Total Pageviews

Thursday, October 20, 2011

Redha ~ Elly Normi~

Redha..redha..aku redha dengan apa yang berlaku..Ayah ibuku meninggal ketika aku masih kecil aku redha..suamiku meninggalsemasa kami ingin memulakan kehidupan baru aku redha..my 3 babies meninggal sebelum sempat dilahirkan ke dunia aku redha...adik beradikku meninggal sebelum aku mengenali mereka dengan lebih rapat lagi aku redha dan orang di sekelilingku meninggal aku redha..betulkah ini semua kenyataan? tidak..tidak dan tidak hati mana yang tidak panas apabila di caci..jiwa mana yang tidak sedih jika keluarga meninggal,muka siapa yang tidak padam apabila di puji/marahi orang..dimanakah keredhaan sejati itu?

apa makna redha itu yer?
redha adalah seperti biskut atau makanan atau apa yer?
redha berlaku jika kita sebagai hambaNYA melihat setiap ujian/bala adalah milik Allah dan kita sebagai manusia mesti percaya pada Qada dan Qadar swt iaitu rukun iman yang ke 6..percaya kepada Qada dan Qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku hanya kerana Allah..

Dear Elly Norimi

Redhalah dengan ketentuaNYA..kamu insan yang terpilih..besar ganjaran kamu di syurga nanti..Sis ada sisipkan kata - kata semangat untuk kamu jika kamu sudah berasa tenang kamu baca ye sayang..Ramai lagi insan diluar sana yang lebih mengalami musibah yang lebih berat sis tahu kamu pasti boleh terima hakikatnya kita hidup di dunia ini cuma pinjaman semata - mata..Semua yang ada di dunia hak mutlak milik Dia Sang Pencipta...Bersabarlah sayang kita semua pasti akan menyusul suatu hari nanti seperti mana kekasih kita pergi menghadap Ilahi dan pulang ke kampung halamanNYA..Kuatkan semangat demi membesar amanat yang ditinggalkan oleh suami tercinta..anak - anak elly memerlukan elly tika dan saat ini..elly perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa...Sis yakin elly pasti boleh..Elly mesti kuat yer sayang..

Untukmu sayang..

Sinar mentari menunjukkan sesuatu yang indah..
Kadang - kadang manis wajahnya..
Kadang - kadang menarik cahayanya..
Jarang - jarang meronta kepanasananya..
Jarang - jarang menjadi bahang dahaga manusia..

Berdiri jauh ia tersenyum...
Bercahaya gemilang tanda memberi..
Bertengkar awan ia memancar..
Bernafsu mekar menyinari alam..
Menjadi lumrah isu kehidupan..
Ada yang sakit,ada yang senyum,ada yang sengsara,ada yang sensitif..

Begitu indah kehidupan kan?
Ada yang naik,ada yang turun,ada yang hidup,ada juga yang sudah mencapai hayatnya..
Sukar untuk dibicarakan musibah dabn musabah..
Saling berkaitan memuji,saling bergetar melawan..
Itulah matlamat alam..

Jika difikirkan,jika dihindarkan..
Ia tetap datang,Ia tetap menerjah tuan..
Sukar untuk berlari,sukar untuk dicari..
itulah lumrah kehidupan manusia..
Kerana kita cuma HAMBA pada Sang Pencipta..

InsyaAllah sayang pelangi pasti akan menyusul selepas ini..:)


 Jika elly rasa sedih pandanglah mata keempat - empat anugerah tak ternilai ini yer sayang..cari kekuatan dalam diri anak - anak elly..:)




Tuesday, October 18, 2011

Dia ~ Elly Norimi ~

Dia...aku tidak pernah bertemu dengan Dia dan juga mengenali Dia..Tapi aku sangat kagum dengan Dia seorang ibu yang mempunyai empat orang cahayamata yang masih kecil boleh hidup dengan rezeki yang tak seberapa oleh pekerjaan suamiNYA..Dia tidak berkeja seperti aku dan wanita - wanita diluar sana..Dia hanya surirumah sepenuh masa yang ingin mengabdikan dirinya untuk suami dan anak - anak tersayang..Hidup mereka bersahaja tidak seperti orang lain..Tanpa keizinan suaminya dia tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuhnya..Akhirnya dia teringin mengurangkan bebanan suaminya dengan cara berniaga secara kecil - kecilan melalui intenet untuk membantu suaminya yang berkerja yang tidak mampu sangat untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga..Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Bermula hidup dia berniaga secara online di laman facebook..Bezanya cara dia berniaga dia tidak pernah order barang yang ready stok kerana dia tiada modal untuk memulakan perniagaan..Semua item yang dijual cuma barang - barang yang pre order..Sejak itu aku mengenali dia pada tahun 2009..masa itu aku tangah mengandungkan princess Nur Hasya Sofea...Ketika ini aku sedang berjinak - jinak membeli pakaian bayi secara online...Pada dia lah orang pertama aku membeli secara online baju untuk puteriku..Walaupun dia menjual item pre order tapi aku suka bershopping dengan dia kerana tingkah laku dia sentiasa baik melayan karenah customer..Dia juga berterus terang pada customer bahawa dia tidak mampu menjual barang  yang ready stok..

Dia juga yang telah mendidik aku cara - cara berniaga online di facebook...Selepas aja princess lahir dia yang banyak tunjuk ajar padaku tentang perniagaan online sehingga aku berada sampai tahap sekarang..Arwah suamiku juga mengenali dia dan selalu memuji dia kerana dia tidak pernah kedekut ilmu yang ada..ilmu yang ada dia sentiasa sharing dengan kawan - kawan even kawan - kawan itu hanya kenal di alam maya..Semakin hari dia mengalami kesempitan hidup tatkala suami dia tidak berkerja..aku tahu  begitu sukar untuk dia dan suami menyara sebuh keluarga dengan tanpa kewangan yang tetap..semasa itu dia baru saja melahirkan puteri bongsu dia...akulah kawan pertama yang tahu nama anak dia Nur Qisya Adelia... Dia juga bertanya pendapat aku tentang nama anaknya sama ada nak letak Nur Qisya Adelia @ Nur Adelia Qisya..Dia selalu berkongsi masalah dia dengan aku..Tetapi beruntungnya dia masih ada ibu bapa dan mertua yang sangat baik hati...Dia sealu bercerita pasal mertua dia yang baik padaku..Perbezaan kehidupan antara aku dan dia amat ketara...

Tetapi hari ini aku dikejutkan oleh panggilan yang sungguh tragis bahawa suami dia Mohd Saifol telah kembali ke Ramatuallah akibat kemalangan ngeri semasa perjalanan pulang dari tempat kerja..Kemalanagan yang menyebabkan arwah digilis oleh sebuah lori tanpa belas kasihan..SubahanaAllah..Aku harap dia tabah menerima semua dugaan musibah yang di beri oleh Allah...sayu hatiku tatkala dia bercerita padaku bahawa suami dia sudah dapat kerja lebih baik dari sebelum ini..mereka ingin memulakan kehidupan baru mereka..tetapi semua itu hanya tinggal kenangan..kenangan yang akan sentiasa tersemat di dalam ingatan seorang isteri seperti mana diriku dahulu..Ingin memulakan kehidupan baru..Allah lebih menyangi mereka..

Menangis aku seharian memikirkan dia..teringin aku memeluk dia semahu - mahunnya untuk menenangkan hati dia..apakan daya rumah dia terlalu jauh dari aku..Rasa terkilan makin menebal di dalam hati kerana minggu lepas aku tidak dapat membantu dia di saat dia mengalami masalah dan mempersoalkan ini antara hidup dan mati..Begitu besar masalah dia..Ya Allah ampunkan aku kerana aku telah abaikan masalah yang dicerita oleh dia..tidak sangka apa yang dia katakan berlaku pada minggu ini kematian suami yang di sayangi..suami yang telah pergi untuk selamaNYA..Tempat dia bergantung hidup selama ini..Allahurabi..

Untuk dia apa yang perlu ku katakan tika dan saat ini dia hanya perlu menangis..menangis sepuas - puasnya untuk suami tersayang..Mengadulah padaNYA di atas tikar sejadah..Mohon kemapunan dariNYA semoga Roh suami diletakkkan di kalangan orang yang beriman..Dia perlu bersedia untuk menempuh perjalanan hidup dengan Allah..dengan Dunia dan dengan semuanya...Dia pelu KUAT.perlu SABAR...perlu TABAH,,perlu SEMANGAT..InsyaAllah aku sentiasa memberi moral sokongan pada dia semoga dia akan menjadi tabah dan sekuat aku..Aku tahu dia pasti akan kuat suatu hari nanti biarlah masa yang menentukan segalanya untuk dia kembali pulih..Hari nie baru hari ke2 pemergian suami dia sedangkan aku yang hampir lima bulan permergian suami tersayang masih terasa detik - detik hitam yang berlaku..Bukan mudah untuk melupakan semua itu...Takziah untuk keluarga dia..

Ya Allah..kau tingkatkanlah Kesabaran pada Wanita ini..
Kau lindungilah dia dan juga anak - anaknya..
Kau permudahkanlah jalannya kelak..
Kau tunjukkan jalan yang lurus untuk dia..
Kau kurangkan musibah untuk dia...
Tetapi jika kau telah merancangkan sesuatu untuk dia Ya Allah..Ku pasti perancanganMU pasti hebat untuk dia Ya Allah..

Dia ~ Elly Norimi~




Semoga Roh Mohd Saifol ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman dan dicucuri rahmat..
Al -Fatihah..Amin..

Anda boleh salurkan sumbangan anda untuk dia sekurang - kurang boleh mengurang bebanan dia tika dan saat ini..Sumbangan boleh disalurkan ke direct akaun dia ELLINORIMI BT ADANAN

CIMB =  05080094203523
MAYBANK =  155023339031

Semoga sumbanagan anda di balas oleh Allah S.W.T...Amin..

Monday, October 17, 2011

No one is perfect...


A) Setinggi mana pun bidang akademik kita di dunia..
B) Sebesar mana pun pangkat kita dlm pkerjaan di dunia...

KERANA KITA BUKAN SEMPURNA...
So tak perlulah untuk mencari KELEMAHAN org lain jika anda mempunyai item A & B didunia kerana anda pun tidak sempurna dan sentiasa di bawah...
...
Siapa yang di atas HANYA DIA MAHA PENCIPTA...kita cuma HAMBA..:)
So renung2kanlah wahai ummat tak semestinya apa yang anda buat itu sempurna dan anda nak orang lain FOLLOW apa yg anda buat..tapi HAKIKATNYA anda lebih lagi tak SEMPURNA..:)

Sesekali BISIK di QOLBU SEMPURNAKAH DIRIKU? ^________________^
 

Erm..xpe saya mesti abaikan apa yang mereka kata..Sekarang saya ada 3 jalan yang perlu saya jaga seperti menatang minyak yang penuh..

1.jalan kehidupan saya bersama puteri tersayang
2.jalan bersama keluarga saya
3.jalan bersama keluarga suami saya..

ketiga jalan ini amat penting bagi saya..cuma kadang - kadang saya berada di dalam dilema jalan yang manakah harus saya utamakan dahulu? sukar sebenarnya untuk menuju ke sesuatu jalan/destinasi apatah lagi jika ada kaitan dengan ukhuwah...Ahhh,,,tension pun ada...:( Tapi saya tahu saya seorang yang KUAT...ya MESTI KUAT..mungkin pada mereka saya tidak begitu sempurna untuk hidup didunia ini tapi InsyaAllah saya akan sentiasa perbaiki kelemahan diri saya tapi bukan untuk mereka untuk Sang Pencipta Allah S.W.T..

Untuk puteri saya pulak saya akan sentiasa melatih diri dia supaya menjadi cekal & kuat..saya taknak dia melalui pengalaman pahit seperti saya..biarlah dia membesar dengan pengalaman yang baik - baik sahaja..InsyaAllah hanya puteri yang sentiasa menemani saya hingga ke syurga bersama suami tersayang..

Note : Untuk menjadi IBU Tunggal yang berjaya di dunia & akhirat kita mesti KUAT...