Total Pageviews

Sunday, August 5, 2012

~Senyum,Tangis & Sendu~


Takdir yang menentukan..
Pertemuan yang tak disangka..
Takdir jua yang menentukan perpisahan..
Di talian cinta ini..
Terjalin ikatan mesra..
Walau hanya seketika..
Bagiku sungguh bermakna..

Senyum, Tangis & Sendu.. "Setiap yang berlaku adalah  tertulis di dalam kalamNya"

Kadangkala  (keajaiban) Allah S.W.T perlihatkan kpd hamba2Nya dalam pelbagai rupa dan bentuk. Ada orang kepalanya ditembusi anak panah masih lagi hidup, kerja dua tiga bulan terus naik pangkat, ditetak dengan parang tidak putus tangannya, dan bermacam-macam lagi. Semuanya dalam klausa takdir dan ketetapan atau apa yang digelar dalam bahasa Inggerisnya sebagai sustenance dan juga pertolongan Allah (Nasrullah)

Syukur Alhamdulillah walaupun dah lama sy x update blog ini tp masih ada lagi kenalan2 yg bertanya tentang khabar sy dan puteri tercinta.. Alhamdulillah sy sekarang semakin sihat dan pulih seperti sediakala cuma masih perlukan masa untuk sihat sepenuhnya.. Insha Allah Allah sentiasa melindungi sy dan puteri..

Tngan kanan saya kembali menyentuh dada  di kehehingan pagi ini. Mata di pejam kejap tp skar utk melelapkan mata,.. Hati dan kata mula berbicara menukar tanda sepakat bahawa itu rasanya.. Ya rasa rindu itu kembali lagi.. rasa rindu seorg isteri pada suami di cintai.. Rasa itu melabuhi hati ini.. Sakit sangat yang sungguh tak terperi.. sepertinya sudah tidak dapat di tahan lagi.. makin hari diri ini rasa tewas dengan perasaan sendiri kerana setiap saat.. setiap detik pelahan air jernih berguguran membasahi pipi..

Allahurabi.. susah payah dlm sendu mulut mengucapkan "abg pulangla ke pangkuan ayg" sambil bibir terketar2 dan air jernih laju mengalir membasahi pipi.. tapi semua itu hanya ucapan di bibir tidak mungkin akan berlaku kini,,

Allah.. dalam hati ini penuh kesakitan.. Apa khilafku Ya Allah.. Apa salahku Ya Allah.. apa yg telah ku lakukan mengundang murkaMu Ya Allah sehingga org yg ku sayangi teleh pergi meninggalkan diri ini.. pergi menemuiMu Ya Allah..(Astafuallahalazim aku harus redha dengan ketentuanMu kerana ku tahu kau amat menyangi diriku).

Masih teresak2 dalam tangisan..degupan semakin laju bagai tiada penghalangnya.. semakin laju dan laju dan tidak mahu menurun tahap kelajuanya.. Degupan hati ini sebenarnya ingin berkongsi rasa yg agak lama terpendam dan kini ku meluahkan di dalam coretan blog ini utk mengurangkan rasa sendu di hati..Kenapa rasa itu kembali lagi di sini? rasa saat si suami pergi meninggalkan diriku... saat si suami menghembuskan nafas yg terakhir..sakitnya itu bukan saja pd hati malah pada mata dan akal yg memerhati.. perasaan sakit ini di kongsi dgn semua pacaindera dan hati..

Kehilangan si suami mula2 spt tiada rasa.. rasa biasa.. rasa yg ada di mana2.. setelah lama si suami tiada..baru kini aku perasan perginya yg tidak akan kembali lagi.. dia bukan pergi berkursus.. dia bukan pergi berkerja yg akan kembali tapi dia telah pergi menemui Sang PenciptaNya di saat umurnya 31 tahun meninggalkan diri dan puteri dikasihi.. 

Ntahlah perasaan ini makin kuat.. makin rindu padanya.. Jika di takdirkan waktu boleh di putarkan kembali pasti aku janji untuk tidak mengabaikan walaupun seinci.. pasti aku janji tidak akan melupakannya walaupun sehari..pasti aku janji tidak lalai utk bertanya khabarnya dr hati seorang isteri.. tapi kini semuanya sudah terlambat hanya Doa dan bekalan dr sini yg ku dpt kirimkan buatnya di sana.. Semoga dia sentiasa tenang menanti diriku dan puteri tercinta.. Insha Allah cintaku hnya utk dia sampai ke syurga.. Moga hati ini sentisa buat dia di sana.. sentiasa ingatkan dia di sana.. Suami yg ku kasihi...
Ku berdoa dan berharap agar di bulan ramadhan bulan keberkatan yg mulia dia hadir melihat kami di sini dengan izinNya.. Insha Allah...

Miss u sayang 1,2,3,4,5 dan semua la...Al - fatihah
Al - Fatihah


2 comments:

  1. Bersabarlah sayang,..saya doakan anda berdua beroleh kemenangan,kesejahteraan dan kesabaran yang tak berbelah bagi..Janganlah bersedih,..mungkin nasib tidak menyebelahi mu sayang,namum Allah mengujimu setakat mana yang kau mampu menanggungnya..Allah tak duga hingga kita rasa tak mampu menanggung keperitan hidup.. Ketahuilah,disebalik kepayahan itu ada kemanisan,ada hikmahnya,ada dibuka kan tabir cinta mu dan Dia yang tak terucap dengan kata-kata..

    ReplyDelete
  2. berat rasa hati ini menatap setiap bait kata2 mala dlm nukilan kali ini..pasti berat lagi hati yg menanggung segalanya...kdg2 perasaan itu dtg mencengkam..kerinduan itu dtg bertandg..kak pae pun mcm tu,shingga rasanya diri ingin berlari dan meninggalkan dunia ini lalu pergi padanya..tp yakinlah mala, iman dlm diri akan menuntun hati utk kembali padaNya..wpun tdk kuat menahan 'rasa' itu, tp cubalah sayang...Allah xkan memandg dgn sia2 usaha kita yg berusaha utk terus kuat dan tabah...pasti dikurniakan pertolongan di dunia dan kemenangan di JannahNya..amin...

    ReplyDelete