Total Pageviews

Monday, December 19, 2011

Nak Masak!!!

Sejak akhir - akhir ini fikiran sentiasa menerawang jauh..badan yang sentiasa letih dengan kerja yang semakin bertambah.. Hasya  Sofea pulak tenaga dia tak pernah lentur sentiasa aktif dan super - super aktif la..tapi walaupun letih melayan karenah dia aku suka kerana persamaan dia dengan abahnya terlalu banyak..

Sekejap saja kan masa berlalu sekarang dah hampir sampai ke penghujung tahun 2011..jika tahun sebelum ini aku dan suami tersayang selalu mengambil cuti dan menghabiskan cuti akhir tahun jika tibanya bulan disembar.. Dengan cuti yang ada jika kami tidak keluar berjalan - jalan suamiku akan suruh aku memasak something yang amat special untuknya.. (kalau anda nak tahu makanan kegemaran suami saya adalah bahagian organ dalaman seperti otak,limpa,perut,hati,lidah dan pelbagai ikan air tawar..dia memang suka makan semua itu tapi sayangnya aku pulak tak makan langsung semua itu..)

Selalunya jika dia nak makan makanan yang tidak digemari olehku dia akan sediakan semua keperluan jenis - jenis masakan untukku dan tugasku hanya memasak saja dan dia mengajar semuanya dari A-Z..Rindunya nak masak untuk dia..walaupun sekarang aku sudah tidak berpeluang lagi untuk memasak untuk dia..Tapi perasaan itu masih segar di ingatan ketika kami berdua memasak di dapur..Sekarang dalam hatiku walaupun perasaan rindu nak masak untuk dia semakin menebal tapi aku cuba tepiskan perasaan itu jauh - jauh sehingga nak masak bubur untuk hasya sofea pun aku jadi dalam dilema...

Dulu dia selalu juga berangan  nak jadi tukang masak dan ingin membuka restoran..Sayangkan segala yang di hajatinya banyak yang tidak kesampaian..Allah kesianya pada suamiku walaupun kini ku tahu dia telah menjadi milikMU..Mungkin aku terlalu merinduinya dengan itu secara tak sengaja membuatkan aku selalu alpa padaMU..Ku tahu yang dia sedang tenang bersamaMU di sana..InsyaAllah...

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya...Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita...

Miss u even more Haji Mohd Hafidzol Bin Haji Mokhtar..