Total Pageviews

Thursday, June 14, 2012

Cinta Buat Suami..

364 days ~ 1 years
Until today, I can still feel him and hear his voice clearly during the most previous last moment of my life with him. Teringat saat akhir kukucup dahinya, air mata yang mengalir seolah-olah memberitahu kau sudah hampir menemui penciptamu.
Bang,
May ALLAH swt bless ur soul, forgive ur sins, make ur grave a garden and grant u the highest level of paradise. May ALLAH grant u eternal peace and place ur soul amongst the pious and chosen believers.
May ALLAH swt bless u and count u among the Muttaqin. Indeed ALLAH swt loves u more than us and I am sure will meet u again in Jannah...Cinta ayg masih kuat untuk abg Insha Allah..

setelah setahun berlalu semalam ayg mendapat pertanyaan dri seorang sahabat kita (iaitu sahabat abg)  agak berat persoalan dia untuk ditujukan kepada ayg..pertanyaan dia "puan dah bersedia ke utk penganti con (abg)" terkejut juga ayg mendengar pertanyaan itu hampir 2 minit ayg cuba muhasabah diri.. Astafullallahalazim cepat ayg tersedar dari lamunan dan menjawab "Cinta sy masih kuat utk dia..hnya saya saja yg blh mendidik anak sy utk kami menyalurkan bekalan utk dia disana".. Insha Allah..
Begitulah kekuaatan cinta ayg dapat dilihat pada setiap pengorbanan seseorang yg bergelar isteri, diam bukan berarti lemah tapi semoga makin kuat ketaatan ayg pada abg selagi nafas terhela..Ikatan zahir dan batin ini Insha Allah akan sampai ke syurga..(perancangan Allah belum tahu utk diri syg dan puteri kita).

Moga kehidupan ayg dan puteri sentiasa mendapat Barakah.. Aamiin..

Pssssttttt: minggu nie anak kita nk pergi sekolah tau sayang nnti ayg loadkan gambr di yer.. sukanya dia ke sekolah..hihih..

Tuesday, June 12, 2012

Hilang kata - kata

Lama benar aku tidak menulis, menulis mahupun dengan perasaan atau fikiran. Terlalu lama sehinggakan aku merasa kehilangan kata-kata malah tulisan aku amat tumpul sekali. Bertungkus lumus menyiapkan kerja - kerja dalam kepadatan jadual sebagai peniaga memang amat memenatkan. Itupun aku memaksa diri menulis untuk memastikan semua kenangan yang tertulis ini akan di baca oleh puteri suatu hari nanti.
Banyak yang ingin aku ingin bicara dan kongsikan, tapi semuanya hilang. Kata-kata aku banyak hilang dalam hati. Hilang dalam fikiran. Yang akhirnya membuatkan mata pena aku tumpul dan terpaksa diasah kembali.
Pernahkah korang rasa sunyi dalam keramaian? Saat ini begitulah keadaan aku yang kehilangan kata-kata untuk ditulis,dilakar,mahupun dizahirkan. Ianya lebih banyak menari-nari di dalam hati. Sepertimana aku sendiri yang lebih suka mendengar muzik instrumental yang bunyinya tanpa kata-kata.
Kata-kata aku hilang untuk dilafazkan, melainkan ianya bersuara di dalam hati bersama pada Tuhan, sang kekasih Agung. Apakah nilaian aku sebagai seorang hamba kepada-NYA dalam kehidupan yang panjang ini? Apakah aku telah menjadi hamba-NYA yang terbaik? Apakah aku ini akan mati dalam keadaan husnul khatimah.?  
Dalam keadaan hilang kata-kata, aku cuma mampu berkongsi ini :-
Hai jiwa yang tenang( nafsu mutmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhoiNya, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku dan masuklah ke dalam Surgaku).” Al-fajr.

Setahun Berlalu..

Setahun Berlalu selepas kehilangan suami tercinta...banyak perkara yang berlaku terutama pada thun 2012..aku redha dengan segala ketentuanNya.. dalam masa setahun ini baru ku sedar bertapa sukarnya hidup sebagai seorang balu bila kehilangan suami tercinta...air mata tak pernah putus mengalir setiap hari tanpa sedar.. hadirnya aku sebagai isteri pada suami tercinta pada tahun 2008 dia telah banyak mengajarku tentang bagaimana untuk berdikari dan tidak menyusahkan sesiapa yg penting katanya jangan sesekali melukakan hati orang di sekeliling kita.. Biar hati kita sentiasa terluka tapi kita masih boleh berusaha untuk menjadi dengan lebih yang baik..takpalah sebenanrnya aku tak kisah apa tanggapan orang pada aku..
 Di telan mati mak.. di luah mati bapa' mungkin ini prinsip aku sekarang sejak aku menjadi isteri kepada suamiku dan prinsip itu bertambah menjadi lebih kuat..Insha Allah..

Selepas arwah pergi meninggalkan aku dan anaknya yg tercinta.. aku lebih suka memendam perasaan.. aku xnak org tahu apa yang ku alami terumata org yang rapat denganku.. Sebenarnya aku xnak menyusahkan dan membebankan sesiapa.. aku takut nanti ramai hati yg terluka.. kadang - kadang aku terfikir macam nak berhijrah membawa puteriku jauh dari sini jika itu lebih terbaik untuk kamu dua beranak..Semasa aku berada di hospital baru nie ku tersedar rupanya aku banyak menyusahkan banyak pihak.. Moga Allah sentiasa perlihara kesihatanku.. Jika ku di beri sakit lagi biarlah anaknda yang tercinta yang menjagaku sepertimana aku perah menjaga abahnya setahun yang lalu.. Hasya mesti cepat besar yer sayang... kalau boleh ummi nak sangat biar masa berlalu dengan pantas..kalau ditakdirkan ummi pergi menyusul menemani abahmu ummi nak kamu hidup berdikari spt diri ummi sekarang.. tapi jangan terlalu memendam perasaan klau terlalu sarat tulislah di kertas kemudian bakar kertas itu untuk meluahkan apa yang terpedam..Insha Allah kamu akan berasa lega..

Sebenarnya hidupku sekarang sangat indah walaupun tanpa suami aku selalu di temani olehsi comel yang sentiasa petah bercakap dengan kata2nta..
"hidup ibarat kopi biar pahit tapi tetap boleh di nikmati..

Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Kehidupan aku berputar seperti roda... ada masanya aku berada di atas.. ada masanya aku berada di putaran bawah.. tidak selalunya aku akan sntiasa berada di atas dan tidak selalunya jugak aku akan sentiasa berada di bawah.. tapi ada ketikanya dalam kehidupan ku bersama anaknda tercinta  aku berasa begitu kecewa sekali bila berdepan dengan makhluk bernama manusia.hidupku bila sentiasa berdepan dgn keinginan dan kemahuan manusia yg terhad kdg2 menjadi jiwaku perit dan sesak sekali..buat begini pada hari ini mungkin ada yg suka dan ada yg tidak suka.. hari nie mgkin mereka semua baik dgn diriku dan juga si comel.. tiba2 hari esok tiada siapa yg tahu mereka yg ada  cuma mempermainkan diriku dan si comel..aku dah cuba bermacam2 cara utk memuaskan hati semua org terutama org yg ku sayang tapi baru ku tahu bahwa diriku tetap tak mampu jua.. Hnya berserah pada dia Sang Pencipta..

Maka, kalau memuaskan hati manusia tidak akan pernah dapat memberi kepuasan dan ketenangan kepada kita, maka kenapa kita tidak kembali mencari kepuasan dan ketenangan ini daripada Pemilik-Nya? Letakkanlah hujung tali kehidupan kita ini pada kekuasaan dan keredhaan Allah s.w.t. Pastilah ketika kita merasa sempit, sesak dan kecewa dengan tekanan yang menjengah dalam kehidupan kita, ada hembusan ketenangan yang datang bertiup lembut dari-Nya memujuk dan membahagiakan hati kita daripada segala kesesakan itu...
Biarlah ku hidup bahagia bersama puteriku kerana itu PILIHANKU.. Allah sentiasa bersama kami.. Insha Allah..