Total Pageviews

Wednesday, July 27, 2011

60 Hari...

Masa berlalu begitu pantas terasa bagai semalam kejadian itu berlaku..Kejadian tidak sama sekali aku impikan datang begitu cepat dalam hidupku yang sekarang tika dan saat ini ku harus meneruskan perjuangan untuk membesarkan puteriku tanpa suami yang disayangi..Sejak akhir-akhir ini rasanya semakin sukar untuk menyusun ayat - ayat agar menjadi satu cerita yg menarik di dalam blog ni..ntahlah mungkin semangat aku semakin hari semakin hilang rasanya..Semoga Allah sentiasa tabahkan hatiku untuk meneruskan kehidupan yang berbeda ini..Amin..


# Different stories on the same day #


2 day ago (25/07/2011) terjadinya 2 kejadian yg berlainan. Ptg tu aku seperti biasa balik dari kerja pergi ke pejabat pos untuk pos barang - barang customer..sampainya dekat pejabat pos tengok orang begitu ramai yang beratur..dalam hati ini selalu fikir jika abg ada aku tak perlu datang beratur ke pejabat pos semua dia yang akan uruskan..Keluarnya dari pejabat pos nak pergi ke parking kereta dengan tidak di sangka ada sebuah motosikal dari belakang datang langgar aku yang ketika itu nak membuka pintu kereta...Allahuakhbar aku terjatuh tersungkur dekat tepi jalan besar..baju aku carik dekat bahagian lutut..kaki aku terseliuh sakit dan nyilu..

Adik yang menunggang motosikal itu terus berlalu pergi..aku pulak tiada siapa yang datang menolong..sambil bergenang airmata dengan memanggil nama abg aku bangun dengan sendirinya..nasib baik tidak ada apa yang serius cuma ada kesan calar aja dekat bahagian lutut..Pastu terus fikir boleh ke aku nk dirve kereta dengan kaki terseliuh..Tawakal moga Allah berikanku kekuatan..Akhirnya dengan kekuatan yang ada aku selamat juga sampai ke rumah..Alhamdulillah..Tapi dalam perjalanan balik ke rumah air mata bercucuran tanpa henti dan berfikir..kalau ditakdirkan aku sakit ketika didalam rumah pengsan ke apa ke? siapa yang akan datang menolong aku..kerana aku hanya tinggal dengan hasya sahaja di dalam rumah itu..Bolehkah hasya menolong aku jika sesuatu terjadi padaku..Allah kau perlindungilah & sihatkanlah kesihatan kami selalu..Hanya padaMU ku berserah Ya Allah...

Lagi satu kejadia selepas aja waktu maghrib aku call abah mertuaku yang berada di Tanah Suci Mekah.. Tanya khabar dia minta dia doakan aku supaya menjadi kuat & tabah untuk meneruskan kehidupanku bersama puteri kesayangan kami..Minta dia doakan supaya ikatanku dengan keluarganya sentiasa kekal hingga akhir hayat walaupun abg telah tiada..Minta dia doakan semoga roh abg ditempakan di kalangan orang yang beriman..Abah dengar suaraku berkata begitu dia terus menangis dan aku pun menangis tanpa henti..Terima kasih Ya Allah diatas kurnianMU terhadapku dan puteriku

Abg..alangkah bahagianya bila ayg mendengar suara abah abg di tanah suci mekah..tika dan saat itu akan lebih bahagia jika abg masih ada bersama ayg..ayg takut sangat sayang..takut dengan pandangan dunia terhadap ayg..apa yang boleh ayg lakukan cuma berserah pada Allah..ayg yakin dengan janji Allah..InsyaAllah pasti ada sinar akan kembali..Semalam ayg dapat intiview sayang dekat lawyer firm memandangkan tempat kerja lama ayg projek dah habis so sekarang ayg terpaksa kerja kuat untuk mencari kerja supaya boleh meneruskan kehidupan ayg dan puteri kita..Abg doakanlah ayg dari sana supaya ayg dapat kerja secepat yang mungkin yer sayang.. Walaupun ayg rasa tersepit dengan ketiadaan abg akan tetapi ayg akan cuba sebaik mungkin untuk membesarkan puteri kita seperti orang lain..InsyaAllah..

Semoga roh abg sentiasa tenang di bawah lindungaNya & di tempatkan bersama org2 yang beriman,InsyaAllah abg ayg pasti akan menemani abg untuk selamanya suatu hari nanti..Bersabar yer sayang...AL - FATIHAH untuk abg yang ke 60 hari..

2 comments:

  1. as salam ...MALA bnykan doa & sabar ya.
    MEMANG senang mengucapkan tp akak fhm perasaan mala yg menanggungnya

    ReplyDelete
  2. kuatkan semangat tau.Allah uji hambaNya dgn bermacam2 ujian.Kerana Allah sayangkan hambanya.
    Semoga mala terus tabah.

    ReplyDelete