Total Pageviews

Wednesday, August 3, 2011

Lelaki Pertamaku...

Rintik hujan bagai membasah jiwa...
menenangkan satu rasa yang sekian lama mencengkam dada...
di mana harus aku hamburkan sebuah perasaan ini...
kalau bukan pada si pemilik cinta.

Lelaki pertamaku...
ku temuimu dalam sebuah cinta...
yang akhirnya merona di balik takdir yang Maha Esa.

Engkau ku kenal sebagai yang pertama...
tiada pernah menjadi dua...kerana Dia mengikat kita...
biarpun hanya di pelabuhan sana menjadi tempat pertemuan buat sekian kalinya...
namun, akan ku sabar...
pertaruhkan masa....
pertaruhkan usia.

Ku ukir rasa cinta seindah kanvas termahal...
ku layangkan dalam doa, kukirimkan pada Dia...
si Pemilik Cinta...
ku hadiahkan padamu sebagai penganti rindu...
tiada lain ku impikan...
cuma segugus kebahagian mendampingimu...
setiap saat....agar kau mampu tersenyum pada dunia..
setelah kau tinggalkan aku demi takdir-Nya.

Lelaki pertamaku....
Tiada cinta lain setelahmu, yang berjaya masuk ke dasar hatiku...
melainkan hanya namamu ku bisikkan setiap kali sujudku...
harapanku...bila ku sebut namamu, kau juga menyebut namaku...
bila aku rindukanmu..kau juga rindukanku...
lantas kau juga mengirimkan doa seindah kasihmu buatku.

Lelaki pertamaku...
andai diizinkan Allah...
ingin ku bertemumu lagi....
akan ku kisahkan segala yang ku lalui di dunia ini...
aku ingin menjadi penglipur lara..dan kau pasti setia mendengarnya...
bagai waktu dahulu....
saat sabarmu mendengan kisah-kisah nakal dariku.

Ingin ku kucup tanganmu lagi...
tanda terima kasihku..
kerana telah meninggalkanku dengan satu kekuatan...


kekuatan menentang arus perasaan..
sehingga kini, aku menjadi tegar..
pada dunia yang semakin menduga rasa.

ingin juga ku rasa hangatnya ubun-ubunku disentuhmu...
sebagai penenang jiwa dikala gusar datang menganggu rasa...
biar tanpa suara, tapi cukuplah sentuhanmu memujuk ku...
yang kadangkala seakan kalah dengan kemahuan menguji deria.

Lelaki pertamaku....
Takkan pernah kau ku hilangkan dari nafasku...
biarpun datang yang ke dua, tapi kau tetap yang pertama...
kejauhanmu, membuatku semakin mengerti..
bahawa pergimu tanda cinta-Nya pada ku...
sebagai tarbiyah terindah...
bahawa tiada pergantungan lain sekukuh pergantungan pada-Nya..
biarpun kadangkala ingatanku padamu bak badai menghempas rasa.

Lelaki pertamaku...
hampir tiga bulan aku ketiadaanmu....
dan selama itulah aku mengikat janji...
bahawa akan ku tulis kisah terhebat dalam episod hidup ini...
biarku menang sebagai pengarang...
dan pulangan kejayaanku, akan ku hadiahkan untukmu..
sebagai lelaki dalam hidupku..

Aku rindu untuk melihatmu..
aku rindu untuk mendengar bebelanmu..
aku rindu akan nasihatmu..
aku rindu segalanya darimu...
dan saat ini..aku terlalu rindu untuk memanggilmu..
dengan panggilan yang telah lama aku tidak melafazkannya...
Abang....

Akan terus ku lakar ukiran ketaatan..yang hasilnya pasti buatmu di sana..
kerana utusan Allah telah terpahat diingatanku..
bahawa tiada yang ditinggalkan anak Adam kecuali tiga perkara..
dan antaranya adalah anak yang soleh...
moga anak yang soleh itu adalah puteri kita (Nur Hasya Sofea)

Jarak dan masa telah memisahkan kita..
namun aku tidak gentar akan itu...
kerana sejauh manapun kau pergi..
selama manapun kau tiada...
kau tetap yang pertama..
pasti segar dalam ingatan..
sesegar darahmu mengalir halus dalam jasadku.

Ya Allah Engkau Tuhanku Tiada Tuhan melainkan Engkau Engkau cinta Agungku Nabi Muhammad pesuruh-Mu Ya Allah Engkau sumber bahagia Engkaulah Sumber keselamatan Ya Allah Engkau sumber keamanan Engkaulah segalanya Ya Allah Engkaulah pelindungku Engkaulah sumber rizkiku Di waktu sakit Kau sembuhkan Di waktu lapar Kau beri makan Ya Allah Engkau Cinta Agungku Cintaku haraplah dibalas Ya Allah Engkau Cinta Agungku Janganlah cintaku tidak dibalas Jangan biarkan ku tanpa pimpinan Pimpinlah aku ke jalan yang benar Kepada Engkaulah harapanku Janganlah hampakan perasaanku

AL - FATIHAH UNTUK SUAMIKU YANG KE 67HARI..

Monday, August 1, 2011

1st Day Ramadhan...

1/8/2011

Mimpi yang lalu masih segar diingatan..apakan daya dgn tibanya ramadhan al-mubarak pada tahun nie aku menyambut bulan keberkatan seorang diri tanpa suami disisi...Allah kau maha hebat yang telah menciptakan perjalanan hidup hambamu...Pilu...sedih..sakit...sayu semuanya hadir dalam hidupku..ku tak sangka hanya setahun aja ku dapat berbuka berpuasa dengan suami dikasihi kerana tahun lepas aku dalam pantang kerana melahirkan hasya..

Sejak aku menjadi isterinya setiap malam raya dan hari raya pertama dia tak pernah bersamaku kerana pergi menjalankan tugas yang diamanahkan...Dia begitu gembira bila pihak hospital memberitahu pada tahun ini dia dapat bercuti awal sehari sebalum raya secara tak langsung dia dapat menyambut malam raya bersamaku kerana mengikut jadual dia cuti pada hari raya pertama dan kedua.. Dia selalu bercerita bahawa tahun ini beruntungnya dia kerana dapat menyambut malam raya bersama aku dan puteri kami..

Ya Allah ku tak sangka semua ini terjadi percaturanMU MAHA HEBAT kerana tahun ini aku akan beraya dikuburan bersama suami dan anakku...aku tidak dapat memohon kemaafan seperti hari raya sebelum ini..aku tidak sempat mencium tanganya seperti sebelum ini dan yang paling ku kesalkan dia teringin melihat puteri kami memakai baju kurung dan kami berpakaian sedondon pada tahun ini..itu lah plan suamiku...Dia nak pakai baju melayu yang lengkap berserta sampin sebab sebelum ini dia tak pernah mengenakan baju melayu yang lengkap..tak sangka ramadhan dan syawal tahun lepas kali terakhir untuknya..

Abg tak terucap dengan kata - kata ketika ayg bersahur dan berbuka tadi..hati ayg terlalu sayu sangat terlalu rindukan abg...tadi ayg minum air soya untuk berbuka tentu abg hairan kan sebab ayg sebelum nie tak pernah minum air soya..ayg masih teringat kata - kata abg kalau kita berpuasa kena banyakkan minum air @ air soya untuk menambahkan tenaga kita di siang hari.. dan sekarang ayg sebenarnya terlalu cemburu bila melihat pasangan suami isteri yang lain..ntah lah sayang perasaan itu timbul dalam diri ayg kerana ayg dah tidak boleh mengecapi semua itu..

Abg..
ayg rindukan suara abg yg selalu kejutkan ayg untuk bersahur..
ayg rindukan abg yang selalu pilih menu untuk ayg memasak ketika berbuka.
ayg rindu nak tengok wajah abg ketika bersahur..
ayg rindukan nak tengok wajah abg ketika berbuka..
ayg rindukan abg ketika abg banyak membeli lauk di bazar ramadhan..
ayg rindukan nak tengok abg yang gemar minum air soya dan daging bakar ketika berbuka...

Hati ayg selalu menangis..setiap kali solat ayg selalu berdoa moga Allah tetapkan hati ayg hanya untuk abg..ayg tahu Allah mengetahui segalaNYA..Jika dah tertulis abglah jodoh ayg sampai akhirat INsyaAllah Allah akan lindungi ayg dan anak kita..Ayg harap sangat yang kita sekeluarga boleh berjumpa di Jannah taman syurgawi kerana ayg ingin menjadi bidadari abg disana tiada orang lain kecuali ayg...Moga Allah S.W.T makbulkan doa ayg...ayg juga berharap moga Allah memberi peluang pada abg untuk melihat kami di dunia dalam bulan keberkatan ini...InsyAllah kami takkan putus doakan untuk abg semoga abg tenang di sana...ayg sayang abg..sayang sangat2...AL - FATIHAH...