Total Pageviews

Monday, July 18, 2011

Kring...Kring..


Kalau anda nak tahu inilah telefon bimbit (hp) kesayangan suami saya...Telefon ini saya telah hadiahkan padanya ketika kami bertunang sebab masa itu suami saya tiada wang untuk membeli hp baru..Mesti anda akan gelak kan bila ada lagi zaman sekarang orang guna hp begini..hp yang rupa bentuknya petak macam bata merah...hihihi..Itulah suami saya dia seorang yang suka merendah diri dan bersederhana dalam semua hal..Saya selalu kata pada dia kenapa abg tak nak beli hp lain mesti kawan-kawan abg perli nanti ada lagi orang guna hp yang sebegitu..Simple aja suamiku membalas..Dulu masa kita bercinta bolehlah kita pakai hp canggih - canggih sebab senang nak sms,mms, & video call apa semua untuk melepaskan rindu..Tapi sekarang ayg dah jadi "hak" abg hari-hari kita bersama so tak perlulah lagi nak pakai telefon canggih..biar ayg seorang aja guna sebab ayg lebih busy dari abg dengan bisnes online ayg lagi...

Ayg tahu kehidupan kita macam mana..susah payah kita...keperitan hidup kita..masalah kewangan kita...tapi sebagai isteri abg nak ayg sentiasa bahagia..jangan sesekali menunjukkan keperitan hidup kita kepada orang sekeliling terutama keluarga ayg..Sebagai isteri ayg kena patuh dengan cakap abg..biar keluarga ayg @ sesiapa tahu yang kita tidak pernah ada masalah..kita mesti sentiasa senyum walaupun kita sedang berduka..

Ye abg ayg akan sentiasa senyum walaupun sedang berduka tapi itu dulu sayang ketika abg ada kerana abg selalu menjadi penghibur hati ayg...tapi sekarang Ya Allah ayg rasa semua dah tak boleh tertanggung rahsia dan keperitan hidup kita...Tapi ayg akan cuba sebaik mungkin kerana ayg terlalu sayangkan abg..Airmata ayg sekarang semakin hari semakin laju aja mengalir sayang memikirkan macam mana ayg nak hadapi semua masalah tanpa abg disisi...memikirkan bolehkah ayg membesarkan hasya dengan sempurna..Betul apa yang abg kata setiap manusia & pasangan suami isteri ada masalah tetapi segala masalah jangan diceritakan kepada orang terutama keluarga..kerana ia akan membesarkan lagi masalah yang ada terutama jika sebuah keluarga itu kekurangan dengan ilmu agama...MasyaAllah lagi bertambah masalah..itu mendapat kebaikan kita perlu berdiam kerana diam itu bukan kerana kita lemah..tapi kita masih mempunyai akal dan fikiran untuk memikirkan yang mana baik dan buruknya..

Kehidupan pasangan suami isteri ada pasang surutnya tapi sebagai isteri jangan sesekali menceritakan kelemahan suami atau sebagai suami jangan sesekali bercerita kelemahan isteri terutama kepada keluarga...Senantiasalah memuji sesama sendiri supaya orang sekeliling dan keluarga akan sentiasa bersangka baik pada kita..

Syukur padaMU Ya Allah kerana memberiku suami yang sebegini..
Suami yang sentiasa melihat dan memperbaiki kelemahan diri..
Suami yang telah mengajarku erti kehidupan..
Suami yang menyedarkanku dari alpa..
InsyaAllah abg ayg akan sisipkan segala amanat abg walaupun terpaksa meredah lautan api sekalipun demi nama baik kita sekeluarga..

Biarlah apa orang nak katakan sayang..ada telinga dengar..ada mata lihat dan ada hati sentiasalah bersih dengan berzikir InsyaAllah segala kebenaran akan muncul dan segala kepahitan akan hilang..Bukan senang nak jadi senang kan sayang dan bukan susah nak jadi susah..Ibarat lumrah kehidupan manusia dari yang jahil berubah menjadi solehah tetap akan dipertikaikan oleh manusia (kononnya nak tunjuk baik la 2..kalau dah jahil 2 jahil juga tak perlulah nak tunjuk baik) itulah ayat manusia yang acap kali disebut..manusia menghukum sesama manusia..SubhanaAllah hanya Allah yang boleh menghukum salah dan silap manusia..Begitulah jika dari baik berubah ke jahil tetap juga akan dipertikaikan..Wallahulam..

Sepatutnya sebagai saudara sesama islam kita harus bersyukur kerana orang disekeliling kita telah berubah ke arah kebaikan bukan mencacinya @ perlikan dia apatah lagi jika orang itu ada pertalian darah dengan kita..Allahuakhbar zaman sekarang macam - macam boleh jadikan sayang..takpe sayang ayg akan sentiasa bersangka baik dengan semua orang..akan tanamkan sikap itu dalam diri ayg untuk abg..

Dalam kehidupan kitakan sayang..
ayg lebih suka jika kita hidup...
kais pagi makan pagi..
kais petang makan petang..
tapi kita sentiasa ceria..
dan dipandang mulia oleh orang sekeliling..
Biarlah kita takde harta yang bernilai sayang kerana Nur hasya sofea adalah harta yang paling bernilai untuk kita..
Kasih sayang kita yang terjalin selama ini cukup berharga dari harta dunia.
Moga perjalanan hidup ayg dipermudahkan oleh Allah untuk membesarkan anak kita tanpa abg dan sentiasa disangka baik oleh semua orang..
InsyaAllah sayang seperti kata kawan abg ketika abg sakit Mohd Fazlee Osman (Lean)
"Mala hang cinta & setialah pada chon sehingga ke akhirat"kerana syurga hang terletak dibawah tapak kakiNYA..

Ya Allah kau tetapkanlah imamku supaya aku tidak melakukan perkara mungkar untuk suamiku..
Kau tetapkanlah hatiku supaya ku akan setia pada suamiku kerana ku ingin berjumpa denganNYA di JannahMU..
Tetapi Ya Allah jika engkau telah merancang sesuatu untukku..kau berikanlah dengan Limpah RahmatMU kerana ku tahu Ya Allah waktu dan ketika ini kau sedang berbicara denganku untuk menikmati erti kesabaran didunia..

No comments:

Post a Comment