Sedar dah tak sedar hari ini 29/11/2011 sudah enam bulan Dia pergi meninggalkan aku..apa yang ku harapkan di dunia ini segala amalanku diterima oleh Allah untuk salurkan pada Dia disana..Semoga dia dapat tidur dengan aman disana sambil menunggu kedatanganku bersama puteri kami suatu hari nanti untuk disatukan di alam yang kekal abadi disana..InsyaAllah..Bangganya aku menjadi seorang isteri Dia walaupun Allah pinjamkan kami cuma dua tahun tujuh bulan untuk bersama mengharungi alam perkahwinan seperti anak - anak adam lain di luar sana.. Selama aku menjadi isteri Dia..Dia tidak pernah meninggikan suara padaku apatah lagi memukulku.. Walaupun dia ada kelemahan yang dahulunya kadang - kadang aku tak boleh terima tapi aku tahu dia sangat menyangiku kerana hanya aku lah semasa hidupnya tempat dia mengadu segala masalahnya. Hanya aku aja yang berjaya menjadi suri hidupNYA..InsyaAllah sampai ke syurga...
Tiap kerdipan mataku hanya nampak wajahNYA..Wajah suamiku yang di rindui..Sungguh!! aku sangat merinduiNYA..Tapi sekarang hanya zikir dan ibadah saja yang dapat mengubati rinduku padaNYA..Aku telah redha dan terima hakikat bahawa dia telah pergi meninggalkanku dan takkan kembali lagi dan menjadi tanggunjawab aku untuk mendoakan kesejahteraan Dia di sana..InsyaAllah..
Semasa hidupnya Dia sentiasa berpesan padaku bahawa kehidupanku perlu diteruskan dan terus di perjuangkan jika ditakdirkan suatu hari dia pergi dahulu meninggalkan aku.. Sejak lahirnya puteri kami dia selalu mengadu dan bercakap tentang kematian bahawa dia akan pergi meningglkan aku dalam beberapa ketika yang akan datang nanti.."Abg rasanya akan mati awal dan muda sayang, Jika abg tiada nanti sayang kena kuat tau" itulah kata - katanya sejak setahun yang lalu..aku cuma anggap itu hanya gurauan dari seorang suami kepada isterinya.. Rupa - rupanya apa yang aku anggap gurauan selama ini sudah menjadi realiti sekarang..Allahuakhbar..
Sayang...
Puteri kita Nur Hasya Sofea telalu banyak persamaan dengan abg..
Gelagat dia yang suka picit hidung umminya..
Tarik rambut umminya..
Ketuk kepala ummi..
Tidur atas dada umminya..
Tidur bawah lengan umminya..
Tidur belakang sambil memegang pinggang umminya..
Suka menyakat umminya semuanya seperti abg..
Suka bermain dan bercakap sorang - sorang juga seperti abg..
Suka mamai waktu tidur dan bercakap seperti abg..
Banyak sungguh persamaan puteri kita seperti abg..kadang - kadang ummi rasa seperti abg berada dalam dirinya.. Cara dia merenung ummi seperti apa yang pernah abg buat pada ummi ketika abg ada..Dalam hati selalu berkata abgkah yang berada depan ummi..Mungkin Allah telah mengaturkan segala untuk ummi sentiasa senyum dan akan sentiasa merasakan yang abg ada dekat bersama ummi untuk memberikan semangat untuk ummi meneruskan kehidupan walapupun tanpa abg disisi..Dengan keriuhan puteri kita ummi tidak rasa sunyi walaupun abg tiada disisi..Ummi tahu abg sentiasa perhatikan kami berdua walaupun ummi tidak nampak abg..Cukuplah Allah telah hantarkan abg dalam mimpi ummi..Dengan itu ummi tahu yang abg sentiasa aman dan tenang di sana.. InsyaAllah abg selagi ummi bernafas ummi akan sentiasa salurkan aliran sebatang sungai untuk abg di sana demi tanda cinta dan sayangnya ummi pada abg..Pssttt...rindu sangat pada kamu...Saya sangat bangga menjadi isteri kepada Mohd Hafidzol Bin Mokhtar dan akan kekalkan gelaran "PUAN' pada dia sampai akhir hayat saya..InsyaAllah...:)
Rindu sungguh pada senyuman dan tawanya...:)
No comments:
Post a Comment