Total Pageviews

Thursday, July 7, 2011

Dariku..Buatmu...

Andai benar bahawa kau tersurat untukku... Akanku lapangkan dadaku untuk menerima dirimu dalam hidupku... Andai benar bahawa kau tersurat untukku... Akanku bukakan pintu hatiku untuk menerima nasihat dan teguran darimu untuk kebaikanku...Andai benar bahawa kau tersurat untukku... Akanku hadiahkan sesuatu yang amat berharga dalam hidupku...Buat bimbingan kita bersama untuk mengorak langkah dengan lebih jauh... Pemberian ini kusisipkan kepada sebagai janji dan bukti bahawa kaulah yang bakal membawa aku lebih dekat kepadaNYA... Sebagai bukti aku menerima kehadiranmu kerana DIA... Juga... Sebagai bukti yang kau berharga buatku... Pemberianku itu mungkin tidaklah semahal mana bagi kehidupan dunia... Namun.. Aku yakin dan pasti, ianya semahal-mahal hadiah untuk membantumu di akhirat... Aku berikanmu pemberian ini kerana ku yakin dan pasti bahawa kau juga akan menggunakan dan menjaganya sebaik kamu menjaga aku...


Terimalah pemberianku ini... Agar hubungan kita diberkati Ilahi dan disinari rahmat dariNYA... Buatmu... Dariku...

*Khas buatmu yang telah dinikahkan denganku di langit... Aku pasti pergi menemani dirimu suatu hari nanti...

Pemberian pertama dari isteri tersayang untuk suami yang dikasihi tahun 2002..masa 2 kita cuma pandang2 & jeling2 aja sayang...tidak ingin langsung nak "bercouple" macam orang lain kerana masing2 ada komitmen..hihihi..Tak sangka bila kita kawin tahun 2008 ayg tengok abg masih simpan lagi ukiran masjid nabawi pemberian ayg nie..AYG TERHARU..Di situ ayg mengerti yang abg terlalu sayangkan ayg sepenuh hati..SYUKUR..

Kalau abg nak tau makcik may baru saja balik mengerjakan Umrah 1/7/2011 baru nie..Esok 7/7/2011..makcaq & pakcaq akan akan menyusul pulak sayang..Kemudian Abah,Mak adik2 abgakan bertolak pada 23/7/2011..Alangkah bahagianya jika abg ada kalau tak kita pun InsyaAllah menyusul bersama..Maksu & Paksu akan menyusul mengerjakan Haji hujung tahun nie..InsyaAllah abg kalau diizinkan Allah ayg akan menyusul kemudian bersama puteri kita untuk mencari ketenangan di Rumah Allah...Mencium Hajarul Aswad & Berdoa di Multazam supaya hati ayg tenang setenangnya..InsyaAllah...





رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"

(Taha : 25,26,27)


HANYA DALAM DOA KUUTUSKAN RINDU BUAT SUAMI DI KASIHI...AL-FATIHAH

2 comments:

  1. rabbi yassirha wala tu'assirha..=) dia mnntimu di sana..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Sungguhpun bahagiamu di dunia ini hanya seketika, doakan moga-moga bahagiamu menanti di syurga kekal selamanya, insyaALLAH.

    ReplyDelete