Total Pageviews

Thursday, December 15, 2011

Tidak Semudah A,B,C

Ayg! abg dah balik"
Ayg! abg lapar"
Ayg! dah masak ke belum"
Ayg! bangun abg dah nk pergi kerja"
Ayg! jaga anak kita baik- baik"
Ayg! jom keluar"
Ayg! jom makan!"

Begitulah jeritan "DIA" saban hari setelah dia pulang dari tempat kerja atau sebelum pergi kerja..rindu sungguh pada jeritan itu.tapi kini tinggal kenangan...:(

Yang pergi tetap akan pergi ,bagi saya yang merasakan kehilangan itu bukan semudah A,B,C @  1,2,3.. Sehingga sekarang walau sudah hampir enam bulan berlalu saya tetap menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri untuk 'dia' kerana saya terlalu rindukan "dia"..Saban hari memohon pada Allah supaya selalu di pertemukan dengan "dia: walaupun hanya dalam mimpi itu sudah cukup untuk meringankan bebanan rindu saya pada 'dia"

Setiap hari saya mendengarkan perkataan 'SABAR; dari orang keliling saya tapi entahlah kadang - kadang hati saya selalu goyah kerana kini saya tiada lagi tempat untuk saya bergantung hidup,berkongsi segala duka dan tawa..bila tiba masanya puteri saya tidur mulalah fikiran saya teramat teringatkan segala gelagat dia..cara dia tidur..cara dia makan..cara dia berjalan..cara dia ketawa..cara dia menangis...cara dia merajuk dan pelbagai lagi..sukarnya kan??

Tapi inilah hakikatnya yang saya kena hadapi sekarang walaupun sukar saya harus teruskan perjuangan ini,tapi jauh di sudut hati tetap rasa yang kelengkapan diri sudah tidak sempurna seperti dahulu..dulu jika mahu pergi kemana - mana tidak kira perjalanan itu jauh atau dekat  pasti 'dia" akan bersama..jika tidak bersama "dia" pasti saya akan meminta keizinanNYA terlebih dahulu..sekarang? saya rasa kadang - kadang macam orang gila..bercakap seorang diri..ber "sms" ke no telefon dia seperti dahulu..buat "miscall" ke no telefon dia seperti dahulu denga cara itu sekurang - kurang akan meredakan kesedihan saya apabila membaca di skrin telefon ada tertera nama "MY HUBBY"...

Semakin lama "dia" telah pergi meninggalkan saya dan alam fana ini semakin dekat saya rasa dengan "dia seolah - olah setiap detik 'dia" ada sedang memerhatikan saya..saya seperti dapat rasakan kehadiran 'dia" hadir ketika saya sedang berduka/sedih..'Dia: datang untuk memujuk isteri yang tercinta..seorang isteri yang harus meneruskan dan menyambungkan perjuangan "dia" sebagai seorang "abah" dan 'ketua keluarga"..

HebatNYA Allah kerana memberi peluang untuk kami diantara roh yang masih hidup dan roh yang sudah meninggal untuk bertemu ketika tiba saatnya..Allah yang mengetahui segalaNYA..Tapi saya tetap bersyukur dengan pemberian Allah terhadap saya..Semua yang saya miliki sekarang atas usaha saya untuk suami tercinta..Saya akan sanggup lakukan apa sahaja untuk "dia' dan pastikan dia tidur dengan aman dan tenang di sana...Begitulah kehidupan saya yang sukar dan ketikanya senang tapi tidak semudah ABC..Tutur bicara memang senang dilafazkan akan tetapi dari sudut hati seorang wanita saya cuma HambaNYA yang lemah yang kadang - kadang menpunyai akal yang pendek untuk menyelesaikan segala masalah..

Apa yang saya boleh katakan kepada mereka di luar sana..selagi hayat suami anda dikandung badan.. Hormatilah mereka sebagai seorang yang terindah/terpenting dan agung dalam hidup anda..apabila mereka (suami) anda telah tiada maka separuh jasad dalam diri anda akan pergi mengikut bersama suami anda kerana bila selesainya lafaz nikah antara isteri dan suami maka bercantumlah pasangan itu menjadi satu kerana seorang wanita telah di lahirkan dari rusuk kiri lelaki.. wanita dan lelaki akan menjadi satu apabila disatukan..

Separuh jiwaku telah pergi bersama 'dia'..kenangan antara saya dan 'dia; juga telah bersemadi bersama "dia" kerana "dia" tahu saya amat menyanngi dan mencintainya sehingga ke akhir hayat saya..Selagi nafas saya terhela selagi itu saya akan menyebut namanya ketika saya bersujud pada Sang Pencipta...

Gembira/sedih kerana setiap hari saya memakai bajunya walaupun baju "dia" agak besar dengan saya..:(

No comments:

Post a Comment