Total Pageviews

Saturday, December 31, 2011

Saya Hargai setiap doa kalian semua...



Alhamdulillah akhirnya semalam doktor yang merawat Nur Hasya Sofea memberi keizinan untuk saya membawa princess pulang ke rumah untuk berubat dan mencari altenatif lain..Kebetulan doktor pakar yang datang buat round semalam ialah doktor melayu so sememangnya dia faham bila saya bagitau nak mencuba penawar tradisional islam pulak..tapi saya dah berjanji dengan dia selepas tiga hari keadaan princess masih tak ok saya akan bawa semula princess ke hospital..

Hampir dua minggu princess berasa di hospital setiap detik,setiap jam,setiap saat saya tak putus - putus mendapat sms,msg,email,call dari saudara dan sahabat handai yang sentiasa mendoakan princess dan memberi kata - kata semangat pada saya..Terima kasih semua jasa kalian semua hanya Allah Taala yang dapat membalasnya.. Insha Allah..

ada serba sedikit saya copy paste kata - kata semangat dan doa dari sahabat - sahabat semua..

Umie Danial

Salam Mala. Kak Umie sedih membaca posting mengenai putri Mala. Ada petua, itu pun kalau Mala nak Cuba buat. Utk hentikan muntah, cuba ikat Tali kasut. Buat mcm rantai. Insyaallah muntah ye Akan berhenti. Akak dah selalu Cuba utk anak2 akak. Alhamdullilah okay.
Jgn lupa bagi minum air yg dimasak selalu utk elakkan Dari dihidrasi.
Lagi satu mungkin dia rindukan arwah. Kalau masih Ada pakaian atau Bantal arwah berikan padanya. Dulu anak akak pun mcm nie, tapi cuma demam panas aje.
Usaha cuba cari air Dari ustadz atau ustazah. Takut tertegur.
Mala mesti kuat ye dik. Ini dugaan Dari Allah utk kita sebagai Ibu tunggal. Kesihatan Mala pun nak dijaga. Bykkan rehat.....
Sama2lah kita berdoa smuga segalanye akan baik, insyaAllah.
---------------------------------------------------------------------------------------

Pretty Chic Closet

Puan Normala, since i follow ur photo that u took at the wad ... everyday mesti saya follow up ur princess status ... I feel that you are the strongest mum in the world ... everyday when i go back, i hug my princess and appreciate more my husband ... I really cant imagine what will i do if i am at ur current situation ... All i know you are super mum ... thanks for your stories, photos, and updates ... i am sure will follow ur princess blog too ... hugs and kisses to her ...

everynite before sleep, i do think of you and ur princess .. hope both of you will get well soon .. and happy always...

:-) Ms Chin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Niny  Fariza

Salam, mala nak bg idea sikit..lau anak2 sy cirit doktr selalu suh tukar minum milo o..bg pekat sikit..pastu doc ada bg ubt lau diorg cirit kena bg..dan ORS la...lau nak try leh jugak...
----------------------------------------------------------------------------------------------

Shifa Umaira

salam k.mala....... setiap ifa tgk perkembangan akak n hasya dlm fb akak ni......... ifa sgt2 terharu atas apa yg dilalui akak...... ifa harap akak sentiasa sabar menempuh apa jua dugaan yg dtg dlm hdp akak.. walaupun perit, ada hikmah di atas suma ini... akak seorang ibu yg sgt2 kuat.. ifa kagum dgn semangat akak..... walaupun xkenal akak, tp kenal dlm fb ni pun dah buatkan ifa sdeh dan sgt2 terharu dgn pengorbanan akak... bila ifa tgk anak akak, teringat anak ifa, lebih kurang sebaya ja.. ifa harap akak kuat ya.. tuhan sentiasa dgn akak... slm perkenalan... :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Firwani Melaka

salam.kak..ada kont juga lama2 kat sepital.kita akan bertambah xsihat sebab persekitaran hospital tu semua penuh penyakit..sian kak n hasya lama2 kat sepital tu..hehe..pendapat je..sebab arwah abah dulu sllu mintak balik..pas balik mmg sihat..kalau dok lama hospital..bukan die je bertambah xsihat..org yg jaga pun dapat sakit..wallahualam
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Zura Zack

akak..sy br bc blob akk.YA ALLAH betape sktnye ht sy menahan sebak.Apetah lb akk yg mengalaminye sorg dr.Hanya ALLAH sje yg th mcm mn perasaan akk.Akk mmg seorg yg kuat, blm tentu sy blh sekuat akk.mdh2 ALLAH p'mdh'n segalenye kak..hanya hasya la harte akk yg plng b'nilai sgt2 sgt2 skrng nie
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sopie Taib

slm mala...maaf gnggu tgh2 mlm ni...akk byk baca kisah mala..terharu bila mndgrnya...brt mata memandang brt lg bahu memikul...dlu akk jgk prnh rasa tggl dlm wad semasa ank akk berusia 4 bulan...ank akk pd msa tu terkena jangkitan paru2 berkuman..tpi alhmdulillah...berkat kesbrn dn doa sekrg dia pun sdh pulih..skrg ank akk berusia 16 thun dh...
klu x kbrtn akk nk tya..ank mala skit apa?? akk ingt nk cba tya dgn sorg ustaz ni..mna tau klu2 dia blh bntu scara prubtn islam...tu pun klu dapat keizinan dri mala...klu mala x izinkn x pe..kita hya berusaha tpi allah yg menentukn..amin...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Marsha KidsCollection

saya nak share cerita dengan mala..tu pun kalau sudi baca ye..maybe diff virus..tapi keadaan sama..

anak saya pernah kena rota virus mase dia umo 2 tahun..dia ertelan air swimming pool mase mandi kat swimming pool kat clubhouse kami..after 5 days..baru virus tu menetas..dia demam tinggi sampai menggigil..muntah dan cirit birit..sampai 20 kali lebih dalam sehari..kami masukkan dia kat hospital kerajaan..sebab tak mampu nak bayar swasta..walaupun doc syed nazir mintak kami masukkan dia ke wad kat kjmc..tapi kami minta referal letter masuk ke hospital sg buloh..demam dia tak turun sebab bila boh ubat kot bontot dia cirit..so tak dak kesan..mula kami bagi gak dia minum susu..masa tu minum pediasure..tgk lepas minum mesti dia muntah..lepas tu kami stop..then ok ckit..4 hari kat hospital lepas 4 hari demam kat umah..doc pakar cuma cakap dia kena diarrheraa biasa je..bila demam dah kurang depa discharge dia..

lepas balik umah kena second attack..demam tinggi lagi sampai menggigil..last2 kami bawak gi kjmc..jumpa dr syed nazir masuk wad..terpaksa demi anak..lepas buat test najis..confirm virus rota tu..which is very dangerous and can caused death if not treated..dia masukkan antibiotic yang kuat and bagi minum (tak ingat dah nama) probiosis ke ape..bacteria baik untuk usus..baru cure..2 minggu anak saya tak boleh makan dan minum..kesian..sampai nangis dia tgk makanan nak makan tapi x boleh..sedih sgt..sebab tu saya terkesan tgk mala ngan hasya..lepas dia baik kami bawak dia balik kg..ambik fresh air supaya dia cepat baik..alhamdulillah..dia dah ok lepas tu..tapi ubat dr syed memang berkesan..tapi mala kat sg petani..but u can call her kalau nak mintak advise..ni no dia k..03-78052111 dr syed nazir pakar kanak2 from kelana jaya medical centre...

hope hasya cepat sembuh dan di jauhi dari penyakit bahaya...amin..
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Zawaher Rahman

masalah apa puan? masalah virus atau usus? maaf yer jika saya bertanya..sy sudi dgr masalah org supaya menjadi panduan kpd saya. saya faham keadaan puan skrg..anak sakit, hati kita sedih, anak kurus, hati kita kecewa.. mcm2 kita ikhtiar, kedang2 kita rasa berputus asa..rasanya darul syifaq ada ajar doa2 penyembuh penyakit..

puan, takde sedara mara lain ker di SP? mak dan ayah mertua sebelah arwah suami ker yg dtg tolong...adik-beradik yg lain ker?

syukur alhamdulilah anak sy skrg selalu sihat..sy bg dia makan multivitamin with laisine
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesuci Dhia

Assalam..
kak,maaf btanya..hari2 status akk ain follow,cuz simpati ngn akk..hasya skit apa kak,lame dah x silap ain akk kt spital kan??akk ibu tunggal ye??ain bru trbce yg pasal nurse 2 duk tanya sal ayah hasya..hubby mninggal knp kak??sbar n kuat ain tngok akk ni,moga lau 1 hri trjd pda dri ain,ain akan kuat mcm akk..
------------------------------------------------------------------------------------------------

Farazul Alya Maira

kak, saya selama ni just jadi silent reader je bila akak pos gambar2 hasya yang sakit.. tapi, sebenarnya, tiap hari saya bulal fb akak utk tau keadaan hasya.. saya tak dpt nak bayangkan mcmmana keadaan saya kalu saya ditempat kak.. mesti sedih kak kan.. anak sakit tanpa suami di sisi.. saya hanya mampu berkata, akak sabar je kak ya.. allah tahu akak kuat, sbb tu dia trunkan ujian ni buat kak.. saya tahu akka mampu hadapi semua ini...
------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan kalian semua yang secara langsung dan tak langsung.. Saya dan Nur Hasya Sofea hargai sangat - sangat..Mudah - mudahan Allah akan permudahkan perjalanan hidup saya dan Nur Hasya Sofea walaupun tanpa suami tersayang  disisi..

Abg ketahuilah selepas abg pergi meninggalkan kami ayg dan hasya tidak keseorangan ramai sausara dan sahabat handai tak putus - putus memberi kata - kata semangat dan sokongan pada ayg untuk bangun semula..Insha Allah abg demi abg ayg akan teruskan perjuagan ini..amin..



Psssssssst...nantikan cerita Di Sebalik Lensa Nur Hasya Sofea tak lama lagi.. Insha Allah..moga di permudahkan..

Monday, December 19, 2011

Nak Masak!!!

Sejak akhir - akhir ini fikiran sentiasa menerawang jauh..badan yang sentiasa letih dengan kerja yang semakin bertambah.. Hasya  Sofea pulak tenaga dia tak pernah lentur sentiasa aktif dan super - super aktif la..tapi walaupun letih melayan karenah dia aku suka kerana persamaan dia dengan abahnya terlalu banyak..

Sekejap saja kan masa berlalu sekarang dah hampir sampai ke penghujung tahun 2011..jika tahun sebelum ini aku dan suami tersayang selalu mengambil cuti dan menghabiskan cuti akhir tahun jika tibanya bulan disembar.. Dengan cuti yang ada jika kami tidak keluar berjalan - jalan suamiku akan suruh aku memasak something yang amat special untuknya.. (kalau anda nak tahu makanan kegemaran suami saya adalah bahagian organ dalaman seperti otak,limpa,perut,hati,lidah dan pelbagai ikan air tawar..dia memang suka makan semua itu tapi sayangnya aku pulak tak makan langsung semua itu..)

Selalunya jika dia nak makan makanan yang tidak digemari olehku dia akan sediakan semua keperluan jenis - jenis masakan untukku dan tugasku hanya memasak saja dan dia mengajar semuanya dari A-Z..Rindunya nak masak untuk dia..walaupun sekarang aku sudah tidak berpeluang lagi untuk memasak untuk dia..Tapi perasaan itu masih segar di ingatan ketika kami berdua memasak di dapur..Sekarang dalam hatiku walaupun perasaan rindu nak masak untuk dia semakin menebal tapi aku cuba tepiskan perasaan itu jauh - jauh sehingga nak masak bubur untuk hasya sofea pun aku jadi dalam dilema...

Dulu dia selalu juga berangan  nak jadi tukang masak dan ingin membuka restoran..Sayangkan segala yang di hajatinya banyak yang tidak kesampaian..Allah kesianya pada suamiku walaupun kini ku tahu dia telah menjadi milikMU..Mungkin aku terlalu merinduinya dengan itu secara tak sengaja membuatkan aku selalu alpa padaMU..Ku tahu yang dia sedang tenang bersamaMU di sana..InsyaAllah...

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya...Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita...

Miss u even more Haji Mohd Hafidzol Bin Haji Mokhtar..



 

Thursday, December 15, 2011

Tidak Semudah A,B,C

Ayg! abg dah balik"
Ayg! abg lapar"
Ayg! dah masak ke belum"
Ayg! bangun abg dah nk pergi kerja"
Ayg! jaga anak kita baik- baik"
Ayg! jom keluar"
Ayg! jom makan!"

Begitulah jeritan "DIA" saban hari setelah dia pulang dari tempat kerja atau sebelum pergi kerja..rindu sungguh pada jeritan itu.tapi kini tinggal kenangan...:(

Yang pergi tetap akan pergi ,bagi saya yang merasakan kehilangan itu bukan semudah A,B,C @  1,2,3.. Sehingga sekarang walau sudah hampir enam bulan berlalu saya tetap menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri untuk 'dia' kerana saya terlalu rindukan "dia"..Saban hari memohon pada Allah supaya selalu di pertemukan dengan "dia: walaupun hanya dalam mimpi itu sudah cukup untuk meringankan bebanan rindu saya pada 'dia"

Setiap hari saya mendengarkan perkataan 'SABAR; dari orang keliling saya tapi entahlah kadang - kadang hati saya selalu goyah kerana kini saya tiada lagi tempat untuk saya bergantung hidup,berkongsi segala duka dan tawa..bila tiba masanya puteri saya tidur mulalah fikiran saya teramat teringatkan segala gelagat dia..cara dia tidur..cara dia makan..cara dia berjalan..cara dia ketawa..cara dia menangis...cara dia merajuk dan pelbagai lagi..sukarnya kan??

Tapi inilah hakikatnya yang saya kena hadapi sekarang walaupun sukar saya harus teruskan perjuangan ini,tapi jauh di sudut hati tetap rasa yang kelengkapan diri sudah tidak sempurna seperti dahulu..dulu jika mahu pergi kemana - mana tidak kira perjalanan itu jauh atau dekat  pasti 'dia" akan bersama..jika tidak bersama "dia" pasti saya akan meminta keizinanNYA terlebih dahulu..sekarang? saya rasa kadang - kadang macam orang gila..bercakap seorang diri..ber "sms" ke no telefon dia seperti dahulu..buat "miscall" ke no telefon dia seperti dahulu denga cara itu sekurang - kurang akan meredakan kesedihan saya apabila membaca di skrin telefon ada tertera nama "MY HUBBY"...

Semakin lama "dia" telah pergi meninggalkan saya dan alam fana ini semakin dekat saya rasa dengan "dia seolah - olah setiap detik 'dia" ada sedang memerhatikan saya..saya seperti dapat rasakan kehadiran 'dia" hadir ketika saya sedang berduka/sedih..'Dia: datang untuk memujuk isteri yang tercinta..seorang isteri yang harus meneruskan dan menyambungkan perjuangan "dia" sebagai seorang "abah" dan 'ketua keluarga"..

HebatNYA Allah kerana memberi peluang untuk kami diantara roh yang masih hidup dan roh yang sudah meninggal untuk bertemu ketika tiba saatnya..Allah yang mengetahui segalaNYA..Tapi saya tetap bersyukur dengan pemberian Allah terhadap saya..Semua yang saya miliki sekarang atas usaha saya untuk suami tercinta..Saya akan sanggup lakukan apa sahaja untuk "dia' dan pastikan dia tidur dengan aman dan tenang di sana...Begitulah kehidupan saya yang sukar dan ketikanya senang tapi tidak semudah ABC..Tutur bicara memang senang dilafazkan akan tetapi dari sudut hati seorang wanita saya cuma HambaNYA yang lemah yang kadang - kadang menpunyai akal yang pendek untuk menyelesaikan segala masalah..

Apa yang saya boleh katakan kepada mereka di luar sana..selagi hayat suami anda dikandung badan.. Hormatilah mereka sebagai seorang yang terindah/terpenting dan agung dalam hidup anda..apabila mereka (suami) anda telah tiada maka separuh jasad dalam diri anda akan pergi mengikut bersama suami anda kerana bila selesainya lafaz nikah antara isteri dan suami maka bercantumlah pasangan itu menjadi satu kerana seorang wanita telah di lahirkan dari rusuk kiri lelaki.. wanita dan lelaki akan menjadi satu apabila disatukan..

Separuh jiwaku telah pergi bersama 'dia'..kenangan antara saya dan 'dia; juga telah bersemadi bersama "dia" kerana "dia" tahu saya amat menyanngi dan mencintainya sehingga ke akhir hayat saya..Selagi nafas saya terhela selagi itu saya akan menyebut namanya ketika saya bersujud pada Sang Pencipta...

Gembira/sedih kerana setiap hari saya memakai bajunya walaupun baju "dia" agak besar dengan saya..:(

Tuesday, December 13, 2011

Air Mata Nur Hasya Sofea

Nur = Cahaya
Hasya  = Kesempurnaan
Sofea = Cantik

Melihat makna nama di atas membuatkan aku selalu bersedih mengenangkan si kecil yang semakin hari semakin pandai/bijak dan sentiasa membuatkan aku tersenyum...Ntah kenapa sejak genapnya umur puteriku setahun dia selalu menangis/suka bermanja dan nak perhatian dari semua orang..kadang - kadang aku risau juga melihat hobinya yang terlalu 'FRIENDLY' dengan orang yang tak di kenali..Setiap hari dia pasti menangis bukan kerana sakit tapi ntah menangis yang kadang - kadang tidak ku tahu puncanya..adakah puteriku rindukan abahnya seperti juga diriku..:(

Setiap kali dia menangis dalam hatiku pasti jua akan menangis yang teramat dan secara tak langsung memikirkan jika abg masih ada tika dan saat ini sudah tentu aku akan di tegurnya kerana dia terlalu sayangkan puterinya..Mungkin semasa hayatnya masih hidup dia telah melatih/membelai puterinya bagai menatang minyak yang penuh..Disebabkan itu puteri kami sudah terbawa - bawa dengan tingkah laku tersebut..

Sayang Ummi Nur Hasya Sofea..Ketika umur kamu sekarang ini pun prepepsi masyarakat keliling ada yang sudah tidak gemari dengan tingkah lakumu sayang..Ummi ketahui bahawa kamu cuma seorang kanak - kanak yang tidak pernah tahu/kenal tentang dunia siang dan malam..apa yang kamu tahu cuma bermain sehingga kamu tidak merasa letih walau sesaat (kecuali tido)..Kamu terlalu aktif sayang jika kamu menangis tiada siapa boleh pujuk kamu sayang kecuali AbahMU ketika dulu..tapi sekarang sejak pemergian AbahMU ummi semakin hari semakin belajar bagaimana/cara untuk memujuk kamu ketika kamu menangis..Air mata kamu terlalu mahal buat ummi jika gugurnya airmatamu sayang seolah - olah membuatkan ummi rasa bersalah pada AbahMU sepanjang hayat ummi..

Ummi selalu berdoa semoga kamu menjadi anak yang solehah kerana di dunia ummi hanya ada kamu seorang sahaja sayang (penawar hati ummi)..Jika di takdirkan ummi pergi nanti hanya doa darimu nak yang membuat ummi tenang di sana..Ummi terlalu sayangkan kamu...Ummi sanggup buat apa saja demi kamu walaupun nyawa ummi di pertaruhkan kerana kamu adalah amanat yang di tinggalkan oleh Abahmu tanda kasih sayang dan cinta abahmu pada ummi..Blog dan diari ummi semua nanti khas untukmu sayang jika kamu besar nanti kamu bacalah tentang kisah ummi dan abah serta kamu..

Janganlah kamu selalu menagis sayang..simpanlah airmatamu jika ditakdirkan ummi pergi dulu sebelummu..

Ummi sayang kamu..Love u...<3<3

Tuesday, November 29, 2011

Enam Bulan Berlalu..

Rindu...Rindu..Rindu..dan terus akan merinduiMU..apa yang ku mampu dalam doa ku utuskan Rindu untukMU disana semoga engkau berada dalam Lindungan Rahmatnya dan dalam keadaan tenang setenang - tenangnya...Amin..

Sedar dah tak sedar hari ini 29/11/2011 sudah enam bulan Dia pergi meninggalkan aku..apa yang ku harapkan di dunia ini segala amalanku diterima oleh Allah untuk salurkan pada Dia disana..Semoga dia dapat tidur dengan aman disana sambil menunggu kedatanganku bersama puteri kami  suatu hari nanti untuk disatukan di alam yang kekal abadi disana..InsyaAllah..Bangganya aku menjadi seorang isteri Dia walaupun Allah pinjamkan kami cuma dua tahun tujuh bulan untuk bersama mengharungi alam perkahwinan seperti anak - anak adam lain di luar sana.. Selama aku menjadi isteri Dia..Dia tidak pernah meninggikan suara padaku apatah lagi  memukulku.. Walaupun dia ada kelemahan yang dahulunya kadang - kadang aku tak boleh terima tapi aku tahu dia sangat menyangiku kerana hanya aku lah semasa hidupnya tempat dia mengadu segala masalahnya. Hanya aku aja yang berjaya menjadi suri hidupNYA..InsyaAllah sampai ke syurga...

Tiap kerdipan mataku hanya nampak wajahNYA..Wajah suamiku yang di rindui..Sungguh!! aku sangat merinduiNYA..Tapi sekarang hanya zikir dan ibadah saja yang dapat mengubati rinduku padaNYA..Aku telah redha dan terima hakikat bahawa dia telah pergi meninggalkanku dan takkan kembali lagi dan menjadi tanggunjawab aku untuk mendoakan kesejahteraan Dia di sana..InsyaAllah..

Semasa hidupnya Dia sentiasa berpesan padaku bahawa kehidupanku perlu diteruskan dan terus di perjuangkan jika ditakdirkan suatu hari dia pergi dahulu meninggalkan aku.. Sejak lahirnya puteri kami dia selalu mengadu dan bercakap tentang kematian bahawa dia akan pergi meningglkan aku dalam beberapa ketika yang akan datang nanti.."Abg rasanya akan mati awal dan muda sayang, Jika abg tiada nanti sayang kena kuat tau" itulah kata - katanya sejak setahun yang lalu..aku cuma anggap itu hanya gurauan dari seorang suami kepada isterinya.. Rupa - rupanya apa yang aku anggap gurauan selama ini sudah menjadi realiti sekarang..Allahuakhbar..

Sayang...
Puteri kita Nur Hasya Sofea telalu banyak persamaan dengan abg..
Gelagat dia yang suka picit hidung umminya..
Tarik rambut umminya..
Ketuk kepala ummi..
Tidur atas dada umminya..
Tidur bawah lengan umminya..
Tidur belakang sambil memegang pinggang umminya..
Suka menyakat umminya semuanya seperti abg..
Suka bermain dan bercakap sorang - sorang juga seperti abg..
Suka mamai waktu tidur dan bercakap seperti abg..

Banyak sungguh persamaan puteri kita seperti abg..kadang - kadang ummi rasa seperti abg berada dalam dirinya.. Cara dia merenung ummi seperti apa yang pernah abg buat pada ummi ketika abg ada..Dalam hati selalu berkata abgkah yang berada depan ummi..Mungkin Allah telah mengaturkan segala untuk ummi sentiasa senyum dan akan sentiasa merasakan yang abg ada dekat bersama ummi untuk memberikan semangat untuk ummi meneruskan kehidupan walapupun tanpa abg disisi..Dengan keriuhan puteri kita ummi tidak rasa sunyi walaupun abg tiada disisi..Ummi tahu abg sentiasa perhatikan kami berdua walaupun ummi tidak nampak abg..Cukuplah Allah telah hantarkan abg dalam mimpi ummi..Dengan itu ummi tahu yang abg sentiasa aman dan tenang di sana.. InsyaAllah abg selagi ummi bernafas ummi akan sentiasa salurkan aliran sebatang sungai untuk abg di sana demi tanda cinta dan sayangnya ummi pada abg..Pssttt...rindu sangat pada kamu...Saya sangat bangga menjadi isteri kepada Mohd Hafidzol Bin Mokhtar dan akan kekalkan gelaran "PUAN' pada dia sampai akhir hayat saya..InsyaAllah...:)


Rindu sungguh pada senyuman dan tawanya...:)

Sunday, November 20, 2011

Kelemahan Diri

Lihat hit counter, makin naik.. pelik, chat box pun menunjukkan bukti masih ada yang sudi bertandang.. Terima kasih buat kalian yang masih sudi ziarah. memberi sedikit galakkan untuk saya terus menulis :)

Dikongsikan sedikit tazkirah ringkas, dicedok dari facebook Ustaz Zahazan Mohamed, semoga bermanfaat, insyaAllah.

"Saya terbaca dalam Tazkiyyatun Nufus oleh Syikh Sa'eid Hawwa yg merupakan bekas penggerak sebuah harakah Islamiyyah terbesar dan berpengaruh di Timur Tengah, langkah memperbaiki kelemahan diri ( Tazkiyyatun Nufus ) berdiri di atas 4 rukun,

Perkara pertama ialah kita digalakkan mendengar pandangan musuh kita tentang kita kerana lumrahnya apa yg mereka katakan itu adalah benar-benar kelemahan kita. Musuh berperanan mencari kelemahan kita. Jadi kita hendaklah memperbaiki kelemahan-kelemahan itu. Sabarlah terhadap mereka dan hadapilah dengan hikmah..

Perkara ke 2 ialah kita mesti menjalin hubungan dengan guru-guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi, mu'allim, mu`addib yang dapat membimbing kita mendekatkan diri kepada Allah dgn ilmu dan hujjah yang sahih, bukannya guru-guru ahli bid'ah yang mengada-adakan dalam urusan agama tanpa dalil yang benar..

perkara yang ke 3 ialah dia mesti mencari ar-Rafaqatus Salihun, teman-teman yang salih yang sentiasa menegurnya dengan kasih dan hikmah agar dia memperbaiki kekurangannya. Imam Nawawi meletakkan suatu bab yang khas dalam Riyadhussalihin kepentingan berziarah ke tempat-tempat salihin..

dan yang ke 4, hendaklah bergaul dengan orang kebanyakan, seperti ahli masjid, surau dan usrah2 menyebabkan dirinya mengetahui apa yang disukai manusia dan yang tak disenanginya."

Sebagai seorang manusia, saya juga kadangkala berasa lemah dan tidak tahan dengan ujian yang datang. Jiwa yang kental kadangkala luruh pada keadaan-keadaan tertentu. Ketika itulah kita memerlukan Tuhan. Kita perlukan Dia bagi membantu mencatur dan mengawal pergerakan kita. Apabila terasa diri hilang kawalan, kita memerlukan kawalan dari Tuhan agar diri kita tidak tersasar dan terkeluar dari panduan. Persoalannya sekarang, benarkah Allah SWT boleh mengawal kita? Jawapannya YA! Memang boleh! Tetapi hakikat dunia sekarang, tidak ramai yang Allah kawal mereka. Semakin ramai yang tidak dikawal Allah. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu Allah kawal mereka. Inilah dia fenomena ‘ yang semakin hari semakin jauh dengan Allah..Wallahualam..

semakin jauh dengan tuhan

Thursday, November 17, 2011

~WE ALL SUPERMAK~

Kita Sentiasa Di Sinari OlehNYA..InsyaAllah..:)



Assalamualaikum, Bismillahirrohmanirrohim..

Aku adalah seorang hambaNYA yang sedang berlajar dan terus mencari sesuatu yang hakiki di antara suatu yang abadi..InsyaAllah..:) Sejak permergian suami di kasihi aku menjadi semakin buntu dengan kehidupanku untuk membesarkan puteri yang disayangi..Semakin hari jiwa semakin meronta tak terucap dengan kata - kata.. aku selalu berfikir kepada siapa aku harus mengadu selain dari Allah...Hanya Allah yang lebih maha mengetahui keadaan aku dan orang yang senasib denganku..Satu hari ada seorang Hamba Allah telah memberikan aku link blog yang mengisahkan seorang isteri yang terlalu rindukan suaminya yang telah pulang ke kampung halamannya seperti suami aku...Sejak aku membaca blog seorang hamba Allah (sekarang menjadi sahabat aku)..aku menjadi begitu kuat dan dalam hatiku ini terpanggil - panggil semula untuk menulis blog yang telah lama aku tinggalkan..

Aku telah kehilangan kata - kata untuk menulis blog mungkin sudah lama aku tidak mengarang..hari demi hari segala kata yang telah hilang telah kembali kuat untukku supaya untuk menulis semula blogku..Segala  perit,rinduku sayangku pada arwah aku lepaskan di dalam blog ini..:(...aku serach (cari) sana sini untuk mencari sahabat - sahabat yang senasib denganku...aku ingin dekat dengan mereka untuk berkongsi segala masalah antara aku dan mereka...aku tahu hanya mereka yang senasib denganku aku yang kebih mengetahu keadaan kami yang sebenar..BERAT MATA MEMANGDANG..BERAT LAGI KAMI YANG MEMIKUL..

Akhirnya aku tubuh satu group untuk sahabat - sahabat yang senasib denganku (GROUP SSH)...daripada ahli group dari 3 orang sekarang sudah semakin bertambah..Alhamdulillah...Pelbagai masalah kami kongsi bersama...kami sekarang sudah menjadi sebuah keluarga..seebuah keluarga yang terlalu SARAT menangung RINDU pada SUAMI DIKASIHI..Kami semua kena bersedia menanggung terlalu banyak bebanan. dari hendak mencari nafkah, menguruskan anak-anak, mendidik mereka, memikirkan keselamatan keluarga dll. Entah-entah hal diri sendiri, makan pakai sendiri pun tak sempat difikirkan. Setiap saat ada sahaja tekanan tanggungjawab dan emosi yang berlegar. Jika tidak kuat kesabaran dan pergantungan kami kepada Allah, memang amat mudah pula pertimbangan akal fikiran kami terbabas keluar dari landasan normal kehidupan. Secara jujurnya, kami sendiri sering terlajak dalam membuat pertimbangan apabila dihimpit dengan begitu banyak tekanan...Allahurabi...:(

Apa yang kami harapkan hanya minta orang di luar sana jangan terlalu banyak memberikan kami dengan banyak tekanan..biarlah kami sentiasa gembira bersama anak - anak yang telah di tinggalkan oleh suami di kasihi..Bukanya apa kami bimbang jika anak - anak yatim (anak kami) pula yang menjadi tempat untuk melepaskan geram dan amarah kami jika terlalu banyak tekanan..

Sahabat semua kita semua adalah senasib..kita mesti kena kuat..kena semangat..kena tabah dan sentiasa kena tingkatkan kesabaran...sahabat semua tahukan bagaimana sukarnya kehidupan seorang ibu tunggal yang sentiasa di pandang negatif oleh orang sekeliling..Ingatlah wahai sahabat..bila hati kita telah di serah pada Allah..taiadalah duka tiadalah kecewa..apa yng kita buru hanya untuk mardhotillah..Hilangkan segala rasa gundah sahabat..Jalanilah kehidupan dengan indah..Bila benih cinta kita di semai pada yang Maha Esa..barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba..InsyaAllah saya pasti bahagia akan tiba kalau bukan di dunia pasti di akhirat sana jua dengan syarat kukuhkan dan semaikan iman dan taqwa di jiwa..InsyaAllah..:)

kita semua "SUPERMAK"..tau..:) Didoakan semoga Allah melimpahi kita dengan kesabaran, rahmat dan kasih sayang-Nya. Ujian yang Allah berikan ini ialah hadiah untuk kita. Terimalah hadiah itu dengan redha..





























U/P : Maaf pada sahabat semua kerana mengambil gambar anda semua tanpa keizinan terlebih dahulu..pada sahabat SSH jika gambar anda tiada dalam ini maknanya saya cari gambar tidak jumpa la...hehehehe..
CERIA SELALU YA DEMI ANAK - ANAK TERCINTA...:)

Sunday, November 13, 2011

Refer Letter



TErjaga dari tido jam menunjukkan pukul 3.30 pagi...hampir 2 jam aku telah melelapkan mata..terbangun dari tido di tengah malam telah menjadi kebisaan aku sejak aku berniaga online...sambil aku check order customer aku ternampak surat refer letter ke HSAH yang last weeks dari klinik panelku..Ah sambil mengeluh dalam hati perlukah aku pergi buat medical check up yang seterusnya di hospital..Memang tak dinafikan telinga aku masih lagi belum sembuh sepenuhnya cuma darah yang didalam telinga aja dah tiada dengan bengkak akan tetapi perdengaran aku masih lagi kurang jelas & akan rasa sakit jika waktu tido/sejuk...huhuhu,,

sebab - sebab aku taknak pergi follow up yang seterusnya:-

1- aku takut sebenarnya,,,
2 - takut doktor bgtau penyakit yang serius..
3- kalau serius kena admit wad puteri aku siapa nak jaga sebab hasya sofea memang rapat dengan aku..
4- terkenang pada arwah suamiku dia dulu sebelum detect kanser limfoma pun sakit telinga juga..
5- macam - macam aku fikir..
6- biarlah Allah yang menentukan segalanya..
7- jika dah buka pintu hatiku nanti nak pergi buat check - up seterusnya aku akan pergi.
8-aku tak sanggup lagi nak menghadapi musibah walaupun aku sentiasa redha dengan musibah yang datang
9 - sekarang apa yang penting aku hanya perlu berdoa pada Allah semoga tiada apa - apa berlaku padaku..

Semoga anda semua doakan saya juga...:(

Friday, November 11, 2011

Group Tautan Hati Yang Ku Sayang...

Istikharah + Sedih = Redho........

SubhanaAllah..SubhanaAllah..SubhanaAllah...


Allahurabi..sedih sungguh sejak seminggu ini..Istikharah yang telah memberi ku petunjuk..Terima Kasih Allah tapi dalam hatiku tidak sanggup lagi menahan musibah yang di beri olehMU..Ku tahu Ya Allah musibah yang engkau turunkan padaku menunjukkan bertapa kau sayang padaku dan aku insan yang terpilih olehMU..

Selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu naluri aku terpanggil untuk  mengetahui cerita sebenar di sebalik aktiviti harianku (Group TH)..ku tak tahu kenapa ia begitu meronta - meronta seolah - seolah sedang bermain dengan fikiranku seperti dalam khayalan..Akhirnya ku buat keputusan aku perlu rehat dan kosongkan minda yang ada..aku bebaskan segala minda aku dari kecederungan pendapat peribadi..aku memilih waktu tenang dan sunyi setiap malam dan membaca doa yang makhtur yang telah di ajar oleh Nabi SAW dalam hadis Jabir dari Riwayat Bukhari..Ku mengakat tangan dan bersujud serta berdoa padaMU setiap malam semoga petunjuk itu hadir dari segi mimpi..kecederungan...ilham..ketenangan dan sebagainya..

Akhirnya petunjuk itu datang melalui mimpi aku tolak petunjuk melalui mimpi itu jauh - jauh kerana aku takut mimpi itu cuma mainan tidur yang di pengaruhi oleh banyak faktur..aku cuba lagi dan cuba lagi..akhirnya aku rasa tenang setenangnya bila ia datang melalui ilham dan kemantapan hati...Allah bagai nak luruh jantungku bila aku ketahui yang selama ini sahabat - sahabat aku tidak jujur padaku (Group TH)..aku terkesima dan mengucap panjang sambil berzikir yang sentiasa ingat padaMU mengadu supaya diriku akan menjadi semakin tenang dengan perkhabaran yang tidak ku sangka - sangka...Ingatkan panas hingga ke petang rupanya petir di tengahari..Allahurabi..

Kesedihan dlm urusan dunia dapat menggelapkan hati, kesedihan dlm urusan akhirat dapat menerangi hati." -InsyaAllah akan ku pegang kata - kata ini walaupun hatiku selalu disakiti...

Ya Allah beriku lagi pertunjuk untuk menyelesaikan segala masalah (Group TH)

-Perlukah aku bertanya kepada mereka kejujuran mereka terhadap aku..
-Perlukah aku menghukum mereka bila ku dah tahu mereka tidak jujur padaku..
-Perlukah aku beritahu dunia tentang kegiatan mereka selama ini..
-Perlukah aku menegur mereka supaya mereka hentikan kegiatan mereka yang mengambil kesempatan di atas diriku..

Ya Allah aku cuma HAMBAMU...

-Aku tidak perlu bertanya kepada mereka
-Aku tidak perlu menhukum mereka kerana semua itu atas urusanMU Ya Allah..
-Aku tak perlu beritahu dunia tentang mereka kerana akan mengaibkan mereka..
-Aku tak perlu menegur mereka kerana kadang - kadang aku juga ada kelemahan..

Ya Allah aku cuma perlu berdoa..

-Semoga kau membuka pintu hati mereka untuk memberi penjelasan bukan dengan meminta maaf padaku tetapi memohon ampun dariMU dengan segala perbuatan mereka..

-Kalau ditakdirkan mereka ingin memberitahu perkara yang benar dan pulangkan wang padaku..aku tak perlu semua itu kerana aku takut jika mereka berterus terang padaku aku akan semakin benci pada mereka..Biarlah wang yang mereka yang tak jujur padaku mereka salurkan kepasa mana - mana badan amal yang lebih memerlukan..

-Untuk aku anggap saja semua ini dugaan dariMU..mungkin bukan rezekiku sekarang..InsyaAllah rezeki aku akan muncul suatu hari nanti..aku perlu tingkatkan lagi kesabaran aku kerana janjiMU PASTI untuk HAMBAMU...

InsyaAllah doa seorang isteri...anak yatim piatu...ibu tunggal dan juga hambaMU yang teraniaya akan memberi sinar dalam kehidupanku selepas ini keranaJika kita tergolong sebagai insan yang teraniaya atau disakiti oleh insan lain yang bergelar manusia, tidak kiralah siapa sekalipun insan itu, janganlah sesekali berdukacita. Apabila tergolong sebagai insan teraniaya, kita sebenarnya menjadi insan yang paling beruntung di dunia ini. Apa tidaknya, doa insan-insan yang teraniaya ini tidak ada hijab antara langit dan bumi. Ia akan sampai terus kepada Pencipta, dan dengan izinNya doa-doa tu pasti akan dimakbulkan, tidak kiralah siapapun yang bertindak sebagai penganiaya..InsyaAllah..


Maksudnya..

Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.


Cara Mengamalkannya...

Sebaiknya baca sekali selepas solat, 
mudah-mudahan Allah memberi ketenangan kepada orang/diri kita yang dianiaya sebaliknya orang yang menganiaya berada dalam keadaan tidak tenang...

Beruntunglah bila hati mengenal Allah...
Beruntunglah bila diri merindu Allah...
Beruntunglah bila jiwa berharap Allah...
Beruntunglah cita-cita hanyalah Allah...


 

Sunday, October 30, 2011

~Labbaik Allah~

Bila hati diserah kepada Allah, Tiada resah tiada gelisah, Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah, Hilang rasa gundah hidup rasa indah... Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa, Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba... Pergilah duka, Hapuslah kecewa.. Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba, Di dunia ini dan di akhirat sana, Dengan syarat Iman dan Taqwa, Kukuh disemai dan tersemat di jiwa, Amal soleh bukti setia, Seorang hamba kepada Rabbnya..


‎1. Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.

2. Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.


Alhamdulillah semalam dapat panggilan daripada maksu..mereka semua di sana sihat - sihat sahaja...sambil bercakap dengan maksu di talian suara aku tersekat - sekat menahan kesedihan tanpa ku sedar airmata mata aku gugur lagi,,aku tahu maksu pun sebegitu..aku cuba alihkan segala soalan - soalan sedih yang di tanya olehnya..sebenarnya dalam hati ini ingin sangat memeluknya tapi apakan daya Allah telah menrancang segalaNYA..
Terkilan...ye secara tak langsung memang rasa terkilan kerana tidak dapat bertemu denganya ketika dia melangkah kakinya menuju kerumah Allah...Apa yang aku boleh doakan semoga dia dan dan yang lain - lain di berikan kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah haji dengan lebih sempurna..Doakan semoga aku masih berpeluang berjumpa dengannya lagi...
Kalaulah abg ada tika dan saat ini entah apalah yang akan di ceritakan olehnya..mesti dia gembirakan sebab dia berkesempatan pergi lagi ke Shah Alam..tapi kali ini pergi dengan hadiah yang dijanji olehnya yang ingin membawa aku berjalan - jalan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga 25/10/2011 dan secara tak lansung berpeluang  menghantar maksu dan keluarga ke Tanah Suci 26/10/2011..itulah yang dijanjikan ketika dia masih ada...dia teringin sangat nak berjalan - jalan ke negeri melaka dan port dickson dan aku juga telah berjanji dengan sahabatku (Elly Norimi) yang kini juga senasib  denganku ingin berjumpa dengan mereka sekeluarga jika aku dan suami berkesempatan pergi kesana...
Tetapi sekarang dengan siapa aku hendak pergi berjalan - jalan bersama anakku..aku hilang arah..apa yang ada dalam diriku sekarang satu tekad..satu tujuan dan satu destinasi..satu tekad yang aku perlu kuat untuk berhadapan dengan dunia..satu tujuan untuku menjadi wanita,anak,isteri dan ibu yang solehah...satu destinasi untuk aku pulang ke kampung halaman dengan husnul khotimah dan dapat membina kebahagian kami semula disana..InsyaAllah moga Allah mendengar segala rintihanku...

Ya Allah. Engkau peliharakanlah kesihatan dan keselamatan maksu paksu  serta yang lain lain selama mereka di tanah suci. Selama mereka dalam ibadah Haji. Engkau peliharakan lah mereka sebagaimana engkau pelihara para kekasihmu, para syuhada dan ahli-ahli syurga. Ya Allah ya tuhan ku. Kau terima lah ibadat mereka selama mereka di sana dan selama hayat mereka. Berikan mereka kesihatan yang sempurna dan umur yang panjang agar dapat beribadat kepada mu ya Allah. Permudahkan segala urusan mereka baik dunia ini, di alam barzah dan akhirat kelak. Lindungi segala keaiban mereka. Ampunkan dosa-dosa mereka. Dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Jauhkan mereka dari sebarang kecelakaan dunia dan akhirat. Tempatkan lah mereka di antara orang-orang yang soleh dan mukmin. Jadikan mereka kekasihmu ya Allah…
Maksu dan paksu – Sampaikan salam mala pada Rasullah. Katakan padanya yang anak mu ini rindu akannya. Katakan padanya yang anak mu ini selalu ingin bertemu dengannya. Doakan anak mu ini depan Kaabah. Semoga anakmu ini memperolehi ketenangan hakiki dan bahagia. Punyai kesihatan dan ekonomi yang kukuh untuk membesarkan amanat yang ditinggalkan oleh suami dikasihi. InsyaAllah… Bila sampai waktu nanti…
Beribadatlah dengan sempurna. kamu semua di tanah mulia… Doa minta petunjuk menjalani kehidupan yang ikhlas dan sempurna…Mala dan yang lain - lain menanti kepulangan kalian dengan penuh rindu…

Monday, October 24, 2011

Bagai mimpi

24/10/2008 sehari sebelum aku diijabkabulkan bersama suami tersayang iaitu pada tarikh 25/10/2008 ia hadir bagai mimpi semalam yang baru berlaku..tidak sangka genaplah usia pernikahan kami yang ketiga tahun.. Usia perkahwinan yang diibaratkan seperti baru setahun jagung..Tidak sempat untuk kami berdua mendalami dan mempelajari alam rumahtangga dengan begitu mendalam mengikut syariat islam..Tetapi Allah telah memisahlan kami untuk selamanya di dunia,,terpisahlah antara aku dan dia suami yang di sayangi..Suami yang telah pulang ke kampung halamannya..Kampung halaman yang diimpikan oleh semua orang..Dari dia kita datang kepada dia kita akan dikembalikan..InsyaAllah berkat kesabaran aku pasti kami akan bersatu semula di jannah salsabilanya...

Aku masih teringat lagi sebelum kami diijabkabulkan suami aku seakan menangis tatkala melafazkan akad nikah dihadapan semua orang..Darah gemuruhnya membasahi segelinap tubuhnya... Tersenyum aku melihat gelagatnya..:) Dia memang seorang lelaki yang mudah menangis...hatinya sentiasa menangis memendam perasaan..hanya padaku tempat dia meluahkan perasann yang terpendam sejak aku mengenali dia pada tahun 2000...sepanjang perkenalan kami sebelum diijabkabulkan begitu mencabar..pelbagai onak dan duri kami tempuhi bersama..Alhamdulillah akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri yang sah pada tahun 2008

Tapi apakan daya kebahagian aku bersama dia hanya sementara...Dia telah pergi selamanya disaat aku terlalu memerlukan dia...kini aku menjadi sunyi..hilang arah,hilang perjalanan kehidupanku pada masa hadapan..kadang - kadang aku terfikir mampukah aku meneruskan kehidupan tanpa dia suami yang disayangi.. Suami yang menjadi inspirasi hidupku selama ini..Allah..:(

Abg,,,
tika dan saat ini ayg terlalu rinduka abg..
rindu ingin mengimbau kenangan - kenangan manis ketika kita bersama..
rindu ingin membesarkan puteri kita bersama..
yang paling ayg rindu sangat - sangat rindu ingin mendengar dengkuran abg setiap kali abg tido..
walaupun dengkuran abg begitu kuat akan tetapi setiap malam ayg tidak menjadi sunyi dengan mendengar dengkuran itu..
Dulu jika abg bekerja malam ayg pasti tidak dengar dengkuran abg kerana abg bekerja ayg gantikan dengan bunyi - bunyian radio dan tv untuk menghilangkan rasa sunyi di malam hari ketika abg tiada di rumah..
Tetapi sekarang setiap hari abg tiada dan tidak akan kembali lagi..hanya bunyi radio dan tv menemani ayg setiap malam sehingga ke pagi..(bil elektirk setiap bulan mencecah hampir rm100 walaupun hanya ayg dan puteri sahaja yang ada di rumah)
Rindunya saat itu..moga abg baik - baik disana..

Sekarang puteri kita telah mengikuti gelagat abg kerana puteri kita pun setiap kali dia tido dia akan berdengkur (ikut abg) menangis (ikut ayg)..:) abg tahukan sudah 16tahun sebelum ayg tido ayg pasti menangis..menangis memikrkan perjalanan hidup ayg tidak seperti orang lain sehingga ayg mengalami kerosakan kornea mata kerana terlalu banyak menangis..Dulu abglah yang selalu memujuk ayg ketika ayg menangis setiap hari..tetapi sekarang setiap kali ayg menangis ayg pujuk diri sendiri dan melihat wajah anak kita dan terus di buai mimpi dalam tangisan..Sebelum tido pasti berdoa semoga ayg mimpikan abg..mimpi abg kembali kepada ayg..kembali hidup seperti dahulu..Begitu juga setiap kali solat mesti doakan abg doakan yang ayg akan selalu mimpikan abg..moga Allah tetapkan hati ayg hanya untuk abg..:(

Ayg selalu melihat sahabat - sahabat yang senasib dengan ayg..tetapi mereka semua mempunyai anak melebihi dua orang..tapi kita hanya seorang puteri yang belum tahu lagi dapat menjaga ayg di hari tua kelak jika ditakdirkan umur panjang..ayg takut sangat sayang..takut tidak dapat membimbing puteri kita menjadi anak yang solehah kerana hanya dia seorang sahaja nanti yang dapat mendoakan kita berdua jika ayg mengikuti abg kembali ke kampung halaman..ayg hanya ada dia..dialah tempat ayg berhibur..melihat gelagat puteri kita ayg jadi tersenyum seketika..petah percakapannya yang tanpa henti membuatkan semua orang tersenyum..anak kita semakin cantik sayang...ayg tahu abg pasti melihat kecantikan dan kecomelan anak kita kan? semua orang memujinya..kulitnya pun semakin hari semakin cerah..tak segelap yang abg sangka..

Teringat lagi ketika ayg mengandungkan dia abg memaksa ayg meminum air susu dan soya kononya nanti jika puteri kita lahir kulitnya akan putih gebu..tapi ayg tidak ikut kemahuan abg sebabya dari dulu lagi sememangnya ayg tidak meminum air susu dan soya..heheheh..setiap hari ayg cuma amalkan minum air buah - buahan,kismis dan madu orang kata nak bagi kulit anak nampak cantik..ntah betul ke tidak tapi ayg nampak kulit anak kita biasa aja..:) Rindunya saat itu..tetapi apakan daya semuanya tinggal kenangan..:(



Saat Diijabkabulkan 25/10/2010



Sah bergelar sebagai isteri pada sang suami yang dikasihi.


                                           Pembatalan air sembahyang setelah diijabkabulkan




Di hari persandingan yang begitu membahagiakan aku dan dia..



Dua jiwa menjadi satu..InsyaAllah sampai ke syurga..



Langit ketujuh moga aku bersama dia suami dikasihi sehingga selamanya..


Kini,ku kesorangan akan menyusl mengikuti dia satu masa nanti..


Kesorangan bersama amanat yang ditinggalkan bersama puteri disayangi..



Puteri yang sangat cantik dan cukup sifat kesempurnaanya..

Nur Hasya Sofea (Cahaya Kesempurnaan Yang Cantik)

Makna nama anak kita begitu sesuai dengan kehidupan ayg tika dan saat ini..:(

Thursday, October 20, 2011

Redha ~ Elly Normi~

Redha..redha..aku redha dengan apa yang berlaku..Ayah ibuku meninggal ketika aku masih kecil aku redha..suamiku meninggalsemasa kami ingin memulakan kehidupan baru aku redha..my 3 babies meninggal sebelum sempat dilahirkan ke dunia aku redha...adik beradikku meninggal sebelum aku mengenali mereka dengan lebih rapat lagi aku redha dan orang di sekelilingku meninggal aku redha..betulkah ini semua kenyataan? tidak..tidak dan tidak hati mana yang tidak panas apabila di caci..jiwa mana yang tidak sedih jika keluarga meninggal,muka siapa yang tidak padam apabila di puji/marahi orang..dimanakah keredhaan sejati itu?

apa makna redha itu yer?
redha adalah seperti biskut atau makanan atau apa yer?
redha berlaku jika kita sebagai hambaNYA melihat setiap ujian/bala adalah milik Allah dan kita sebagai manusia mesti percaya pada Qada dan Qadar swt iaitu rukun iman yang ke 6..percaya kepada Qada dan Qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku hanya kerana Allah..

Dear Elly Norimi

Redhalah dengan ketentuaNYA..kamu insan yang terpilih..besar ganjaran kamu di syurga nanti..Sis ada sisipkan kata - kata semangat untuk kamu jika kamu sudah berasa tenang kamu baca ye sayang..Ramai lagi insan diluar sana yang lebih mengalami musibah yang lebih berat sis tahu kamu pasti boleh terima hakikatnya kita hidup di dunia ini cuma pinjaman semata - mata..Semua yang ada di dunia hak mutlak milik Dia Sang Pencipta...Bersabarlah sayang kita semua pasti akan menyusul suatu hari nanti seperti mana kekasih kita pergi menghadap Ilahi dan pulang ke kampung halamanNYA..Kuatkan semangat demi membesar amanat yang ditinggalkan oleh suami tercinta..anak - anak elly memerlukan elly tika dan saat ini..elly perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa...Sis yakin elly pasti boleh..Elly mesti kuat yer sayang..

Untukmu sayang..

Sinar mentari menunjukkan sesuatu yang indah..
Kadang - kadang manis wajahnya..
Kadang - kadang menarik cahayanya..
Jarang - jarang meronta kepanasananya..
Jarang - jarang menjadi bahang dahaga manusia..

Berdiri jauh ia tersenyum...
Bercahaya gemilang tanda memberi..
Bertengkar awan ia memancar..
Bernafsu mekar menyinari alam..
Menjadi lumrah isu kehidupan..
Ada yang sakit,ada yang senyum,ada yang sengsara,ada yang sensitif..

Begitu indah kehidupan kan?
Ada yang naik,ada yang turun,ada yang hidup,ada juga yang sudah mencapai hayatnya..
Sukar untuk dibicarakan musibah dabn musabah..
Saling berkaitan memuji,saling bergetar melawan..
Itulah matlamat alam..

Jika difikirkan,jika dihindarkan..
Ia tetap datang,Ia tetap menerjah tuan..
Sukar untuk berlari,sukar untuk dicari..
itulah lumrah kehidupan manusia..
Kerana kita cuma HAMBA pada Sang Pencipta..

InsyaAllah sayang pelangi pasti akan menyusul selepas ini..:)


 Jika elly rasa sedih pandanglah mata keempat - empat anugerah tak ternilai ini yer sayang..cari kekuatan dalam diri anak - anak elly..:)




Tuesday, October 18, 2011

Dia ~ Elly Norimi ~

Dia...aku tidak pernah bertemu dengan Dia dan juga mengenali Dia..Tapi aku sangat kagum dengan Dia seorang ibu yang mempunyai empat orang cahayamata yang masih kecil boleh hidup dengan rezeki yang tak seberapa oleh pekerjaan suamiNYA..Dia tidak berkeja seperti aku dan wanita - wanita diluar sana..Dia hanya surirumah sepenuh masa yang ingin mengabdikan dirinya untuk suami dan anak - anak tersayang..Hidup mereka bersahaja tidak seperti orang lain..Tanpa keizinan suaminya dia tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuhnya..Akhirnya dia teringin mengurangkan bebanan suaminya dengan cara berniaga secara kecil - kecilan melalui intenet untuk membantu suaminya yang berkerja yang tidak mampu sangat untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga..Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Bermula hidup dia berniaga secara online di laman facebook..Bezanya cara dia berniaga dia tidak pernah order barang yang ready stok kerana dia tiada modal untuk memulakan perniagaan..Semua item yang dijual cuma barang - barang yang pre order..Sejak itu aku mengenali dia pada tahun 2009..masa itu aku tangah mengandungkan princess Nur Hasya Sofea...Ketika ini aku sedang berjinak - jinak membeli pakaian bayi secara online...Pada dia lah orang pertama aku membeli secara online baju untuk puteriku..Walaupun dia menjual item pre order tapi aku suka bershopping dengan dia kerana tingkah laku dia sentiasa baik melayan karenah customer..Dia juga berterus terang pada customer bahawa dia tidak mampu menjual barang  yang ready stok..

Dia juga yang telah mendidik aku cara - cara berniaga online di facebook...Selepas aja princess lahir dia yang banyak tunjuk ajar padaku tentang perniagaan online sehingga aku berada sampai tahap sekarang..Arwah suamiku juga mengenali dia dan selalu memuji dia kerana dia tidak pernah kedekut ilmu yang ada..ilmu yang ada dia sentiasa sharing dengan kawan - kawan even kawan - kawan itu hanya kenal di alam maya..Semakin hari dia mengalami kesempitan hidup tatkala suami dia tidak berkerja..aku tahu  begitu sukar untuk dia dan suami menyara sebuh keluarga dengan tanpa kewangan yang tetap..semasa itu dia baru saja melahirkan puteri bongsu dia...akulah kawan pertama yang tahu nama anak dia Nur Qisya Adelia... Dia juga bertanya pendapat aku tentang nama anaknya sama ada nak letak Nur Qisya Adelia @ Nur Adelia Qisya..Dia selalu berkongsi masalah dia dengan aku..Tetapi beruntungnya dia masih ada ibu bapa dan mertua yang sangat baik hati...Dia sealu bercerita pasal mertua dia yang baik padaku..Perbezaan kehidupan antara aku dan dia amat ketara...

Tetapi hari ini aku dikejutkan oleh panggilan yang sungguh tragis bahawa suami dia Mohd Saifol telah kembali ke Ramatuallah akibat kemalangan ngeri semasa perjalanan pulang dari tempat kerja..Kemalanagan yang menyebabkan arwah digilis oleh sebuah lori tanpa belas kasihan..SubahanaAllah..Aku harap dia tabah menerima semua dugaan musibah yang di beri oleh Allah...sayu hatiku tatkala dia bercerita padaku bahawa suami dia sudah dapat kerja lebih baik dari sebelum ini..mereka ingin memulakan kehidupan baru mereka..tetapi semua itu hanya tinggal kenangan..kenangan yang akan sentiasa tersemat di dalam ingatan seorang isteri seperti mana diriku dahulu..Ingin memulakan kehidupan baru..Allah lebih menyangi mereka..

Menangis aku seharian memikirkan dia..teringin aku memeluk dia semahu - mahunnya untuk menenangkan hati dia..apakan daya rumah dia terlalu jauh dari aku..Rasa terkilan makin menebal di dalam hati kerana minggu lepas aku tidak dapat membantu dia di saat dia mengalami masalah dan mempersoalkan ini antara hidup dan mati..Begitu besar masalah dia..Ya Allah ampunkan aku kerana aku telah abaikan masalah yang dicerita oleh dia..tidak sangka apa yang dia katakan berlaku pada minggu ini kematian suami yang di sayangi..suami yang telah pergi untuk selamaNYA..Tempat dia bergantung hidup selama ini..Allahurabi..

Untuk dia apa yang perlu ku katakan tika dan saat ini dia hanya perlu menangis..menangis sepuas - puasnya untuk suami tersayang..Mengadulah padaNYA di atas tikar sejadah..Mohon kemapunan dariNYA semoga Roh suami diletakkkan di kalangan orang yang beriman..Dia perlu bersedia untuk menempuh perjalanan hidup dengan Allah..dengan Dunia dan dengan semuanya...Dia pelu KUAT.perlu SABAR...perlu TABAH,,perlu SEMANGAT..InsyaAllah aku sentiasa memberi moral sokongan pada dia semoga dia akan menjadi tabah dan sekuat aku..Aku tahu dia pasti akan kuat suatu hari nanti biarlah masa yang menentukan segalanya untuk dia kembali pulih..Hari nie baru hari ke2 pemergian suami dia sedangkan aku yang hampir lima bulan permergian suami tersayang masih terasa detik - detik hitam yang berlaku..Bukan mudah untuk melupakan semua itu...Takziah untuk keluarga dia..

Ya Allah..kau tingkatkanlah Kesabaran pada Wanita ini..
Kau lindungilah dia dan juga anak - anaknya..
Kau permudahkanlah jalannya kelak..
Kau tunjukkan jalan yang lurus untuk dia..
Kau kurangkan musibah untuk dia...
Tetapi jika kau telah merancangkan sesuatu untuk dia Ya Allah..Ku pasti perancanganMU pasti hebat untuk dia Ya Allah..

Dia ~ Elly Norimi~




Semoga Roh Mohd Saifol ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman dan dicucuri rahmat..
Al -Fatihah..Amin..

Anda boleh salurkan sumbangan anda untuk dia sekurang - kurang boleh mengurang bebanan dia tika dan saat ini..Sumbangan boleh disalurkan ke direct akaun dia ELLINORIMI BT ADANAN

CIMB =  05080094203523
MAYBANK =  155023339031

Semoga sumbanagan anda di balas oleh Allah S.W.T...Amin..

Monday, October 17, 2011

No one is perfect...


A) Setinggi mana pun bidang akademik kita di dunia..
B) Sebesar mana pun pangkat kita dlm pkerjaan di dunia...

KERANA KITA BUKAN SEMPURNA...
So tak perlulah untuk mencari KELEMAHAN org lain jika anda mempunyai item A & B didunia kerana anda pun tidak sempurna dan sentiasa di bawah...
...
Siapa yang di atas HANYA DIA MAHA PENCIPTA...kita cuma HAMBA..:)
So renung2kanlah wahai ummat tak semestinya apa yang anda buat itu sempurna dan anda nak orang lain FOLLOW apa yg anda buat..tapi HAKIKATNYA anda lebih lagi tak SEMPURNA..:)

Sesekali BISIK di QOLBU SEMPURNAKAH DIRIKU? ^________________^
 

Erm..xpe saya mesti abaikan apa yang mereka kata..Sekarang saya ada 3 jalan yang perlu saya jaga seperti menatang minyak yang penuh..

1.jalan kehidupan saya bersama puteri tersayang
2.jalan bersama keluarga saya
3.jalan bersama keluarga suami saya..

ketiga jalan ini amat penting bagi saya..cuma kadang - kadang saya berada di dalam dilema jalan yang manakah harus saya utamakan dahulu? sukar sebenarnya untuk menuju ke sesuatu jalan/destinasi apatah lagi jika ada kaitan dengan ukhuwah...Ahhh,,,tension pun ada...:( Tapi saya tahu saya seorang yang KUAT...ya MESTI KUAT..mungkin pada mereka saya tidak begitu sempurna untuk hidup didunia ini tapi InsyaAllah saya akan sentiasa perbaiki kelemahan diri saya tapi bukan untuk mereka untuk Sang Pencipta Allah S.W.T..

Untuk puteri saya pulak saya akan sentiasa melatih diri dia supaya menjadi cekal & kuat..saya taknak dia melalui pengalaman pahit seperti saya..biarlah dia membesar dengan pengalaman yang baik - baik sahaja..InsyaAllah hanya puteri yang sentiasa menemani saya hingga ke syurga bersama suami tersayang..

Note : Untuk menjadi IBU Tunggal yang berjaya di dunia & akhirat kita mesti KUAT...

 

Sunday, October 9, 2011

~Kelu Lidah~

Kelu lidah untuk berkata - kata..semakin hari terasa jiwa yang meronta..getaran hati yang tidak terkata..Allahurabi..Berlapang dada itu cukup indah ketika saat menyeksakan dada.akan tetapi jika bila diri ini di hambat duka kerana kata tersilap bicara..SubhanaAllah rasa memakan rasa menikan jiwa bagai luka dicurah cuka begitu tajam sehingga menusuk duri sembilu...

Allah..6/10/2011 bertambah usia suamiku yg ke 31 tahun...pada hari ini juga hampir genap usia perkahwinan kami yang ketiga dan pada hari ini juga habislah pantang iddahku selama 4 bulan 10hari..Ahh...tarikh yang begitu membuatkan aku sentiasa teringat sehingga ke hujung nyawa..Hebatnya percaturan Allah kan? memberikan aku tarikh yang begitu istimewa untuk sentiasa dikenang dan mendekati denganNYA..kenapa semakin hari terasa hati ini semakin sayu..sayu seperti aku ingin pergi menemaninya disana...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz xde mood nk tulis...............menangiissssssssssssssssss jaa..................

Thursday, October 6, 2011

~ keTIka Muslimah TerLUKA ~

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya..

... Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia menari dalam doa memohon keampunan kpd Tuhannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa lebih lama dan dia harus tegar..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya dia gunakan seperti kebiasaannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya...

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya...

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH...