Total Pageviews

Thursday, October 20, 2011

Redha ~ Elly Normi~

Redha..redha..aku redha dengan apa yang berlaku..Ayah ibuku meninggal ketika aku masih kecil aku redha..suamiku meninggalsemasa kami ingin memulakan kehidupan baru aku redha..my 3 babies meninggal sebelum sempat dilahirkan ke dunia aku redha...adik beradikku meninggal sebelum aku mengenali mereka dengan lebih rapat lagi aku redha dan orang di sekelilingku meninggal aku redha..betulkah ini semua kenyataan? tidak..tidak dan tidak hati mana yang tidak panas apabila di caci..jiwa mana yang tidak sedih jika keluarga meninggal,muka siapa yang tidak padam apabila di puji/marahi orang..dimanakah keredhaan sejati itu?

apa makna redha itu yer?
redha adalah seperti biskut atau makanan atau apa yer?
redha berlaku jika kita sebagai hambaNYA melihat setiap ujian/bala adalah milik Allah dan kita sebagai manusia mesti percaya pada Qada dan Qadar swt iaitu rukun iman yang ke 6..percaya kepada Qada dan Qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku hanya kerana Allah..

Dear Elly Norimi

Redhalah dengan ketentuaNYA..kamu insan yang terpilih..besar ganjaran kamu di syurga nanti..Sis ada sisipkan kata - kata semangat untuk kamu jika kamu sudah berasa tenang kamu baca ye sayang..Ramai lagi insan diluar sana yang lebih mengalami musibah yang lebih berat sis tahu kamu pasti boleh terima hakikatnya kita hidup di dunia ini cuma pinjaman semata - mata..Semua yang ada di dunia hak mutlak milik Dia Sang Pencipta...Bersabarlah sayang kita semua pasti akan menyusul suatu hari nanti seperti mana kekasih kita pergi menghadap Ilahi dan pulang ke kampung halamanNYA..Kuatkan semangat demi membesar amanat yang ditinggalkan oleh suami tercinta..anak - anak elly memerlukan elly tika dan saat ini..elly perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa...Sis yakin elly pasti boleh..Elly mesti kuat yer sayang..

Untukmu sayang..

Sinar mentari menunjukkan sesuatu yang indah..
Kadang - kadang manis wajahnya..
Kadang - kadang menarik cahayanya..
Jarang - jarang meronta kepanasananya..
Jarang - jarang menjadi bahang dahaga manusia..

Berdiri jauh ia tersenyum...
Bercahaya gemilang tanda memberi..
Bertengkar awan ia memancar..
Bernafsu mekar menyinari alam..
Menjadi lumrah isu kehidupan..
Ada yang sakit,ada yang senyum,ada yang sengsara,ada yang sensitif..

Begitu indah kehidupan kan?
Ada yang naik,ada yang turun,ada yang hidup,ada juga yang sudah mencapai hayatnya..
Sukar untuk dibicarakan musibah dabn musabah..
Saling berkaitan memuji,saling bergetar melawan..
Itulah matlamat alam..

Jika difikirkan,jika dihindarkan..
Ia tetap datang,Ia tetap menerjah tuan..
Sukar untuk berlari,sukar untuk dicari..
itulah lumrah kehidupan manusia..
Kerana kita cuma HAMBA pada Sang Pencipta..

InsyaAllah sayang pelangi pasti akan menyusul selepas ini..:)


 Jika elly rasa sedih pandanglah mata keempat - empat anugerah tak ternilai ini yer sayang..cari kekuatan dalam diri anak - anak elly..:)




2 comments:

  1. As Salam...Sis sape Elly Normi ni? Anyway, saya ada follow your blog for this past few weeks...after been recommended by one of my frens.
    Saya ibu tunggal...sudah masuk setahun bercerai. I was pregnant 9 months...semasa diceraikan,melalui telefon.usia perkahwinan kami belum pun masuk setahun,semasa kami tinggal berasingan.walaupun kisah kita berbeza, tetapi...kita bersendiri akhirnya.

    Reading your blog...memberi saya semangat jugak. My father passed away, semasa saya masih dalam kandungan. Sejak kecil..saya tinggal dgn makcik,meninggal jugak semasa saya masih dambakan kasih sayang-when i was 11 years old.in between that, mcm2 yang jadik.all this while, i felt lonely...

    Deep down in my heart...I know and have to accept ketentuan dr Ilahi,saya tahu tu...tp itulah yang paling sukar.

    u take care...

    ReplyDelete
  2. anyway, saya dh baca balik posting u yg saya tertinggal..dh tau sape Elly Norimi.

    ReplyDelete