga untuk mengembangkan perniagaan anda..

 Memahami teknologi – Ini adalah satu kategori yang agak rumit bagi saya, tetapi cukuplah untuk mengatakan bahawa anda perlu memahami media social, pengkomputeran, dan perisian yang sesuai. Melaui kaedah ini anda dapat memudahkan setiap urusan perniagaan anda dan juga dapat memudahkan menguruskan pelanggan anda.

  Khidmat Pelanggan – Kebanyakan orang berfikir jika mereka hanya menjual produk yang hebat  sahaja orang akan membeli. Sebenarnya, memberi layanan baik kepada pelanggan anda juga perkara yang perlu dititikberatkan. Bab nak khidmat pelanggan ni memang leceh nak urus, tambahan pulak pelanggan yang cerewet. Memang sukar nak uruskan. Tetapi, melalui perkhidmatan ini, anda tetap menghormati dan berterima kasih kepada mereka kerana menjadi pelanggan anda dan buat mereka berasa istimewa. Mereka akan terus menjadi pelanggan setia anda, mereka akan membeli dan terus membeli daripada anda.

 Doa –  Ini adalah senjata yang utama dan terutama, bahkan doa adalah alat yang paling berharga.Setiap urusan kita perlu diiringi dengan doa, mungkin pada permulaan perbuatan, pertengahan dan diakhir urusan harian kita perlu diiringi dengan berdoa.Jika anda sebagai usahawan, saya memahami begitu banyak  kesukaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Iringan doa amat-amatlah penting untuk kita praktikkan dalam urusan harian kita dalam keadaan yang mencabar yang sedang dan yang akan datang..

 Saya juga doakan moga anda dimudahkan segala urusan harian anda :)