Total Pageviews

Tuesday, June 28, 2011

Husnu Zhon

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk." (Bukhari & Muslim)



Ye abg ayg akan sentiasa bersangka baik dengan orang..tapi ntah jiwa nie kdg2 rapuh tp ayg akan cuba pujuk hati nie dgn selalu berzikir supaya ia tidak menjadi lebih parah..Klau abg nak tau semalaman ayg x dpt tidoq ayg kecewa & terkilan dgn sikap manusia yg selama nie ayg percayakan dia tetapi dia blh pergi crita perihal ayg dkt org x pnah dia kenali..Dengan kuasa Allah org tak di kenali 2 bercerita pada ayg (klau xda angin masakan pokok bergoyang)..klau ikutkan hati mcm aja nk facing direct dgn dia tp ayg selalu dgr nasihat abg.."biarlah apa org nk kata ayg yg pnting kita berada di landasan yg benar..manusia lama2 bila dia letih dia akan diam & lupa mcm 2 aja)..ayg sedih sgt..:(

Sejak abg tiada bermacam2 dugaan & ujian ayg hadapi tp begitu sukar utk menyelesaikan seorg diri...dulu masa abg ada bermacam2 rintangan kita hadapi tp Alhamdulillah kita berjaya harungi...tp sekarang ayg tersepit sgt abg..tersepit dengan duniawi..Klau abg nk tau bisnes HasyababyWorld Colletions skrg mmg drop sejak abg sakit hari 2...abg bayangkan ayg x keja sejak abg sakit hari 2 smpai skrg baru nk mulakan balik perniagaan tp ayg x blh..x blh tgk brg sbb dulu selalu simpan,packing & pos brg bersama abg...tp skrg ayg x blh nk hadapi sorang diri...skrg hari2 ayg terpaksa refund dkt customer sedar x sedar saving ayg pun dah tiada..dgn keta lg tertunggak...(ayg terpaksa menghadapi gantirugi disbbkan oleh kesilapan prg lain...tp ayg bersyukur & anggap tiada rezeki kita lg) InsyaAllah Allah akan berikan yg TERBAIK pada masa hadapan...

Buat masa skrg klau abg nk tau maksu & pasku la yg byk menolong ayg & dan mak abah memberi pelindungan pada ayg dgn hasya utk berteduh daripada gelagat manusia..sukar jugak hidup nie tanpa mereka mungkin Allah dah letakkan mereka hadir dalam hidup ayg.."setiap hari ayg dapat ucapan dari kwn2 @ sahabat klau ada apa2 yg kami blh tolong bgtau lah yer" sy niat ikhlas nk tolong sy harap awak terima" Manusia abg memang mudah utk berkata2 kan abg..tp akhirnya darah daging kita jugak yg blh membantu bkn org luar...ayg REDHA wlpun hati nie sakit dgn segelintir manusia yg x pnah bersyukur & suka salahkan org lain..ermmm

Skrg perasaan ayg terlalu sedih sgt2...sedih memikirkan abg...sedih memikirkan bisnes..sedih memikirkan org sekeliling yg suka menabur fitnah..abg tau prngai ayg mcm mana..ayg bkn mcm yg dperkatakan org...ntah lah abg ayg betul2 kecewa...berbaik dgn org pun salah..kita x kacau org, org kacau kita...Allahuakhbar lumrah hidup..tp hidup nie perlu di teruskan...ayg perlu kuatkan hati supaya jgn mudah di tiup oleh bisikan syaitan..apa yg pntg skrg dekatkan diri dgn Allah..tp 2 la hati nie kdg2 rapuh seperti dahan pokok mesti lama2 dia akan patah jugak sbb kita manusia ada perasaan yg x blh digambarkan oleh diri kita sendiri...


Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

SEMOGA ALLAH PERLIHARAKAN HATI AYG SEMOGA MENJADI BERSIH & BERSANGKA BAIK DGN ORG UTK ABG...AMIN....

2 comments:

  1. sabarlah adik, itulah tanda orang yang beriman..
    Allah maha mengetahui segala-galanya, apa yang berlaku hari ini pasti ada hikmah di kemudiannya...

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan dr saya..
    singgah dari blog mawarnafastari

    semoga Allah memberkati hidup mu dik

    ReplyDelete