Total Pageviews

Tuesday, February 5, 2013

Perjuangan Kehidupan

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan.. Maka jgnlah ada yg menyerah berputus asa dan menganggap perjuagan hidup adalah satu sia-sia..
Tetaplah tegar meski yg lain berguguran ..
Tetaplah senyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku..
Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuagan kita..

Pemanduan di atas lebuhraya kehidupan tidak selalu lancar sebagaimana yg di rancang.. Usaha menggapai impian tidak selalu di payungi langit biru nan cerah. Malah, kadang2 terpaksa merentasi badai,air mata,keringat dan darah.. Kejayaan dan kegagalan silih berganti menghasilkan warna pd kanvas kehidupan.. Cantik atau hodoh,bergantung usaha dan kerja keras kita..

Ku haruskan tanamkan semangat ini dan ku harus Redha dengan apa yg ditentukan dalam kehidupanku..
Memang payah,berat,perit,sayu untuk menerima semua ini..Untuk menggalas satu tanggungjwab yang begitu besar yang belum tentu lagi orang di luar sana mampu menggalas seperti aku sekarang..aku gembira dan bersyukur sebab kadang2 aku berjaya merentasinya.. tapi kadang2 aku rasa begitu kerdil untuk menerima semua ini..

Takdir kehidupan adalah penentu segalanya dalam kehidupan aku..Menggalas tanggungjawab sbagai ibu,bapa,anak,balu,wanita dalam satu masa yg sama bukan satu perkara yang mudah apatah lagi memerlukan kewangan yang begitu kukuh untuk semua ini..

Ku tiada kerja.. ku tiada gaji tetap.. ku hanya berharap pada perniagaan onlineku untuk mengharungi semua ini..kadang2 ku sedih bila satu hari melihat kesenangan orang lain yang tiada masalah.. tapi ku cuba pujuk hatiku bahawa ku yakin dengan janji Allah.. In Shaa Allah pelangi akan muncul selepas hujan..

Ya Allah,
Ku tahu permulaan hidupku tidak seindah mana,
Namun berikan pertengahan hidupku ini peluang untuk diriku mengumpul dan melakukan kebaikan demiMu, Dan pengakhiran hidupku nanti dengan kebaikan dariMu Ya Allah.

Hidup tanpa perjuagan adalah keaiban..

Friday, February 1, 2013

~Mana Milik Kita~

Mana milik kita..
tidak ada milik kita..
semua yang ada Allah yang punya..
tidak ada kita yang punya..
kita hanya mengusahakan sahaja..

teringat pada lirik lagu kumpulam Rabbani....

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

sebagaimana spt apa yg sy tulis..

Apa yg menjadi milik kita??
harta,pangkat,isteri,suami,anak2 semua bukan milik kita,bahkan diri kita sendiri bukan milik kita. Jika kita punya pangkat,jgnlah dok bermengah2 dgn pangkat yg di jawat.. ingat!! amanah kita terhadap jawatan yg di pegang nanti akan di soal oleh Allah,apa telah kita laksanakanya dgn sempurna??

Bahkan juga hidayah bukan milik kita.. bersyukurlah sentiasa kerana masih menghirup nikmat udara Iman dan Islam dalam diri kita.. Alhamdulillah.. Jaga hati untuk istiqamah dan ikhlas dalam melakukan amal kebaikan,, ermm..isitqamah susah juga nak istiqamah ni..memerlukan mujahadah yang tinggi.. nak istiqamah baca ma'thurat.. Subahanallah..tapi, Allah amat suka hambaNya yang istiqamah dalam melakukan amalan sunat walaupun sedikit.. semoga mujahadah yang kita lakukan untuk sentiasa istiqamah akan mendapat balasan setimpal dari Allah S.W.T

Buat sesuatu ibadah kerana manusia adalah syirik..
Meninggalkan sesuatu ibadah kerana manusia adalah riak..
Ikhlaskan diri dapat membersihkan hati manusia dari syirik dan riak..

Tapi hati mansuia sentiasa berbolak balik kan?
kejap ikhlas buat sesuatu,kejap datang rasa riak.. ujub diri..
itulah penyakit hati yang sentiasa merosakkan amalan yang di lakukan..
bersihkanlah amalan yang di lakukan dengan sentiasa beristigfar kepada Allah..

استغفرالله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم أتوب إليه




يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا علي دينك وعلي طاعتك
Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,tetapkan hati kami dalam agamamu dan dalam ketaatan kepadaMu..

Nabi sentiasa mengamalkan doa ini,memohon pada Allah supaya menetapkan pendirian hati dalam melakukan ketaatan kepadaNya..

Kehidupan kita ini di ibaratkan seperti roda,kejap di atas,kejap di bawah,.. kejap ok.. keja ko.. begitu juga dengan diri saya kejap ok dan keja ko pendirian ini.. selalu tak tetap aja.. tapi In Shaa Allah kita boleh berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..

Allah tkkan mengubah nasib sesuatu kaun itu jika mereka tidak mengubah diri mereka sendiri

ada jugak petikan lirik dari nasyid

Sapa kata kita tidak boleh..
Kita ada Allah maha kuasa...
Kita punya kuasa tenaga..
Umat Islam sentiasa boleh (2x)...

In Shaa Allah sama-sama kita memperbaiki kelemahan diri dengan yang sentiasa berada di sekeliling kita..
Fastabiqul Khairat!!!
 


Saturday, December 8, 2012

Aku Terima NikahNya..




Aku terima nikah Normala binti Taib dengan mas kawinya RM610.80 tunai" kata keramat yang lahir dari bibir suami tercinta Mohd Hafidzol bin Mokhtar...


Tersenyum diri ini menatap gambar di hari bahagia 4 tahun yg lalu. Hatiku sudah dimiliki oleh seorang mujahid pilihan Allah untuk diriku..Dialah jawapan istikharah dan hatiku yg sah menjadi imamku.

Bercerita tentang kisah yg lalu.. Jarum jam sudah bergerak ke angka 10malam.. Diri ini setia menunggu kepulangan suami tercinta  sambil bermain dan bermanja dengan puteri tercinta Nur Hasya Sofea (Cahaya Kesempurnaan Yang Cantik)

'Lewat juga abang balik malam ni' hati ini berbisik sendirian.

Suami tercinta yg bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim tentu penat dengan rutin harian dan harus berdepan dengan pesakit - pesakit yang dipertanggungjawabkan padaNya.. Kadang - kadang ku rasa tanggungjawab dipegang oleh suami sangat berat.

Kedengaran enjin motor di perkarangan belakang rumah dan diri ini terus bergegas membuka pintu menyambut kepulangan suami tercinta pulang dari kerja..Senyuman manis diri ini sentiasa terukir di bibir tatkala menyambut tangan suami tercinta untuk dikucup.

"Ayg buat apa dgn anak? belum tidur lagi ke?" tanya abang.

"Ayg tunggu abang dulu.. Ermm, abang mesti penatkan? ayg ada masakkan untuk abg.. diri ini melepaskan tangan suami tercinta dan bergegas ke dapur untuk menghidangkan makanan.. Abg jangan lupa mandi dan salin pakaian dulu sebelum bermain dgn anak ye.. pesan diriku setiap kali abg pulang dari tempat kerja.. 

Belum sempat diri ini melangkah,,suami tercinta dengan pantas menarik lenganku..satu ciuman singgah di dahi "Terima Kasih ayg sudi menjadi isteri abg dan ibu kepada anak kita" tapi antara ayg dan abang,"abang rasa abang akan mati dulu sebelum ayg"Jika abg tiada nanti jaga diri baik-baik ye dan juga anak kita

"Abang sayang ayang tau..!" ucap suami tercinta  begitu romantik.

Diri ini tersipu - sipu malu.. ayang pun sayangkan abang', spontan membalas ungkapan keramat di dalam hati sambil berlalu ke dapur...

Malam makin larut. Diri ini merabahkan badan di bilik utama bersama puteri tersayang dan suami tercinta merabahkan diri di bilik tetamu..tiba - tiba diri ini terdengar satu suara yang sayu memangil diri ini.. "Ayang abang penat tolong ambil minyak angin dan urutkan dada abang ye..

"abang ok ke?" tanya diriku

"Ermm, ntahlah abang rasa badan abang makin tak sihat sekarang dan batuk berpanjangan tanpa henti.. anak dah tidur ke sayang.. 'anak dah tidur abang (ku menjawab)

"Ayang temankan abang dan tidur sebelah abang ye malam ni,sekejap pun jadilah selepas itu ayang pergilah tidur dengan anak kembali di bilik sebelah" ku hanya mengiyakan saja sambil memandang suami yang disayanginya.

Tiba - tiba suami tercinta merenung mataku.. Cinta antara kami semakin berputik selepas akad nikah pada saat lafaz sakinah sehingga jatuh ke lubuk hati yang paling dalam dan terus terpahat sehingga kini dan selamaNya... Insha Allah..akhirnya kami tertidur..

Tiba - tiba ku terjaga dari tidur meraba - raba suami di sebelah telah tiada.. terdengar sayup di hujung telinga suara tangisan puteri yang kelaparan dan juga tangisan suami tercinta menahan sakit pada setiap malam..

Selesai saja beri susu pada puteri ku bergegas kepada suami tercinta sambil memberi ubat tahan sakit padanya kerana itu adalah permintaaNya..Wajah suami yang begitu lemah menahan sakit membuatkan hati aku resah gelisah tak terkata.. Tanpa ku sedari air mata menitis lagi tanpa henti..


"Ayang jangan menangis abg ok saja cuma demam - demam biasa... Tiba - tiba suara abang berkata jika abang pergi dulu abang akan tunggu ayang di sana ye.. maksud abang tiada bidadari lain di syurga selain ayang nanti tau.. Jaga anak kita baik - baik ye sayang...

"Surah Waqiah ayat 22 dan 23 'Dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik' dan ayat ke 35-38 'Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung*, lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan, yang penuh penuh cinta dan sebaya umurnya untuk golongan kanan." ..


P/S : Pada sesiapa yang mengenali suami saya tentu anda akan ingat gelagat dan sikapnya tapi ada satu sikap dan gelagat tersembunyiNya yang anda tidak tahu kecuali saya isteri tercintaNya.. Dia selalu anggap yang saya ibarat NyawaNya tika senang dan susah tiada tempat mengadu selain saya..
Jujur saya cakap pada sesiapa yang ingin menjodohkan saya dengan orang lain perasaan marah dalam hati akan terus memancar di sebabkan tentang hal suami tercinta saya yang anda tidak tahu dan saya tak boleh lupakan dia.. Moga hati saya hanya untuk suami tercinta tiada lelaki lain yang dapat bertahkta dalam hati saya selepas permegianNya.. In Shaa Allah..

Jodoh itu Rahsia Allah.. Yang penting saya harus fokus pada titik kehidupan saya supaya sentiasa mendapat Redha Allah...


                                          Keluarga Bahagia hingga ke Syurga.. In Shaa Allah...:)

Thursday, October 18, 2012

SaRaPaN PaGi PeRTaMa..

Assalammuailaikum semua selamat pagi semoga anda semua sentiasa di bawah lindungNya.. Arghhh.. lamanya kan sy x update blog nie last update 4 sept bln lepas.. satu saja catatan utk bln sept.. kelakar kan? ekeke.. Sambil menulis smbil sy melayan perasan mendengar lagu 'Muara Hati' lagu yg tgh hot dlm cerita Adam dan Hawa.. Dulu sy ada baca novel nie.. byk kali juga sy baca dan sy juga berangan masa baca novel tersebut dalam hati sy berkata kuatnya jodoh adam mukriz dan ain hawani dlm novel tersebut... Moga suatu hari jodoh sy pun sekuat mereka.. Insha Allah..hasya pun minat juga tau cerita ni.. peminat cilik yg setia di hadapan tv siap menyanyi lagi..

Erm hampir 17bulan berlalu en suami pergi meninggalkan sy dan hari ini lah baru sy ada kekuatan utk masak for sarapan pagi setelah sekian lama.. sy semakin kuat sekarang ni.. Ya sy mesti kuat wlaupun bukan utk diri sy sendri tapi biarlah sy kuat utk org sekeliling sy..walaupun sy tidak setabah "Fatimah" Insha Allah sy akan teruskan kehidupan sy untuk semua org dan akan cuba menjadi isteri yg solehah utk suami yg di kasihi..

sarapan yg pertama selepas ketiadaan dia

Tiap kali selesai solat selalu berdoa semoga Allah Jagakan dia utk sy di sana.. suami tercinta krn dia la yg terbaik utk diri sy selama ini.. tiada yg lain dan xkan ada yg lain.. doakan sy dan suami yer moga ikatan kami sentiasa utuh dan sampai ke syurga firdausi..

Memang Jodoh itu Rahsia Allah tapi kalau boleh sy lebih bahagia hidup seperti sekarang.. sy x nafikan setiap kali sy ingin lelapkan mata sy pasti menangis.. dengan itu sy kalau boleh x nak tido di malam hari ketika waktu sunyi sebab tika ini hati sy pasti akan menangis dan meraung rindukan suami.. sy tidak tahu sampai bila perasaan menangis ini akan hilang... kadang2 sakit kepala kerana terlampau byk menangis mengenangkan kisah kami suami isteri.. isteri mana yg tak sayangkan suami dan isteri mana yg tak rindukan suaumi jika di tinggalkan..lama benar suami sy pergi meninggalkan sy kali ini... ntah bagaimana keadaan dia sekarang di sana kan.. kalau boleh sy mcm nk saja ikut dia ke sana...nk temankan dia tp apakan daya.. jarak dua alam telah memisahkan kami tapi bukan pisahkan hati kami.. hati sy semakin hari semakin kuat untuknya..Sungguh!!

Jika di takdirkan masa boleh di undur kembali alangkah bahagianya kan..

ANGIN tolong sampaikan salamku kepada dia (suamiku) bahawa hanya kehadiranya yg mampu memberi kesejukan di hatiku..

MATAHARI tolong sampaikan salamku kepada dia bahawa hanya kehadiranya yg mampu menghangatkan hatiku..

BULAN tololng sampaikan salamku kepada dia bahawa hanya kehadiranya yg mampu menerangi jiwa dan hatiku..

BINTANG tolong sampaikan salamku kepada dia bahawa hanya kehadiranya yg mampu memberi kemerlip keindahan dalam hidupku..

PELANGI tolong sampaikan salamku kepada dia bahawa hanya kehadiranya yg mampu memberi warna warni dalam kehidupan hidupku..

YA ALLAH..
Ku titipkan doa buat suamiku..
Yg ntah bagaimana keadaannya di sana..
Kau sampaikan salamku dan doaku kepada dia bahawa aku sgt merindui dan menyanyangi dia..
Kau bisikanlah di hatinya bahawa sabar menantiku di pintu syurga suatu hari nanti bersama dia..
Kerana aku ingin menjadi bidadari buatnya di sana..

YA ALLAH..
Tolong jagakan dia (suamiku) buat diriku.. Al - Fatihah..





Tuesday, September 11, 2012

Kisah Hati..

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya...

Sejak kebelakangan ni setiap hari boleh dikatakan berpuluh kali dengar lagu nie.. setiap kali dengar airmata mesti mengalir tanpa sedar.. sekejap saja masa berlalu begitu pantas kenangan pahit pergi ditiup oleh angin dunia.. hidup ini perlu diteruskan walaupun orang yang paling ku sayang sudah tiada lagi disisku.. Ye life must be go on..:)

Kini hidupku daripada orang biasa yang tak pernah di kenali suatu ketika dahulu dari seorang gadis kampung yang agak pemalu dan pendiam.. kini alhamdulillah aku mempunyai ramai sahabat di alam maya.. walaupun kami semua tidak pernah ketemu tapi ku yakin sahabat alam mayaku lebih mengetahui isi hatiku kini,,Masa merupakan pembunuh usia yang bertindak tanpa aku sedari.. oleh itu aku harus hargai masa yang ada sekarang untuk ke jalan - jalan yang di berkatiNya.. yang pergi tetap tidak akan kembali kita yang masih bernafas harus meneruskan kehidupan seperti biasa dan secara tak langsung menyampaikan doa kita di dunia ini untuk mereka di alam sana termasuk suami yang di kasihi..Al - Fatihah..

Hidup sebagai ibu tunggal (balu) banyak dugaan dan pancaroba dunia.. ku harus kuat dan tabah untuk merenangi semua ini.. anggaplah ia sebagai lautan luas yang perlu ku renang ke penghujung dunia walaupun ombak badai datang menerpa tapi ku yakin jika hati dan diri kita sentiasa berserah pada Allah, Insha Allah, Allah akan sentiasa Menjaga kita tak kira di mana kita berada kerana kita semua dalah makhluk ciptaaNya...

 Ramai yg bertnya "mala belum bersedia mencari pengganti ke?
sy menjawab pengganti apa? sy bukan kereta yg perlu digantikan dgn tayar baru bila pecah.. gantikan minyak enjin baru bila perlu dan lain2.. sy manusia yg mempunyai hati dan perasaan.. Ye jodoh itu rahsia Allah.. jgn kita ingat jodoh aja rahsia Allah tp kita perlu ingat Mati itu pun rahsia Allah.. biarla sy persiapkan diri utk menuju kematian bkn menuju kebahagian utk kali kedua.. tapi jika di takdirkan cinta kedua sy hadir biarlah ia hadir secara natural dan hadir kerana Allah bkn krn desakan duniawi... Insha Allah cinta sy masih kuat utk suami tercinta..


Saya sangat gembira dan bahagia dengan kehidupan sy sekarang bersama anak di sayangi.. Puteri tercinta dari benih - benih cinta yg subur di dalam rahim sy kini telah semakin membesar tanpa kasih sayang seorang lelaki.. tapi sy tahu suatu hari nanti puteri sy akan mengerti apa yang berlaku dan sy yakin dia juga akan jadi sekuat dan setabah sy nanti..Insha Allah..

Abg,, ummi rindukan kamu dan selalu bercakap dgn kamu.. ummi harap kamu mendengar segala keluhan ummi dan bait - bait cinta ummi utk kamu jika di izinNya.. Insha Allah abg nantikan ummi di syurga ya.. :)

Thursday, September 6, 2012

Syawal hampir berlalu

Assalam all lamanya x update blog.. kdg2 rasa mcm nk update hari2 byk perkara yg nak di kongsi bersama tp apakan daya masa amat mencemburui diriku... hehehe..

Perjalanan menyambut aidilfitri tahun ini lebh memberi sinar dlm hidup dr tahun lepas mungkin tahun nie tahun kedua raya beraya tanpa suami di kasihi..(life must be go on).. beraya dgn puteri tercinta membuat hati ini sentiasa tercuit dgn telatahnya.. tahun jugak byk duit raya di peruntukan utk anak2 saudara, makcik mak abah dan semua saudara terdekat.. Walaupun "dia" abg telah tiada Insha Allah ummi akan jalankan tanggungjwab abg utk org tua abg sekadar yg mampu..

Abg tahu yg paling ummi bersyukur sgt2 pada Allah tahun ini adalah tahun pertama ummi keluarkan zakat perniagaan di atas kesungguhan ummi di dlm perniagaan online.. Betul lah org katakan jika sesuatu keinginan isteri mendapat restu dan sokongan dr suami tercinta Insha Allah,Allah pasti permudahkan segala urusan..miss u syg..

Tahun nie tema warna baju raya ummi & hasya warna kesukaan abg iaitu biru..Rumah abg ummi dah cat baru..dh 2 tahun ummi x beraya cium tangan abg kan...tapi xpe sbb ummi blh cium gambar abg hari2.. cium baju melayu abg dan juga brg2 abg yg lain..skrg setiap hari ummi cium abg tau.. dulu susahkan ummi nk cium atau sayang abg kan? itu berrmakna cinta ummi makin kuat dan mendalam utk abg.. heheheh..

Anak kita? adoiii bercerita pasal anak kesayangan abg nie makin hari makin aktif dan lincah gelagatnya.. tak nafikan boleh dkatakan setiap hari dia kena pukul dgn ummi..:( maafkan ummi ye abg.. ummi geram.. Eeeeee memang geram pun..hahaha.. ummi harap abg dpt lihat setiap hari ummi mengomel dgn puteri abg 2..Jumaat nie klau ada kelapangan ummi pergi ziarah abg lagi yer.. ummi nk pergi cuci rumah abg bg cantik - cantik secantik diri abg di sana.. Insha Allah..

apa yg boleh ummi katakan pada abg.. ummi sgt rindukan abg.. abg tahu x part mana selalu ummi terbayangkan abg dan paling kerap dlm fikiran ummi.. part semasa abg makan tanpa pakai baju hanya berseluar boxer saja.. abg selalu kata kalau ummi masak time makan kena pakai boxer saja sebab nanti senang nak tambah berpingan2.. pastu nampak la perut abg yg mcm afdlin shauki 2 kan.. heheheh.. RINDU

Isteri mana yg tak rindukan suamikan abg.. ummi rasa semua alami perasaan spt ummi jika berjauhan dgn suami.. tp abg walupun jauh dr ummi 2 alam telah memisahkan kita ummi tahu abg sentiasa berada dlm hati ummi x kira ummi berada di mana sekalipun.. Toklang abg telah mengikuti jejak abg (kemabali ke Rahmatullah 3/9 yg lalu) semoga abg dan toklang serta saudara2 abg yg lain yg telah berkumpul berdekatan di kuburan di tempatkan di kalangan para salihin..Al - Fatihah

Selamat hari raya abg.. maaf zahir dan batin dr ummi dan hasya sofea..

Comei tak permaisuri dan puteri abg di pagi syawal.. tentu comei kan.. klau tak comei tentu abg tak kawin dgn ummi kan.. hehehe..:)

Wednesday, August 15, 2012

Kepulangan Ramadhan

SesungguhNya jika Allah mencintai seseorang hamba maka Dia tenggelamkan hamba itu dlm cubaan..Barang siapa yg tak pernah mengalami Musibah maka ia jauh dari Kasih SayangNya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers.. Salam Ramadhan al-mubarak.. Salam untuk semua yang menginginkan kesejahteraan dan keampunan daripada Allah s.w.t.  Maka kejarilah 1 dalam sepuluh. Kejarlah Lailatulqadar dalam 10 malam terakhir..

Malam ini adalah malam ke 27 ramadhan.. ku bakal merindui Ramadhan yang amat aku tunggu-tunggu pada tahun ini. Setelah sekian lama, baru bertemu dengan 'kerahmatan'. Malam ini, bakal menjadi titik permulaan 'kesedihan' kepada semua insan yang memeluk Ramadhan.. Maka beralunlah 'al-wida.. al - wida yang shara Ramadhan.." Selamat tinggal.. selamat tinggal ramadhan...~ Maka luluhlah hati yang meruntun mengharapkan keredhaan Allah.. Bulan ini sudah semakin menghampiri ke pelabuhan.. Ya Allah, sesungguhnya Ramadhan ini mendidik aku mengawal nafsuku termasuk semua kesumat yang dipendam. Allahu rabbi..

5 malam terakhir, sudah dimulai dengan beberapa permandangan yang indah pada sebelah siang harinya. Langit cerah, namun bahangnya tidak terasa. Hujan pada kadang kalanya, menandakan kesedihan alam untuk berpisah dengan Ramadhan. Ya Allah, hebatnya setiap yang diciptakan turut menangisi kepulangan Ramadhan dibawah dakapan Rabbul Izzah.. Ya Rahman..

Rebutlah selagi nafas dihalkum.. rebutlah selagi diberi peluang..

Masihkah ada raya untuk kita?? Jangan mudah meletakan 'kegembiraan' tanpa mendahulukan kesedihan.. Hari raya hanya untuk yang memperoleh kemenangan dari Allah jua.. Menangkah kita? 

Apabila rumah ranap di landa banjir, jangan menangis. Kerana segalanya datang dari Allah kepada -Nya ia kembali. Harta dunia ini hanya pinjaman semata.
"Bukankah kita telah tahu bahawa kawasan di situ sering berlaku kejadian itu?"

Apabila orang-orang tersayang dipanggil Allah untuk pulang menemui-Nya. Jangan menangis.

"Bukankah setiap orang akan menemui ajalnya? Samada mereka pulang dalam keadaan sakit yang menjadi penyebab atau dalam keadaan sihat. Ajal itu tetap. Hanya kita yang tidak tahu bilakah harinya, tarikhnya, detik waktunya dan tempatnya.."

Apabila berpisah dengan rakan-rakan. Jangan menangis...

"Bukankah sepanjang perjalanan hidup kita bertemu dengan berbagai tingkah laku dan perangai. Rakan-rakan itu mematangkan kita. Itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagaimana Dia mengajar kita. Kita kenal erti kawan. Tidakkah kita mahu berfikir..?"