Total Pageviews

Sunday, October 30, 2011

~Labbaik Allah~

Bila hati diserah kepada Allah, Tiada resah tiada gelisah, Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah, Hilang rasa gundah hidup rasa indah... Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa, Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba... Pergilah duka, Hapuslah kecewa.. Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba, Di dunia ini dan di akhirat sana, Dengan syarat Iman dan Taqwa, Kukuh disemai dan tersemat di jiwa, Amal soleh bukti setia, Seorang hamba kepada Rabbnya..


‎1. Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.

2. Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.


Alhamdulillah semalam dapat panggilan daripada maksu..mereka semua di sana sihat - sihat sahaja...sambil bercakap dengan maksu di talian suara aku tersekat - sekat menahan kesedihan tanpa ku sedar airmata mata aku gugur lagi,,aku tahu maksu pun sebegitu..aku cuba alihkan segala soalan - soalan sedih yang di tanya olehnya..sebenarnya dalam hati ini ingin sangat memeluknya tapi apakan daya Allah telah menrancang segalaNYA..
Terkilan...ye secara tak langsung memang rasa terkilan kerana tidak dapat bertemu denganya ketika dia melangkah kakinya menuju kerumah Allah...Apa yang aku boleh doakan semoga dia dan dan yang lain - lain di berikan kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah haji dengan lebih sempurna..Doakan semoga aku masih berpeluang berjumpa dengannya lagi...
Kalaulah abg ada tika dan saat ini entah apalah yang akan di ceritakan olehnya..mesti dia gembirakan sebab dia berkesempatan pergi lagi ke Shah Alam..tapi kali ini pergi dengan hadiah yang dijanji olehnya yang ingin membawa aku berjalan - jalan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga 25/10/2011 dan secara tak lansung berpeluang  menghantar maksu dan keluarga ke Tanah Suci 26/10/2011..itulah yang dijanjikan ketika dia masih ada...dia teringin sangat nak berjalan - jalan ke negeri melaka dan port dickson dan aku juga telah berjanji dengan sahabatku (Elly Norimi) yang kini juga senasib  denganku ingin berjumpa dengan mereka sekeluarga jika aku dan suami berkesempatan pergi kesana...
Tetapi sekarang dengan siapa aku hendak pergi berjalan - jalan bersama anakku..aku hilang arah..apa yang ada dalam diriku sekarang satu tekad..satu tujuan dan satu destinasi..satu tekad yang aku perlu kuat untuk berhadapan dengan dunia..satu tujuan untuku menjadi wanita,anak,isteri dan ibu yang solehah...satu destinasi untuk aku pulang ke kampung halaman dengan husnul khotimah dan dapat membina kebahagian kami semula disana..InsyaAllah moga Allah mendengar segala rintihanku...

Ya Allah. Engkau peliharakanlah kesihatan dan keselamatan maksu paksu  serta yang lain lain selama mereka di tanah suci. Selama mereka dalam ibadah Haji. Engkau peliharakan lah mereka sebagaimana engkau pelihara para kekasihmu, para syuhada dan ahli-ahli syurga. Ya Allah ya tuhan ku. Kau terima lah ibadat mereka selama mereka di sana dan selama hayat mereka. Berikan mereka kesihatan yang sempurna dan umur yang panjang agar dapat beribadat kepada mu ya Allah. Permudahkan segala urusan mereka baik dunia ini, di alam barzah dan akhirat kelak. Lindungi segala keaiban mereka. Ampunkan dosa-dosa mereka. Dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Jauhkan mereka dari sebarang kecelakaan dunia dan akhirat. Tempatkan lah mereka di antara orang-orang yang soleh dan mukmin. Jadikan mereka kekasihmu ya Allah…
Maksu dan paksu – Sampaikan salam mala pada Rasullah. Katakan padanya yang anak mu ini rindu akannya. Katakan padanya yang anak mu ini selalu ingin bertemu dengannya. Doakan anak mu ini depan Kaabah. Semoga anakmu ini memperolehi ketenangan hakiki dan bahagia. Punyai kesihatan dan ekonomi yang kukuh untuk membesarkan amanat yang ditinggalkan oleh suami dikasihi. InsyaAllah… Bila sampai waktu nanti…
Beribadatlah dengan sempurna. kamu semua di tanah mulia… Doa minta petunjuk menjalani kehidupan yang ikhlas dan sempurna…Mala dan yang lain - lain menanti kepulangan kalian dengan penuh rindu…

1 comment:

  1. Alhmdulillah.. mereka tetamu yg dipilih Allah pada tahun ini.. mana tau, thn depan giliran kita pula mala.. terus panjatkan doa ye.. smga mereka mendapat haji yg mabrur amin....

    ReplyDelete