Total Pageviews

Thursday, October 18, 2012

SaRaPaN PaGi PeRTaMa..

Assalammuailaikum semua selamat pagi semoga anda semua sentiasa di bawah lindungNya.. Arghhh.. lamanya kan sy x update blog nie last update 4 sept bln lepas.. satu saja catatan utk bln sept.. kelakar kan? ekeke.. Sambil menulis smbil sy melayan perasan mendengar lagu 'Muara Hati' lagu yg tgh hot dlm cerita Adam dan Hawa.. Dulu sy ada baca novel nie.. byk kali juga sy baca dan sy juga berangan masa baca novel tersebut dalam hati sy berkata kuatnya jodoh adam mukriz dan ain hawani dlm novel tersebut... Moga suatu hari jodoh sy pun sekuat mereka.. Insha Allah..hasya pun minat juga tau cerita ni.. peminat cilik yg setia di hadapan tv siap menyanyi lagi..

Erm hampir 17bulan berlalu en suami pergi meninggalkan sy dan hari ini lah baru sy ada kekuatan utk masak for sarapan pagi setelah sekian lama.. sy semakin kuat sekarang ni.. Ya sy mesti kuat wlaupun bukan utk diri sy sendri tapi biarlah sy kuat utk org sekeliling sy..walaupun sy tidak setabah "Fatimah" Insha Allah sy akan teruskan kehidupan sy untuk semua org dan akan cuba menjadi isteri yg solehah utk suami yg di kasihi..

sarapan yg pertama selepas ketiadaan dia

Tiap kali selesai solat selalu berdoa semoga Allah Jagakan dia utk sy di sana.. suami tercinta krn dia la yg terbaik utk diri sy selama ini.. tiada yg lain dan xkan ada yg lain.. doakan sy dan suami yer moga ikatan kami sentiasa utuh dan sampai ke syurga firdausi..

Memang Jodoh itu Rahsia Allah tapi kalau boleh sy lebih bahagia hidup seperti sekarang.. sy x nafikan setiap kali sy ingin lelapkan mata sy pasti menangis.. dengan itu sy kalau boleh x nak tido di malam hari ketika waktu sunyi sebab tika ini hati sy pasti akan menangis dan meraung rindukan suami.. sy tidak tahu sampai bila perasaan menangis ini akan hilang... kadang2 sakit kepala kerana terlampau byk menangis mengenangkan kisah kami suami isteri.. isteri mana yg tak sayangkan suami dan isteri mana yg tak rindukan suaumi jika di tinggalkan..lama benar suami sy pergi meninggalkan sy kali ini... ntah bagaimana keadaan dia sekarang di sana kan.. kalau boleh sy mcm nk saja ikut dia ke sana...nk temankan dia tp apakan daya.. jarak dua alam telah memisahkan kami tapi bukan pisahkan hati kami.. hati sy semakin hari semakin kuat untuknya..Sungguh!!

Jika di takdirkan masa boleh di undur kembali alangkah bahagianya kan..

ANGIN tolong sampaikan salamku kepada dia (suamiku) bahawa hanya kehadiranya yg mampu memberi kesejukan di hatiku..

MATAHARI tolong sampaikan salamku kepada dia bahawa hanya kehadiranya yg mampu menghangatkan hatiku..

BULAN tololng sampaikan salamku kepada dia bahawa hanya kehadiranya yg mampu menerangi jiwa dan hatiku..

BINTANG tolong sampaikan salamku kepada dia bahawa hanya kehadiranya yg mampu memberi kemerlip keindahan dalam hidupku..

PELANGI tolong sampaikan salamku kepada dia bahawa hanya kehadiranya yg mampu memberi warna warni dalam kehidupan hidupku..

YA ALLAH..
Ku titipkan doa buat suamiku..
Yg ntah bagaimana keadaannya di sana..
Kau sampaikan salamku dan doaku kepada dia bahawa aku sgt merindui dan menyanyangi dia..
Kau bisikanlah di hatinya bahawa sabar menantiku di pintu syurga suatu hari nanti bersama dia..
Kerana aku ingin menjadi bidadari buatnya di sana..

YA ALLAH..
Tolong jagakan dia (suamiku) buat diriku.. Al - Fatihah..





No comments:

Post a Comment