Total Pageviews

Wednesday, July 20, 2011

Selamat Hari Lahir Pertama Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Ketahuilah bahawa dua tahun yang lalu Ummi dan Abah hampir putus asa ketika Doktor mengatakan bahawa rahim ummi tidak begitu kuat untuk malahirkan anak..Tapi ummi dan abah tak henti berdoa semoga kami mendapat zuriat secepat yang mungkin kerana sebelum kamu dilahirkan dua orang saudara kandungmu telah pergi menghadap Ilahi sebelum lahir ke dunia..Namun selepas 4 bulan saudarak keduamu tinggalkan kita ,Allah telah memakbulkan doa ummi dan abah untuk memeprolehi cahayamata lagi dan ketika itu duhai anakku Nur Hasya Sofea kau telah mula berada di dalam rahim Ummimu.

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Ketika kau berada dalam rahimku hari demi hari bulan demi bulan pelbagai dugaan yang menimpa atas diri Ummi dan Abah..Kami telah diuji oleh Allah ketika Ummi sedang mengandungkan kamu..Ummi dan Abah takut sangat sayang..Kami takut yang kamu tak sempat melahirkan ke dunia seperti saudaraMU yang lain..Hampir setiap bulan ketika mengandungkan kamu Ummi dimasukan ke hospital..Sakit dan peritnya hanya Allah yang tahu betapa sukarnya untuk melahirkan kamu sayang..Permata yang sangat bernilai buat Ummi dan Abah..selepas hampir sepuluh bulan menggandungkan kamu akhirnya kamu lahir ke dunia pada tanggal 20/7/2010 jam 5.28 pagi ketika azan subuh berkumandang

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Setelah mendengar tanggisan pertamamu di subuh hari Ummi berasa syukur yang teramat kepada Allah kerana kau telah selamat dilahirkan ke dunia..Secara tak langsung kehidupan ummi dan abah dah lengkap dengan kehadiran kamu..Kau juga telah mengajak kami ikut serta dalam tanggisanmu..Tanggisan ummi dan abah yang sangat bahagia melihat bayi yang tapak kakinya sebesar dua jari dari rahim ummi telah berada di depan mata kami sekarang...Kau adalah Rahmat dan sekaligus titipan & utusan Allah untuk Ummi dan Abahmu. Terima kasih Ya Allah….Kau telah memberikan anugerah yang paling bernilai buat kami..

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Hari demi hari kau telah lalui hidup bersama Ummi dan Abah sehingga tak terasa Usiamu menginjak ke Sembilan bulan..Selama Sembilan bulan sayang kau telah menjadi anak kesayangan kami terutama Abahmu..Abahmu yang terlalu kasih dan sayangkan kamu sehingga dia merasakan dialah Abah yang paling bertuah kerana memiliki anak yang secomel kamu. Dulu kau hanya mampu menangis,akan tetapi sekarang kau telah belajar untuk mengenali orang-orang di sekitarmu, kau telah belajar berbicara, kau telah belajar berjalan dan kau juga telah membuatkan Ummi dan Abah sentiasa tersenyum melihat telatahmu terutama Abahmu sayang..

Apakan daya sayang takdir telah menentukan segalanya hampir sepuluh bulan saja kau hidup bersama di dalam setiap nafas Abahmu..Tanggalnya 29/5/2011 Abahmu telah pergi menyahut seruan Ilahi tinggalkan Ummi dan kamu yang pada ketika ini kau tidak mengerti apa itu erti kematian..Di ulang tahunmu yang pertama ini, Abahmu hanya sempat berpesan kepada Ummimu sewaktu dia sedang sakit dahulu.

Bahawa didiklah puteri kita supaya menjadi anak Solehah.Bimbinglah ia supaya semangatnya untuk kuat meneruskan dan membesar tanpa kasih sayang seorang Abah..Kelak jika dia besar nanti, jadilah dia insan yang senantiasa bertaqwa,senantiasa mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya,jadilah dia insan yang jujur kerana sekali dia berdusta,maka orang tidak akan mempercayainya lagi. Pegang teguh kalimah Tauhid dalam setiap nafasnya.Jadilah dia anak yang pandai, untuk membantu ummi dan menyinari hidup ummi kelak, dan bergunalah kamu untuk menolong sesama sendiri nanti tanpa kehadirannya Abah.

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama sayang..Walaupun abahmu tidak sempat mengucap hari lahir padaMU tapi ketika hidupnya dia sentiasa mengucap perkataan sayang padamu berbanding dengan Ummi..Dia telah sempat mengucapkan perkataan hari lahir ketika usiamu dua bulan dan enam bulan yang lalu.Ingatlah wahai anakku tanpa abahmu kamu tidak akan lahir kedunia..Apa yang boleh Ummi doakan semoga kita berdua tabah mengharungi kehidupan yang mendatang dan kita akan sentiasa di lindungi Allah..Maafkan Ummi sayang kerana Ummi tidak menyambut kelahiranMu Yang pertama seperti kanak – kanak yang lain kerana tika dan saat ini ummi masih bersedih dengan ketiadaan Abahmu..Abahmu yang telah pergi meninggalkan kita dan takkan kembali lagi..Semoga perjalanan hidup kita akan dilimpahkan rahmat dari Allah..Amin.

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol kau adalah anak yang paling comel dan cantik buat Ummi dan Abah… dan lagu ini ummi tujukan buatmu sayang..

Puteriku Sayang...

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Untuk Suamiku..

Abg..
Ayg tak sangka tika umo anak kita dua bulan & enam bulan kita berdua beria - beria sangat nak menyambut hari lahirnya..Akhirnya kita sambut juga hari lahir puteri kita ketika dia berusia dua bulan & enam bulan..Allhamdulillah sayang walapun tika ini abg tidak akan lagi menyambut kelahiran anak kita untuk selamanya tapi abg dah bahagia kan sayang kerana dapat juga menyambutnya ketika dulu..Kita beria untuk menyambutnya dahulu seperti dah tertulis oleh Allah yang abg tidak akan berada bersama kami lagi selepas ini..ALLAH...:(

Abg..
Puteri kita sekarang semakin cantik dan comel..mulutnya yang petah bercakap dan terlalu agresif..Mungkin Allah dah letakkan yang terbaik untuk anak kita..Rupa dia sekarang saling tak tumpah macam abg..Dia adalah anak anugerah yang paling bernilai untuk semua orang kan sayang..Walaupun abg telah tiada untuk membesarkannya ayg akan senantiasa bercerita yang indah - indah tentang abg untuknya..Moga dia berasa bangga kerana mempunyai seorang abah yang terlalui menyangginya walaupun dia tidak membesar bersama abg..

Ya Allah begitu hebat dan mulianya perancanganMU Ya Allah..Kamu telah memberi anugerah pada suamiku walaupun hanya sedetik untuk merasa kebahagian bersama anak dan isterinya..Untuk merasa yang kami berdua terlalu sayangkannya..Amin..

Dekat bawah ini gambar Nur Hasya Sofea untuk tatapan anda..



























No comments:

Post a Comment