Total Pageviews

Saturday, July 30, 2011

Hujan..

30/7/2011

SubhanaAllah di subuh hari ini..dekat rumah saya hujan turun dengan lebatnya..Dah lama rasanya hujan tidak turun sebegini..Mungkin ini semua kebesaran Ilahi dengan tibanya bulan Ramadhan..Sambil mendengar rintihan hujan jatuh ke bumi aku teringatkan abg yang waktu ketika dulu jika hujan di rumah kami dialah suami dan abah yang paling sibuk untuk memastikan rumahnya tidak bocor,melihat atap dan siling rumah,dinding - dinding yang membolehkan air hujan masuk ke dalam rumah dan paling dia prihatin ketika hujan turun dia sentiasa berada bersama puteri kami..Katanya takut puteri kami terkejut jika ketika hujan turun ada petir sambung menyambung ..Begitulah sikap abg yang sentiasa prihatin dan sayangkan puteri kami..

Abg..ketika hujan turun pagi ini ayg terlalu takut sayang..ntah mengapa perassan takut itu muncul dalam diri..tiba - tiba terfikir tentang bencana alam..ayg takut sesuatu akan jadi pada ayg dan hasya..Kalaulah abg ada ayg rasa perasaan takut itu mesti tak timbul pada diri ayg kerana abg selalu melindungi kami berdua..Abg..teringat ketika rumah kita di masuki air hujan kerana bumbung rumah kita bocor..Tika dan masa itu abg tiada di rumah kerja cuma ayg dengan hasya aja tinggal bersama..balik aja dari kerja abg terus pegi kehadapan ruang tamu rumah kita untuk memastikan jika ada air hujan yang masuk..Rupa - rupanya ada air hujan itu telah membasahi permaidani (karpet) rumah kita...abg begitu marah sekali dekat ayg kerana tak ambil berat tentang semua itu..kebetulan permaidani itu adalah permaidani kesukaan abg..ayg terkilan masa ini kerana meninggikan suara pada abg..kata ayg " ayg tak sempat nak tengok penat lah dengan anak lagi..lagipun karpet itu basah sikit aja pun takkan sebab karpet pun abg nak marah" ..:(

Kuatkah ayg untuk meneruskan semua ini...dengar air hujan menitis pun ayg dah rasa takut..macam mana untuk meneruskan perjuangan ini tanpa abg..Ya Allah kau buanglah perasaan takut dan gugup dalam diriku kerana aku ingin meneruskan perjuangan untuk suamiku membesarkan puteri kami dan mendidiknya menjadi anak yang solehah...Amin...


~~~TENTANG HUJAN~~~


Hujan disebalik Anugerah Allah | Hujan oh Hujan
Hujan yang turun bagaikan mutiara melimpah ke alam maya ini. BEtapa nikmat dan rahmat Allah ini tidak dpat disangkal-sangkal lagi. Allah jualah yang Maha Mengetahui dan Maha Pemurah.

Tetapi kita....
Bila langit mula mendung, kekadang terdengar
bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca
buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa
hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
- Habislah banjir kilat lepas ni!!!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan
dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami!
Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai
pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa
awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan
itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram
ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah
sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat
manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan
turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan.
Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab.
Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat
pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan
hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf
dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita
tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang
tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan
sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
(Al-Mukminun : 1)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru
hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada
kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian,
air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua
rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan
pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air
(hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya;
dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi
dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan
(ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang
kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

One Day..(part 3)

29/7/2011

Hari berlalu begitu pantasnya..dari masa setahun perkenalan sekarang sudah masuk tahun kedua..tapi antara kami tidak pernah bertemu..Aku rasa semakin hari aku semakin rindu padanya..Jika dia tidak "sms" @ call perasaan rindu itu akan terus muncul..adakah ini dinamakan 'CINTA'...Cinta remaja yang berumur seawal 20an....Alhamdulillah akhirnya kami bertemu seperti yang telah ditetapkan iaitu 2/2/2002..Tarikh yang agak unik dipilih olehku..

Di restoran City One Alor Star City Plaza pertemuan pertama kami..Masih aku ingat lagi ketika itu jam hampir pukul 4.00ptg..sepatutnya perjanjian untuk bertemu pukul 3.00ptg..Mata aku terkebil - kebil menunggu jejaka yang selama ini tidak pernah bersua muka muncul..aku cuba call tapi tak dapat..Dalam hati ini rasa macam ada perkara yang berlaku...Seperti yang kami janjikan aku mengenakan baju berwarna merah hati seluar hitam dan dia mengenakan t-shirt berwarna biru seluar biru...

Akhirnya muncul jejaka yang ditunggu oleh aku..Tapi aku kehairanan sebab melihat ada dua jejaka yang memakai t-shirt biru dan seluar biru..Dalam hati berkata yang mana satukah ia..tengok dari susuk tubuh lebih kurang aja seperti apa yang pernah di beritahu sebelum ini..Mereka berdua pun datang padaku dan salah seorang menyapa diriku.."boleh saya bertanya awak nie suria @ sue ke?" aku membalasnya "ye saya" aku berkata..duduklah dah lama saya menunggu call pulak tak dapat..salah seorang daripada mereka membalas pertanyaanku..Sebenarnya kami datang dengan motor kebetulan dalam perjalanan ke sini hujan lebat..sebab itu lambat sikit sampai ke sini..Maaflah yer kerana membuatkan awak menunggu dengan lama..Oh..takpe saya faham (dalam hatiku still lagi berteka teki yang mana satu hafidzol)

Erm...kalau tak keberatan boleh saya tahu yang mana satu hafidzol..saya pun dah confius sebab kamu dua orang pakai baju warna yang sama...salah seorang daripada mereka ketawa..Kalau awak pandai awak teka la yang mana satu..Erm..sukar saya nak teka sebab dari segi gambaran yang diberi lebih kurang aja...(peliknya aku hanya seorang aja yang bercakap yang lagi seorang hanya tersenyum tanpa berkata apa - apa)

Awak sebentar yer kami ada hal nak bincang kejap..dalam 5 minit kami datang balik ok..Erm...ok lah...Selepas 5 minit berlalu hanya seorang aja yang datang padaku...Masa dan ketika itu dua gelas fresh orange dah habis ku minum dan akan order untuk fresh orange yang ketiga...Datanglah jejaka yang cakap banyak tadi..Sebenarnya sayalah hafidzol yang tadi itu kawan sebilik dengan saya namanya safarin orang Changloon...Ooo...selamat berkenalan En.hafidzol..hehehe..selama nie kita hanya sms dan berbual aja kan so sekarang dah bertemu kita untuk sekian lamanya...sekejap aja dua tahun perkenalan kita tanpa bersua muka..

Oh ya..kemana kawan awak yang lagi seorang itu pergi...Sebenarnya dia pun ada temujanji dengan seseorang kat sini..so saya pun ajak dia temankan dan kami datang sekali sekarang dia dah pergi jumpa dengan kawannya..Awak..kalau saya panggil awak "sue" boleh tak? saya rasa lebih lembut dengan panggilan itu..Oh..boleh aja so saya nak panggil awak apa pulak? Kalau awak rasa tak sengan @ malu boleh aja panggil saya dengan panggilan abg (dalam nada ketawa)..Oh no..saya rasa belum lagi sampai ke tahap itu...hihihi...saya just panggil awak hafiz aja k..boleh ke? hafiz & sue...sue & hafiz..alahai sue macam mana nak gabungkan rasa macam susahlah pulak...

Hah? gabungkan apanya? gabungkan nama kitalah...Uish!! awak fikir sampai tahap itu sekali..jap saya fikirkan..."SUEHAFIZD' ok ke?..ok la kot..hahahha..Erm...Sue..awak cantiklah..rambut awak pun cantik..lurus aja..hitam pekat..hidung awak..ermm..memang anugerah Allah (masa nie saya belum sepenuhnya bertudung agak jahil sikit masa nie..hehehe)..Ye ke? malulah pulak saya..Dalam keriuhan kami berkongsi cerita akhirnya datang waiter dengan membawa fresh orange yang ketiga..waiter itu sambil berkata..hai cinta fresh orange ke kak oiii...hihihi..aku hanya tersenyum...

Jam hampir menunjukan pukul 6 petang..akhirnya aku bersuara..awak dah hampir pukul 6 petang saya rasa dah lama kita bertemu lagipun saya belum solat asar lagi...saya rasa nak berundur dululah...nanti kan makcik saya risau jika saya balik lambat..Erm..ok la sue jap saya call kawan saya 2...Tapi sue bila pulak kita akan bertemu..InsyaAllah kalau ada jodoh dan ditentukan oleh Allah kita pasti bertemu yer...Tapi saya rasa macam nak bertemu awak setiap hari...(aku tersenyum)..hihihi tak bolehlah sampai setiap hari sebab umur kita kan masih muda so banyak lagi benda yang perlu kita perbaiki...(Dia diam seketika)..Hafiz kawan awak safarin dah sampai..eloklah kita berundur yer..Hati - hati bawa motor 2 yer...Awak pun sue hati - hati drive keta 2 yer...InsyaAllah jangan risau ok sebab rumah saya dekat aja..kalau hujan pun saya tak risau..tapi kamu berdua kan datang dengan motor kalau hujan susah jugak kan..Ok la nanti kita jumpa lagi...Asslammuailaikum..kami pun berlalu pergi sambil tersenyum....

============ TO BE CONTINUE ===================

Friday, July 29, 2011

Untuk Muslimah..

Wanita Idaman Saya…

Seorang Wanita yang aku idamkan..Ialah seorang buta, bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang BUTA...
BUTA, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha..
Kerana matanya terpelihara daripada memandang lelaki ajnabi..
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah ..
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang BISU..

BISU, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran..Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan ..Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..Asalkan dia petah membangkang kemungkaran..Dan lantang menyuarakan kebenaran

Wanita yang aku idamkan ialah seorang yg BAKHIL

BAKHIL, Bakhil dalam memberi senyuman..Pada lelaki yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan lelaki ajnabi yang boleh dinikahinya..Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang lelaki yang tidak sepatutnya..Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya ..Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya..Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran ..Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya..Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH..Kembali megah di muka bumi

Wanita yang aku idamkan adalah seorang yang PAPA

PAPA, Papa dalam melakukan perkara maksiat..Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat..Papa memiliki akhlak mazmumah..Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan ..Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia..Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri..Dia mahu menjadi seorang syuhada..Yang syahid di jalan Maha Esa..

Thursday, July 28, 2011

Musibah...

Akhir-akhir ini,kita sering terdengar atau terbaca musibah yang melanda di serata tempat. Pelbagai bencana alam yang menimpa kat merata-merata tempat, isu Palestin yang tidak sudah-sudah dan banyak lagi musibah yang berlaku akhir-akhir ini.


Kita juga seringkali ditimpa musibah,walaupun ianya bukanlah musibah sehebat gempa bumi dan seumpamanya,namun setiap kesusahan yang menimpa kita juga dinamakan musibah,dan setiap musibah menuntut kesabaran bagi orang yang menghadapinya. Persoalannya,apakah kita sabar dan redha melaluinya???. Kalau musibah itu kena pada orang lain, dengan mudah kita akan katakan ia sebagai bala dari Tuhan. Kalau musibah itu kena pada kita sendiri, mulalah kita menyalahkan takdir. “Mengapa aku yang kena?” “Aku dah berusaha kenapa aku masih gagal?” “Aku dah banyak doa, solat. Kenapa aku yang dapat musibah?” Soalan-soalan yang tidak munasabah mula terpacul di mulut, paling tidak pun berlegar-legar dalam fikiran, sebagai tanda tidak puas hati terhadap kesudahan yang menimpa dirinya. Seolah-olah dia berhak mempersoalkan keputusan Allah yang menentukan qada’ dan qadar. Seolah-olah dia layak menentukan kesudahan mana yang dia suka..



Kita mesti menerima hakikat bahawa hidup kita merupakan ujian. Susah senang yang berlaku dalam kehidupan kita semuanya telah diatur rapi oleh Allah untuk kita. ia mewarnai kehidupan kita sebagai seorang manusia. Hidup mudah tanpa kesusahan pasti membosankan. Kesusahan yang berterusan pasti mengecewakan. Lumrah kehidupan pasti ada naik dan turun, menang dan kalah, berjaya dan gagal. Itu sudah menjadi sunnatullah, Allah yang lebih memahami sifat makhlukNya. Tugas kita (sebagai hamba Allah) hanyalah menjalankan apa yang disuruhNya bukan menentukan kesudahan sesuatu perkara. Biarlah ketetapan/kesudahan sesuatu perkara itu menjadi hak milik Allah semata. Dan sesungguhnya Allah Maha Adil. Teringat saya sebuah drama melayu yang memaparkan kesusahan yang dihadapi oleh seorang isteri,namun dia sabar menghadapinya dan sering berkata”…hanya insan-insan terpilih sahaja yang diuji oleh Allah dengan musibah…”’



Sikap kita sebagai orang yang beriman hendaklah sepertimana yang diucapkan oleh Rasulullah saw.

Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ra berkata, Rasulullah saw bersabda: ”Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana bila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka yang demikian itu sangat baik baginya, dan bila ia tertimpa kesusahan ia sabar maka yang demikian itu sangat baik baginya”.

(Riwayat Muslim)

Hendaklah kita menerima segala apa yang berlaku di dunia ini dengan keredhaan yang mutlak kepada Allah. Syukur dan sabar adalah respon kita yang paling baik untuk setiap perkara, senang atau susah. Syukur kerana pasti ada rahmat disebalik kesusahan yang menimpa, sabar kerana itulah tanda orang yang beriman.

Abdullah ibn Umar ra apabila ditimpa musibah akan mengucapkan alhamdulillah dan redha kerana:

*

musibah yang datang bukan urusannya
*

tahu musibah yang lebih besar boleh terjadi
*

Allah akan kasih padanya
*

Allah akan beri pahala

Antara rahmat Allah yang akan kita dapati apabila ditimpa musibah ialah sebagai penghapus dosa, menambah pahala dan pencetus hidayah. Semua ini boleh kita dapati hanya apabila kita syukur dan sabar. Apabila kita bersikap sebaliknya, yang kita dapati juga adalah sebaliknya. Ia akan menambah dosa kita, mengurangkan pahala dan kita akan semakin jauh dari hidayah Allah. Na’uzibillah, moga dijauhkan.

Wednesday, July 27, 2011

60 Hari...

Masa berlalu begitu pantas terasa bagai semalam kejadian itu berlaku..Kejadian tidak sama sekali aku impikan datang begitu cepat dalam hidupku yang sekarang tika dan saat ini ku harus meneruskan perjuangan untuk membesarkan puteriku tanpa suami yang disayangi..Sejak akhir-akhir ini rasanya semakin sukar untuk menyusun ayat - ayat agar menjadi satu cerita yg menarik di dalam blog ni..ntahlah mungkin semangat aku semakin hari semakin hilang rasanya..Semoga Allah sentiasa tabahkan hatiku untuk meneruskan kehidupan yang berbeda ini..Amin..


# Different stories on the same day #


2 day ago (25/07/2011) terjadinya 2 kejadian yg berlainan. Ptg tu aku seperti biasa balik dari kerja pergi ke pejabat pos untuk pos barang - barang customer..sampainya dekat pejabat pos tengok orang begitu ramai yang beratur..dalam hati ini selalu fikir jika abg ada aku tak perlu datang beratur ke pejabat pos semua dia yang akan uruskan..Keluarnya dari pejabat pos nak pergi ke parking kereta dengan tidak di sangka ada sebuah motosikal dari belakang datang langgar aku yang ketika itu nak membuka pintu kereta...Allahuakhbar aku terjatuh tersungkur dekat tepi jalan besar..baju aku carik dekat bahagian lutut..kaki aku terseliuh sakit dan nyilu..

Adik yang menunggang motosikal itu terus berlalu pergi..aku pulak tiada siapa yang datang menolong..sambil bergenang airmata dengan memanggil nama abg aku bangun dengan sendirinya..nasib baik tidak ada apa yang serius cuma ada kesan calar aja dekat bahagian lutut..Pastu terus fikir boleh ke aku nk dirve kereta dengan kaki terseliuh..Tawakal moga Allah berikanku kekuatan..Akhirnya dengan kekuatan yang ada aku selamat juga sampai ke rumah..Alhamdulillah..Tapi dalam perjalanan balik ke rumah air mata bercucuran tanpa henti dan berfikir..kalau ditakdirkan aku sakit ketika didalam rumah pengsan ke apa ke? siapa yang akan datang menolong aku..kerana aku hanya tinggal dengan hasya sahaja di dalam rumah itu..Bolehkah hasya menolong aku jika sesuatu terjadi padaku..Allah kau perlindungilah & sihatkanlah kesihatan kami selalu..Hanya padaMU ku berserah Ya Allah...

Lagi satu kejadia selepas aja waktu maghrib aku call abah mertuaku yang berada di Tanah Suci Mekah.. Tanya khabar dia minta dia doakan aku supaya menjadi kuat & tabah untuk meneruskan kehidupanku bersama puteri kesayangan kami..Minta dia doakan supaya ikatanku dengan keluarganya sentiasa kekal hingga akhir hayat walaupun abg telah tiada..Minta dia doakan semoga roh abg ditempakan di kalangan orang yang beriman..Abah dengar suaraku berkata begitu dia terus menangis dan aku pun menangis tanpa henti..Terima kasih Ya Allah diatas kurnianMU terhadapku dan puteriku

Abg..alangkah bahagianya bila ayg mendengar suara abah abg di tanah suci mekah..tika dan saat itu akan lebih bahagia jika abg masih ada bersama ayg..ayg takut sangat sayang..takut dengan pandangan dunia terhadap ayg..apa yang boleh ayg lakukan cuma berserah pada Allah..ayg yakin dengan janji Allah..InsyaAllah pasti ada sinar akan kembali..Semalam ayg dapat intiview sayang dekat lawyer firm memandangkan tempat kerja lama ayg projek dah habis so sekarang ayg terpaksa kerja kuat untuk mencari kerja supaya boleh meneruskan kehidupan ayg dan puteri kita..Abg doakanlah ayg dari sana supaya ayg dapat kerja secepat yang mungkin yer sayang.. Walaupun ayg rasa tersepit dengan ketiadaan abg akan tetapi ayg akan cuba sebaik mungkin untuk membesarkan puteri kita seperti orang lain..InsyaAllah..

Semoga roh abg sentiasa tenang di bawah lindungaNya & di tempatkan bersama org2 yang beriman,InsyaAllah abg ayg pasti akan menemani abg untuk selamanya suatu hari nanti..Bersabar yer sayang...AL - FATIHAH untuk abg yang ke 60 hari..

Tuesday, July 26, 2011

Rindu.......................:(

24/7/2011

Ya Allah..ku terlalu rindukannya..Sampai bila harus ku bertahan Ya Allah..

Sayang...
sekarang ayg berada dirumah kita..tapi ayg terasa abg ada di mana - mana..di setiap sudut rumah kita..Tengok aja barang - barang dalam rumah mesti ternampak wajah abg...Rindu betul pada abg..apa yang boleh ayg katakan yang ayg akan tunggu abg setiap hari dan anggaplah abg "ADA" cuma tidak pulang ke rumah kita...Setiap kali berbual dengan princess kita bibir ini tidak lekang memanggil nama abg...setiap pergerakan hasya suruh abg perhatikan..ayg selalu bercakap seorang diri..ayg tahu abg dengar segala percakapan ayg..

Ramadhan hampir tiba..ayg rindu nak pergi bazar ramadhan dengan abg..rindu nak berbuka puasa dengan abg..rindu nak bersahur dengan abg...Rindu nak bekalkan bekalan dekat abg jika abg kerja petang & malam..Kenapa semua ini terjadi pada kita disaat keluarga kita sedang mengecapi kebahagian dengan kehadiran princess kita..Ya Allah alangkah bahagianya jika waktu boleh diputarkan..jika waktu boleh diputarkan semula kembali ke zaman itu..akanku ambil berat akan kesihatan suamiku..akan ku paksa dia pergi ke hospital secepat mungkin..

Abg,,
Princess kita kena demam campak..abg masih ingat tak ketika dia kena demam campak sewaktu dalam pantang dahulu..abg la orang yang paling risau tentang kesihatan dia..Abg cakap alangkah baiknya jika abg yang boleh merasa kesakitan anak kita kerana hasya tidak pandai memberitahu dekat mana yang dia rasa sakit..:(
Moga princess kita cepat sembuh ye sayang...ayg tau princess kita terlalu sunyi sekarang..abg nampak kan macam mana keadaan princess kita sekarang yang terlalu manja dengan ayg..dia tidoa atas bahu ayg..riba ayg..sebelah ayg & ayg tak boleh bergerak kemana jika dia masih tak tido mesti dia akan menangis..Kesian kat dia kan sayang..

Dulu..masa abg ada abg selalu cakap kesian kat anak kita bermain sorang - sorang kalau macam itu ummi kena bagi adik dekat hasya cepat - cepat supaya hasya ada kawan untk bermain memandangkan kawasan rumah kita tiada budak - budak untuk bermain dengan hasya kerana kitalah pasangan paling muda yang menetap dekat situ..Tapi sekarang sayang balik kerja hanya ayg dengan hasya tinggal dalam rumah kami tidak keluar kemana - mana..Dulu masa abg ada abg selalu bawa kami ronda - ronda naik motor & kereta..pergi makan - makan..pergi taman permainan...tapi sekarang dengan siapa ayg nak buat semua itu...:(

Makin hari ayg rasa makin dekat dengan abg...makin rindu dengan abg...ikatan cinta makin kuat bersama abg..kasih sayang ayg bertambah erat dekat abg..Ayg makin hargai abg...Betapa pedihnya hati ini bila kehilangan abg...orang yang paling ayg sayang...Semua ini bagai mimpi kan sayang...dan akan sentiasa jadi mimpi ayg sehingga nafas terakhir ayg..

Nie princess kita sayang..dia kena demam campak...kesia kat dia bila menangis sambil memanggil nama abah...:(