Total Pageviews

Tuesday, July 19, 2011

Gadis (part 1)

19/7/2011.

Cerita seorang gadis yang senantiasa di pilih oleh Allah untuk menghadapi segala ujian dan dugaanNYA..Allah terlalu sayangkan gadis ini..walaupun perit gadis ini semakin hari semakin kuat menghadapi ujian dari Allah..

Kisah keriuhan di pendalaman kampung nelayan dengan penduduk kampung yang masing - masing terlalu petah bercakap..Didalam sebuah keluarga yang mempunyai lapan orang adik beradik..Disinilah gadis itu berlindung didalam rumah peninggalan arwah abahnya bersama tiga orang abangnya dan empat orang kakaknya..Gadis ini anak yang bongsu..Sejak abah gadis ini meninggal gadis ini kesian tengok maknya yang nak membesar anak - anak dengan sedikit harta peninggalan suami..Selepas abah gadis nie meninggal harta peninggalan abah gadis nie dah dibahagikan sama rata (faraidh) untuk anak - anaknya..Ini kerana mak gadis ini taknak anak - anaknya bergaduh pasal harta..

Tapi apakan daya abang - abang dan kakak - kakak gadis nie terlalu mementingkan diri..gadis ini terlalu kesiankan maknya..maknya terpaksa menghadapi dengan ujian anak - anaknya..Setiap hari gadis ini melihat maknya menangis..menangis yang tanpa henti walaupun ketika itu usia gadis baru enam tahun..Gadis itu selalu bertnya kepada maknya.."mak kenapa mak menangis" & mak dia menjawab " tiada apa - apa nak mata mak masuk habuk..

Arwah abah gadis itu ada meninggal aset harta kepada mak gadis itu selain wang simpanan di tabung haji dan ASB..aset tersebut adalah sebuah rumah & tiga buah bot besar nelayan..Mak gadis tersebut tidak tahu macam mana nak menyampungkan perkerjaan suaminya dengan bot - bot tersebut..bot - bot tersebut pun tinggi nilainya...Akhirnya kerana mak gadis itu ada anak - anak lelaki yang tidak boleh di harap dia mengupah orang untuk menjaga bot - bot tersebut..Orang yang dia boleh percayai...Tapi segalanya punah kerana orang yang dia percayai telah mengkhianati dia dari belakang dan bersekongkol dengan anaknya sendiri..

Kesianya mak gadis ini..sebuah bot telah punah dikerjakan oleh mereka dan tertanggung lagi hutang yang banyak pada PNKK..sekarang tinggallah dua buah bot yang bernilai 150K..Hari - hari mak gadis ini berfikir dan menangis apa yang dia perlu buat pada bot - bot tersebut..Dia merintih menangis tanpa henti dan memohon pada Allah moga dipermudahkan segala urusan..

Tiba - tiba suatu hari..........BERSAMBUNG.................

No comments:

Post a Comment