Total Pageviews

Tuesday, October 18, 2011

Dia ~ Elly Norimi ~

Dia...aku tidak pernah bertemu dengan Dia dan juga mengenali Dia..Tapi aku sangat kagum dengan Dia seorang ibu yang mempunyai empat orang cahayamata yang masih kecil boleh hidup dengan rezeki yang tak seberapa oleh pekerjaan suamiNYA..Dia tidak berkeja seperti aku dan wanita - wanita diluar sana..Dia hanya surirumah sepenuh masa yang ingin mengabdikan dirinya untuk suami dan anak - anak tersayang..Hidup mereka bersahaja tidak seperti orang lain..Tanpa keizinan suaminya dia tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuhnya..Akhirnya dia teringin mengurangkan bebanan suaminya dengan cara berniaga secara kecil - kecilan melalui intenet untuk membantu suaminya yang berkerja yang tidak mampu sangat untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga..Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Bermula hidup dia berniaga secara online di laman facebook..Bezanya cara dia berniaga dia tidak pernah order barang yang ready stok kerana dia tiada modal untuk memulakan perniagaan..Semua item yang dijual cuma barang - barang yang pre order..Sejak itu aku mengenali dia pada tahun 2009..masa itu aku tangah mengandungkan princess Nur Hasya Sofea...Ketika ini aku sedang berjinak - jinak membeli pakaian bayi secara online...Pada dia lah orang pertama aku membeli secara online baju untuk puteriku..Walaupun dia menjual item pre order tapi aku suka bershopping dengan dia kerana tingkah laku dia sentiasa baik melayan karenah customer..Dia juga berterus terang pada customer bahawa dia tidak mampu menjual barang  yang ready stok..

Dia juga yang telah mendidik aku cara - cara berniaga online di facebook...Selepas aja princess lahir dia yang banyak tunjuk ajar padaku tentang perniagaan online sehingga aku berada sampai tahap sekarang..Arwah suamiku juga mengenali dia dan selalu memuji dia kerana dia tidak pernah kedekut ilmu yang ada..ilmu yang ada dia sentiasa sharing dengan kawan - kawan even kawan - kawan itu hanya kenal di alam maya..Semakin hari dia mengalami kesempitan hidup tatkala suami dia tidak berkerja..aku tahu  begitu sukar untuk dia dan suami menyara sebuh keluarga dengan tanpa kewangan yang tetap..semasa itu dia baru saja melahirkan puteri bongsu dia...akulah kawan pertama yang tahu nama anak dia Nur Qisya Adelia... Dia juga bertanya pendapat aku tentang nama anaknya sama ada nak letak Nur Qisya Adelia @ Nur Adelia Qisya..Dia selalu berkongsi masalah dia dengan aku..Tetapi beruntungnya dia masih ada ibu bapa dan mertua yang sangat baik hati...Dia sealu bercerita pasal mertua dia yang baik padaku..Perbezaan kehidupan antara aku dan dia amat ketara...

Tetapi hari ini aku dikejutkan oleh panggilan yang sungguh tragis bahawa suami dia Mohd Saifol telah kembali ke Ramatuallah akibat kemalangan ngeri semasa perjalanan pulang dari tempat kerja..Kemalanagan yang menyebabkan arwah digilis oleh sebuah lori tanpa belas kasihan..SubahanaAllah..Aku harap dia tabah menerima semua dugaan musibah yang di beri oleh Allah...sayu hatiku tatkala dia bercerita padaku bahawa suami dia sudah dapat kerja lebih baik dari sebelum ini..mereka ingin memulakan kehidupan baru mereka..tetapi semua itu hanya tinggal kenangan..kenangan yang akan sentiasa tersemat di dalam ingatan seorang isteri seperti mana diriku dahulu..Ingin memulakan kehidupan baru..Allah lebih menyangi mereka..

Menangis aku seharian memikirkan dia..teringin aku memeluk dia semahu - mahunnya untuk menenangkan hati dia..apakan daya rumah dia terlalu jauh dari aku..Rasa terkilan makin menebal di dalam hati kerana minggu lepas aku tidak dapat membantu dia di saat dia mengalami masalah dan mempersoalkan ini antara hidup dan mati..Begitu besar masalah dia..Ya Allah ampunkan aku kerana aku telah abaikan masalah yang dicerita oleh dia..tidak sangka apa yang dia katakan berlaku pada minggu ini kematian suami yang di sayangi..suami yang telah pergi untuk selamaNYA..Tempat dia bergantung hidup selama ini..Allahurabi..

Untuk dia apa yang perlu ku katakan tika dan saat ini dia hanya perlu menangis..menangis sepuas - puasnya untuk suami tersayang..Mengadulah padaNYA di atas tikar sejadah..Mohon kemapunan dariNYA semoga Roh suami diletakkkan di kalangan orang yang beriman..Dia perlu bersedia untuk menempuh perjalanan hidup dengan Allah..dengan Dunia dan dengan semuanya...Dia pelu KUAT.perlu SABAR...perlu TABAH,,perlu SEMANGAT..InsyaAllah aku sentiasa memberi moral sokongan pada dia semoga dia akan menjadi tabah dan sekuat aku..Aku tahu dia pasti akan kuat suatu hari nanti biarlah masa yang menentukan segalanya untuk dia kembali pulih..Hari nie baru hari ke2 pemergian suami dia sedangkan aku yang hampir lima bulan permergian suami tersayang masih terasa detik - detik hitam yang berlaku..Bukan mudah untuk melupakan semua itu...Takziah untuk keluarga dia..

Ya Allah..kau tingkatkanlah Kesabaran pada Wanita ini..
Kau lindungilah dia dan juga anak - anaknya..
Kau permudahkanlah jalannya kelak..
Kau tunjukkan jalan yang lurus untuk dia..
Kau kurangkan musibah untuk dia...
Tetapi jika kau telah merancangkan sesuatu untuk dia Ya Allah..Ku pasti perancanganMU pasti hebat untuk dia Ya Allah..

Dia ~ Elly Norimi~




Semoga Roh Mohd Saifol ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman dan dicucuri rahmat..
Al -Fatihah..Amin..

Anda boleh salurkan sumbangan anda untuk dia sekurang - kurang boleh mengurang bebanan dia tika dan saat ini..Sumbangan boleh disalurkan ke direct akaun dia ELLINORIMI BT ADANAN

CIMB =  05080094203523
MAYBANK =  155023339031

Semoga sumbanagan anda di balas oleh Allah S.W.T...Amin..

7 comments:

  1. salam mala..sedihnya..smga dia kuat..kalu mala cntct dia kim slam akak kat dia..insya Allah, smga Allah sntiasa bukakan pntu rezeki utk dia dn anak2nya,amin........:"( sedih terkenang detik2 khlgn dulu....

    ReplyDelete
  2. salam takziah buat elly dan keluarga..al fatihah

    ReplyDelete
  3. takziah buat Elli,semoga Allah berikan kekuatan,ketabahan dan kesabaran buat dia.setiap yg hidup pasti akan merasai kematian. semoga eli terus tabah..ya betul kak pae..arwah suami elli meninggal accident,pemergian yang mengejut..dapat rasakan camana perasaannya sbb sy pernah merasa..

    ReplyDelete
  4. Takziah buat elli..semoga arwah ditempatkan disisi org2 yang beriman...semoga puan elli sentiasa tabah...Al-fatihah

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah buat Arwah Saifol.Sedey mmbaca blog Pn Normala.Mmg saya tidak kenal dgn Isteri arwah tp saya kenal dgn Arwah Saifol kerana kami kwn sekolah & saya mmg asalnyer org PD.Semoga Elli tabah mengharungi hari yg mendatang di samping anak2 tersayang.Ckup terharu,sedey & terkejut dgn pemergian Arwah.

    ReplyDelete
  6. Di kala ramai yang mengeluh dengan dugaan yang di terima..tanpa di sedari masih ramai yang melalui dugaan yang jauh lebih berat...takziah buat Elly..dengan membaca blog mala membuatkan saya tersedar dan bersyukur dengan segala yang ada...semoga Elly menjadi wanita yang tabah dan berjaya..aminnn

    ReplyDelete