Total Pageviews

Wednesday, July 13, 2011

AIRMATA TERAKHIR....


13/7/2011

selesai saja solat subuh aku melihat hasya tido sambil berlinangan airmata..airmata di kelopak matanya yang sentiasa membasihi pipinya..aku melihat hasya menangis ke? tak dengar pulak suara dia menangis..Tiba - tiba aku pulak yang menangis memikirkan kenapa airmata mata anakku bergenang di subuh hari..apa yang tidak kena..mimpikan dia semasa tido..sambil aku mengesat airmata anakku terus aku teringat kepada abg iaitu suamiku yang dikasihi..:(

Airmata suamiku yang sentiasa membasahi pipinya ketika kami berselisih faham..jika kami berselisih faham selalunya suamiku yang akan menengis terlebih dahulu sambil berkata..'abg hanya ada ayg seorang saja tempat abg mengadu & menumpang kasih maafkan abg ayg..abg janji abg takkan sakitkan hati ayg lagi" itulah kata suamiku tiap kali kami berselisih faham...selepas aja dia berkata begitu baru aku akan menangis..menangis sebab dia terlalu sayang & harapkan aku sebagai isterinya...:(

Terakhir aku melihat airmatanya ketika dia menghembuskan nafas terakhir selepas aku berbisik ke telinganya dengan kata - kata

ASSALAMMUAILAIKUM ABG AYG NIE..DGR APA YG AYG CKP DAN IKUT YER SAYANG..
ABG JGN TAKUT NA..ABG PEGI LA DGN TENANG & AMAN...AYG REDHA PERMEGIAN ABG..AYG HALALKAN SEGALANYA & AYG JANJI AYG AKAN JAGA ANAK KITA SEBAIK MUNGKIN..AYG SAYANGKAN ABG TAU SAYANG SGT2...:(

innalillahiwainnailaihirojiun..Selepas aja dari itu aku melihat airmata abg berlinangan membasahi pipi menandakan abg telah pergi dengan keadaan tenang,beriman & bertaqwa...SubahanaAllah..terima kasih Ya Allah..itulah janji Allah kepada kita semua ketika azabnya berada di sakaratul maut..Airmata terakhir yang mengalir selepas roh yang terpisah dari jasad menandakan bahawa Allah sayangkan kita dan ringan bebanan tatkala kita menghadapi kematian..

ayg tahu abg airmata abg yang terakhir itu menandakan yang abg sayangkan kami & abg menangis kerana akan meninggalkan kami..tinggalkam kami untuk selamanya...ALLAH...:(

ayg pun sayang abg sangat- sangat..
sekarang airmata itu tidak dapat ayg melihat lagi..
kali terakhir ayg melihat 46 hari yang lalu..
selepas nie ayg takkan dapat melihat lagi airmata abg yang ayg rindui..
hanya airmata ayg yang akan sentiasa membasahi pipi setiap kali rindukan abg..airmata ayg yang tanpa henti gugur kebumi...
airmata yang menunjukan bahawa ayg sayang dan cintakan abg sepenuh hati..
cinta yang tidak dapat ayg miliki lagi..sekarang hanya cinta hakiki akan bersama ayg..cinta yang akan membawa ayg ke syurga..ke syurga untuk bertemu abg dan berkumpul semula kita sekeluarga...

YA ALLAH SAYUNYA & SEBAKNYA HATI INI..
HATI YANG TERLALU INGIN PERGI KESANA..
SEMOGA KAMI AKAN BERTEMU SEMUA DI JANNAH BERSAMA LINANGAN SALSABILAMU
KERANA AKU DAN SUAMIKU ADALAH KEKASIH AWAL & AKHIR...AMIN..


Testimoni..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami...

4 comments:

  1. sedihnyer baca...menitis air mata ni..saya tau akak tabah menghadapinya..apa yang mampu saya bagitau.. sabarlah yer kak..

    ReplyDelete
  2. thanks share tentang air mata...masa arwah adik sya meninggal pon ade kesan air mata yg dah kering di hujung matanya...air mata tu cam bercampur ngan darah sket...arwah mninggal sebab eksiden n luka dalam...sbb tu airmata bercampur darah....( org yg bgtau )...

    ReplyDelete