Total Pageviews

Wednesday, August 10, 2011

Sanah Helwah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah".

8 ogos 2011,bertambah lagi usia saya mencecah 29tahuin hari ini,bertambahnya usia ini bertambah pula tanggungjawab sosial saya di dunia tanpa suami disis untuk membesar amanat yang ditinggalkan dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi isteri solehah untuk suiami disayangi walaupun saya masih di bawah dan bertatih untuk ke tahap itu.InsyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan saya...Semoga saya sentiasa dilindungi Allah dan dijauhkan daripada fitnah - fitnah manusia di dunia sementara ini...Amin..

Saya sangat terharu dengan ucapan yang diterima betapa ramainya yang memberi sokongan dan dorongan kepada saya walaupun saya telah kehilangan orang di sayangi...Disini secara tak langsung saya bukan keseorangan di dunia ini..Saya masih ada lagi manusia yang sudi mengambil berat dan kebajikan untuk saya dan princess Nur Hasya Sofea..

Walapun tahun ini hari lahir saya dalam keadaan berduka dan hiba tetapi saya masih lagi tersenyum & ketawa dengan sokongan dan dorongan anda semua..Moga kita semua sentiasa dirahmati olehNYA..

Terima kasih tak terhingga kepada keluarga dan teman-teman semua baik secara online (FB,Blog,FS,Twitter SMS, Telepon) maupun offline memberikan ucapan doanya kepada saya. Dan semoga doa tersebut juga dilimpahkan untuk keluarga dan teman-teman semua. Semoga Allah SWT selalu melindungi kita, memberikan kesihatan, kesuksesan dan kebahagiaan dunia akhirat untuk kita semua. Amiin Ya Rabb....

abg..
Jauh disudut hati kecil ini walaupun sedih,pedih dan berduka dengan kehilangan abg airmata ayg tak mampu lagi untuk di tahan daripada bercucuran di pipi..ayg terlalu sedih kerana pada tahun ini ayg tak dengar lagi suara abg yang memeberi ucapan selamat hari lahir pada ayg dan menyanyikan lagu hari lahir untuk ayg serta mendoakan ayg semoga panjang umur dan murah rezeki..ayg tak perlu lagi menanti detik - detik kol 12 malam untuk mendengar ucapan dari abg kerana ayg tahu mustahil ayg akan dengar suara abg lagi didunia ini..Tiada lagi kucupan hari lahir dan yang paling ayg rindu tiada lagi kiriman bunga mawar (ros) untuk ayg..Ya Allah rindunya saat itu..ketika suamiku buat kejutan menghantar sejambak bunga mawar (ros) di tempat kerjaku..Romantis juga suamiku ini..Tapi apakan daya dia sekarang menjadi milikMU.

Sekarang hati ayg terasa sunyi sangat,lemah,longlai tapi ayg cuba melawan perasaan ini demi abg dan anak kita..Biarlah hati ayg sentiasa rasa sakit tetapi demi abg ayg takkan henti - henti pohon padaNYA...InsyaAllah abg untuk abg ayg akan cuba perbaiki kelemahan diri ayg dan buangkan sikap - sikap yang membolehkan manusia di dunia menyebut nama abg pada ayg dengan perkara - perkara yang negatif..ayg akan cuba menjadi seorang isteri pada abg yang akan sentiasa di pandang mulia oleh semua orang di dunia..Apa yang penting moga ayg dan anak kita sentiasa dilindungi oleh rahmatNYA..Amin..


Ya Allah,
Hari ini aku dalam kekusyukkan dan keihlasan dihadapan hamparan rezekimu...
Kehidupanku berjalan dan berputar sesuai dengan kehendakmu...

Ya Allah,
Kau ciptakan aku dari tiada, menjadi ada...
Kemudian kau kembalikan aku kepadamu,...


Ya Allah,
Hari ini telah sampai usia ku dalam kedewasaan, jadikanlah aku menjadi kusyuk ,redha dan tawaduk dalam menerima hikmah dan musibahmu....
bertambah usia dalam hitunganku, berkurang pula usiaku dalam hitunganmu..

Ya Allah,
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat hidup dan menjadi bermanfaat bagi ummatmu yang lain..
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih memandang hidup dengan penuh makna dalam kebesaranmu..
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku..

Ya Allah,
Jadikanlah aku termasuk ke dalam orang-orang yang senantiasa bersyukur terhadap rezeki dan anugerah yang Engkau berikan...

Ya Allah,
Terima kasih Engkau telah mengangkat aku menjadi makhluk dengan darjat yang tinggi di dunia ini..
Dengan kehilangan kekasih hati (suami) yang telah kembali kepadaMU...
Aku redha Ya Allah..ku pasti Engkau telah merancangkan sesuatu yang terbaik untukku..

Terima kasih kerana Engkau telah memberikan Cahaya Keimanan kepada kami agar kami dapat mengenalmu..
Terima Kasih Ya Allah…Ya Rabbi…...

Inilah hadiah terakhir dari suami tersayang..


Rantai Tangan Jam Gucci (pesan dengan kawan beli dekat UK)


Setangkai @ sejambak bunga Mawar (Ros) memang wajib bila tibanya hari - bari penting & cermin mata (cermin mata xde gambar sebab masih mencari dekat mana hasya sofea sembunyikan)

Sunday, August 7, 2011

HasyaLeno Cheese Powder (HCP)

Syukur Alhamdulillah padaMU Ya Rabb dengan limpahan rezekimu padaku dan anakku..Akan ku titipkan setiap pemberianMU sebaik mungkin..Berkat dengan kesabaran dan ketabahanku setelah kehilangan suami tercinta akhirnya aku dapat juga pasarkan cheese (keju) seperti idea dan plan suamiku..aku dapat rasakan yang abg sedang tersenyum melihat karenahku bersama cheese kegemarannya..Kalaulah abg masih ada tika dan saat ini tentu abg gembira kan sebab idea - idea abg yang beri pada ayg telah ayg tunaikan.. Alhamdulillah...

Baru 2 minggu beroperasinya HCP alhamdulillah sebanyak 100kg telah terjual dengan berkat yang Allah berikan..Amin..tapi kadang - kadang sedih juga sayang bila time ayg nak packing barang @ HCP ayg terus teringatkan abg..airmata pasti bercucuran...:(

Dulu..
abg selalu membantu ayg..
abg juga mengambil (take note) order customer..
abg juga yang packingkan barang..
abg juga yang tolong angkatkan barang yang berat - berat..
abg juga yang pergi poskan barang...
abg juga yang mengurut badan ayg jika ayg terasa letih..
abg juga mengingatkan ayg supaya berniaga dengan ikhlas..
abg juga yang sabar dengan sikap ayg yang selalu "moody" jika letih..

Sekarang..
ayg kena bantu diri ayg sendiri..
ayg sorang aja yg take note order customer..
ayg sorang aja yang packingkan barang sambil airmata bercucuran..
ayg sroang juga yang angkat barang yang berat tanpa bantuan sesiapa yang kadang - kadang terasa penat dan asthma menyerang..
ayg sorang yang pergi beratur dan sabar menunggu di pejabat pos..
Jika badan ayg sakit ayg hanya makan ubat moga ia cepat sembuh..
Jika ayg "moody" sekarang ayg selalu nak marahkan puteri kita..
InsyaAllah sayang ayg akan berniaga dengan ikhlas dan mencari rezeki yang halal untuk sesuap nasi supaya boleh membesarkan puteri kita seperti kanak - kanak yang lain..

Walaupun situasi sekarang ayg terlalu letih kerana memasarkan HCP tapi ayg tetap gembira sayang kerana HCP adalah makanan kegemaran abg untuk makan dengan wedges..Kalaulah abg ada tentu setiap hari abg suruh ayg buatkan wedges untuk abg kan? tapi semua tak mungkin lagi...:(