Total Pageviews

Thursday, July 14, 2011

Aku Adalah Aku..


Iman itu adalh sebuah pemberian yang amat berharga daripada Allah kepada seorang muslim.. namun iman bukan lah pemberian yang tetap.. kadangkala ia merudum menurun, kadang-kadang ia melonjak tinggi menjulang.. jadi tidak hairan lah jika seorang yang alim itu sendiri pernah mendekati zina.. maka tidak hairan lah jika orang yang warak itu sendiri pernah melakukan dosa.. iman ditambah dengan amalan merupakan benteng paling utuh bagi seorang anak adam untuk menangkis segala kemaksiatan..

akan tetapi iman itu dijadikan Allah, ada turun dan ada naiknya.. tika ia turun binasalah jasad yang terleka beriringan dengan nafsu.. tika ia melonjak menjadi mulia segenap jasad..Waallahualam..


siapa kita?
perdana menteri?
presiden?
ulama agung?
sasterawan terbilang?

kita bukan siapa-siapa.. kemana pun kita bergerak kita sentiasa hendaknya mematuhi hukum yang telah ditetapkan Allah.. haram tetap haram...
tidak kira seberat mana pun tanggungjawab kita, tanggungjawab tida pernah menghalalkan apa yang haram.. jika kita adalah seorang presiden dan secara tiba-tiba seorang delegasi dari luar (bukan muhrim) menghulurkan tangan untuk berjabat atas dasar persahabatan, katakanlah.. "sorry, im muslim".. tundukkan kepala sebagai tanda hormat..
bukannya kita mencemuh budaya mereka bukan juga kita ,menghina apa yang mereka cuba bawa.. akan tetapi kita adalah muslim yang sentiasa berserah diri kepada Allah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri..

"masuk kekandang kambing kita mengembek, masuk kekandang kerbau kita menguak".

Erm..seperti aku

Aku adalah aku..
Aku tidak boleh menjadi orang lain selain semata - semata untuk menjaga hati semua pihak.
Aku tidak boleh berlakon di dunia semata - mata untuk menunjukkan keikhlasan hatiku..
Aku sentiasa meneliti setiap kelemahan aku untuk mematangkan diriku..
Diam dan kelunya lidahku tak semestinya aku lemah..
Cuma aku dilahirkan di bumi Allah yang mempunyai akal & fikiran..
Aku tidak perlu menunding jari kepada orang kerana aku perlu memperbaiki kelamahan diriku terlebih dahulu..

Duhai umat..
Cerminlah diri anda terlebih dahulu...
Sebelum membuat keputusan untuk menghukum hamba sesama islam..
Fikirlah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan..
Jangan kerana harta dunia yang dipinjamkan semata - mata oleh Allah..
Kamu telah alpa kepada dunia azali..
Dunia yang hanya sementara..

Fikir dalam - dalam pepatah ini..

Keikhlasan yang lahir dalam diri manusia..
Umpama seekor semut hitam..
Di atas batu yang hitam..
Di malam yang amat kelam..
Ianya wujud tapi sukar dilihat oleh manusia..
Kerana manusia zaman sekarang memiliki hati umpama semut api yang merah menyala..

Untuk suamiku...

ayg akan terus redha & bersabar demi abg & hasya..
ayg akan ingat segala- gala kata abg..
"ayg jadilah diri ayg yang sebenar..biar apa orang nak tafsirkan pada kita yang penting kita tidak pernah membawa bebanan kepada mereka..kerana kita adalah kita..
susah payah kita harungi bersama..kita tidak perlu mengadu kepada mereka..kita hanya perlu mengadu sesama kita dan Allah..dunia umpama putaran roda..siapa yang terbaik akan di agungkan..siapa yang lebih terbaik tapi tidak nampak dengan mata kasar akan diperkecilkan..itulah lumrah kehidupan"

Betul itu abg..dunia hanya pinjaman semata - mata..biarlah kita sentiasa mengalah sayang tapi sebenarnya kita menang disisi Allah..Tapi yang sentiasa menang itu sebenarnya mereka kalah kepada Allah..mereka hanya menang kepada dunia...dunia pinjaman semata - mata...Wallahualam..

Abg..
Kita hidup kais pagi makan pagi..
Kais petang makan petang..
Tapi kita happykan sayang..
Rindunya saat itu..
Kalaulah wujudnya doraemon..
Ayg nak pinjamkan doraemon untuk dia membawa ayg kezaman itu..
Zaman kebahagian kita sekeluarga..ALLAH...:(

Ya Allah, Kau perliharakanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

4 comments:

  1. SemoGa menjadi wanita yang tabah.. amin,

    ReplyDelete
  2. benar, dunia hanya pinjaman maka bersabarlah dengan ujianNya.....Allah ada bersamamu....

    ReplyDelete
  3. semoga akak tabah menghadapi dugaan hidup untuk masa2 akan dtang..amin

    ReplyDelete
  4. sabar je kak.. sya ade macik senasib ngan akak..masa arwah p tglkan kami tu, anak bngsu dia baru jer 4bulan.. arwah tu adek mak sya.. alhamdulillah, skg macik sya tu da jdi usahawan bjaya.. kontrak sdri.. anak2 pun bjaya.. tabah untuk hasya ye kak..

    ReplyDelete