Total Pageviews

Wednesday, June 29, 2011

Ada yang sudi merasainya...:)

Alhamdulillah syukur kerana ada yang sudi merasainya..seperti biasa perjalanan hidupku tanpa suami disisi amat memilukan hati..Tp apakan daya sudah tersirat oleh Allah dgn segala ujian & dugagan yg di berikan oleh Allah padaku kerana ku amat bertuah menjadi insan yg terpilih dan disayangi olehNYA..Syukur..

Kita di lahirkan didunia ini mempunyai & mengenal persekitaran melalui 5 deria utama: lihat, dengar, rasa, hidu dan sentuh. Kadang2 ada manusia yang dikurniakan dengan kelebihan deria keenam yang mana ia merupakan spekulasi terbesar dalam dunia sains disebabkan pembuktian kewujudan deria keenam masih belum dapat dibuat secara menyeluruh.Hanya Allah yg mengetahuinya...Wallahualam...

Deria Rasa..

Abg walapun abg tiada disisi lg ayg tetap akan menjalani kewajipan ayg sbg seorang isteri,ummi,menantu dan kakak kepada adik2 dan org tua abg..InsyaAllah ayg akan pupuk semangat kasih sayang itu supaya kembali bersinar spt diimpikan abg selama nie..Amin..

Walapupun setiap gerak geri ayg & perlakuan ayg bukan kpd abg lg..ayg akan cuba salurkan kpd org tua abg walaupun abg tidak merasainya lagi.ayg berasa syukur & teramat bertuah krn mampu lg mnjalankan kewajipan ayg pada abg..Kewajipan yg jarang dilakukan oleh semua org..InsyaAllah akan ayg pertahankan..(Moga Allah gandakan pahala kita...amin..)

ومثل الذين ينفقون أموالهم ابتغاء مرضات الله وتثبيتا من أنفسهم كمثل
جنة بربوة أصابها وابل فآتت أكلها ضعفين فإن لم يصبها وابل فطل والله بما تعملون بصير

yang bermaksud,Surah Al -Baqarah ayat 265. dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan iman dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda, kalau dia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun cukup untuk menyiraminya, dan ingatlah, Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan

Dulu jika ayg memasak di dapur abg lah yg jadi pengadilnya merasa setiap makanan yg ayg masak tp skrg tidak lg hanya mak,abah & adik2 abg yg dpt menilai kasih sayang ayg pada mereka..Hari nie mak ada suruh ayg masak beberapa resepi..dgr aja resepi itu agak mencabar bg ayg sbb abg tiada disisi..hihihi..(apa2 pun tawakal aja)

Semasa kita hidup bersama tiap kali memasak bahan2 masak abg yg akan handle & siang semua..ayg cuma memasak aje...hehehe..blh di katakan sebulan cuma 4-5hari aja kan umah kita x berasap itu pun time gaji (makan kt luar sbb ada duit).hari2 lain semuanya masak tidak lupa bekalan ke tempat keja (wajib)..tp skrg bila ayg balik umah tgk peti ais & dapur aja mesti menangis..tgk sofa fvite abg time makan mesti menangis..huhuhu...:(

Setiap hari isnin & khamis wajib pergi ke pasar malam utk beli bahan2 basah..pegi naik moto kesayangan abg la..RINDU...skrg tiap kali ayg dengar desiran bunyi moto mcm abg mesti alert rasa mcm moto abg..rasa mcm abg dah balik dari keja...sekarang pasar malam itu pun ayg x blh nk tgk takut hati nie jadi sayu...

Sayu hati mendengar takala teringat abg mengunyah nasi menitiskan air mata bila abg menyuruh ayg tambahkan nasi utk abg.sayu juga hati ayg bila abg begitu mengambil berat dan menyayangi ayg sepenuh ati.begitu jgak kalau abg dengar pinggan mangkuk pecah or barang terjatuh kat dapur, abg akan segera berlari mendapatkan ayg bagi memastikan ayg x cedera...Yg pasti kita tetap akan makan bersama wlpun princess kita ada...klau hasya x tido abg akan kendung dia sebelah smbil makan nasi bersama..RINDU LAGI!!!

Sabda Rasulullah SAW:

الَّلهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ ، كَاشِفَ الغَمِّ ، مُجِيْبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَّرِّيْنَ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، أَنْتَ تَرْحَمُنِي فَارْحَمْنِي بِرَحْمَةٍ تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سَوَاكَ

“Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”

KERANA AKU HANYA INSAN KERDIL YANG HANYA MEMPUNYAI AKAL & HATI YG KECIL UTK BERSUJUD PADAMU MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN..

NOTE : UTK ISTERI WLPUN ANDA SESIBUK MANA SEKALI PUN YG PENTING TUNGGU SUAMI UTK MAKAN BERSAMA..JIKA DIA DITAKDIRKAN PERGI DULU ANDA PASTI AKAN TERKILAN KERANA MASA HIDUPNYA ANDA TIDAK DPT MENIKMATI KEINDAHAN HIDUP BERSAMA2...


Fvrite abg..teringat tatkala abg menyiang ketam dulu..


Sweet Sour ikan siakap..klau abg ada mesti gelak besar nie sbb ayg masak siakap..hihi


Ini la mkanan wajib kita dulu masa bersama fvrite abg & ayg...ayam goreng kunyit + cili pada & halia


Ini la juadah utk berbuka puasa bersama family abg semalam...klau la abg ada tentu bestkan..ermmmmmm...:(

No comments:

Post a Comment