Total Pageviews

Saturday, July 9, 2011

Sahabat Abg...


HASMADI

Hasmadi adalah salah seorang sahabat abg yg ayg hargai..Dari sebelum kita berkahwin lagi abg selalu bercerita tentang dia..cerita tentang kehidupanya..tentang kerjayanya...tentang family dia sehinggalah saat dia hendak melangsungkan perkahwinan abg sentiasa cerita tentang dia..tentang hal peribadi dia..kalau abg nak tahu sekarang madi bakal menjadi seorang abah..seorang abah macam dengan abg..Alhamdulillah..dari apa yang ayg tahu madi masih lagi bersedih dengan kehilangan abg..hari itu dia ada sms ayg bertanyakan khabar ayg tanya macam mana keadaan ayg sebab katanya dia masih lagi ingatkan abg di tempat kerja.. isteri dia arfah pun ada memberitahu ayg yang dia masih lagi bersedih sejak permergian abg...kerana abg dengan dia terlalu rapat & membesar bersama2...Ayg akan kenang jasa dia sampai bila2.dia juga banyak menolong abg ketika abg berada di hospital Sungai Petani...Hari2 dia datang melawat abg..temankan abg & urutkan abg..Dia juga yang banyak membantu kita semasa kita pindah rumah dahulu...Ayg doakan semoga dia menjadi suami & abah yg soleh...


FAUZI

Sahabat abg yang dihargai..ayg tidak pernah mengenali beliau sebelum kita kawin sebab abg tidak pernah bercerita tentang dia..Sehinggalah kita berkahwin secara tidak sengaja abg bercerita tentang dia..Fauzi yang ayg kenal seorang yang peramah..baik hati..suka membantu..& merendah diri..Tentang dia ayg tidak banyak tahu sebab dia jarang bercerita dengan ayg tentang dirinya..kalau madi semua masalah dia cerita (hehe)..tapi itu dulu ketika abg masih ada sekarang tidak lagi..Jasa & pertolongan fauzi terlalu banyak pada kita sayang..ayg tidak tahu untuk membalas jasa baik dia..Ayg hanya perlu berdoa moga dia dilimpahkan rezeki oleh Allah dan dipermudahkan segala perjalanan hidupnya kelak di atas pertolongan dia pada kita..sehingga kini dia masih menolong keluarga kita untuk selesaikan segala dokumen2 abg di hospital pulau pinang..Dia juga bakal mendirikan rumahtangga sayang..dengar cerita dengan orang kelantan..Alhamdulillah..Terkilannya sebab abg tidak dapat menghadiri kendurinya nanti..ALLAH..:(


Ustaz Mohd Shaifudin @ Dikenali dgn Chef Din

Alhamdulillah syukur..sahabat abg Shaifudin telah mengkotakan janji dia kepada abg..Segala urusan pengebumian abg dia yang banyak membantu..Terima kasih tak terhingga kepada beliau...


FAIZ @ KOBOI KEYEL

Sebelum nie ayg hanya mendengar tentang dia aja dari abg..ayg tidak pernah melihat dia @ chating dengan dia..sehinggalah ayg berkecimpung dalam bisnes online..bermula dari situlah ayg berchating dengan dia mengenai bisnes & abg..sejak dia tahu abg sakit dia tidak putus2 sms ayg bertanyakan khabar abg dari masa ke semasa sehinggalah abg menghembuskan nafas terakhir..Umo anak dia pun sebaya dengan puteri kita sayang..& dia sekarang menjadi abah angkat kepada puteri kita...Syukur kerana semua sahabat abg menganggap puteri kita macam anak mereka sendiri..

NUR HASYA SOFEA..BERUNTUNGLAH WAHAI ANAKKU KERANA KAMU ADALAH PERMATA YANG SANGAT BERNILAI..WALAUPUN KAMU KEHILANGAN ABAH KETIKA KAMU BELUM MENGERTI APA ITU MAKNA KEMATIAN...
SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA MASIH RAMAI ORANG YANG MENYAYANGIMU SAYANG...


EZLIN ELIAS

ayg tidak pernah mengenali dia langsung sehingga berkahwin dengan abg..Ya dia juga sahabat abg..sekarang dia sudah menjadi sahabat ayg..sejak permegian abg dia lah banyak membantu ayg meneruskan kehidupan di bandar sungai petani..abg tahu kan yang ayg tidak mempunyai kawan disini..dulu abg la suami,sahabat & teman ayg...kemana saja ayg pergi bersama abg..tapi sekarang ayg sunyi..sunyi tanpa abg..sunyi memikirkan bagaimana ayg ingin meneruskan kehidupan disini..sunyi memikir dengan siapa ayg nk bergerak disini..Allahuakhbar!!!

Ramai lagi sahabat abg yang ayg kenal & hargai...anuar(komeng)..ikhmal..mat duisg..dee tot..munet..eh sagoq..zul ikm..amin..apit..farahi..asrar..fazlee..che lim..faizal..farouk..hairol..lan..izni..intan safinas..faridah..ramai lagi la..kiranya ketika abg sakit 95% mereka semua turun dari serata negeri tinggalkan kerja & anak isteri untuk datang melawat abg...INILAH YANG DINAMAKAN SAHABAT KETIKA SENANG & SUSAH..

ayg malu dengan abg sebab sahabat2 ayg tidak seperti sahabat abg..sahabat ayg hanya SAHABAT KETIKA SENANG SAHAJA..Dan sekarang sahabat ayg semuanya melarikan diri dari ayg kerana takut dengan status ayg sekarang..ayg sedih sgt2..sedih yang tak dapat diluahkan pada abg..Sekarang sahabat abg semua telah menjadi sahabat ayg..Syukur Alhamdulillah kerana dalam diri ayg masih ada abg..

Ya Allah..
Aku ingin kesana..
Ingin pergi menemani suamiku yang dikasihi..
Hatiku terlalu rindukan dia..
Mungkin aku tidak cukup solehah lagi untuk pergi kesana..

Ya Allah..
Kau bimbinglah aku untuk menjadi isteri yang solehah..
Kau tetapkanlah imanku supaya jangan melakukan perkara-perkara mungkar..
Kerana semua itu hanya untuk suamiku..Suami pertama & terakhirku..

Ya Allah..
Aku memohon perlindungan dariMu Ya Allah...
Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah....
aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...

Ujian apakah ini Ya Allah....
Aku tidak harus mempersoalkannya..
Ampunkan aku Ya Allah...

Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah...
Jika ini jalan untuk ku Ya Allah..
Aku Redha Ya Allah..

Hanya cinta Mu Ya Allah..
Yang kekal Selamanya.....
Moga aku bahagia dengan Cinta Mu Ya Allah...




Untuk sahabat - sahabat abg semua..
Semoga jasa baik anda semua Allah membalasnya dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda... Jasa anda semua sangat saya dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih... Semoga Allah memberkati hidup anda...Allahuakhabar...!!!

Friday, July 8, 2011

Pagi Jumaat Yang Indah


" Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, sembuhkanlah saudara2 ku yang sedang sakit, limpahkanlah rezeki kepada mereka yang sedang mengalami kesulitan, berikanlah jodoh yang soleh dan solehah bagi yang belum bertemu jodoh, berikanlah cahayamata bagi mereka yang menginginkan keturunan, limpahkanlah keluarga kami dengan rahmat, taufiq dan hidayahMU, ampunilah dosa2 kami Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim..."
Amin Ya Rabbal al Amin..

Sesungguhnya saya dan kita semua adalah Hamba Allah yang hidup di muka
bumi ini.Apabila kita dilanda masalah atau kerungsingan dalam hidup amatlah
disarankan untuk kita berdoa ….setelah usaha yang kita lakukan
Ia merupakan salah satu ikhtiar agar dipermudahkan segala urusan kita….







Mulakan pagi Jumaat anda dengan Dhuha dan diakhiri dengan Witir... InsyaAllah..^_^

Thursday, July 7, 2011

Dariku..Buatmu...

Andai benar bahawa kau tersurat untukku... Akanku lapangkan dadaku untuk menerima dirimu dalam hidupku... Andai benar bahawa kau tersurat untukku... Akanku bukakan pintu hatiku untuk menerima nasihat dan teguran darimu untuk kebaikanku...Andai benar bahawa kau tersurat untukku... Akanku hadiahkan sesuatu yang amat berharga dalam hidupku...Buat bimbingan kita bersama untuk mengorak langkah dengan lebih jauh... Pemberian ini kusisipkan kepada sebagai janji dan bukti bahawa kaulah yang bakal membawa aku lebih dekat kepadaNYA... Sebagai bukti aku menerima kehadiranmu kerana DIA... Juga... Sebagai bukti yang kau berharga buatku... Pemberianku itu mungkin tidaklah semahal mana bagi kehidupan dunia... Namun.. Aku yakin dan pasti, ianya semahal-mahal hadiah untuk membantumu di akhirat... Aku berikanmu pemberian ini kerana ku yakin dan pasti bahawa kau juga akan menggunakan dan menjaganya sebaik kamu menjaga aku...


Terimalah pemberianku ini... Agar hubungan kita diberkati Ilahi dan disinari rahmat dariNYA... Buatmu... Dariku...

*Khas buatmu yang telah dinikahkan denganku di langit... Aku pasti pergi menemani dirimu suatu hari nanti...

Pemberian pertama dari isteri tersayang untuk suami yang dikasihi tahun 2002..masa 2 kita cuma pandang2 & jeling2 aja sayang...tidak ingin langsung nak "bercouple" macam orang lain kerana masing2 ada komitmen..hihihi..Tak sangka bila kita kawin tahun 2008 ayg tengok abg masih simpan lagi ukiran masjid nabawi pemberian ayg nie..AYG TERHARU..Di situ ayg mengerti yang abg terlalu sayangkan ayg sepenuh hati..SYUKUR..

Kalau abg nak tau makcik may baru saja balik mengerjakan Umrah 1/7/2011 baru nie..Esok 7/7/2011..makcaq & pakcaq akan akan menyusul pulak sayang..Kemudian Abah,Mak adik2 abgakan bertolak pada 23/7/2011..Alangkah bahagianya jika abg ada kalau tak kita pun InsyaAllah menyusul bersama..Maksu & Paksu akan menyusul mengerjakan Haji hujung tahun nie..InsyaAllah abg kalau diizinkan Allah ayg akan menyusul kemudian bersama puteri kita untuk mencari ketenangan di Rumah Allah...Mencium Hajarul Aswad & Berdoa di Multazam supaya hati ayg tenang setenangnya..InsyaAllah...





رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"

(Taha : 25,26,27)


HANYA DALAM DOA KUUTUSKAN RINDU BUAT SUAMI DI KASIHI...AL-FATIHAH

Wednesday, July 6, 2011

Susah Itu Tarbiyah...Sabar Itu adalah Cahaya..


Sabar itu cahaya keimanan..

Saat dilanda ujian dan dugaan, kita bertempik kecewa.

Tika cubaan datang, serasa sesak dada hingga berprasangka buruk kepada Tuhan.

Tatkala dihempit derita, kita menangis sambil meratapi kesedihan yang melanda.

Bahkan saat itu, kita lupa tentang kalimah ‘sabar’ dan ‘redha’. Kita juga lupa bahawa kita ada Allah Yang Maha Esa. Kita tidak menyakini bahawa dengan kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.

Bukankah Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ujian dan cubaan buat orang-orang beriman?


“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)


Maka setelah diturunkan ujian berganda-ganda bagi menguji keimanan hambaNya, Allah SWT mengingatkan kita tentang kalimah ‘sabar’. Kerana kesabaran adalah senjata bagi menghadapi segala mehnah dan tribulasi.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)…” (Ali-Imran: 200)


Allah SWT menjanjikan pertolongan saat menghadapi kesulitan, dengan syarat kita mestilah bersabar menghadapinya. Jangan sesekali kita berpaling dari Allah SWT, atau menjauhkan diri dariNya. Dibimbangi kita akan terjerumus ke lembah kehinaan dengan mengikuti jalan sukar yang dihembuskan Syaitan durjana. Syaitan sama sekali tidak akan senang kepada hamba-hambaNya yang sabar dan senantiasa berpegang teguh kepada tali Allah SWT. Biarkan Syaitan kecewa dengan sikap kita yang keras menentang bisikan-bisikannya. Perbanyakkan doa dan solat agar tali yang mengikat kepada Rabbi bertambah utuh dan kuat.

Tatkala Dihadirkan Ujian

Setiap kesabaran yang terbina, adalah lahir daripada hati dan nurani yang bersih. Hati yang kotor, adalah amat payah untuk menerima sebuah kesabaran dan rasa redha berpanjangan.

Kebeningan hati laksana sebuah istana kukuh, mampu menahan segala serangan musuh. Sekuat mana musuh itu, jika istana yang dibina dibentengi perisai kukuh, penjaga berdisplin dan teratur, serta senjata penangkis yang utuh, pasti musuh tersungkur rebah tanpa sempat menawan istana itu.

Dari Abu Said al-Khudri RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah SWT akan menjadikannya mampu bersabar. Tidak ada pemberian yang diberikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.” (Muttafaq ‘alaih)

Begitu juga hati kita, apabila dibina dengan benteng kesabaran, dikelilingi senjata redha, dan sistem pertahanan berupa doa yang tak putus-putus, nescaya ia sukar untuk diroboh. Saat itu, Allah SWT pasti akan menurunkan pertolonganNya yang berupa kekuatan menyinari dalamannya dan memberikan ganjaran berlipat kali ganda atas kesabaran yang menghiasi diri hambaNya.

Dari Abu Malik al-Asy’ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Sabar adalah cahaya…” (HR Muslim)

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita, bahawa apabila Allah SWT menyayangi suatu kaum, pasti Allah SWT akan menurunkan ujian dan cubaan. Alhasil, Allah SWT akan menilai sejauh mana takat kesabaran yang terbentuk. Kadangkala, ada sesetengah manusia membenci kesusahan, kesakitan, bebanan yang ditimpakan ke atasnya sehingga bertempik benci dan mengeluh panjang kepada Allah SWT. Maka, jika itulah keadaannya, ini bererti manusia itu telah menempah murka Allah SWT. Tatkala itu, Allah SWT akan menimpakan kemurkaanNya dengan nilaian dosa. Dosa akibat lemahnya rasa sabar manusia terhadap ujian yang dihadapi.

Hadis yang telah dikeluarkan oleh Ahmad melalui jalur Mahmud bin Labid menyatakan, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah Azza Wajalla jika menyintai suatu kaum, maka Allah akan memberikan cubaan kepada mereka. Barangsiapa yang sabar, maka dia berhak mendapatkan (pahala) kesabarannya. Dan barangsiapa marah, maka dia pun berhak mendapatkan (dosa) kemarahannya.”

Telah disebut oleh al-Qirafi bahawa adanya ijma’ (kesepakatan) di kalangan ulama’ mujtahid bahawa haram hukumnya kita marah terhadap qadha Allah SWT. Keharaman marah terhadap qadha juga ada disebut dalam sebuah hadis lain berbunyi:

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya jika Allah akan menyintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan ujian kepada mereka. Barangsiapa yang bersabar maka kesabaran itu bermanfaat baginya. Dan barangsiapa marah (tidak sabar) maka kemarahan itu akan kembali kepadanya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam at-Tirmizi. Ibnu Muflih berkata: “Isnad hadis ini baik”)

“Sebab aku tidak ada wang, aku terpaksa mencuri. Mungkin Allah SWT tidak menyayangiku lagi.” Rungut individu yang bersangatan kecewa tanpa dibatasi iman.

“Allah, mengapa Engkau turunkan ujian sebegini, mengapa?!” Bentak individu lain tanda kecewa.

Kes sebegini terlalu banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Kita selalu marah-marah pada Pencipta bila letih menerima cubaan, hingga ada yang sanggup mencaci-maki bagai orang gila yang tidak berpedoman. Kita menyalahkan Allah SWT, menyalahkan takdir, menyalahkan qadar ketentuan Ilahi tanpa menggunakan neraca iman dan ilmu. Kita tidak lagi memandang akan hikmah tersembunyi.

Lantas, kekecewaan bersalut dosa terus membelenggu diri, merantai jiwa hingga tertutup pintu hati kepada sebuah kebenaran. Nauzubillahhi minzalik.

Moga, saya dan kalian terjauh dari perilaku sebegini.

NOTA YANG DIRINDU..


5/7/2011 (12.30 pg)

Terjaga dari tido kerana memikirkan ada urusan,amanah & tanggungjawab yg perlu di selesaikan..itu lah aku jika sesuatu tanggungjawab yg telah diamanahkan untuk aku tak selesai akan kurasa seolah tak sempurna perjalanan kehidupan seharianku...^_^

1.TANGGUNGJAWAB NK SETTLE DUIT BALANCE SUPPLIER..:P
2.AMANAH NK TRANSFER DUIT KUTU KT ANAK2 KUTU...hahaha....:P

Dah selesai semua tanggungjawab itu tgk princess nyenyak aja dia tido solat sunat dulu..panjatkan doa untuk suami,ibu bapa,keluarga & sahabat handai..MOGA DIBERI KEBERKATAN DUNIA AKHIRAT & DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN..AMIN..^_^


HASYA DGN KAIN PELEKAT ABAH

2.15 pagi

Sebenarnya kain pelekat itu utk ummi hasya juga..untuk ummi melepaskan RINDU pada abah tiap kali tido..Sekarang sebelum tido mesti wajib menangis sambil mencium kain pelekat abg..pintal2 rambut kerana memikirkan masalah then baru tido...Dulu klau abg ada tiap kali sebelum tido bila abg tgk aja ayg pintal2 rambut mesti abg akan berkata..ADA MASALAH APA SYG CUBA CRITA KT ABG..ABG DH KENAL PERANGAI AYG KLAU PINTAL RAMBUT SBLM TIDO MESTI ADA MASALAH..KLAU X MASALAH KT TEMPAT KEJA MESTI DGN KWN @ FAMILY..ESK KITA P POTONG RAMBUT LA SO MLM ESK AYG X PAYAH PINTAL RAMBUT DAH..KLU BOTAK TERUS PUN OK..(suka menyakat)..tanpa sedar aku pun tertido dgn linangan airmata..:(

4.45 pg..

Bangun untuk bersahur bancuh susu kt hasya siap2..bg dia minum susu dulu baru makan..klau x selalunya time tgh mkn 2 la dia nangis nk susu..haiiishhh...:) selepas aja sahur kemas2 dapur bg clean apa semua...cuci baju then masuk bilik sementara nk tggu subuh reply komen customer kt facebook dulu dgn tulis blog...Lepas aja subuh sambung baca buku INDAHNYA KEMATIAN..sementara nk mandi pegi keja & princess bangun tido..Sejak abg tiada aku suka membaca buku tentang bab2 kematian untuk muhasabahkan diri aku bahawa MATI ITU PASTI..

9.00 pagi

Alhamdulillah segala urusan dah settle kt tabung haji..segala uruasan suamiku..urusan aku..dan juga uruasan utk hasya sofea..kuar dari tabung haji kt depan pintu ada derma untuk wakaf tanah utk Bina surau dgn sekolah tahfiz..Aku pun duduk sebentar sembang dgn kak yg kendalikan program itu..buat donation sikit..So akak 2 bertnya..nk letak nama siapa adik utk wakaf tanah nie..aku mnjawab nama suami sy MOHD HAFIDZOL BIN MOKHTAR..Nama Abah sy..HAJI TAIB BIN HANAFI..Dgn mak sy HAJJAH ZAITON BT SALLEH..

Akak 2 spontan berkata..MASYALLAH..kak ingat adik x kawin lg..bila suami meninggal? aku mnjawab baru lg kak..baru 36hari..Datang sini pun sebab nk settlekan segala urusan dia..Tp kak nmpak adik biasa aja x nmpak sgt yg muka adik sedang bersedih..tabahnya adik..ada anak? Ye ada umo 11 bulan..hidup mesti diteruskan kak..kdg2 kita terpaksa menyembunyikan kesedihan yg kita hadapi utk membahagiakan org disekeliling kita...berat mata memandang berat lg bahu memikul..ALLAH...



11.00 pagi

Masuk ofis tgk keja berlamabak nk kena settle..LETIHNYA...dgn barang pulak baru smpai nk kena check stok lg...ALAHAI...Busy bebenor ari nie..


Tgh check stok nie..nasib baik bos baik hati bagi aku tumapangkan brg aku semua kt ofis...Terima Kasih Bos!!!

6.00 ptg..

Balik keja singgah beli lauk utk berbuka sbb rasa malas nk masak ari nie..LETIH BADAN..then terus g ambik hasya kt umah pengasuh...sampai aja kt umah nk buka pintu nmpak NOTA nie kt depan pintu rumah..


ABAH & MAK ZIARAH ORG MATI KT KUALA KETIL (anak saudara abah meninggal sebab sakit buah pinggang umo 24thun..AL-FATIHAH)

Tgk aja nota itu spontan ayg teringatkan abg..masuk dlm umah buka tv dgr pulak lagi DEALOVA kt tv..YA ALLAH lagi laju air mata ku bercucuran..meraung juga la..nasib baik mak & abah xdak..so mmg aku x cover dah la menangis..menangis sepuas2nya...Nota itu mengingatkan pada kenangan kami...NOTA HARIAN YG WAJIB YG AKAN DILEKATKAN KT PETI AIS @ CERMIN DLM BILIK..

NOTA DARI ABG UTK AYG...(AYAT WAJIB)-Jika abg keja shift ptg..

1.LEPAS BALIK KEJA AYG JGN TIDOQ PULAK
2.JGN LUPA MANDIKAN ANAK...LEPAS MANDI LAP ANAK BG BERSIH MCM YG ABG BUAT 2
3.MASAK JGN LUPA TAU SAYANG..(ada la menu yg ditulis apa yg dia nk mkn)

NOTA DARI AYG UTK ABG..Jika abg keja shift pg..

1.ABG JGN TIDOQ & KUAR P MANA2..
2.TENGOK ANAK SAMA JGN RALIT MAIN PS2 AJA..
3.JGN LUPA BUANG SAMPAH..
4.BUAT KUAR BRG2 BASAH DLM PETI AIS NNTI AYG BALIK KEJA SENANG SIKIT NAK MASAK..

itu la kami kalau bab nie mmg kena tulis nota sbb kalau sms mesti lupa..Ya! AKU TERLALUKAN NOTA ITU..NOTA KECIL TP SGT BERMAKNA DLM HIDUPKU..NOTA YG BEGITU INDAH YG DI TULIS DARI SUAMI..RUTIN HARIAN KAMI HIDUP BERSAMA..TAPI SEKARANG..

MANA MUNGKIN AKU DAPAT MEMBACA NOTA ITU LG...
MANA MUNGKIN AKU DAPAT MENJALANKAN TNGGUNGJWB YG DITULIS NOTA OLEH SUAMI..
MANA MUNGKIN AKU BOLEH MELIHAT TULISAN SUAMIKU LG..
MANA MUNGKIN AKU BLH MENDENGAR SUARA DIA LG..
MANA MUNGKIN AKU BLH MELIHAT SENYUMAN DAN TAWANYA LG..
MANA MUNGIN AKU BLH MELIHAT DIA TERSENYUM GEMBIRA UNTUK ISTERI & ANAKNYA..
MANA MUNGKIN AKU MELIHAT DIA BERDUKA KETIKA DI BELENGGU MASALAH...

MANA MUNGKIN...MANA MUNGKIN...MANA MUNGKIN..TAKKAN ADA SEGALA KEMUNGKINAN DLM HIDUPKU KERANA..
SUAMIKU YG DIKASIHI TELAH PERGI MENINGGALKAN AKU..
PERGI YG TAKKAN KEMBALI LAGI...
PERGI MENYERU SERUAN ILAHI...

YA ALLAH ABG...
SEMAKIN HARI HATI NIE SEMAKIN SAKIT...
SAKIT TATKALA MENANGGUNG RINDU PADA ABG...
SAKIT TATKALA MEMIKIRKAN ABG...
SAKIT TATKALA MEMIKIRKAN ANAK KITA..
SAKIT TATKALA MEMIKIRKAN PERJALANAN HIDUP AYG YG MASIH JAUH...

KENAPA ABG PERGI DULU SBLM AYG...DI SINI ABG LA SEGALA2NYA BG AYG..AYG TIADA KWN KT SINI..DULU MASA ABG ADA KEMANA SAJA HANYA DGN ABG..TP SKRG ALLAHUAKHABAR SUNYI TANPA ABG...SUNYI SEKEPING HATI YG TELAH REMUK HANCUR BERKECAI...YA ALLAH KU TIDAK BOLEH HIDUP TANPANYA...:(

Tuesday, July 5, 2011

RINDU YANG PERGI...


Hidup ini sukar diramalkan.....
terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan...
Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia...
Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi...

Tika dan saat ini apa yg mampu utk diriku & hatiku berkata menangis tanpa henti memikirkan jika masa itu blh diputarkan semula inginku menjalankan tanggungjawab seorang isteri dgn sempurna tapi apakan daya semua kehendak ILAHI..

Dalam meniti hari keberkatan bulan islam hanya deraian airmata yg mampu tangisi...ALLAHUAKHBAR..:(

Ya Allah bagaimana inginku menahan rasa rindu ini..ingin ku lihat wajahnya..wajah suami yg dikasihi..untuk mengadu padanya betapaku terlalu sayangkanya kerana tika hidupnya aku jarang mengucapkan perkataan SAYANG padanya kerana KEEGOAAN seorang wanita..:(

Ya Allah bagaimana ku ingin menebus kesalahanku padanya kerana tika hidupnya ku selalu bersalah padanya...:(

Ya Allah bagaimana ingin ku hidup tanpanya kerana tika hidupnya aku selalu berkata padanya yg aku blh hidup tanpanya dan dia tidak blh hidup tanpaku tiap kali berselisih faham...TERKILAN...kerana yg sebetulnya aku tidak boleh hidup tanpanya dan telah di uji dariMU Ya Allah...Di uji kerana setiap kata2ku terhadapnya ketika dia masih bernafas..AKU REDHA KERANA SYURGAKU DIBAWAH TAPAK KAKINYA...:(

Ya Allah bila tibanya hening malam airmataku bagai arus yg mengalir..mengalir menuju ke destinasi yg blm pasti..ingin ku cari pintu & jalannya utk bersama suamiku yg dikasihi..Suamiku yg pergi takkan kembali..pergi meninggalkan amanat yg diberi..



Ya Allah aku begitu takut..takut kerana aku tidak mampu membesarkan anakku tanpa suamiku disisi...aku takut aku tidak mampu mendidik anakku menjadi anak yg solehah...yg telah diamanatkan oleh suamiku..Bantulah hambamu ini..

Ya Allah..kau bimbinglah aku..didiklah aku utk menjadi wanita SRIKANDI utk suamiku yg DICINTAI kerana dia lah cinta pertama & terakhirku..tiada lg pengganti untuknya..kerana ku tahu dunia ini hanya perhiasan & sebaik2 perhiasan adalah wanita yg taat pada Allah,Suami & Ibu Bapa..



Ya Allah kau berikan aku kekuatan hati..sihatkan tubuh badanku supaya aku blh menjalankan amanat yg telah ditinggalkan oleh suamiku untuk membesarkan anak kami...Biarlah hanya diriku yg merasa ujian & dugaan darimu bkn anakku kerana ku adalah insan yg terpilih & disayangi olehMU..

Ya Allah kau ampunkanlah dosaku kerana ku selalu terbayang ingin mengikuti suamiku pergi...pergi bersamanya untuk menemankannya disana..aku hanya insan biasa insan yg telah dijadikan olehMU yg kdg2 tanpa berfikir utk membuat sesuatu..ALLAH..

Monday, July 4, 2011

Pertemuan & Perpisahan..


Untuk Abg...

Pertemuan Kita Di Suatu Hari...
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati...
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci...
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi...
Dugaan Yang Menimpa Diri..
Bersabarlah Di Atas Suratan...
Kau Tetap Pergi Jua...
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku...
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu...
Ya Allah Bantulah Hamba Mu...
Mencari Hidayah Daripada Mu...
Dalam Mendidikkan Kesabaranku...
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu...
Di Atas Perpisahan Ini...
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu...
Menjadi Ingatan Setiap Waktu...
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu..
Kenangku Di Dalam Doamu..
Semoga Tuhan Berkatimu...


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..sebenarnya jika ada seperti ini aku rasa seperti xnak ada pertemuan kerana selepas itu pasti ada perpisahan..Ya Allah ku sgt menyayangiNYA kenapa harus terjadi begitu pertemuan yg baik dan berakhirnya perpisahan yg baik yg telah ditakdirkan oleh Allah untuk diriku..dengan itu juga lah berakhir dengan kesedihan yg teramat sgt dan meruntun jiwa..

Jika ditakdirkan dalam hidup ini aku dapat memilih aku tidak akan sesekali memilih pertemuan..tp apakan daya aku hanya insan biasa..insan makhluk Allah yg menumpang hidup di dunia yg penuh pancaroba abad ini..Sudah ramai org yg kusayangi & kukasihi berpisah dgnku utk selama2nya dan takan kembali lg..Rasanya teramat sedih...hati yg sakit..jiwa yg selalu memberontak wlpun aku masih ada ruang tidak berpisah dgn adik beradik yg lain lg..Tapi satu ketika nnti pasti aku akan pergi meninggalkan mereka @ mereka pergi meninggalkanku jua...berlaku lg perpisahan tanpa aku mengetahu bila datangnya & di jemput oleh ALLAH..

Perpisahanku bersama suami tersayang sungguh berat utk diriku..apatah lg aku mengenal abg selama 11tahun wlpun hanya 2 tahun 7 bln bergelar isterinya..sejak bertemu segala suka & duka kami berkongsi bersama sehingga saat dia menghembuskan nafas yg terakhir..Ya..dialah SUAMIKU,TEMANKU & SAHABATKU...yg tiada penggantinya..AL-FATIHAH..

Tapi sekarang semua hanya tinggal kenangan..kenangan yg terpaksa aku bentengkan & kekalkan dalam diriku kerana AKU TERLALU SAYANGKAN & RINDUKAN dia..:(..Sejak permergian abg dlm diri ayg skrg hanya ada kesedaran, ketaatan,keikhlasan, kepatuhan, keinginan, kesabaran, kecintaan, ketabahan, kesyukuran & keberanian semua hanya utk Allah & juga utk abg...INsyallah akan diperkekalkan..


Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 hingga 156 yang bermaksud :

“Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Dan firman Allah dalam ayat 157 yang bermaksud :

“Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”