Total Pageviews

Saturday, July 23, 2011

Bermulalah kehidupan kami..

22/7/2011

Bahagia rasanya bila dapat balik rumah sendiri...sebelum nie aku & hasya tinggal dengan mertua selepas abg meninggal...Baru hari ini dah ada sedikit kekuatan untuk balik ke rumah sendiri bersama princess tersayang..Alhamdulillah...:)

Abg..
Hasya sangat ceria bila dapat balik rumah kita..
Walaupun abg tiada ayg pun ceria melihat hasya ceria..hihihi..

Abg..
Maafkan ayg yer sebab ayg balik kerumah kita ketika ayg masih lagi dalam Iddah..ayg harap abg faham kenapa semua ini berlaku...Pasal amanat abg untuk ayg itu InsyaAllah ayg akan cuba sebaik mungkin pujuk hati untuk merelakan semua walaupun bukan tinggal serumah..

Abg..
Sukarnya hidup ayg sekarang untuk memulakan kehidupan baru tanpa abg..tanpa sesiapa..Dengan pandangan masyarakat terhadap ayg sekarang yang bergelar status janda..Ayg tak minta semua ini terjadi..tapi yang terjadi adalah ketentuan Ilahi..Ayg pasti Allah akan melindungi ayg dalam meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal..Orang bercakap tidak sepayah yang menghadapi..Sebenarnya tiada cela atau hinanya menjadi janda akan tetapi kenapa manusia suka menghukum sesama manusia..Orang seperti ayg hanya perlukan sokongan dan dorongan untuk meneruskan hidup tanpa abg..Tapi semuanya harapan tinggal harapan apabila ayg di caci & di herdik oleh orang keliling..Bagaimana ayg harus tabah jika ini yang mereka katakan..:(

Abg..
Abg tahu kan isteri abg ini seorang yang kuat & sabar..tapi dalaman hati ayg pun abg tahu kan macam mana...Seorang yang suka mendiamkan diri jika menghadapi masalah..Tika dan saat ini ayg terlalu berhati - hati untuk dijauhi oleh fitnah manusia...ayg rindu sangat dekat abg..rasa macam nak ikut cepat - cepat aja abg kesana kerana ayg tak mampu untuk berhadapan dengan mainan dunia..Hampir dua bulan abg telah pergi meninggalkan kami dua beranak..Airmata ayg tak pernah sesekali kering dipipi sentiasa membasahi pipi..Sebenarnya ayg tidak boleh hidup tanpa abg sekarang..separuh jasad ayg dah pergi bersama abg..AYG RINDU SANGAT DEKAT ABG...

YA ALLAH..
BERIKANKU PELUANG SELALU UNTUK BERTEMU DENGAN SUAMIKU WALAUPUN HANYA DALAM MIMPI..
AKU INGIN SANGAT MENATAP WAJAHNYA..
INGIN SANGAT MEMBELAINYA..
INGIN SANGAT MENJALANKAN TUGASKU SEBAGAI ISTERI..
INGIN SANGAT MENCIUM TANGANNYA...
INGIN SANGAT MENGUCUP DAHINYA..
INGIN SANGAT MEMELUKNYA..
TAPI KU TAHU YA ALLAH..
KERANA SUAMIKU SEKARANG BUKAN MILIKKU..
SUAMIKU SEKARANG TELAH MENJADI MILIKKMU..
AKU BERHARAP SANGAT YA ALLAH MOGA AKU AKAN DIPERTEMUKAN OLEH SUAMIKU NANTI..AMIN...

Thursday, July 21, 2011

Gadis (part 2)

21/7/2011

Tiba - tiba suatu hari mak gadis tersebut menyampaikan hajatnya kepada anak - anaknya..
Wahai anak - anakku yang di kasihi..memandangkan mak semakin hari semakin lemah kerana penyakit yang di tanggung..
mak ingat mak nak jual semua bot - bot peninggalan arwah bapa kamu..
mak harap kamu semua akan setuju memandangkan tiada siapa lagi yang boleh kemudikan bot itu..

Anak - anaknya yang yang sudah dewasa begitu gembira mendengar berita itu..
mak gadis itu berkata lagi..Akan tetapi duit hasil penjualan bot - bot itu mula sekali mak nak langsaikan hutang yang tertungak..
emudian baru la kamu semua ambik bahagian - bahagian kamu..
Akhirnya semuanya mendapat bahagian masing - masing dengan gembira dan sombongnya..ada yang pergi bercuti..ada yang membeli perabot baru..ada yang perbaiki rumah baru..semuanya duit dihabiskaan kepada benda - benda yang tak berfaedah dulu..itulah kata orang jangan di buat main - main dengan harta pusaka..kalau kita salah guna sekelip mata aja bertaburan..sepatutnya dengan harta pusaka kita banyakan dengan buat perkara - perkara kebaikan..

Masa itu usia gadis ini menginjak ke sepuluh tahun...Gadis ini sangat terharu kepada maknya..setiap hari jumaat @ malam jumaat mak gadis ini mesti buat amal jariah..doa selamat serta tahli untuk abah gadis ini..setiap minggu juga rumah gadis ini ada pelbagai jenis makanan untuk kenduri kepada kanak - kanak yang memerlukan..kerana mak gadis nie telah menyambung hobi suaminya yang suka kepada kanak - kanak..walaupun menu yang di masak hanya la bubur kacang tapi dari situ gadis ini melihat wajahnya maknya yang gembira ketika melihat kanak - kanak tersebut menjamah makanan yang di masak olehnya dan di bantu oleh adiknya iaitu makcik gadis ini..

Semakin hari gadis ini melihat maknya semakin lemah..gadis ini selalu bertanya kepada maknya?
kenapa mak selalu sedih?
mak rindukan bapa kamu sayang..rindukan keluarga mak yang seperti dahulu ketika bapamu ada..
Gadis ini menangis dan terus menangis kerana kesiankan maknya..takpa mak saya kan ada..saya sayang mak..sayang sangat - sangat..Ujian dan dugaan sentiasa berada kepada mak gadis ini..tapi gadis ini melihat maknya tak pernah putus - putus berdoa dan mak gadis ini selalu berpesan kepada gadis ini..

Duhai anakku..
kesian mak kepadamu..
ketika kamu sekecil ini..
kamu terpaksa melihat pelbagai dugaan & ujian dari keluargamu..
Mak harapkan apa yang kamu lihat..kamu jadikan pengajaran..
Ingatlah kata mak sayang..kamu mesti kena selalu mengalah kerana kamu adalah adik yang kecil sekali..Jika hatimu rasa sakit..kamu pohonlah doa kepada Allah kerana dia yang maha mengetahui..akan tetapi kamu jangan sesekali berserah ye sayang..Jika kamu berada di tempat yang benar InsyaAllah Allah pasti akan memberikan yang terbaik untuk kamu..
Jika kamu besar nanti jangan lupa pada asal usulmu..
Seburuk - buruk mana asal usulmu..
Kamu harus redha dengan ketentuanya..
Jangan malu dengan dunia jika kamu memiliki keluarga yang sebegini..
Tetapi malulah dengan Allah dan pohonlah padanya moga kita semua menjadi keluarga sakinah..keluarga yang diredhai Allah..(ayat nie saya olah balik yer..tapi maksudnya lebih kurang begitu la)

Gadis ini tidak boleh melihat maknya menangis pasti dia pun akan menangis..
Akhirnya keputusan UPSR pun keluar ketika umo gadis ini 12tahun
Alhamdulillah gadis ini mendapat keputusan yang memberansangkan daripada kakak - kakak dan abang - abangnya yang lain...Dan mak gadis ini selalu memuji gadis ini..Mak bangga dengan kamu sayang..Bangga ada anak seperti kamu..Kamu cakap aja sayang apa yang kamu nak mak akan tunaikan permintaan kamu kerana antara kamu semua mak terlau sayangkan kamu..Walaupaun kamu ini selalu merajuk @ kuat merajuk tetapi mak tahu rajukmu itu bersebab..

Ye ka mak..
kalau macam itu saya nak......BERSAMBUNG...


Muhasabah Cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu


Huraian :
Pengajaran hadis:

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)

iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.


Ya Allah
Kadang-kadang aku berdoa utk kuat...
Tapi kenapa byk dugaan & ujian dariMu..
Kadang-kadang aku minta cerdik...
Tapi masalah pula yang timbul...
Kadang-kadang aku minta bahagia dariMU..
Tapi hura-hara pula yang timbul...D

Akan Tetapi Ya Allah..
Dugaan menjadikan mental aku kuat..
Masalah menjadikan aku sentiasa berfikir mencari kelemahan diri...
Huru-hara menjadikan aku semakin hari semakin tabah...

Hebat kan Ya Allah...
Semua ada hikmah yang telah tertulis untuk hambaMU yang bernama NORMALA BINTI TAIB...

Ya Allah...
Hanya pada Mu tempat ku mengadu & memohon...
Kurniakanlah kepada ku ketenangan hati & perkhabaran gembira...
Lindungilah aku selalu kerana aku insan yang lemah..
Jika mati itu terbaik untukku...
Kau matikanlah diriku..
Tapi Jika kau telah rancangkan sesuatu untukku..
Kau tetapkanlah imanku supaya ku bersedia dan redha dengan ketentuanMU..

Wednesday, July 20, 2011

Selamat Hari Lahir Pertama Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Ketahuilah bahawa dua tahun yang lalu Ummi dan Abah hampir putus asa ketika Doktor mengatakan bahawa rahim ummi tidak begitu kuat untuk malahirkan anak..Tapi ummi dan abah tak henti berdoa semoga kami mendapat zuriat secepat yang mungkin kerana sebelum kamu dilahirkan dua orang saudara kandungmu telah pergi menghadap Ilahi sebelum lahir ke dunia..Namun selepas 4 bulan saudarak keduamu tinggalkan kita ,Allah telah memakbulkan doa ummi dan abah untuk memeprolehi cahayamata lagi dan ketika itu duhai anakku Nur Hasya Sofea kau telah mula berada di dalam rahim Ummimu.

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Ketika kau berada dalam rahimku hari demi hari bulan demi bulan pelbagai dugaan yang menimpa atas diri Ummi dan Abah..Kami telah diuji oleh Allah ketika Ummi sedang mengandungkan kamu..Ummi dan Abah takut sangat sayang..Kami takut yang kamu tak sempat melahirkan ke dunia seperti saudaraMU yang lain..Hampir setiap bulan ketika mengandungkan kamu Ummi dimasukan ke hospital..Sakit dan peritnya hanya Allah yang tahu betapa sukarnya untuk melahirkan kamu sayang..Permata yang sangat bernilai buat Ummi dan Abah..selepas hampir sepuluh bulan menggandungkan kamu akhirnya kamu lahir ke dunia pada tanggal 20/7/2010 jam 5.28 pagi ketika azan subuh berkumandang

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Setelah mendengar tanggisan pertamamu di subuh hari Ummi berasa syukur yang teramat kepada Allah kerana kau telah selamat dilahirkan ke dunia..Secara tak langsung kehidupan ummi dan abah dah lengkap dengan kehadiran kamu..Kau juga telah mengajak kami ikut serta dalam tanggisanmu..Tanggisan ummi dan abah yang sangat bahagia melihat bayi yang tapak kakinya sebesar dua jari dari rahim ummi telah berada di depan mata kami sekarang...Kau adalah Rahmat dan sekaligus titipan & utusan Allah untuk Ummi dan Abahmu. Terima kasih Ya Allah….Kau telah memberikan anugerah yang paling bernilai buat kami..

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Hari demi hari kau telah lalui hidup bersama Ummi dan Abah sehingga tak terasa Usiamu menginjak ke Sembilan bulan..Selama Sembilan bulan sayang kau telah menjadi anak kesayangan kami terutama Abahmu..Abahmu yang terlalu kasih dan sayangkan kamu sehingga dia merasakan dialah Abah yang paling bertuah kerana memiliki anak yang secomel kamu. Dulu kau hanya mampu menangis,akan tetapi sekarang kau telah belajar untuk mengenali orang-orang di sekitarmu, kau telah belajar berbicara, kau telah belajar berjalan dan kau juga telah membuatkan Ummi dan Abah sentiasa tersenyum melihat telatahmu terutama Abahmu sayang..

Apakan daya sayang takdir telah menentukan segalanya hampir sepuluh bulan saja kau hidup bersama di dalam setiap nafas Abahmu..Tanggalnya 29/5/2011 Abahmu telah pergi menyahut seruan Ilahi tinggalkan Ummi dan kamu yang pada ketika ini kau tidak mengerti apa itu erti kematian..Di ulang tahunmu yang pertama ini, Abahmu hanya sempat berpesan kepada Ummimu sewaktu dia sedang sakit dahulu.

Bahawa didiklah puteri kita supaya menjadi anak Solehah.Bimbinglah ia supaya semangatnya untuk kuat meneruskan dan membesar tanpa kasih sayang seorang Abah..Kelak jika dia besar nanti, jadilah dia insan yang senantiasa bertaqwa,senantiasa mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya,jadilah dia insan yang jujur kerana sekali dia berdusta,maka orang tidak akan mempercayainya lagi. Pegang teguh kalimah Tauhid dalam setiap nafasnya.Jadilah dia anak yang pandai, untuk membantu ummi dan menyinari hidup ummi kelak, dan bergunalah kamu untuk menolong sesama sendiri nanti tanpa kehadirannya Abah.

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama sayang..Walaupun abahmu tidak sempat mengucap hari lahir padaMU tapi ketika hidupnya dia sentiasa mengucap perkataan sayang padamu berbanding dengan Ummi..Dia telah sempat mengucapkan perkataan hari lahir ketika usiamu dua bulan dan enam bulan yang lalu.Ingatlah wahai anakku tanpa abahmu kamu tidak akan lahir kedunia..Apa yang boleh Ummi doakan semoga kita berdua tabah mengharungi kehidupan yang mendatang dan kita akan sentiasa di lindungi Allah..Maafkan Ummi sayang kerana Ummi tidak menyambut kelahiranMu Yang pertama seperti kanak – kanak yang lain kerana tika dan saat ini ummi masih bersedih dengan ketiadaan Abahmu..Abahmu yang telah pergi meninggalkan kita dan takkan kembali lagi..Semoga perjalanan hidup kita akan dilimpahkan rahmat dari Allah..Amin.

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol kau adalah anak yang paling comel dan cantik buat Ummi dan Abah… dan lagu ini ummi tujukan buatmu sayang..

Puteriku Sayang...

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Untuk Suamiku..

Abg..
Ayg tak sangka tika umo anak kita dua bulan & enam bulan kita berdua beria - beria sangat nak menyambut hari lahirnya..Akhirnya kita sambut juga hari lahir puteri kita ketika dia berusia dua bulan & enam bulan..Allhamdulillah sayang walapun tika ini abg tidak akan lagi menyambut kelahiran anak kita untuk selamanya tapi abg dah bahagia kan sayang kerana dapat juga menyambutnya ketika dulu..Kita beria untuk menyambutnya dahulu seperti dah tertulis oleh Allah yang abg tidak akan berada bersama kami lagi selepas ini..ALLAH...:(

Abg..
Puteri kita sekarang semakin cantik dan comel..mulutnya yang petah bercakap dan terlalu agresif..Mungkin Allah dah letakkan yang terbaik untuk anak kita..Rupa dia sekarang saling tak tumpah macam abg..Dia adalah anak anugerah yang paling bernilai untuk semua orang kan sayang..Walaupun abg telah tiada untuk membesarkannya ayg akan senantiasa bercerita yang indah - indah tentang abg untuknya..Moga dia berasa bangga kerana mempunyai seorang abah yang terlalui menyangginya walaupun dia tidak membesar bersama abg..

Ya Allah begitu hebat dan mulianya perancanganMU Ya Allah..Kamu telah memberi anugerah pada suamiku walaupun hanya sedetik untuk merasa kebahagian bersama anak dan isterinya..Untuk merasa yang kami berdua terlalu sayangkannya..Amin..

Dekat bawah ini gambar Nur Hasya Sofea untuk tatapan anda..



























Tuesday, July 19, 2011

Gadis (part 1)

19/7/2011.

Cerita seorang gadis yang senantiasa di pilih oleh Allah untuk menghadapi segala ujian dan dugaanNYA..Allah terlalu sayangkan gadis ini..walaupun perit gadis ini semakin hari semakin kuat menghadapi ujian dari Allah..

Kisah keriuhan di pendalaman kampung nelayan dengan penduduk kampung yang masing - masing terlalu petah bercakap..Didalam sebuah keluarga yang mempunyai lapan orang adik beradik..Disinilah gadis itu berlindung didalam rumah peninggalan arwah abahnya bersama tiga orang abangnya dan empat orang kakaknya..Gadis ini anak yang bongsu..Sejak abah gadis ini meninggal gadis ini kesian tengok maknya yang nak membesar anak - anak dengan sedikit harta peninggalan suami..Selepas abah gadis nie meninggal harta peninggalan abah gadis nie dah dibahagikan sama rata (faraidh) untuk anak - anaknya..Ini kerana mak gadis ini taknak anak - anaknya bergaduh pasal harta..

Tapi apakan daya abang - abang dan kakak - kakak gadis nie terlalu mementingkan diri..gadis ini terlalu kesiankan maknya..maknya terpaksa menghadapi dengan ujian anak - anaknya..Setiap hari gadis ini melihat maknya menangis..menangis yang tanpa henti walaupun ketika itu usia gadis baru enam tahun..Gadis itu selalu bertnya kepada maknya.."mak kenapa mak menangis" & mak dia menjawab " tiada apa - apa nak mata mak masuk habuk..

Arwah abah gadis itu ada meninggal aset harta kepada mak gadis itu selain wang simpanan di tabung haji dan ASB..aset tersebut adalah sebuah rumah & tiga buah bot besar nelayan..Mak gadis tersebut tidak tahu macam mana nak menyampungkan perkerjaan suaminya dengan bot - bot tersebut..bot - bot tersebut pun tinggi nilainya...Akhirnya kerana mak gadis itu ada anak - anak lelaki yang tidak boleh di harap dia mengupah orang untuk menjaga bot - bot tersebut..Orang yang dia boleh percayai...Tapi segalanya punah kerana orang yang dia percayai telah mengkhianati dia dari belakang dan bersekongkol dengan anaknya sendiri..

Kesianya mak gadis ini..sebuah bot telah punah dikerjakan oleh mereka dan tertanggung lagi hutang yang banyak pada PNKK..sekarang tinggallah dua buah bot yang bernilai 150K..Hari - hari mak gadis ini berfikir dan menangis apa yang dia perlu buat pada bot - bot tersebut..Dia merintih menangis tanpa henti dan memohon pada Allah moga dipermudahkan segala urusan..

Tiba - tiba suatu hari..........BERSAMBUNG.................

Monday, July 18, 2011

Kring...Kring..


Kalau anda nak tahu inilah telefon bimbit (hp) kesayangan suami saya...Telefon ini saya telah hadiahkan padanya ketika kami bertunang sebab masa itu suami saya tiada wang untuk membeli hp baru..Mesti anda akan gelak kan bila ada lagi zaman sekarang orang guna hp begini..hp yang rupa bentuknya petak macam bata merah...hihihi..Itulah suami saya dia seorang yang suka merendah diri dan bersederhana dalam semua hal..Saya selalu kata pada dia kenapa abg tak nak beli hp lain mesti kawan-kawan abg perli nanti ada lagi orang guna hp yang sebegitu..Simple aja suamiku membalas..Dulu masa kita bercinta bolehlah kita pakai hp canggih - canggih sebab senang nak sms,mms, & video call apa semua untuk melepaskan rindu..Tapi sekarang ayg dah jadi "hak" abg hari-hari kita bersama so tak perlulah lagi nak pakai telefon canggih..biar ayg seorang aja guna sebab ayg lebih busy dari abg dengan bisnes online ayg lagi...

Ayg tahu kehidupan kita macam mana..susah payah kita...keperitan hidup kita..masalah kewangan kita...tapi sebagai isteri abg nak ayg sentiasa bahagia..jangan sesekali menunjukkan keperitan hidup kita kepada orang sekeliling terutama keluarga ayg..Sebagai isteri ayg kena patuh dengan cakap abg..biar keluarga ayg @ sesiapa tahu yang kita tidak pernah ada masalah..kita mesti sentiasa senyum walaupun kita sedang berduka..

Ye abg ayg akan sentiasa senyum walaupun sedang berduka tapi itu dulu sayang ketika abg ada kerana abg selalu menjadi penghibur hati ayg...tapi sekarang Ya Allah ayg rasa semua dah tak boleh tertanggung rahsia dan keperitan hidup kita...Tapi ayg akan cuba sebaik mungkin kerana ayg terlalu sayangkan abg..Airmata ayg sekarang semakin hari semakin laju aja mengalir sayang memikirkan macam mana ayg nak hadapi semua masalah tanpa abg disisi...memikirkan bolehkah ayg membesarkan hasya dengan sempurna..Betul apa yang abg kata setiap manusia & pasangan suami isteri ada masalah tetapi segala masalah jangan diceritakan kepada orang terutama keluarga..kerana ia akan membesarkan lagi masalah yang ada terutama jika sebuah keluarga itu kekurangan dengan ilmu agama...MasyaAllah lagi bertambah masalah..itu mendapat kebaikan kita perlu berdiam kerana diam itu bukan kerana kita lemah..tapi kita masih mempunyai akal dan fikiran untuk memikirkan yang mana baik dan buruknya..

Kehidupan pasangan suami isteri ada pasang surutnya tapi sebagai isteri jangan sesekali menceritakan kelemahan suami atau sebagai suami jangan sesekali bercerita kelemahan isteri terutama kepada keluarga...Senantiasalah memuji sesama sendiri supaya orang sekeliling dan keluarga akan sentiasa bersangka baik pada kita..

Syukur padaMU Ya Allah kerana memberiku suami yang sebegini..
Suami yang sentiasa melihat dan memperbaiki kelemahan diri..
Suami yang telah mengajarku erti kehidupan..
Suami yang menyedarkanku dari alpa..
InsyaAllah abg ayg akan sisipkan segala amanat abg walaupun terpaksa meredah lautan api sekalipun demi nama baik kita sekeluarga..

Biarlah apa orang nak katakan sayang..ada telinga dengar..ada mata lihat dan ada hati sentiasalah bersih dengan berzikir InsyaAllah segala kebenaran akan muncul dan segala kepahitan akan hilang..Bukan senang nak jadi senang kan sayang dan bukan susah nak jadi susah..Ibarat lumrah kehidupan manusia dari yang jahil berubah menjadi solehah tetap akan dipertikaikan oleh manusia (kononnya nak tunjuk baik la 2..kalau dah jahil 2 jahil juga tak perlulah nak tunjuk baik) itulah ayat manusia yang acap kali disebut..manusia menghukum sesama manusia..SubhanaAllah hanya Allah yang boleh menghukum salah dan silap manusia..Begitulah jika dari baik berubah ke jahil tetap juga akan dipertikaikan..Wallahulam..

Sepatutnya sebagai saudara sesama islam kita harus bersyukur kerana orang disekeliling kita telah berubah ke arah kebaikan bukan mencacinya @ perlikan dia apatah lagi jika orang itu ada pertalian darah dengan kita..Allahuakhbar zaman sekarang macam - macam boleh jadikan sayang..takpe sayang ayg akan sentiasa bersangka baik dengan semua orang..akan tanamkan sikap itu dalam diri ayg untuk abg..

Dalam kehidupan kitakan sayang..
ayg lebih suka jika kita hidup...
kais pagi makan pagi..
kais petang makan petang..
tapi kita sentiasa ceria..
dan dipandang mulia oleh orang sekeliling..
Biarlah kita takde harta yang bernilai sayang kerana Nur hasya sofea adalah harta yang paling bernilai untuk kita..
Kasih sayang kita yang terjalin selama ini cukup berharga dari harta dunia.
Moga perjalanan hidup ayg dipermudahkan oleh Allah untuk membesarkan anak kita tanpa abg dan sentiasa disangka baik oleh semua orang..
InsyaAllah sayang seperti kata kawan abg ketika abg sakit Mohd Fazlee Osman (Lean)
"Mala hang cinta & setialah pada chon sehingga ke akhirat"kerana syurga hang terletak dibawah tapak kakiNYA..

Ya Allah kau tetapkanlah imamku supaya aku tidak melakukan perkara mungkar untuk suamiku..
Kau tetapkanlah hatiku supaya ku akan setia pada suamiku kerana ku ingin berjumpa denganNYA di JannahMU..
Tetapi Ya Allah jika engkau telah merancang sesuatu untukku..kau berikanlah dengan Limpah RahmatMU kerana ku tahu Ya Allah waktu dan ketika ini kau sedang berbicara denganku untuk menikmati erti kesabaran didunia..

Sunday, July 17, 2011

One day (part 2)

17/7/2011

Sejak hari itu aku dan dia selalu ber'sms tanpa henti..boleh dikatakan setiap hari..pagi,tengahari,petang dan malam..tika itu kami tidak mampu lagi untuk berbual @ bergayut telefon masing-masing kena save budget hanya dengan sms..kami hanya berbual telefon cuma setiap malam minggu (hari sabtu malam ahad after pukul 12.00 malam) time itu talian telekom memamg save budget..hihihi..Entah kenapa walaupun kami tidak pernah bersua muka tapi kami masing - masing ambil berat akan hal kami berdua..(mungkin dah terletak jodoh kami berdua)..

Menghitung Hari

Saat demi saat..
Minit demi minit..
Jam demi jam..
Hari demi hari..
Minggu demi minggu..
Bulan demi bulan..
Dan tahun demi tahun..
Akhirnya genap setahun perkenalan kami tanpa bersua muka..

One day..(sms aku)

Dia : salam awak tgh buat apa tu?
Aku : tak buat apa - apa tengah termenung..
Dia : termenung kenapa rindukan saya ke?
Aku : Eeee...perasan..xde la memikrkan masa depan & rindukan mak abh saya..
Dia : ooo..Mak abah awak pergi mana? kenapa awak rindu..
Aku : Mak & abah saya dah lama meninggal..saya membesar tanpa kasih sayang mereka la
Dia : ooo..maafla sebab saya tak tahu lagipun awak tak pernah bercerita..
Aku : dah awak tak tanya...hihihi
Dia : xpe la awak seperti saya..saya walaupun saya masih ada lagi org tua tp kasih sayang saya more to tok saya..sebab saya tinggal dengan tok saya dari umo saya 2 hari lagi..
Aku : ooo ok la sebab awak masih ada tok..saya tok pun tak sempat nak melihat..
Dia : awak jangan sedih - sedih ya saya akan ada..saya boleh temankan awak..
Aku : hehehe
Dia : sue! dah setahun kita sms yer tapi saya tidak pernah tau tarikh lahir awak @ no kad pengenalan awak..kalau tak keberatan boleh awak bgtau saya..
Aku : ye la kan saya pun tak tahu awak punya tarikh lahir..
Dia : tarikh lahir saya 6/10/1980 ic 801006-06-5471
Aku : kenapa 06 awak lahir kat mana yer
Dia : dekat pahang sebab masa itu mak dengan abah saya keja dekat sana..
Aku : tarikh lahir saya 8/8/1982 ic 820808-02-5328
Dia : 8882 cantiknya no...ada kerasian..
Aku : ye ke..hihihi..mungkin..
Dia : Sue bila kita boleh berjumpa yer!
Aku : InsyaAllah kita pasti berjumpa suatu hari nanti..
Dia : ye la rasanya tak sabar nak jumpa awak..rupa awak macam mana..awak nie tinggi ke,putih ke,gelap ke...(hahaha..lawak aja)
Aku : saya biasa-biasa aja..tinggi 159cm,berat 48kg(dulu 48kg skrg dh double kg..hihihi) kulit warna kuning langsat tak putih sangat
Dia : kuning langsat warna macam mana yer..
Aku : macam warna buah langsat..heheh..awak pulak macam mana
Dia : saya? nanti awak jumpa & tengok sendiri la yer..saya pasti awak akan terpikat dengan tahi lalat saya..
Aku : hah? tahi lalat
Dia : nanti awak tau la...
Aku : ok.nanti kita sambung lain yer awak..
Dia : ok tapi sebelum itu saya ada lagu nak tujukan untuk awak..
Aku : lagu apa pulak?
Dia : tajuk lagu itu "That Thing You Do " by the wonders..awak dengar yer..
Aku : ok nanti saya dengar yer..

Lirik lagu tersebut..

You, doing that thing you do
Breakin' my heart into a million pieces
Like you always do
And you, don't mean to be cruel

You never even knew about the heartache
I've been going through
And I try and try to forget you girl
But it's just so hard to do

Every time you do that thing do
I, know all the games you play
And I'm gonna find a way to let you know that
You'll be mine someday

Cuz we, could be happy can't you see
If you know me, let me be the one to hold you
And keep you here with me
Cuz I try and try to forget you girl

But it's just so hard to do
Every time you do that thing do
I don't ask a lot (I don't ask a lot)
But I know one thing for sure (Know one thing for sure)

It's the love that I haven't got girl
And I just can't take it anymore
Cuz we, could be happy can't you see
If you know me, let me be the one to hold you

And keep you here with me
Cuz it hurts me so just to see you go
Around with someone new
And if I know you you're doing that thing

Every day just doing that thing
I can't take you doing that thing you do

Abg...bila ayg dengar lagu ini..
Ayg jadi ceria & happy..
Teringatkan detik perkenalan kita..
Dulu masa abg tujukan lagu ini dekat ayg..
Dalam hati ayg berkata mamat nie tuju lagu apa dekat aku tak best langsung..
Kalau abg nak tahu lagu ini mula ayg meminati bila kita dah berkahwin..
Sebabnya hari - hari abg pasang lagu nie dekat rumah..
Sekali dengan ayg la dengar dan secara tak sengaja ayg pun meminatinya..
Rindunya saat itu abg..Rindu sangat..ketika abg mandi pun abg nyanyikan lagu yang sama..

Sekarang ayg rasa terkilan...terkilan kerana tidak dapat mendengar suara abg lagi..
Suara abg menyanyi untuk hiburkan hati ayg..
Sedih yang teramat sangat..Dalam hidup ayg tak pernah rasa sedih sampai macam ini..
Sekarang hari - hari sedih..
Orang cuma berkata..sabar lah mala..redha aja denga ketentuan Ilahi..
Secara teorinya memang ayg redha segalanya..
Tapi secara mentalnya hanya Allah yang tahu..Betapa rindukan abg..
Orang yang mengalami musibah seperti ayg aja yang dapat merasainya..

Merasai kehilangan orang yang dicintai dan kasihi..
Yang selama ini dia la nafasku..jantungku..dan sebahagian hidupku..
Sekarang sebahagian hidupku ada disini (didunia sementara) yang selebihnya pergi bersama abg...Ya Allah bantulah hambamu...Moga ada sinar dalam hidupku walaupun terlalu perit untuk ku merasakan semua ini..

Blog carca merba

Terima kasih untuk semua yang sudi melawat & membaca blog saya..tapi kelakarkanya blog saya nie carca merba sikit...hehehe..dari segi bahasa & penulisan kadang- kdang ok kadang - kadang tak ok...campur semua bahasa..hope anda semua faham...nge..nge..nge...