Total Pageviews

Saturday, July 16, 2011

My Homes...

15/7/2011

Seperti biasa aku bangun tido kol 4.30 pagi untuk bersahur..menu bersahur ari nie nasi kandaq...hehehe..(aku akan sentiasa chubby untuk abg tapi kesihatan aku tetap dijaga itu penting untuk membesarkan hasya)..after sahur macam biasa cuci pinggan clear apa yang patut dekat dapur then cuci baju..pastu masuk bilik on fb sementara nk tggu subuh (nasib baik ada fb kalau dak hidup aku lagi bertambah sunyi)..kalau abg ada dulu selalu dia akan kata.."hasya mai kt abah bagi ummi fb sat ummi nak jual baju nanti bila bisnes dah maju abah gak boleh merasa duit ummi" sebenarnya tak sempat nak merasa pun abg..:(

after subuh keluar sidai baju..sementara nak tunggu hasya bangun masak bubur ayam dulu dekat dia...kol 8.30 hasya bangun aku terus mandikan & siapkan dia untuk balik ke rumah...tok & tokwan hasya pun nak keluar jugak..keluar pegi pendang umah pakngah hasya...sampai aja dirumah tengok belakang rumah buah cempedak dah hilang...hahaha..kena curi lagi la 2..sape la yang ambik buah cempedak aku..berenti aja bawah parking kereta hasya terus gelak & senyum..Rupa - rupanya anak ummi ingat lagi rumah kita walaupun anak ummi dah lama tak balik sini...Alhamdulillah..

Sebelum masuk rumah singgah dulu rumah makpah (tukang jahit) tanya jubah aku yang dia alter dah siap ke belum..Dah siap rupanya aku yang tak datang ambik..Balik rumah kami...Sbelum masuk rumah beri salam dulu..Assalammuailaikum abg ayg dah balik..balik bersama anak kita kali ini..Sayu aja rumah kerna tiada orang menyambut salamku..Kalau abg ada mesti dia sambut salam aku dan datang untuk mengambil anak kami..:(.Abg tau tak masuk aja dalam rumah kita hasya terus sebut "bah..bah..bah..bah..abah..tanpa henti sukanya dia bila balik rumah kita sayang..ayg tahu abg 'ADA' kan abg sedang memerhatikan kami..mungkin Allah beri kelebihan pada hasya..walaupun ayg tak nampak tapi ayg boleh merasakan abg 'ADA' bersama kami..Hasya terus meluru pegi ke khemah fvrite dia..maybe dia rindu dekat khemah rumahnya..tapi ayg terkilan sebab abg tak sempat melihat khemah rumah hasaa sebab ketika ayg beli khemah hasya abg dah masuk wad sehinnga abg menghembuskan nafas terakhir..ayg sempat bercerita aja dekat abg...abg teringin nak tengok tapi tak sempat..:(


gambar lama yang nie sebab terlupa ambik gambar..hehehe

ayg biarkan hasya bermain sorang2 dia sebab ayg tengok dia pun happy aja..ayg mulakan dengan keja mengemas rumah..1st buang sawang labah la..dulu ini semua kerja abg...kali nie ayg yang kena buat..buang habuk..lap2 habuk dekat perabot apa semua..bila time masuk dalam bilik kita nak tukar cadar terus ayg menangis..menangis sepuas2nya sambil berkata "Bila abg nak balik..balik tolong ayg kemaskan rumah..ayg tak larat nak angkat tilam kita sorang2 tilam nie dah la tebal berat pulak 2..ALLAH...:( dulu abg lah yang selalu tukar cadar katil sebab abg pantang kalau cadar katil dah guna lebih dari 2 minggu tak tukar..masa abg ada sebulan 2 kali abg tukar cadar..masa ayg tengah menangis mungkin hasya dengar ayg menangis dia datang pada ayg..sambil menyebut.."bah..bah..bah..taaa...aaaa..." pastu dia tampar2nya muka ayg..sakitnya..huhuhu.. mungkin hasya tak bagi ayg menangis..selepas melihat gelagat anak kita ayg pun tersenyum balik...:)

selepas selesai tukar cadar ayg sapu sampah,mop lantai clear kat dapur apa semua..cuci bilik air,tandas..sedang ayg sibuk membuat keja tak dengar pulak keriuhan suara hasya..rupa-rupanya anak kita dah tido mungkin dia letih tawaf sampai satu rumah...hehehe..dia tido depan tv tempat fvrite abg tido dulu...:)


selesai aja keja semua ayg pun letih mungkin sebab ayg puasa sama ari nie..tengok hasya masih nyenyak aja dia tido..ayg pun letakkan badan dekat sofa fvrite abg untuk berehat..last ayg pun tertido..nyenyaknya ayg tido sampai bermimpikan abg...alangkah bahagianya Ya Allah kerana memberi peluang aku jumpa dengan suamiku walaupun cuma dalam mimpi...SubhanaAllah..

Dalam mimpi ayg tengah memasak dekat dapur macam biasa..ayg masak nasi fvrite abg..NASI LEMUNI..


Gambar sekadar hiasan

Tak sempat lagi ayg hidang dekat abg nasi lemuni abg terus ambik sendiri & makan dekat sofa fvrite abg sambil melihat tv & anak kita..ayg bancuh air sirap bandung..air fvrite abg dan membawa kepada abg...ayg bertanya kepada abg sedap ke sayang nasi lemuni yang ayg masak..abg cuma mengiakan dengan mengangguk kepala sambil terus memakan nasi yang ayg masak..sambil duduk di sebelah abg menemankan abg makan ayg berkata "abg..abg tau tak yang ayg sayang sangat dekat abg kalaulah hari - hari kita begini kan seronok sayang..abg tersenyum aja..dalam tersenyum abg mengucup dahi ayg sambil tidak berkata apa-apa...selepas itu ayg terkejut jaga dari tido sebab merasa seperti ada orang memegang dahi ayg...selepas aja terjaga ayg menangis terus memanggil nama abg...Ya Allah besarnya kekuasaanMU..Terima kasih Ya Allah kerana memberiku sedikit kebahagian untuk aku melepaskan rindu pada suamiku..


Sofa fvrte abg..

Abg..
ayg tahu abg adakan tadi..
Ada bersama ayg..
Datang untuk membantu ayg..
Tapi hakikatnya abg tidak boleh membantu ayg..
Kerana kita berada di dua alam yang berbeza..
Alam yang telah memisahkan kita untuk selamanya..
Hanya di sana yang boleh kita bertemu semula..
Tentu abg sedihkan..
Sedih melihat ayg dan hasya..
Sedih melihat ayg membuat keja rumah tanpa bantuan abg..
Sedih melihat isteri & anak abg untuk meneruskan hidup tanpa abg di sisi..
Abg jangan sedih - sedih tau..
Walaupun abg telah tiada..
Ayg anggap abg sentiasa 'ADA'
Sentiasa ada didalam setiap nafas ayg..
Kerana ayg terlalu sayangkan abg..
Sayang sangat - sangat..
Nanti bila anak kita membesar..
Ayg akan cerita detik - detik indah kita bersama kepadanya..
Moga dia menghargai kita sebagai abah & umminya..
Senyum tau sayang..
Senyum untuk ayg dan hasya...:)

AL -FATIHAH untuk abg....

Friday, July 15, 2011

One Day..(part 1)

15/7/2011

Tarikh 15/2/2000..hari apa aku pun tak berapa ingat..tapi yang aku ketika itu waktu petang hujan turun dengan lebatnya di kampungku..kampung halaman yang aku rindui..tapi sekarang aku telah berpindah dari kampung halaman menjadi ke taman yang penuh keriuhan...keriuhan anak - anak nelayan yang sentiasa petah dalam percakapan...hehehe...

Pada tarikh tersebut aku telah mendapat satu sms daripada orang yang aku tak kenali..sms itu berbunyi 'HANG ADA KT MANA DALAM 15 MINIT LAGI AKU SAMPAI" terkejut aku membaca di skrin telefon baruku...masa itu aku baru saja membeli telefon..maklumlah orang kedah kata "BENDA BARU MESTI PEQAK SIKIT"..aku nak reply tapi kredit pulak tiada...erm...aku nak tahu juga siapa yang sms aku tadi..aku pun guna telefon rumah...call no 019-xxxxxx..

Asslammuialkum..boleh saya tahu nie siapa yer..sebab tadi saya ada dapat sms dari no 019-xxxxxxx..lelaki tersebut membalas..Oh.yang tadi 2 ke..kawan saya nama chon..dia xde la sekarang dah masuk kelas..nanti saya bgtau dia yer..lelaki itu membalas..hah? chon siapa dia itu saya tak kenal la..nama dia hafidzol..eh takpalah awak saya ada kelas nanti saya bagitau dia yer..bye..

Dalam hatiku gila betul mamat itu..ini mesti kes silap nombor..selepas 3 jam aku mendapat sms dari no yang tadi juga.."Salam..maaf yer awak saya tersilap no tadi..sebenar nak sms kawan saya tapi ter send ke no awak..aku diam aja tak reply pun msg itu sebab kredit aku tiada..mamat itu terus sms..awak marahkan saya ke? maaflah saya tidak sengaja..aku diam juga kredit xde mcm mana nk reply...hehehe...sehingga tengah malam..awak masih marahkan saya? awak....awak....begitulah aku mendapat sms yang berulang2 sehingga keesokan paginya..Terdetik dihati..kesian pulak kat mamat ini dari semalam sms aku tanpa henti..erm xpe la aku pegi topup dulu pastu aku reply sms dia..maaf la yer kredit telefon saya xde sebab itu saya tak reply sms awak..

Dia diam tak rely sms aku pulak..(dalam hati memang sah mamat nie gila dari semalam sampai pagi tadi beria-ria sangat sms aku..bila aku reply dia diam pulak...sah lelaki semuanya sama..saja nak mainkan perasaan perempuan...selepa 15minit..mamat berkenaan reply sms aku..Yes!!! Yes!! awak dah maafkan saya..terima kasih..aku reply sama-sama..

Bermulalah detik perkenalan antara aku & suamiku..

mamat: awak tinggal dimana yer
aku : dekat alor star
mamat :tahu lah alor star dekat mana..bukannya kecik alor star tu
aku : dekat kuala kedah
mamat : kuala kedah dekat mana yer
aku : dekat tempat orang pegi ke langkawi tu..
mamat : ooo..saya tau..saya dekat jitra
aku..awak orang jitra ke?
mamat : tak la saya orang sungai petani datang study dekat sini..
aku :ooooo
mamat : umo awak berapa yer
aku : kenapa perlu tanya? penting ke nak tahu umo saya..
mamat : tak la mana la tau saya sms dengan isteri orang ke? mak orang ke?
aku : saya muda lagi baru umo 18tahun..baru habis spm
mamat : alamak mudanya..hehehe
aku : kenapa?
mamat : saya pun muda juga baru umo 20 tahun..
aku : o ya ka..
mamat : saya suka la sms dengan awak..'AWAK BOLEH KITA BERKAWAN"
aku : saya dengan semua orang saya berkawan..heheh
mamat : bagus la awak nie..
aku : berkawan biar seribu bercinta biar satu..
mamat : hehehe..pandai..
aku : anak mak mesti la pandai..
mamat : siapa nama awak ek?
aku : nama saya NORMALA awak?
mamat : nama saya MOHD HAFIDZOL tapi saya dikenali dengan panggilan CHON
aku : oooo
mamat : saya nak panggil apa ek kt awak?
aku : Juz call me SUE
mamat : kenapa panggil sue pulak
aku : sue itu singakatan dari SURIA
mamat : aik suria pulak tadi kata nama normala
aku : dalam ic dengan surat beranak aja nama normala tp dekat luaran saya dikenali sebagai suria..
mamat :ooo so saya panggil sue la yer..
aku : yer..ok la awak saya ada keja nanti bila free kita sms lain..salam
mamat : wasalam..



Thursday, July 14, 2011

Aku Adalah Aku..


Iman itu adalh sebuah pemberian yang amat berharga daripada Allah kepada seorang muslim.. namun iman bukan lah pemberian yang tetap.. kadangkala ia merudum menurun, kadang-kadang ia melonjak tinggi menjulang.. jadi tidak hairan lah jika seorang yang alim itu sendiri pernah mendekati zina.. maka tidak hairan lah jika orang yang warak itu sendiri pernah melakukan dosa.. iman ditambah dengan amalan merupakan benteng paling utuh bagi seorang anak adam untuk menangkis segala kemaksiatan..

akan tetapi iman itu dijadikan Allah, ada turun dan ada naiknya.. tika ia turun binasalah jasad yang terleka beriringan dengan nafsu.. tika ia melonjak menjadi mulia segenap jasad..Waallahualam..


siapa kita?
perdana menteri?
presiden?
ulama agung?
sasterawan terbilang?

kita bukan siapa-siapa.. kemana pun kita bergerak kita sentiasa hendaknya mematuhi hukum yang telah ditetapkan Allah.. haram tetap haram...
tidak kira seberat mana pun tanggungjawab kita, tanggungjawab tida pernah menghalalkan apa yang haram.. jika kita adalah seorang presiden dan secara tiba-tiba seorang delegasi dari luar (bukan muhrim) menghulurkan tangan untuk berjabat atas dasar persahabatan, katakanlah.. "sorry, im muslim".. tundukkan kepala sebagai tanda hormat..
bukannya kita mencemuh budaya mereka bukan juga kita ,menghina apa yang mereka cuba bawa.. akan tetapi kita adalah muslim yang sentiasa berserah diri kepada Allah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri..

"masuk kekandang kambing kita mengembek, masuk kekandang kerbau kita menguak".

Erm..seperti aku

Aku adalah aku..
Aku tidak boleh menjadi orang lain selain semata - semata untuk menjaga hati semua pihak.
Aku tidak boleh berlakon di dunia semata - mata untuk menunjukkan keikhlasan hatiku..
Aku sentiasa meneliti setiap kelemahan aku untuk mematangkan diriku..
Diam dan kelunya lidahku tak semestinya aku lemah..
Cuma aku dilahirkan di bumi Allah yang mempunyai akal & fikiran..
Aku tidak perlu menunding jari kepada orang kerana aku perlu memperbaiki kelamahan diriku terlebih dahulu..

Duhai umat..
Cerminlah diri anda terlebih dahulu...
Sebelum membuat keputusan untuk menghukum hamba sesama islam..
Fikirlah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan..
Jangan kerana harta dunia yang dipinjamkan semata - mata oleh Allah..
Kamu telah alpa kepada dunia azali..
Dunia yang hanya sementara..

Fikir dalam - dalam pepatah ini..

Keikhlasan yang lahir dalam diri manusia..
Umpama seekor semut hitam..
Di atas batu yang hitam..
Di malam yang amat kelam..
Ianya wujud tapi sukar dilihat oleh manusia..
Kerana manusia zaman sekarang memiliki hati umpama semut api yang merah menyala..

Untuk suamiku...

ayg akan terus redha & bersabar demi abg & hasya..
ayg akan ingat segala- gala kata abg..
"ayg jadilah diri ayg yang sebenar..biar apa orang nak tafsirkan pada kita yang penting kita tidak pernah membawa bebanan kepada mereka..kerana kita adalah kita..
susah payah kita harungi bersama..kita tidak perlu mengadu kepada mereka..kita hanya perlu mengadu sesama kita dan Allah..dunia umpama putaran roda..siapa yang terbaik akan di agungkan..siapa yang lebih terbaik tapi tidak nampak dengan mata kasar akan diperkecilkan..itulah lumrah kehidupan"

Betul itu abg..dunia hanya pinjaman semata - mata..biarlah kita sentiasa mengalah sayang tapi sebenarnya kita menang disisi Allah..Tapi yang sentiasa menang itu sebenarnya mereka kalah kepada Allah..mereka hanya menang kepada dunia...dunia pinjaman semata - mata...Wallahualam..

Abg..
Kita hidup kais pagi makan pagi..
Kais petang makan petang..
Tapi kita happykan sayang..
Rindunya saat itu..
Kalaulah wujudnya doraemon..
Ayg nak pinjamkan doraemon untuk dia membawa ayg kezaman itu..
Zaman kebahagian kita sekeluarga..ALLAH...:(

Ya Allah, Kau perliharakanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wednesday, July 13, 2011

AIRMATA TERAKHIR....


13/7/2011

selesai saja solat subuh aku melihat hasya tido sambil berlinangan airmata..airmata di kelopak matanya yang sentiasa membasihi pipinya..aku melihat hasya menangis ke? tak dengar pulak suara dia menangis..Tiba - tiba aku pulak yang menangis memikirkan kenapa airmata mata anakku bergenang di subuh hari..apa yang tidak kena..mimpikan dia semasa tido..sambil aku mengesat airmata anakku terus aku teringat kepada abg iaitu suamiku yang dikasihi..:(

Airmata suamiku yang sentiasa membasahi pipinya ketika kami berselisih faham..jika kami berselisih faham selalunya suamiku yang akan menengis terlebih dahulu sambil berkata..'abg hanya ada ayg seorang saja tempat abg mengadu & menumpang kasih maafkan abg ayg..abg janji abg takkan sakitkan hati ayg lagi" itulah kata suamiku tiap kali kami berselisih faham...selepas aja dia berkata begitu baru aku akan menangis..menangis sebab dia terlalu sayang & harapkan aku sebagai isterinya...:(

Terakhir aku melihat airmatanya ketika dia menghembuskan nafas terakhir selepas aku berbisik ke telinganya dengan kata - kata

ASSALAMMUAILAIKUM ABG AYG NIE..DGR APA YG AYG CKP DAN IKUT YER SAYANG..
ABG JGN TAKUT NA..ABG PEGI LA DGN TENANG & AMAN...AYG REDHA PERMEGIAN ABG..AYG HALALKAN SEGALANYA & AYG JANJI AYG AKAN JAGA ANAK KITA SEBAIK MUNGKIN..AYG SAYANGKAN ABG TAU SAYANG SGT2...:(

innalillahiwainnailaihirojiun..Selepas aja dari itu aku melihat airmata abg berlinangan membasahi pipi menandakan abg telah pergi dengan keadaan tenang,beriman & bertaqwa...SubahanaAllah..terima kasih Ya Allah..itulah janji Allah kepada kita semua ketika azabnya berada di sakaratul maut..Airmata terakhir yang mengalir selepas roh yang terpisah dari jasad menandakan bahawa Allah sayangkan kita dan ringan bebanan tatkala kita menghadapi kematian..

ayg tahu abg airmata abg yang terakhir itu menandakan yang abg sayangkan kami & abg menangis kerana akan meninggalkan kami..tinggalkam kami untuk selamanya...ALLAH...:(

ayg pun sayang abg sangat- sangat..
sekarang airmata itu tidak dapat ayg melihat lagi..
kali terakhir ayg melihat 46 hari yang lalu..
selepas nie ayg takkan dapat melihat lagi airmata abg yang ayg rindui..
hanya airmata ayg yang akan sentiasa membasahi pipi setiap kali rindukan abg..airmata ayg yang tanpa henti gugur kebumi...
airmata yang menunjukan bahawa ayg sayang dan cintakan abg sepenuh hati..
cinta yang tidak dapat ayg miliki lagi..sekarang hanya cinta hakiki akan bersama ayg..cinta yang akan membawa ayg ke syurga..ke syurga untuk bertemu abg dan berkumpul semula kita sekeluarga...

YA ALLAH SAYUNYA & SEBAKNYA HATI INI..
HATI YANG TERLALU INGIN PERGI KESANA..
SEMOGA KAMI AKAN BERTEMU SEMUA DI JANNAH BERSAMA LINANGAN SALSABILAMU
KERANA AKU DAN SUAMIKU ADALAH KEKASIH AWAL & AKHIR...AMIN..


Testimoni..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami...

Tuesday, July 12, 2011

Simpul kasih..


12/7/2011

Masa berlalu begitu pantas..45 hari abg pergi meninggalkan ayg yang masih terkapai-kapai mencari sinar hidayah dalam hidup..setiap hari ayg berdoa moga dapat bertemu dengan abg walaupun hanya di dalam mimpi itu sudah satu nikmat yang tak terhingga buat ayg untuk melepaskan rindu yang telah lama bersarang di hati kecil ini..

sekarang nie dah bulan syaaban sayang habisnya syaaban kita akan memasuki bulan ramadhan bulan keberkatan islam (ayg harap abg tenang & aman disana..Amin)..berakhirnya ramadhan akan berlabuhnya syawal..bila tiba syawal menjelma simpul kasihlah kuih kegemaran abg...tahun lepas kita menjual secara kecil-kecilan aja sayang tak banyak ambik tempahan..tapi abg dah berjanji bahawa tahun nie abg nak jual besar-besaran..akan ambik tempahan dekat hospital dan bazar ramadhan..apakan daya hajat abg tidak kesampaian..Sejak abg kenal dengan ayg dari sebelum kawin lagi setiap tahun ayg akan beri simpul kasih kepada abg..dan sekarang simpul kasih makcik sudah menjadi makanan kegemaran keluarga abg setiap kali syawal menjelma..Alhamdulillah..

Tahun ini jugak ayg dengan abg planing nak jv dengan madihah kawan ayg dari langkawi..sebab madihah mengusahakan kuih-muih untuk hari raya..hari kebiasaan pun ada..tapi tak sangka semuanya tidak kesampaian..sedih sangat-sangat..Teringat jugak tatkala abg makan simpul kasih sambil menonton tv mesti habis 1/2kg..kalau tengok bola boleh habis 1kg abg makan..hehehe...bahagianya saat itu..bolehkah kebahagian itu kembali dalam hidup ayg seperti dulu...ALLAHUAKHBAR...:(

TAPI TAHUN NIE BOLEHKAH AYG MAKAN SIMPUL KASIH TANPA ABG..
SIMPUL KASIH KEGEMARAN ABG...
SIMPUL KASIH YANG MENGERATKAN HUBUNGAN KITA TIAP TAHUN..
SIMPUL KASIH YANG MENJADI JUADAH KITA & KAWAN2 ABG TIAP KALI MENJELMANYA SYAWAL..

Ya ayg kena redha kerana ayg tidak lagi akan merasai semua itu..merasai detik - detik manis kita ketika menjelmanya syawal..keriuhan di rumah kita dengan kehadiran kawan-kawan abg..kesibukan ayg didapur memasak juadah untuk hari raya..kesibukan kita mencari pakaian hari raya supaya sedondon..

Walaupun abg tiada disisi tahun ini masih lagi orang bertanya tentang kuih simpul kasih makcik..ayg ingat tak nak ambil tempahan tahun nie..sebab takut teringatkan abg..tapi hidup ayg kena diteruskan at least boleh ayg mendapat pendapatan sampingan bila tibanya hariraya..Dulu masa abg ada abg selalu promote dekat kawan- kawan abg tentang kuih simpul kasih..abg cakap sedap nie rugi kalau tidak beli kerana inti dekat dalamnya ikan fresh dari kuala kedah..bukan senang nak dapat rasa ikan fresh dan murah pulak..kalau dekat KL sekilo boleh mencecah RM40..beli - beli jangan tak beli..ayat- ayat abg yg masih kuat di ingatan ayg..ALLAH..:(

YA ALLAH AKU TERLALU RINDUKAN SAAT ITU..
KUATKANLAH AKU YA ALLAH UNTUK MENZIARAHI PUSARA SUAMIKU BILA TIBANYA SYAWAL..
BERIKAN AKU KEKUATAN HATI & TETAPKANLAH IMANKU UNTUK MENHADAPI SEMUA INI..

NOTE : TEMPAHAN SIMPUL KASIH DI BUKA SEKARANG SEHINGGA 10/8/2011 UNTUK RAYA..KEPADA SESIAPA YANG NAK ORDER BOLEH CALL SAYA 012-4608700..SIMPUL KASIH INTI IKAN YER..IKAN FRESH..(promote pulak..hehehe..) HARGA RM28.00 TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN..

Monday, July 11, 2011

In Memory...

10/7/2011

Ntah kenapa ari nie sepeti biasa hati nie rasa sayu sekali..sayu terlalu teringatkan abg..Hasya pulak dah seminggu menangis bila tido malam..klau hasya menangis aku pun menangis sama...menangis kerana memikirkan abg..Dulu masa abg ada dia la suami & abah yang pandai memujuk..tak seperti aku bila abg merajuk aku biarkan aja pastu akan jadi terbalik jika abg merajuk @ aku merajuk abg juga yang pujuk...TERKILAN..

Balik aja dari keja aku singgah rumah kami untuk buka lampu macam biasa..itu lah rutin harian aku pagi & petang singgah balik rumah kami untuk buka lampu..bukan apa sekarang nie takut juga dengan orang di luar sana..so tak boleh membiarkan rumah dalam keadaan gelap jika tiada orang di rumah..(iblis pun suka tempat gelap) biarlah rumah kita sentiasa cerah...(sentiasa disinari nur hidayahnya)...tengok jam masih awal lagi nak balik umah mertua & ambik hasya dekat rumah pengasuh..Dah masuk waktu asar aku pun solat dulu dirumah kami...selepas aja solat spotan tengok video perkahwinan kami dekat sebelah tv..kalau tak salah aku video 2 last aku dengan abg tengok 3 hari sebelum abg masuk wad...abg kata "ayg simpan baik2 video kahwin kita nanti bila anak kita besar boleh tunjuk kat diorang semua..dalam lawak aku pun berkata diorang? ramai ke anak kita abg..abg cakap kalau boleh nak 4 orang la..kalau tak boleh 2 orang pun ok yang penting ada lelaki & perempuan..(teringat lagi dengan kata-kata itu)..

Bukanya 4 orang abg 2 org pun tak sempat...sekaraang hanya permata hati kita seorang aja yang dapat menemankan ayg..ALLAH..:(



VIDEO PERKAHWINAN KAMI

AYG SAYANG ABG..SAYANG SANGAT2...SAYANG YANG JARANG SEKALI AYG LUAHKAN KETIKA ABG ADA...SEKARANG AYG NAK LUAHKAN HARI- HARI..BIARLAH APA ORANG NAK KATA KERANA AYG HANYA INSAN BIASA...

INSAN YANG TERLALU RINDUKAN ABG..
ABG YANG TIDAK AKAN KEMBALI LAGI..
TIDAK AKAN MENEMANI AYG LAGI..
TIDAK AKAN BERCAKAP DENGAN AYG LAGI..
TIDAK AKAN BERGURAU SENDA DENGAN AYG LAGI..
TIDAK AKAN MENGUCUP DAHI AYG LAGI..
TIDAK AKAN MENGELAP AIRMATA AYG KETIKA AYG MENANGIS..
TIDAK AKAN MEMUJUK AYG LAGI..

YA ALLAH..
PUJUKLAH HATI HAMBAMU INI..
HAMBA YANG TERLALU RINDUKAN SUAMI..
SUAMI YANG PERGI MENYAMBUT SERUANMU..
KU HANYA INSAN BIASA YA ALLAH..
INSAN YANG SELALU ALPA..
AMPUNKAN AKU YA ALLAH..

DALAM KENANGAN...


Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang


Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti


Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu ku ada disini
Tetap bersama ku selalu disampingku
Untuk selamanya


Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu

Family abg..


Family ayg...


I LOVE U SO MUCH SAYANG...


MEMORY WITH LOVE...


Ku minta pokok drpd ALLAH, ALLAH bagi hutan, ku minta bunga drpd ALLAH, ALLAh bagi taman, ku minta sungai drpd ALLAh, ALLAH bagiku laut, ku minta teman yg istimewa drpd ALLAH, ALLAH bg kamu yg aku syg... Mohd Hafidzol Mokhtar .... ◄♥► ◄♥► ◄♥►

In memory 25/08/2008 - 29/5/2011... AL - FATIHAH..