Total Pageviews

Tuesday, July 5, 2011

RINDU YANG PERGI...


Hidup ini sukar diramalkan.....
terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan...
Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia...
Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi...

Tika dan saat ini apa yg mampu utk diriku & hatiku berkata menangis tanpa henti memikirkan jika masa itu blh diputarkan semula inginku menjalankan tanggungjawab seorang isteri dgn sempurna tapi apakan daya semua kehendak ILAHI..

Dalam meniti hari keberkatan bulan islam hanya deraian airmata yg mampu tangisi...ALLAHUAKHBAR..:(

Ya Allah bagaimana inginku menahan rasa rindu ini..ingin ku lihat wajahnya..wajah suami yg dikasihi..untuk mengadu padanya betapaku terlalu sayangkanya kerana tika hidupnya aku jarang mengucapkan perkataan SAYANG padanya kerana KEEGOAAN seorang wanita..:(

Ya Allah bagaimana ku ingin menebus kesalahanku padanya kerana tika hidupnya ku selalu bersalah padanya...:(

Ya Allah bagaimana ingin ku hidup tanpanya kerana tika hidupnya aku selalu berkata padanya yg aku blh hidup tanpanya dan dia tidak blh hidup tanpaku tiap kali berselisih faham...TERKILAN...kerana yg sebetulnya aku tidak boleh hidup tanpanya dan telah di uji dariMU Ya Allah...Di uji kerana setiap kata2ku terhadapnya ketika dia masih bernafas..AKU REDHA KERANA SYURGAKU DIBAWAH TAPAK KAKINYA...:(

Ya Allah bila tibanya hening malam airmataku bagai arus yg mengalir..mengalir menuju ke destinasi yg blm pasti..ingin ku cari pintu & jalannya utk bersama suamiku yg dikasihi..Suamiku yg pergi takkan kembali..pergi meninggalkan amanat yg diberi..



Ya Allah aku begitu takut..takut kerana aku tidak mampu membesarkan anakku tanpa suamiku disisi...aku takut aku tidak mampu mendidik anakku menjadi anak yg solehah...yg telah diamanatkan oleh suamiku..Bantulah hambamu ini..

Ya Allah..kau bimbinglah aku..didiklah aku utk menjadi wanita SRIKANDI utk suamiku yg DICINTAI kerana dia lah cinta pertama & terakhirku..tiada lg pengganti untuknya..kerana ku tahu dunia ini hanya perhiasan & sebaik2 perhiasan adalah wanita yg taat pada Allah,Suami & Ibu Bapa..



Ya Allah kau berikan aku kekuatan hati..sihatkan tubuh badanku supaya aku blh menjalankan amanat yg telah ditinggalkan oleh suamiku untuk membesarkan anak kami...Biarlah hanya diriku yg merasa ujian & dugaan darimu bkn anakku kerana ku adalah insan yg terpilih & disayangi olehMU..

Ya Allah kau ampunkanlah dosaku kerana ku selalu terbayang ingin mengikuti suamiku pergi...pergi bersamanya untuk menemankannya disana..aku hanya insan biasa insan yg telah dijadikan olehMU yg kdg2 tanpa berfikir utk membuat sesuatu..ALLAH..

2 comments:

  1. moga akak tabah menghadapi smua ujian drNYA...

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.. terasa malu di dalam hati untuk menyuruh akak bersabar, kerana sy tahu, akak menggunakan seluruh kesabaran dan ketabahan akak untuk meluahkan segalanya di sini.. semoga akak mendapat yg terbaik dari-Nya. suami isteri yg beriman di dunia akan kekal menjadi suami isteri di syurga kelak.. dan sy berdoa agar akak dan suami tergolong dalam golongan itu.. amin...

    ReplyDelete