Total Pageviews

Thursday, November 17, 2011

~WE ALL SUPERMAK~

Kita Sentiasa Di Sinari OlehNYA..InsyaAllah..:)



Assalamualaikum, Bismillahirrohmanirrohim..

Aku adalah seorang hambaNYA yang sedang berlajar dan terus mencari sesuatu yang hakiki di antara suatu yang abadi..InsyaAllah..:) Sejak permergian suami di kasihi aku menjadi semakin buntu dengan kehidupanku untuk membesarkan puteri yang disayangi..Semakin hari jiwa semakin meronta tak terucap dengan kata - kata.. aku selalu berfikir kepada siapa aku harus mengadu selain dari Allah...Hanya Allah yang lebih maha mengetahui keadaan aku dan orang yang senasib denganku..Satu hari ada seorang Hamba Allah telah memberikan aku link blog yang mengisahkan seorang isteri yang terlalu rindukan suaminya yang telah pulang ke kampung halamannya seperti suami aku...Sejak aku membaca blog seorang hamba Allah (sekarang menjadi sahabat aku)..aku menjadi begitu kuat dan dalam hatiku ini terpanggil - panggil semula untuk menulis blog yang telah lama aku tinggalkan..

Aku telah kehilangan kata - kata untuk menulis blog mungkin sudah lama aku tidak mengarang..hari demi hari segala kata yang telah hilang telah kembali kuat untukku supaya untuk menulis semula blogku..Segala  perit,rinduku sayangku pada arwah aku lepaskan di dalam blog ini..:(...aku serach (cari) sana sini untuk mencari sahabat - sahabat yang senasib denganku...aku ingin dekat dengan mereka untuk berkongsi segala masalah antara aku dan mereka...aku tahu hanya mereka yang senasib denganku aku yang kebih mengetahu keadaan kami yang sebenar..BERAT MATA MEMANGDANG..BERAT LAGI KAMI YANG MEMIKUL..

Akhirnya aku tubuh satu group untuk sahabat - sahabat yang senasib denganku (GROUP SSH)...daripada ahli group dari 3 orang sekarang sudah semakin bertambah..Alhamdulillah...Pelbagai masalah kami kongsi bersama...kami sekarang sudah menjadi sebuah keluarga..seebuah keluarga yang terlalu SARAT menangung RINDU pada SUAMI DIKASIHI..Kami semua kena bersedia menanggung terlalu banyak bebanan. dari hendak mencari nafkah, menguruskan anak-anak, mendidik mereka, memikirkan keselamatan keluarga dll. Entah-entah hal diri sendiri, makan pakai sendiri pun tak sempat difikirkan. Setiap saat ada sahaja tekanan tanggungjawab dan emosi yang berlegar. Jika tidak kuat kesabaran dan pergantungan kami kepada Allah, memang amat mudah pula pertimbangan akal fikiran kami terbabas keluar dari landasan normal kehidupan. Secara jujurnya, kami sendiri sering terlajak dalam membuat pertimbangan apabila dihimpit dengan begitu banyak tekanan...Allahurabi...:(

Apa yang kami harapkan hanya minta orang di luar sana jangan terlalu banyak memberikan kami dengan banyak tekanan..biarlah kami sentiasa gembira bersama anak - anak yang telah di tinggalkan oleh suami di kasihi..Bukanya apa kami bimbang jika anak - anak yatim (anak kami) pula yang menjadi tempat untuk melepaskan geram dan amarah kami jika terlalu banyak tekanan..

Sahabat semua kita semua adalah senasib..kita mesti kena kuat..kena semangat..kena tabah dan sentiasa kena tingkatkan kesabaran...sahabat semua tahukan bagaimana sukarnya kehidupan seorang ibu tunggal yang sentiasa di pandang negatif oleh orang sekeliling..Ingatlah wahai sahabat..bila hati kita telah di serah pada Allah..taiadalah duka tiadalah kecewa..apa yng kita buru hanya untuk mardhotillah..Hilangkan segala rasa gundah sahabat..Jalanilah kehidupan dengan indah..Bila benih cinta kita di semai pada yang Maha Esa..barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba..InsyaAllah saya pasti bahagia akan tiba kalau bukan di dunia pasti di akhirat sana jua dengan syarat kukuhkan dan semaikan iman dan taqwa di jiwa..InsyaAllah..:)

kita semua "SUPERMAK"..tau..:) Didoakan semoga Allah melimpahi kita dengan kesabaran, rahmat dan kasih sayang-Nya. Ujian yang Allah berikan ini ialah hadiah untuk kita. Terimalah hadiah itu dengan redha..





























U/P : Maaf pada sahabat semua kerana mengambil gambar anda semua tanpa keizinan terlebih dahulu..pada sahabat SSH jika gambar anda tiada dalam ini maknanya saya cari gambar tidak jumpa la...hehehehe..
CERIA SELALU YA DEMI ANAK - ANAK TERCINTA...:)

6 comments:

  1. dah lama akak tak menulis blog juga...yer kita supermak.. tq mala,,,,

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mala..
    terima kasih atas coretan.. k pae tkedu mmbaca.. mnahan sebak pada mulanya.. namun air mata tumpah juga melihat satu demi satu gambar keluarga SSH di sini.. Allah.. berikan kami kekuatan hidup... dan teguhkanlah ukhuwwah kami ini...

    ReplyDelete
  3. mala...nak nangis..huhu...thanks mala..thanks semua...sayang korang semua kt SSH..

    ReplyDelete
  4. tahniah, usaha yang sungguh murni. saya menyokong apa jua bentuk komuniti / jemaah untuk membantu sesama insan terutama sama2 saudara senasib dan seagama.

    semoga beroleh kebahagiaan dunia akhirat.
    saya akan link kan blog puan sebagai tanda sokongan di blog saya.

    ReplyDelete
  5. salam ukhuwah kak..saya merasai pe yg akak rasai..saya baru kematian suami pada 7 Mac 2014 di mana usia perkahwinan kami baru mencecah 1 tahun 3 bulan dan meninggalkan zuriat yang baru berusia 9 bulan. izinkan saya menyertai group SSH sebagai peneman saya.

    emel saya jiha1910@gmail.com

    ReplyDelete