Total Pageviews

Saturday, October 1, 2011

~~Puteriku~~

Redup matamu memandangku..sayu..
Kurenung wajahmu…sedalam-dalamnya…ku cuba mncari sinar di matamu..ada erti yang tersirat di sebalik renunganmu..renungan dari insan suci..terpelihara tanpa calaran dosa..

ku usai rambutmu…tenang wajahmu menerima sentuhan kasih dariku..
tanganmu menyentuh wajahku…jari-jemari halusmu mengusap lembut pipiku…Allah..
lembut sentuhanmu...tenang hatiku...

Ku dekatkan bibirku di dahimu..kukucup penuh kasih sayang...
Lantas...kau tersenyum...indah..
Teruja naluri keibuanku melihat comelnya senyumanmu...
Bagai sinaran..menerangi hatiku dikala abahmu sudah tiada...
Subhanallah..

Ku alunkan zikirNya penuh kesyahduan...
Ku ulit tidurmu dengan bait-bait asma’Nya...
Ingin sekali ku tanam benih-benih harapan..agar bila dewasa nanti kau menjadi syabab yang diimpi-impikan agamaNya..yang bisa mengukir kemenangan diatas sejarah perjuangan ummat yang perjuangkan agama demiNya dengan segala kudrat yang ada..
Allah..besar harapanku padamu sayang...

Detik hatiku....
’’’’Allah..peliharalah insan ini dalam rahmatMu...jangan kau biarkan suatu hari nanti..kuman-kuman yang kotor menodai hidupnya yang kini masih putih bersih...hamparkan jalan yang lurus buat dirinya...biarkan dia membesar hanya melalui jalan yang kau sediakan..jadikanlah dia seorang yang berada dekat denganMu..kurniakanlah semangat perjuangan pada dirinya kelak..hanya berjuang kerana pertahankan agamaMu..berbakti demiMu..Allah..peliharakan lah permata hatiku ini...’’’’


Terima Kasih Ya Ukhti..

Blog dah aktif semula...bila dah aktif ada saja idea yang nak dicari untuk di coretkan..tiba - tiba aku teringat tentang mesej seorang sahabat arwah suamiku..mesej kata - kata semangat dari dia...aku berfikir sejenak siapa yer nama dia sehingga mesej yang disampaikan membuatkan aku masih teringat di sebalik kata - katanya...aku pun log in facebook arwah suami aku dan cuba seacrh seorang demi seorang sahabat arwah suamiku...Akhirnya aku terjumpa..inilah kata - kata sokongan dari beliau...

Assalamualaikum, Mala...

Apa khabar? Mcm mana life la ni? Saya doakan semuanya baik n semakin bgs setiap hari. Terus tabahkan hati, walaupun bukan mudah.

Saya tgk Mala mmg sgt tabah dr hari kami tau arwah Chon sakit, smpila la ni... (walaupun dlm hati mala, hanya Allah s.w.t n mala sj yg tau..)

Saya pun dah kehilangan mak, rasanya sikit sbyk dpt faham perasaan mala. Bukan mudah nak melalui hari2 tanpa insan yang kita sgt kasihi. Saya dah tgk mcm mana sshnya ayah saya nak lalui hari2 dia bila arwah mak saya dah pulang dijemput Ilahi.

Saya faham, lebih berat bagi mala sebab kehilangan suami, tmpt bergantung harap dan kasih syg. Berganda lebih hebat dugaannya dari apa yg saya pernah lalui.

Tapi dik, sbg hambaNya, saya tau mala sentiasa percaya yang Allah takkan menguji hambaNya lbh dari apa yg termampu dia tanggung. Allah maha mengetahui. Dia lebih tau apa yg Dia dah rancang untuk kita. Kan?

Macam saya, smpi la ni jodoh xsampai2 lg... Hahahaa... tp mcm yg saya kata td, saya percaya Allah s.w.t lbh mengetahui apa yg Dia rancangkan utk saya.

Tujuan saya message mala bukan sebab nak bagi nasihat atau apa. No specific reason. Cuma rasa tanggungjawab sbg insan dan sahabat. Mcm nk borak2 ja... Dah lama sbnrnya nak bertanya khabar. Tapi tercari-cari kata2 sesuai. At least mala tau, ramai yg mmg ambil berat. (Walaupun tak pernah sekali pn jumpa mala in person n dh lama xjmpa arwah Chon sejak habis skolah rendah....)

Kuatkan semangat ye, dik...

Wassalam...

----------------------------------------------------------------------------

Wsalam.. terima kasih kak..

mala akn usaha mncari redhaNya. krn Allah melihat kpd hasil mala. balasan yg setimpal itu imbalannya. sama ada dlm bentuk yg sama sprti apa yg kita usahakan mgkin juga balasan itu dlm bentuk lain yang tidak pernah kita sangka2.

yakinlah bhwa hidup ini diciptakan dgn indah, & ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah mala mcapai apa yg sepatutnya yg terbaik dlm hidup mala. Ujian itu perlu sblum melayakkan diri mala menerima imbalan yg pastinya tetap membuatkan hidup mala tenang & dlm keredhaanNya.

Cukuplah Allah sebagai pelindung mala
Sesungguhnya Allah bersama dgn orang yang bersabar.
mala x perlu bersedih kerna ksdihan mala dah trmaktub yg mala hnya insan biasa yg kdg2 mmpunyai akal yg pndek.

Hidup mala tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun
terselit duka. Allah jga telah berjanji slps kssahan pasti kesenangan berpanjangan akn dtg menghampiri.
Untuk mgharungi caranya juga Allah telah jelaskan.
Solat & sifat sabar itu penawarnya.

untungnya kak yani kerna msh mmpunyai ayah..untgnya mala semua org yg mala sayang telah pegi mnggalkan mala..suami..mak..abah, adik beradik yg lain & 3 babies kami yg x smpat mlihat dunia..mereka pegi mnyambut seruan ilahi..apa yg mala harapkan skrg akan terus berdoa & bdoa moga kami bertemu smula disana..AMIN..

~~ Terima Kasih Kak Norhayani Adrus~~

~Harapanku~

" kuturuti keinginanku, ternyata ia memperhambakanku...
sekiranya aku menerima apa adanya....
pasti akulah orang yang paling bahagia...."

kuamati kata2 itu..tersenyum...bagai ada sinar harapan buatku bangkit kembali...apa yang berlaku bukan atas kehendakku..ianya terjadi diluar kawalanku..diluar pemikiranku...saat itu, aku hanyut..leka..trus dibawa arus yang membuatkan aku tenggelam..namun akhirnya, destinasai yang kutemui...hanya kegusaran hati yang kualami...sakit..pedih...ahhh..saat itu ingin rasanya diri ini kuhempas pada tembok yang menghancurkan...malu utk aku hidup atas nikmatNya..malu utk aku terus berjalan atas 'jalanNya'...malu...ya Rabbi...apa rencana buat muslimahmu yg alpa ini...masih adakah lagi harapan buatku...

Friday, September 30, 2011

Allah mampukah aku...

aku berusaha untuk tidak fikirkannya...jujur..aku cuba kuatkan hatiku...sedaya-upaya aku buang segala apa yang membuatkan aku ingat padanya..tapi ya Allah...dia datang kembali...Allah..apa yang harus aku lakukan...bantu hambaMu yang daif ini...

ku genggam tanganku..nafas ku tarik sedalam-dalamnya..ku cuba raih semula semangat yang ada dalam diri...ku pejamkan mata..ingin sekali saat itu apabila aku membuka mata..semua yang ku resahkan hilang..lenyap dibawa bersama nafas yang ku hembuskan...

Allah...tidak!!..jangan..!!! aku tidak boleh lemah...aku harus kuat!!!...aku tidak boleh lemah hanya kerana hal-hal sebegini...kehilangan yang mungkin ada gantinya..walau gantinya itu, tidak seperti yang pergi..tapi Allah itu Maha Mengetahui...Dia tidak akan menganiayai hambaNya...pasti dia punya rencana yang lebih baik buatku...mungkin dengan cara ini lah..Allah ingin menggantikan itu dengan yang lebih baik untukku...hmm..aku cuba pujuk hatiku...yer..baru tadi aku terkesima dengan kata-kata indahMu...yang kau sampaikan melalui kalam suciMu..bahawa...


'' Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya...dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. ( mereka berdoa ): "ya Tuhan kami, jangan lah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir " ( Al-Baqarah 286 )

Allah...
Hebatnya perancangan buat muslimahMu ini...ku yakin..semuanya tanda kasih sayangMu..kerana dengan ujian inilah aku semakin dekat denganMu...setiap badai keresahan yang menghempap dada ini, akan ku lawan dengan asma'Mu..aku ku halang dengan dzikirMu...Allah..

ya..muslimah tidak boleh lemah!!..kuatkan semangat..!!..La Tahzan..Allah ada bersamaku...biarkan..ada yang lebih penting yang harus aku fikirkan..jangan rosakkan hati dan fikiran hanya kerananya..ya Allah..akan ku cuba betulkan niatku..akan ku terus bertegas dengan perasaanku sendiri..aku tidak boleh 'manja'kan hati ku lagi..Allah...

padaMu ku berserah...
padaMu ku bertawakkal...

Thursday, September 29, 2011

Puji diri sendiri tak salah kan? :)

 
 
 
Pujilah diri sendiri...
Biar rasa dihargai...
Walaupun bukan dari orang lain yang sering tidak mengerti...
Pujilah diri sendiri...
Bukan untuk berasa mulia sekali...
Cukuplah sekadar memotivasikan diri...
Bahawa diri sendiri sangat berpotensi..

Pujilah diri sendiri....
Bukanlah dengan meninggi diri biar orang ketahui...
Tapi, cukuplah yang tahu hanya kita dan diri...
Biar rasa saling melengkapi..

Sesekali, pujilah diri sendiri. Kalau sebelum ini setiap kali ada masalah kita sering menyalahkan diri sendiri sebab tidak mampu lakukan yang terbaik. Kadang-kadang masalah orang terdekat terutamanya orang yang kita sayang, juga kita tanpa sedar meletakkan kesalahan itu pada diri kita sendiri sebab tidak mampu melakukan yang terbaik untuk mereka. Akhirnya, diri sendiri jugak yang "terasa hati". Kesannya mungkin bukan suatu yang besar, tapi secara halusnya menghancur lumat motivasi diri.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Bukan untuk merasa bongkak dan "lebih-lebih" tetapi sebagai satu terapi untuk kita sentiasa merasakan bahawa diri kita mampu lakukan yang terbaik dalam apapun jua keadaan. Andai sebelum ini setiap kali ada kegagalan, kita mudah merasa rendah diri walaupun kita sudah lakukan yang terbaik. Kalau lah diri kita entiti yang berlainan daripada jasad, pasti "dia" menangis kerana kita sering menunding jari padanya untuk menunjukkan "dia" lah yang bersalah.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Duduk, dan muhasabahlah sebentar. Imbas kembali diri kita yang dulu. Pelbagai ujian sudah kita tempuhi. Ujian yang dahulunya kita rasa mustahil untuk dilepasi, namun akhirnya kita berdiri hari ini sebagai seorang yang sudah terselamat dari ujian yang kita takut untuk lepasi dulu. Bukankah itu satu kejayaan buat diri? Itu baru satu ujian, sedangkan sepanjang usia kita dari kecil sehingga sekarang, ada yang sudah usianya separuh abad, suku abad, sepertiga abad, pasti sudah melalui pelbagai pahit getir dalam kehidupan. Dalam tempoh itu, lihatlah keupayaan diri kita sendiri. Telah banyak kejayaan atas ujian yang telah kita ukirkan sendiri, mungkin tanpa kita sedar. Kerana itu, apa salahnya sesekali kita menepuk bahu sendiri, mengucap syabas dan tahniah pada diri sendiri atas kejayaan-kejayaan yang telah kita dapat sepanjang kehidupan kita.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Biarpun kita mungkin sukar nak mendapat pujian itu dari orang lain, biarkan. Pujian yang sebenarnya harus dari diri sendiri, barulah kejayaan itu terasa indah untuk kita nikmati. Kalaupun kita sering berada dalam kalangan orang yang sentiasa mendapat pujian dari orang lain, tidak akan sama dengan pujian untuk diri sendiri. Orang lain mungkin hanya melihat kejayaan kita cuma luaran semata. Tapi, diri sendiri yang selama ini merasa pahit getir mendaki gunung melepasi halangan, pasti kita rasa semuanya. Tatkala jatuh bangun, sakit pedih, luka dan darah, semuanya hanya kita yang merasai, kerana itu nilai kejayaan yang kita dapat, sangat berharga andai dimengerti oleh diri sendiri.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Andai kita berjaya hari ini, semuanya kerana semangat yang ada dalam diri sendiri. Semangat yang mungkin tiada pada orang lain. Hanya kita yang perolehi kerana kita adalah seorang yang hebat. Sokongan daripada orang lain cuma tolakan luaran, namun, tolakan yang sebenarnya daripada diri kita sendiri sehingga kita mampu menjadi orang yang hebat seperti sekarang.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Andai kita merasakan bahawa kita belum lagi mengukir kejayaan, muhasabahlah. Hakikatnya sudah banyak ujian yang telah kita lalui, dan akhirnya kita berjaya tanpa kta sedar. Sesekali, berilah hadiah untuk diri sendiri, agar kita rasa termotivasi.

Hakikatnya, diri kita adalah orang yang sangat berpotensi. Kita hari ini adalah kerana kita suatu ketika dahulu. Kejayaan yang telah kita gapai dan yang akan kita capai, semuanya kerana kemahuan, semangat, keupayaan, keinginan DIRI SENDIRI.

Jadi, kalau bukan kita sendiri yang menghargai diri sendiri, siapa lagi?...=)

Pada siapa harus ku mengadu selain dariMU...

Ya Allah..semakin hari aku rasa semakin tenang dengan mendekati diriku denganMU Ya Allah..akan tetapi selain dariMU aku sudah tiada lagi tempat untuk mengadu..meluahkan segala keperitan yang ku alami sekarang..pada zahirnya aku nampak seakan - akan tenang dan kuat pada pandangan manusia - manusia di sekelilingku..Tapi hakikatnya hati aku semakin hari semakin sakit...tak terluah dengan kata - kata...

Aku tak tahu Ya Allah apa salahku pada mereka...kenapa mereka begitu membenciku..apa salahku Ya Allah..tolonglah HAMBAMU ini Ya Allah...adakah aku perlu melarikan diri & berhijrah dari pandangan mereka semua,,fikiranku menjadi semakin kusut...kusut dan sedih bukan kerana kehilangan suami yang di kasihi tetapi sekarang kusut & sedih dengan manusia di sekelilingku...Adakah aku begitu KUAT Ya Allah untuk menghadapi semua ini...di hina,di caci,dikeji,dijatuhkan maruahku sebagai martabat seoarang wanita..Allahukahbar...

Salahkah aku untuk setia pada suamiku yang sudah tiada...salahkah aku terlalu berhati - hati dengan percakapanku? salahkah aku untuk berkongsi amalan ilmu tarbiyah dan usrah di alam maya bersama sahabat - sahabatku...adakah aku HIPOKRIT Ya Allah dengan segala tingkah lakuku sekarang...Aku Redha Ya Allah.. Ku tahu Ya Allah mesti ada sebab dan musibah yg kau turunkan untukku,,apa yang perlu lakukan sekarang Tingkatkan lagi Kesabaranku..

Kadang - kadang aku berfikir Ya Allah adakah wanita - wanita lain yang mengalami musibah yang aku alami sekarang begitu kuat untuk menghadapi semua ini..sedangkan aku yang terlalu berhati - hati yang cuba untuk tidak mengendahkan dengan segala hal - hal keliling rasa tersentuh juga diri ini..Hati wanita mana yang tak tersentuh kan? terus terang ku katakan semakin hari aku semain pinggirkan diriku dengan keadaan manusia - manusia disekelilingku...biarlah hidupku hanya untukMU,Suamku,anakku serta sahabat - sahabat alam mayaku...

Semua dah tersirat dan tersingkap oleh takdirMU Ya Allah...aku Redha dengan ketentuanMU kerana aku telah terpilih olehMU...aku pasti satu hari pelangi akan muncul dalam hidupku...dan aku pasti yang suatu hari sinaran suria pasti akan sentiasa menyinariku..Ku akan pegang dengan janjiMU Ya Allah...Aku akan sentiasa senyum sebaik mungkin walaupun dalam hati kecilku hanya padaMU ke bersujud...aku akan terus berdoa dan berdoa padaMU moga perjalanan hidupku dilindungi olehMU...

Aku akan berlakon dan bermain wayang untuk orang sekelilingku jika itu semua dapat memuaskan hati mereka..aku akan terus tersenyum dan ketawa demi mereka kerana aku ingin menjaga ukhuwah untuk selamanya bukan untuk memutuskan ukhuwah walaupun acap kali aku mendengar perkataan memutus ukhuwah tapi akan aku pertahankan demi semua pihak...aku akan sentiasa doakan mereka...semoga mereka juga dilindungi olehMU Ya Allah...Amin...



SENYUMLAH SAYANG...SENYUMLAH UNTUK ALLAH,SUAMIMU,ANAKMU & DUNIA..

Menuju ke Syurga..

♥ Aku Sedang Dalam Perjalanan Menuju SyurgaMu ♥


Ya Allah..
Aku mohon, bersabarlah akan aku..
Aku mohon, tetaplah bersamaku..

Ya Allah..
Aku ini manusia yang lemah hatinya...
Aku ini manusia yang masih terumbang- ambing dalam arus..

Ya Allah..
Jangan tinggalkan aku..
Teruslah bersamaku, Ya Rabb..
Terangi jalanku...
Pandu jalanku bila aku salah arah..
Tuntun aku kembali bila aku terlanjur hilang..

Ya Allah..
Terima kasih atas rakan dan teman yang soleh dan solehah..
Yang sentiasa bersabar berjalan bersamaku...
Yang sentiasa mengingatkan aku akan panas api neraka...
Dan Indahnya syurga yang Kau janjikan....

Ya Allah...
Bersabarlah kan aku, maafkan ketelanjuran dan kesalahan aku..
Entah seberapa jauh lagi perjalanan ku . .
Namun bersabarlah akan aku, Ya Rabb..
Aku sedang dalam perjalanan menuju syurgaMu..