Total Pageviews

Friday, January 27, 2012

Fikrah Ujian..

Assalammualilaikum / Salam Sejahtera untuk semua, moga sentiasa dirahmati olehNYA..

Sabarlah wahai hati, sabarlah wahai teman…selalu diuji dan teruji dengan mehnah persekitaran. Beriman itu namanya kesusahan. Kerana takwa itu ibarat memelihara diri berjalan melalui liku-liku duri yang mencucuk perjalanan. Biar langkahmu perlahan, beradab dan penuh kesabaran untuk mencapai destinasi perjuangan. 

Sabarlah wahai hati, sabarlah wahai teman…gembiralah dengan ujian kerana tanda Allah masih sayang…tidak mahu dibiar berlalu tanpa simpang, sekali pun jalan berliku tetap dipandu…izinkan hati menjadi lapang…demi kebahagiaan.

Ujian adalah tarbiah dari Allah,semakin dekata bahtera kita padaNya,Semakin hebat taufan melanda..

Andai perjuagan ini mudah,pasti ramai yang menyertainya..
Andai perjuagan ini menjanjikan kesenangan,pasti ramai yang tertarik padanya..
Tapi hakikatnya,perjuagan bukan begitu,Turun naiknya,sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tak terhingga,
Andai rebah,bangkitlah semula,
Andai terluka,ingatlah janjiNya.. Insha Allah..

P/S : Entri yang paling pendek saya menulis sebelum menumggu azan subuh berkumandang..DUTA.. 


Sunday, January 22, 2012

Ku masih disini bersama semangat puteri..

Di luar sana ketika ini terdengar bunyi titisan hujan yang begitu membahagiakan buat diriku..kerana sudah 30 tahun aku masih lagi berpeluang melihat,mendengar dan merasa keindahan dan keagungan Tuhan.. Tapi hakikatnya ku tetap masih disini.. masih lagi seorang hamba yang begitu kerdil pada Sang Pencipta..

Di kala sepi menemani diri, maka terciptalah lirik bisu menterjemah segala gundah rasa yang bermain di jiwa. Tika tiada siapa yang mampu memahami rentak hati yang acapkali menjadi rahsia sukma, maka kepada Dia jiwa yang hampir kehabisan sumbu cahaya akan kembali berpaling, berlari laju mencari Dia. Kepada Dia ingin dirembeskan segala tangis hiba. Allahu rabbi. Hanya Dia yang ada di sisi di kala manusia lain sibuk melarikan diri...

Namun, saat kaki goyah melangkah, Dia hadirkan insan sebagai 'ganti' Nya untuk menghiburkan jiwa yang kerap lara. Dihadiahkan rasa cintaNYA melalui insan itu. Disalurkan rasa kasihNYA melalui insan itu. Segalanya adalah kerana Dia tidak ingin melihat hamba yang Dia kasihi gundah gulana rebah di dunia persinggahan. Dia masih mahu hambaNYA untuk terus kuat melangkah sekalipun langkahan itu teramat perlahan untuk tiba ke perhentian yang paling akhir. Dia tidak jemu membantu dan menyalurkan cintaNYA. Tanpa jemu. Dia sentiasa ada. Dan dia hadiahkan 'dia' adalah untuk menemani hari-hari sepi agar subur kembali ruhul jihad yang hampir layu..
.
Allah. Ingin kukata betapa aku ingin sekali bertemuMU, bertemu kekasihku. Ingin sekali. Namun apakah layak untuk bertemu.Ya Allah..

Perit menaggung pahitnya rasa kembali dimanisi dengan adanya 'hadiah'NYA itu. Sesekali terjatuh, ada tangan yang sudi menghulur membawa bertatih menuju pengakhiran. Sekalipun banyak kali tergelincir namun Dia tetep menanti di hujung sana. Menanti dengan 'senyuman' untuk hambaNYA. Akan kuteruskan rentak langkah yang kian perlahan agar tetap tiba ke hujung sana sekalipun banyak tersungkur. Bersama 'dia' hadiah daripada Dia. Terima kasih Tuhanku kerna kau telah menggantikan "Puteri" setelah ku kehilangan "Suamiku" hanya pada dia kami saling bantu membantu antara satu sama lain..

Wahai puteriku, perjalanan hidup ini masih lagi panjang. Belum tahu apa yang bakal merintang dihadapan.Ummi  harap apa jua yang melanda kita, biarlah neracanya hanyalah keredhaan dari Tuhan. Walaupun ia perit dan menyiksakan…Barakallah...

Thursday, January 19, 2012

Engkau Laksana Bulan..

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan

Mengapa ku disiksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Kau tinggalkan diriku
Oh! kekasih mengapakah
Kau sunyikan hidupku
Oh! kekasih mengapakah
Manusia begitu

Mengapa ku di siksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Lirik lagu P.Ramlee..


Setiap orang ibarat bulan,memiliki sisi kelam yang tidak pernah ingin dia tunjukkan pada sesiapa.Tetapi cukuplah bagi kita memandang sejuknya permukaan bulan pada sisinya yang ingin ditunjukkan keindahannya.Begitulah setiap dari kita tidak lari daripada membuat kesilapan. Tidak kira dia, saudara dan juga saya. Malah ada beberapa perkara yang memalukan tentang diri kita yang ingin kita rahsiakan daripada orang lain.

Umpama bulan pada waktu malam yang kita lihat hanyalah bahagian yang terang dan cantik sahaja. Tetapi jika dikaji betul-betul menggunakan satelit atau apa sahaja baru kita nampak adanya bahagian kelamnya.Sama halnya dengan manusia, sahabat atau orang yang rapat dengan kita. Kalau kita cari kekurangannya, memang akan ditemuilah kekurangannya.Tetapi apabila kita melihat kepada kebaikannya, hubungan itu akan jauh lebih rapat.

Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya

Apabila kita asyik mencari kesalahan orang lain, itu bererti kita tidak cuba hidup untuk memberi. Sebaliknya kita lebih suka menerima – menunggu orang lain buat sesuatu dan kita hanya mengambilnya sahaja.“Kenapalah design si hasya itu buruk sangat? Harap pandai sahaja guna software Adobe Photoshop tetapi design buruk.”Melalui dialog di atas kita dapat kenal pasti kelebihan dan kekurangan hasya. Kelebihannya adalah dia pandai menggunakan software untuk kerja-kerja design. Kekurangannya pula dia tidak berapa kreatif dalam design sesuatu kerja.Sekiranya kita hanya menunggu dia menyiapkan design yang terlawa untuk kita, harapnya memang lambatlah siap kerja. Sebab kita sendiri sudah tahu yang hasya itu tidak kreatif orangnya. Jadi apa kata kita yang kreatif dan banyak idea ini menyumbangkan beberapa idea kepada hasya untuk dia designkan.Jangankan satu design yang dapat hasya itu siapkan, malah mungkin lebih.

Rugi apabila mencari kelemahan orang lain

Kadang kita tidak sedar kita mencari kekurangan seseorang itu. Atau kadang kita tidak cuba langsung mencari kelebihannya, terus sahaja kita serkap jarang kata orang itu tidak boleh buat itu dan ini.Contoh apabila kita tengok ada seorang lelaki pakai seluar jean dengan rambut tidak bersikat. Terus dalam kepala kita terfikir, betulkah dia ini boleh buat kerja dengan baik?Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sekiranya kita fokus kepada kepada kelebihannya, kita akan dapat mengoptimumkan kelebihan orang tersebut. Sekiranya kita fokus kepada kelemahannya, yang kita dapat adalah masa yang terbuang untuk memperbaiki kelemahan orang tersebut.“Apabila kita terlalu memikirkan sebab-sebab untuk menyelesaikan sesuatu masalah, maka kita kerugian dua perkara. Pertama masa dan kedua wang,”spt kata seorang profesor.Katanya lagi, “Apabila kita memikirkan punca sesuatu masalah tersebut berlaku, otak kita akan berfikir ke belakang. Berbeza dengan kita terus mencari kelebihan sesuatu perkara tersebut. Apabila kita memikirkan apa yang boleh dibuat dengan kelebihan yang ada pada sesuatu perkara itu, otak kita akan berfikir ke depan.”
Cara berfikir mencari punca atau kekurangan sesuatu perkara itu lebih sesuai dalam proses maintenance. Contohnya bangunan itu sudah siap kukuh. Jadi, perkara yang tinggal adalah hendak maintain bangunan tersebut dengan baik sahaja. Pada ketika itu barulah kita menggunakan cara berfikir mencari punca-punca masalah yang berlaku.Dan ingatlah kita pun ada kelemahan sendiri. Sekiranya kita adalah bos dan asyik mencari kekurangan pekerja. Di belakang kita, pekerja pula yang akan bergosip sakan tentang kelemahan kita.

Setiap orang adalah aset
Dalam sesebuah organisasi, setiap orang adalah aset. Kalau kita tidak menggunakan aset-aset itu sebaik mungkin, ia hanya akan menjadi satu bebanan sahaja kepada kita. Lebih-lebih lagi sekiranya kita berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan ahli dalam organisasi tersebut. Lagi terbeban kepala dibuatnya.Sebaliknya kita lihat pada keistimewaan mereka dan gunakan keistimewaan yang mereka ada sebaiknya. Apa yang kita hendak, kita pun dapat. Hati pun gembira.Hidup bermasyarakat umpama hidup dalam sebuah organisasi besar. Hiduplah dengan melihat kelebihan dan keistimewaan setiap orang di sekeliling kita.

Insha Allah semoga kita dapat membimbing antara satu sama lain ke jalan yang benar untuk mendapat saham di akhirat sana...:)

Monday, January 16, 2012

Keletihan & Rindu...

Syukur Alhamdulillah dengan segala kudrat yang di beri oleh Allah SWT kepada saya..Sebenarnya dah lama saya tak update blog saya..ramai juga follower email dan inbox nak tahu status keadaan Nur Hasya Sofea dan juga kesihatan saya.. Mungkin mereka ini semua sayangkan saya dan anggap saya seperti saudara terdekat..

Maaflah..sebenarnya saya agak sibuk sejak kebelakangan ini.. Keletihan saya hanya Allah saja yang mengetahui tapi saya tahu di mana titik kelemahan saya kerana Allah akan menguji pada hambaNYA memandangkan kelemahan masing - masing.. Itulah dikatakan percaturan hidup ibarat putaran roda di bumi Allah..

Alhamdulillah selepas seminggu puteri keluar dari hospital saya cuba dengan cara perubatan islam..sekarang puteri semakin hari semakin sembuh cuma masa makan dia saja dia seperti takut - takut nak makan seperti sebelum ini.. dan secara tak langsung keaktifan dia digandakan menjadi kuasa dua begitu juga dengan petah percakapannya yang semakin bijak...hihihi.. tapi apa pun saya gembira dan bersyukur kerana mempunyai anak secomel dia..sekarang sudah pandai menjadi model produk umminya sekarang..:)

Untuk dia pula (suami tercinta) seletih - letih mana pun saya tapi ikatan cinta dan kasih sayang semakin hari semakin kuat pada dia ibarat pepatah melayu "yang jauh wangi saja baunya tapi yang dekat bau macam tahi ayam"huhu sedih pulak dulu masa suami ada kami selalu bergaduh dan berdebat (sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri) tapi sekarang dengan siapa lagi saya nak bergaduh..nak berdebat..nak merajuk dan pelbagai lagi..kalau nak buat semua itu dengan puteri apa la yang puteri tahu sangat..akhir sekali saya juga yang pujuk diri sendiri.


Sayang..
ummi letih sungguh sekarang..
dulu sayang selalu picit/urutkan ummi..
selalu sapu minyak angin dekat ummi..
layan ummi seperti permaisuri jika ummi letih..
tolong tidurkan puteri..
mop lantai rumah..
sapu sampah..
cuci pinggan..
beri ruang untuk ummi tidur dengan secukupnya..

Tapi kini..Ahhhh!! Rindunya saat itu...saat yang mungkin tidak akan kembali lagi dalam hidup ummi...

kadang - kadang ummi selalu berfikir yang ummi tidak pernah menjadi seorang isteri yang bertanggujawab ketika sayang masih ada..ummi selalu tinggikan suara pada sayang..tapi sayang diam saja setiap kali ummi tinggikan suara pada sayang dan akhir sekali sayang akan menangis dan minta maaf pada ummi..ummi sangat rindu pada perut sayang yang boroi seperti afdlin shauki.. dulu ummi selalu samakan sayang dengan afdlin shauki..tapi sekarang bila ummi tengok afdlin shauki berada di tv ummi pasti akan menangis semahu - mahunya.. rindu juga pada tahi lalat hidup sayang..bila ummi tengok rupa mak sayang yang mempunyai tahi lalat yang sama seperti sayang dalam hati ummi terus menangis sambil menahan air mata di kelopak mata..Rindu sungguh pada sayang walaupun hampir lapan bulan sayang meninggalkan ummi..

Pusara sayang serta saudara sayang yang lain Alhamdulillah ummi dah kemaskan dengan meletak bata di keliling pusara bukanya apa untuk ummi sentiasa mengingati pusara sayang ketika ummi pergi melawat sayang, ummi taknak jadi seperti hari itu lagi ummi tercari - cari di mana pusara sayang (terlupa)..Niat ummi semoga sayang sentiasa aman dan tenang di sana serta selalu berdoa semoga Allah ampunkan dosa sayang..lapangkan kubur sayang dan kurangkan hisab untuk sayang..Insha Allah sayang ummi akan sentiasa mengalir untuk sayang disana ibarat sebatang sungai dan menjadi pohon kehijauan untuk sayang di sana selagi nafas ummi masih terhela ummi akan terus berjuang untuk sayang supaya ummi akan dapat menjadi bidadari untuk sayang di syurga nanti...

Ya Allah,
ku lihat suria menghiasi pagi,
dan bulan berganti hari,
air yang mengalir sejuk di kali,
hidupan dan pepohon hijau menyejuk hati,

Tapi Ya Allah,
aku masih mencari - cari,
dimanakah kekasih hatiku pergi,
ku juga selalu berharap,
semoga kekasih hatiku kembali,

Ku tahu,
bertapa kerdilnya diri ini,
yang mengharap harta yang menjadi milikMU kini,
dan ku terus berdiri di sudut ini,
di hadapanmu Ya Ilahi,
ku yakini kasihmu tiada henti,


Ku cuba sepenuh hati,
meletakkan cintaMU di hati,
apanila cinta kekasih hati telah pergi,
kerana tika dan saat ini tiada mampu ku berdiri,
melainkan cintaMU di sisi.

Ya Allah,
ku biarkan tinta ini,
merakamkan rasa hati,
dan sesungguhkan ku sentiasa engkau menemani,
untuk mengurangkan kegelisahan hati,

Setitis airmatu ku titis tanpa henti,
tida mudah ku melupakan betapa ku rindu pada kekasih hati,
pertemukanlah ku denganMU Rabbul Izati,
dan ku biarkan kalimah di hati tersimpan rapi,
kerana sekarang cintaMU Ilahi yang ku impi,
selepas kehilangan kekasih hati..

Allah Bantulah Hambamu ini...:(

Wednesday, January 4, 2012

Rempitan Solo (mengejar ilmu)

Rempitan solo sungguh unik perkataan ini entah kenapa sejak dituturkan oleh seorang sahabat di facebook (kopiko laila) ada ilham yang datang menerpa.. mungkin ilham itu ada kena mengena dengan kehidupan aku sekarang atau mungkin dengan kehidupan masa silamku.. Oh tidak sama sekali rempitan solo ibarat seperti kita sebagai hambaNYA yang sentiasa mengejar ilmu di dunia sehingga di akhirat sana..tahukah kenapa?

Kerana Ilmu itu tidak akan didapatkan dengan banyak mengistirahatkan badan”, sebagaimana tercantum dalam shahih Imam Muslim. Terkadang seseorang harus menerima gangguan dari orang-orang yang terdekat darinya, apalagi orang lain yang hubungannya jauh darinya, hanya kerana kegiatannya menuntut ilmu. Tidak ada yang boleh bertahan kecuali orang-orang yang mendapatkan anugerah ketabahan dari Allah.”

Ilmu juga mempunyai cabaran betapa banyak gangguan yang harus dihadapi oleh seseorang yang berusaha menuntut ilmu. Maka dia harus bersabar untuk menahan rasa lapar, kekurangan harta, jauh dari keluarga dan tanah airnya. Sehingga dia harus bersabar dalam upaya menimba ilmu dengan cara menghadiri pengajian-pengajian, mencatat dan memperhatikan penjelasan serta mengulang-ulang pelajaran dan lain sebagainya.

 
Imam Ali (as) pernah berkata: “Terdapat tiga tanda orang berilmu: “
1.Ilmu,
2.Sabar
3.dan Diam.”
[Ibid, jilid 2, ms 59]

Islam tidak memerlukan kita untuk mempertahankannya, tetapi kitalah yang memerlukan Islam. Jika bukan kita yang menjadi manusia mempertahankan Islam, ketahuilah bahawa Allah akan memberikannya kepada orang lain. maka amat rugilah diri Wahai penuntut ilmu, kerana ilmu mempunyai banyak kemuliaan. (Jika kamu bayangkannya sebagai manusia maka)
•kepalanya adalah rendah diri,
•matanya adalah bebas dari iri hati,
•telinganya adalah kefahaman,
•lidahnya adalah kebenaran,
•mindanya adalah penyelidikkan,
•hatinya adalah niat yang baik,
•inteleknya adalah ilmu (ma’rifah) mengenai benda dan perkara,
•tangannya adalah belaian kasih sayang,
•kakinya adalah menziarahi yang berilmu,
•keazamannya adalah kejujuran,
•kebijaksanaannya adalah ketaqwaan,
•tempat tinggalnya adalah keselamatan,
•kemudinya adalah kesihatan,
•tunggangannya adalah ketaatan,
•senjatanya adalah kelembutan berbicara,
•pedangnya adalah berpuas hati (redha),
•tunduknya adalah kesabaran,
•tenteranya adalah perbincangan dengan yang berilmu,
•hartanya adalah pekerti yang mulia,
•simpanannya adalah menahan diri dari maksiat,
•kelengkapannya untuk perjalanan adalah kesucian,
•air minumnya adalah lemah lembut,
•petunjuknya adalah petunjuk Ilahi,
•dan sahabatnya adalah mencintai yang terpilih.”

Apa itu Ilmu?” Baginda menjawab: “Berdiam diri”.
Baginda ditanya: “Kemudian?”. Baginda berkata: “Dengarkan dengan penuh perhatian”.
Baginda ditanya: “Kemudian?” Baginda berkata: “Ingat”.
Baginda ditanya: “kemudian?” Baginda berkata: “Amalkan (yang dipelajari).”
Baginda ditanya: “Kemudian?” Baginda berkata: “Sampaikan.”

[Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jilid 2, ms 28]

Kita sebagai hamba di dunia ilmu untuk dikejar hanya terletak pada diri kita sendiri.. hanya seorang tanpa bantuan sesiapa selain hidayah dari Allah.. Teruskan merempit untuk mengejar ilmu dunia dan akhirat..tekanlah minyak seberapa laju yang kamu kehendaki asalkan rempitan solo anda ke arah/jalan kebaikan bersama.. Insha Allah..

Untuk diriku
kadang - kadang bila aku merempit secara solo/kesorangan untuk seberapa jauh yang mungkin  aku akan terasa seperti jua:-

Mengunjungi kenangan semalam
Bukanlah niat mengharapkan semula
Adanya ruang dan peluang..
Tapi sekadar mengulit semula ingatan
Kelemahan diri tidak mampu menghapus semua kenangan semalam..
Tiap suka dan tawa riang
Tidak pernah luput dalam memori
Adapun duka tidak pernah diperlihatkan keduanya
Seolah- olah tahu dan mengerti saat yang dilalui cuma sementara
Masa yang berlalu hanya penuh dengan senyuman..
Celoteh dan gurauan ada sahaja tercetus
Hahaha..opss, terkadang terlepas tawa tanpa sedar ..kelemahan diriku..
Jarak kita semakin dekat tapi tiada ruang untuk melestarikan impian..
Impian????
impian yg baru aku angankan tidak sempat pun aku gambarkan..
Nak lestarikan apa??..umpama buih-buih yang baru berterbangan
Pecah tapi tidak berbekas..
Biarlah..cukup sekadar kenangan..
Dalam kenangan 25/10/2008 - 29/5/2011..





Monday, January 2, 2012

Lembaran 2012..

Bismillahirohmanirahim... hari nie adalah hari kedua kita memasuki ke tahun baru 2012.. sedar tak sedar usia umurku meningkat lagi satu angka ke awal 30an.. kalau di lihat saudara dan sahabat di sekelilingku semuanya masing - masing berazam untuk tahun baru untuk berubah ke jalan yang lebih lurus iaitu jalan yang menuju ke syurga.. Tahun berganti tahun hari berganti hari begitu juga dengan diri kita sebagai hamba di muka bumi ini.. Sementara umur masih muda dan setahun jagung kita kena sentiasa beringat bahawa ajal akan datang menjemput tidak kira bila masa  dan dimana kita berada..

Dalam kehidupan kita seharian kita harus melihat betapa banyak nikmat Allah yg telah kita syukuri hari ini? dan berapa banyak dosa yg telah kita mohonkan keampunan dariNYA.. Syukur dengan menjelmanya tahun baru..hidup baru dalam kehidupanku Allah telah menghantar suamiku yang di kasihi dalam mimpiku..Suamiku yang sentiasa melihat anak dan isterinya di sana.. aku terlau rindu sangat ingin mendengar suaranya apatah lagi ingin menyentuh dan melihat wajahnya tapi ku tahu ini semua hanya mimpi tidak mungkin dapat ku gengami di alam nyata..

Semoga dengan hadirnya tahun baru akan lebih bermakna dalam kehidupanku untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang hambaNYA,isteri, anak dan ibu.. Insha Allah dengan sokongan dan dorongan dari sahabat semua saya akan menjadi lebih kuat untuk meneruskan kehidupan ini tanpa suami di sisi.. Semoga jodoh kami berdua berkekalan hingga ke akhir hayat itu saja doa saya setiap kali bersujud padaNYA.. saya ingin menjadi bidadari syurga untuk suami saya di sana nanti.. Insha Allah moga Allah permudahkan segala urusan saya dan puteri tercinta.. Yang Baik datangnya dari Sang Pencipta.. Yang jahat datang dari diri kita sendiri. Kitalah yang harus mencorak kehidupan kita untuk menjadi lebih baik lagi dari sebelumnya..

Khas untuk sahabat alam mayaku...:)


Ya Allah,
Perjalanan ini terasa sungguh sunyi..
hari-hari yang dialui terasa sepi...
Permata yang dimiliki semakin jauh pergi..
Itulah ketentuan takdir Illahi..
Kerana dirinya bukan miliku lagi..


Ya Allah,
Penitian hidup tetap diteruskan..
hanya bersendirian mencari arah tujuan..
setelah dia (sahabat) memberi jalan..
Dengan sejuta nota dan pesanan..


Ya Allah,
Ku kuatkan langkahan mencari sinar harapan..
Biar tanpa insan bernama "suami"..
hanya sahabat yang beriman menjadi dambaan..
Akhirnya impian menjadi kenyataan..
Kurniaan diterima lebih dari apa yang diminta..

Ya Allah,
Sungguh indah ukhwah ini..
kesepian berlalu pergi..
kesibukan yang dilalui..
membuatkan tidak lagi berfikir untuk mencari..

Ya Allah
Cita-citaku terlalu tinggi..
Inginku gapai sebelum diri dimiliki..
kerana selesa berdikari..
tanpa ada yang membatasi..
Fitrah ditolak jauh sekali..
sekadar ingin mencari kepuasan diri..

Ya Allah,
bantulah hambaMu yang kerdil ini..
Luruskan setiap jalan yang dilalui..
Kuatkan dan perteguhkan diri..
Jangan diganggu dengan penyakit hati..
walau perasaan fitrah insani..
demi cita-cita yang ingin dikecapi..


-UNTUK DIRIKU PUTERI DAN CITA-CITA YANG PALING UTAMA-


Sunday, January 1, 2012

Titian & Tangisan 2011

Bismilahirohamanirahim...Syukur kehadrat Ilahi kerana aku masih lagi mampu membuka mata dan melihat keindahan dan ciptaan Allah di muka bumi ini.. hari nie berakhirlah tahun 2011 tahun yang menyingkap 1001 rahsia perjalanan hidupku..Tahun 2011 yang terlalu banyk cerita duka dalam kehidupanku sebagai hamba di sisiNYA.. Aku pasrah pada takdirNYA dan redha dengan ketentuanNYA...

1/1/2011 - Wujudnya perniagaan online Hasya Sofea Enterprise & Hasya BabyWorld  Collections.. aku dan suami sangat gembira kerana hasrat kami untuk mencari pendapatan sampingan untuk menyara kehidupan kami yang ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. Tujuan utama kami adalah untuk membesarkan puteri kami seperti kanak - kanak lain dalam kehidupan yang sedeharna seperti keluarga lain.. Dengan bermodalkan yang tak seberapa kami suami isteri bersungguh - sungguh untuk melebarkan sayap perniagaan kami.. Suamiku berusaha dan tak jemu - jemu memberi sokongan padaku..katanya jika dia pergi dulu (mati) sekurang - kurangnya aku ada 2 pendapatan bulanan untuk menyara puteri kami kelak..Akhirnya semua kata - katanya menjadi kenyataan..Ye sekarang hanya aku seorang yang menyara puteri kami tanpa dia disisku..Allah..:(

3/2/2011 - Ujian datang lagi..Kontrak di tempat kerjaku telah tamat..secara tak langsung aku telah di berhentikan kerja.. Suamiku menjadi serba tak kena bagaimana harus kami meneruskan kehidupan dengan gaji suamiku hanya RM800 sebulan selepas di tolak dari pinjaman yang dia lakukan waktu ketika dulu..bagaimana harus kami ingin menyara kehidupan kami tiga beranak tambahan pulak rawatan puteri masih belum pulih sepenuhnya..Puteri masih perlu menjalankan fisioterapi setiap 3 hari sekali bagi penyakit torticolisnya..Sebulan kami memerlukan hampir 1K utk mengubati penyakit puteri dgn supaya sembuh dgn lebih cepat lagi..bukan taknak pergi hospital kerajaan tapi suamiku terlalu kesiankan puteri kami..pada awalnya selepas puteri di lahirkan memang kami pergi hospital kerajaan untuk mengubati penyakit puteri kami..tapi kami tak sanggup melihat puteri menahan kesakitan sehingga membuatkan leher puteri sentiasa berdarah setiap kali fisioterapi..Sebab itu kami memutuskan untuk membawa puteri ke hospital swasta.. Alhamdulillah kini puteri semakin sihat dari torticolis walaupun tempoh rawatannya tidak habis lagi..(kerana selapas ini ku terpaksa menjaga suamiku yang sakit)

10/2/2011 - Aku melihat sejak kebelakangan ini suamiku selalu demam - demam.. muka leher dan telinganya bengkak seolah - olah seperti bengkak cantik..Suami selalu mengadu padaku bahawa pendegaran dia pada telinga sebelah kanan sudah tidak dengar katanya mungkin dia sakit telinga tapi hakikatnya telinga dia tidak pulak rasa sakit.. Aku suruh suami pergi buat check up di hospital sungai petani tapi katanya rasanya abg cuma sakit telinga so abg nak refer pada pakar sakit telinga sahaja.. aku bawa dia pergi ke alor star untuk berjumpa dengan pakar sakit telinga dekat klinik ali.. kata doktor pakar ali telinga suamiku ok sahaja tidak ada apa yang membimbangkan mungkin kerana keadaan cuaca yang panas membuatkan telinga suamiku kurang perdengaran..

11/2/2011 - Suamiku pergi emergency wad semata - mata hanya untuk dapatkan MC untuk hadirkan kenduri sahabat kami tapi rupa - rupanya dia kena tahan dekat emergency kerna demamnya yang tinggi dan darahnya juga tinggi.. Dia mendapat kelonggaran dari doktor untuk pulang daripada di tahan di wad untuk menghadiri kenduri tersebut.. 6 Jam sahaja dia di emergency wad dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengahari..

13/2 - 25/2/2011  - Demam suamiku semakin menjadi sehingga suhu badanya naik sampai 42.. tapi peliknya hanya tiba waktu malam sahaja dia demam..sebelah siang dia baik seperti biasa.. muka dan leher dia semakin menbengkak dia tetap berdegil katanya hanya bengkak cantik demam yang menimpa dirinya mungkin di sebabkan bengkak cantik nanti lama - lama hilanglah katanya..ayg jangan risau yer..

26/2/2011 - aku semakin risau dengan keadaan suamiku kebetulan hari ini aku bercuti dan suamiku kerja di pagi hari..hari ini aku memasak nasi lemuni atas permintaan suamiku..nasi lemuni memang makanan kegemaran suamiku..pukul 2ptg suami sampai balik ke rumah.. aku tidurkan hasya terlebih dahulu seperti biasa sebelum kami makan bersama..suami membawa balik cendol pulut kegemaranku untuk makan bersama nasi lemuni petang itu..sambil makan bersama di meja rumah kami (kali terakhir kami makan bersama di rumah) aku merayu dan memujuk suamiku untuk pergi membuat check up terhadap dirinya..aku beritahu dia sementara ayg masih tidak bekerja abg pergilah ayg boleh uruskan rumah dan hasya..ayg risau sangat akan kesihatan abg..please abg demi anak kita..kata suamiku baiklah dalam nada lawak dia bertanya padaku rasanya ayg sekarang time suburkan? kalau ikut kiraaan abg la hehehe..:)kalau boleh abg teringin sangat anak lelaki  tapi kali nie ayg jangan pakai protect yer..aku ikut saja segala kemahuanya..selepas makan puteri masih tidur pukul 3.30 ptg itulah kali terakhir aku menjalankan kewajipan sebagai isteri untuk suami di kasihi...Pukul 4.30 petang aku lihat keadaan suami semakin teruk aku call ibu mertuaku untuk datang kerumah..selepas mak dan  abah datang akhirnya suamiku akur dan dia pergi juga kehospital untuk membuat rawatan selanjutnya dan dia di tahan di wad untuk rawatan susulan..

27/2/2011 - aku pergi melawat suamiku ke hospital dan membawa puteri kami..aku melihat doktor dah mula membuat rawatan pada suamiku..doktor dah mulakan antibiotik untuk turunkan suhu badan suamiku..segala antibiotik diberi padanya..dalam tempoh ini suamiku masih kuat dengan drit yang di masukkan kedalam badanya..Aku selalu berdoa moga dia cepat sembuh seperti sebelum ini.. Seminggu berlalu suami di hospital akhirnya keputusan makmal keluar..kata pihak hospital suamiku sakit di sebabkan penyakit 'cat strach disease: iaitu sejenis virus dari cakaran/ @ air liur kucing..Kami suami isteri percaya kerana belakang rumah kami memang banyak kucing terbiar dan suamiku selau prihatin pada kucing - kucing tersebut..

20/2/2011- Suamiku minta pulang untuk rehat di rumah..pihak hospital  izinkan untuk suamiku pulang..Pihak hospital ada berikan ubat untuk suamiku terus makan supaya kuman virus dalam badannya cepat - cepat di matikan.. seminggu suamiku berada di rumah tapi aku melihat keadaan dia semakin lemah demam dia semakin kerap dan ada benjolan yang muncul pada lehernya.. benjolan itu semakin hari semakin bertambah menjadi lebih dari tiga..aku terlalu risau keadaan suamiku..aku merayu minta suami refer semula ke hospital

28/3/2011 - Suamiku dimasukan semula ke hospital untuk menjalankan rawatan susulan..dalam minggu itu pelbagai ujian di lakukan pada suamiku sehingga aku melihat dia semakin kurus dan pucat tidak seprti dulu..aku buat keputusan untuk hantarkan puteriku ke kampung supaya aku boleh menjaga suamiku di hospital.. Bermulalah detik aku berkampung di hospital menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk menjaga suami di kasihi ketika sedang sakit..Setiap detik setiap saat aku mengucapkan kata sayang padanya...aku mencium tangan dan dahinya jika aku hendak keluar dari bilik wad suami di hospital..

10/4/2011 - kesihatanku tiba - tiba rasa terganggu dan tak sihat..aku selalu pening - pening dan kurang selera makan mungkin di sebabkan aku tak cukup tidur kerana menjaga suamiku..aku memberitahu suamiku katanya mungkin aku mengandung sebab dia dapat rasakan yang aku mengandung dari pengalamannya semasa aku mengandung puteri kami Nur Hasya Sofea suamiku mendapat alahan iaitu tidak boleh bau minyak wangi yang aku pakai..begitu juga tika dan saat itu..Alhamdulillah betul jangkaan suamiku bahawa aku mengandung lagi.. tapi demi suamiku aku telah berjanji padanya yang aku akan merahsiakan kandunganku dari keluarga semata - mata ingin menjaga dia stiap detik..stiap jam..setiap saat dan setiap nafasku hanya untuk suamiku.. Dia suamiku setuju dengan cadanganku katanya dia hanya berserah pada Allah jika ditakdirkan bayi yang kukandungkan Allah pelihara Insha Allah bayi itu akan lahir ke dunia..Jika tidak Allah telah merancangkan sesuatu untuk kami kerana mengikut kata doktor aku tidak boleh mengandung dalam masa lima tahun yang terdekat atau selamanya memandang saluran peranakanku menghadapi masalah..

28/4/2011 - Dengan berbadan dua dan bayi dalam kandunganku aku tanpa rasa jemu menjaga suamiku tidak kira siang dan malam kadang - kadang aku curi masa balik kerumah untuk pos barang customer..aku bawa laptop datang ke hospital untuk meneruskan perniagaanku (online bisness) dengan sumber pendapatan itu saja aku menyara kehidupan kami sekeluarga memandangkan tika dan saat ini aku tidak bekerja.. pada hari yang sama juga keretaku di pecahkan oleh hamba Allah yang tidak berperikemanusian.. Segala barang pernigaanku yang perlu di poskan pada customer hilang begitu sahaja.. Aku redha dan pasrah dengan ketentuan Allah..Aku terpaksa keluarkn wang simpananku di tabung haji untuk mengantikan kerugian barang yang hilang pada customer..semakin hari wang simpanan semakin di keluarkan untuk meneruskan kehidupan kami..Pada hari yang sama juga ujian penuh dari pihak hospital mengatakan yang suamiku menghidap Kanser Limfoma tapi belum tahu sepnuhnya oleh pihak hospitla tahap berapa kanser yang dihadapi oleh suamiku..

29/4/2011 - Sejak suami ketahui bahawa dia menghidap kanser kehidupan sehariannya semakin tidak terurus dan dia terlalu banyak berfikir perkara - perkara negatif yang bakal menimpanya dirinya nanti.. Dia terlalu ikutkan perasaan..Ku tahu tika dan saat sebegini syaitan sudah pasti akan datang menempek pada suamiku memndangkan suamiku sakit dan lemah.. Di samping perubatan saintis doktor kami mengambil altenatif lain untuk mengubat suamiku dengan cara perubatan tradisional..bermacam - macam penawar kami ambil dari pelbagai ustaz - ustaz yang di kenali..ada yang jauh..ada yang dekat.. Walaupun keadaan suami semakin hari semakin lemah segala permintaan suami aku tunaikan apa saja yang dia nak makan aku berikan walaupun aku tahu ada yang tidak boleh makan olehnya..boleh di katakan tiga hari sekali pasti cheesy wedges KFC menjadi kegemaranya ataupun jenis masakan lain yang pastinya mesti ada kentang(makanan kegemaranya ialah kentang).. Semasa dekat hospital suami selau berkata sambil menjamah cheesy wedges KFC.. Nanti bila abg sihat abg nak cari supplier yang jual sos wedges KFC nie..abg nak cuba pasarkan kerana abg tahu bahawa sos wedges ini pasti menjadi kesukaan orang ramai yang berkeluarga dan menpunyai anak.. tak perlulah lagi mereka pergi ke KFC dekat rumah pun dah boleh buat wedges sendiri dengan sos ini..ayg doakan abg sihat yer moga impian abg nie terlaksana.. Insha Allah
(sekarang impian suamiku terlaksana walaupun bukan dia yang mengusahakan pernigaan cheesy wedges..aku sebagai isteri telah melaksanakan impiannya yang dia sendiri tidak sempat melakukanya..moga ada kekuatan untuuku untuk meneruskan perjuangan ini.. Insha Allah)

2/5/2011 - Selepas keluarnya ujian bone narrow ( air tulang belakang) pihak hospital terus tolak suamiku ke hospital pulau pinang..Keadaan suamiku semakin lemah..pernafasanya hanya bergantung pada oksigen semata - mata.. dalam perjalanan ke hospital pulau pinang di dalam ambulan dia suamiku tampa henti mengucup tanganku..katanya dia sangat takut..takut untuk berdepan dengan penyakitnya.. Dia takut yang dia akan pergi meninggalkan aku dan dunia katanya dia belum cukup soleh untuk menyambut seruan Ilahi..Banyak perkara yang dia perlu laksanakan untuk menjadi seorang suami yang soleh dan bapa yang bertanggungjwab untuk membesarkan puteri kami..Katanya dia belum cukup sempurna untuk menjadi suami yang baik.. dia ingin menebus segala salah dan silapnya dan ingin menjadi suami yang paling di sayangi di sisiku.. Dia takut sangat bila memikirkankan soal mati dia merayu minta aku mencari segala penawar untuk menyembuhkan penyakitnya.. Tujuanya cuma satu jika dia sembuh dia ingin berubah menjadi dengan lebih baik lagi dari sebelum ini..Akhirnya petang itu kami sampai di hospital pulau pinang sambil di temani sahabat suamiku fauzi yang kebetulan kerja di sana.. aku melihat ramai doktor - doktor pakar yang datang menghampiri suamiku terdengar kata seorang doktor macam mana pihak hospital sungai petani tidak nampak yang suamiku dari awal lagi sememangnya ada kanser bukanya virus kucing..

3/5/2011 - Sejak di masukakan ke hospital pulau pinang suamiku tak habis - habis suruh aku bertanya pada doktor tahap berapa kanser yang di hadapinya..tahap 1,2,3 dan 4..risau betul dia sehingga aku melihat dia tidak stabil dengan saluran pernafasanya..

4/5/2011 - Akhirnya doktor memberitahu kami bahawa tahap kanser suamiku kini berada di tahap 4..tahap yang paling kritikal doktor akan segerakan rawatan padanya dengan secepat mungkin untuk menjalankan kimoterapi..kata doktor suamiku perlu menjalankan sebanyak 12cycle kimoterapi untuk mematikan sel kanser yang menyerang suamiku.. tapi keadaan suami semakin kritikal kerana seisi kimoterapi terpaksa di tunda atas sebab - sebab dalam jantung suamiku terlalu banyak air..pihak hospital perlu menjalankan proses tapping untuk mengeluarkan air didalam jantung suamiku..doktor minta aku menadatangani surat kebenaran untuk menjalankan rawatan tersebut..

5/5/2011 -  Suamiku dimasukakn ke CCU untuk menjalankan proses tersebut.. Sakit dan peritnya sepanjang dia mendapat rawatan dari pihak hospital hanya dia dan Allah yang tahu..setiap saat dia mengadu padaku bahawa semua rawatan sangat sakit sehingga dia tak mampu untuk meneruskan lagi..semangatnya semakin hari semakin kendur untuk meneruskan kehidupan..Seminggu dia di CCU (unit rawatan jantung) sehingga suatu hari sambil membuka topeng mask pernafasanya dia memberitahu padaku yang dia teringin sangat ingin berjumpa dengan puteri kami..tapi hakikatnya dalam bilik CCU tidak dibenarkan kanak - kanak untuk masuk melawat..

10/5/2011 - Dengan bantuan sahabatnya yang berkerja di hospital pulau pinang akhirnya impian suamiku untuk bertemu dan mencium anaknya untuk kali terakhir termakbul sebelum dia menutup matanya untuk kali terakhir..selepas hari itu puteri kami di terbangkan pergi ke shah alam kerana maksu suami ingin menjaga puteri kami memandangkan keaddan aku yang kena jaga suamiku siang dan malam.. Allah telah peliharakan kesihatanku walaupun aku berbadan dua semangat aku semakin kuat untuk menjaga suami yang di kasihi.. Syukur tak terhingga padaMU Ya Allah..

14/5/2011 - Langit pagi ini mendung dan akhirnya hujan seperti airmataku..aku melihat suami tersayang semakin lemah sehingga dia tidak mampu untuk bercakap lagi..hanya isyarat dengan menulis di kertas menjadi penghubung kami berdua..Sebelum dia menutupkan matanya untuk yang terakhir dia teringin sangat untuk meminum air soya..aku bergegas turun membeli air soya tersebut..Kenangan yang terindah di kertas yang di tulis olehnya.."ayg abg ingin mencium anak yang dlm perut ayg..izinkan abg menciumnya..sambil bergenang air mata aku menarik tirai wad untuk meneruskan permintaan suamiku..tika dan saat ini juga aku memohon ampun dan maaf padanya dan minta dia halalkan segala makan minumku ketika aku bersamanya..begitu juga dengan dia..kerana aku dapat merasakan yang suamiku akan pergi meninggalkanku dan aku perlu bersedia dari segi mental dan fizikal mulai sekarang..selapas itu mak dan abah datang aku bisik di telinga suamiku supaya memohon ampun dan maaf kepada kedua orang tuanya...selepas saja dia memohon ampun dan maaf pada orang tuanya suamiku menutup mata dan tidak sedarkan diri lagi..Dia ditolakan ke NICU dan di tubekan pada lehernya supaya pengawalan pernafasan dia akan terkawal.. rawatan kimoterapi terpaksa di tunda lagi kerana dalam jantungnya masih banyak lagi dengan air sehingga doktor kehairanan sedangkan sebelum ini semua air dah berjaya di keluarkan..

16/5/2011 - Doktor pakar memangilku untuk memberitahu keadaan suamiku yang sebenar dan mereka memerlukan tandatangaku untuk menjalan proses tapping lagi sekali untuk mengeluarkan air dalam jantung suami.. Aku izinkan memandang dia tidak sedar dan dia pasti tidak akan rasa sakit bila proses itu di jalankan.. Selepas proses berjaya di jalankan aku tidak henti - henti berdoa pada yang esa supaya lanjutkan usia suamiku kerana ku tahu suamiku akan pergi meninggalkan aku dalam waktu yang terdekat..Aku tidak berhenti berharap..sentiasa berharap yang ada keajaiban yang berlaku pada diri suamiku..

25/5/2011 - Suamiku telah sedar dari koma..Berita ini telah disampaikan pada keluarga dan sahabat suami mereka terlalu gembira mendengar perkhabaran ini bahawa semangat suamiku semakin kuat untuk melawan penyakitnya,,tapi bagiku sebagai seorang isteri aku dapatkan rasanya yang suami aku akan pergi meninggalkanku dalam waktu terdekat sambil memegang bayi dalam kandunganku.. tibanya waktu melawat aku bergegas melwat suamiku..aku bertanya padanya apa yang dia nak makan/minum dalam bahasa isyarat iaitu dengan menulis di kertas.. Aku tunaikan apa yang dia nak minum walaupun suami memakai tube aku cuma letakkan pada bibirnya sekurang - kurang dia dapat merasa sikit demi sedikit sisa - sisa makanan trakhir di dunia.. Segala rahsianya seperti no pin atm dan etc dia menulis dan memberitahu padaku..dengan itu ku tahu suamiku akan pergi meninggalkan aku mungkin esok atau lusa.. Dia minta aku call maksu dan adik beradik yang lain untuk pulang melawatnya secepat yang mungkin...(itulah perubahan dan petanda yang kutahu yang suamiku akan meninggalkanku)

27/5/2011 - Pada waktu melawat sebelah petangnya aku melihat ramai doktor berada dalam bilik suamiku selepas selesai suamiku menjalankan kimoterapi  3 hari sebelumnya..Doktor memberitahu keaddan suamiku semakin teruk dan peluang untuk meneruskan kehidupan hanya 10% sahaja.. Sebelum suamiku koma semula dia sempat meminta aku mencium dahinya untuk kali terakhir..akhirnya dia koma semula hingga ke nafas yang terakhir...:(

28/5/2011 - Di surau hospital pulau pinang selesai solat hajat dan isyak kami semua saudara suami berkumpul sambil bercerita tentang keadaan suamiku yang semakin kritikal.. dalam bercerita aku mendapt lintasan dan petanda dengan terhidu kapur barus dalam surau..Airmataku semakin laju mengalir dan terus sms maksu supaya pulang dengan segera dan membawa puteri kerna hanya maksu dan keluarganya saat ini belum datang lagi.. ku tahu yang suamiku akan tinggalkan aku pada keesokan harinya..aku dpat merasakan dari naluri seorang isteri..

29/5/2011 - Selepas saja subuh aku terus pergi ke NICU aku minta keizinan pada nurse untuk masuk melawat suamiku... Allah aku melihat wajah suami semakin kekuningan.. ada darah yang mengalir keluar dari telinga itu menunjukan bahawa pendarahan organ dalaman dah mula bertindak bila - bila masa sahaja suamiku akan pergi meninggalkan aku..tika dan saat ini semua saudara berkumpul bergilir menbacakan yasin untuk suami.. Pakar hanya memberitahu tika dan saat ini kami hanya perlu mengajar dia mengucapkan kalimah syahadah padanya.. Akhirnya aku akur..redha dan pasrah pada ketentuanNYA..suamiku menghembuskan nafas terakhir pada 11.58 mlm 29/5/2011..pergi meninggalkan aku dan juga puteri serta bayi dalam kandunganku...Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang ibu tunggal..

30/5/2011 - Selapas berakhirnya pengebumian suamiku tidak putus - putus aku mendapat sms call dan etc ucapan takziah dari rakan taulan dan saudara mara..Akhinya seminggu telah berlalu suamiku telah pergi meninggalkan aku. Aku dah mula rasa kehilangan selepas saudara mara sudah berngkat pulang ke rumah masing- masing ..Tinggallah diriku dan puteri yang harus meneruskan kehidupan tanpa lelaki di sisi kami berdua..Kesian pada anakku kerana belum cukup puas untuk mendapat kasih sayang seorang bapa seperti kanak - kanak lain..

12/6/2011 - Dua minggu sudah berlalu aku tetap meneruskan kehidupanku dengan puteri dan bayi dalam kandunganku.. Kedua amanat yg sangat berharga yang telah ditinggalkan oleh suamiku.. Tidak jemu - jemu aku memohon doa pada Allah dan solat hajat supaya diketemukan oleh suamiku ( walaupun dalam mimpi) dalam tempoh 40 hari ini sebelum roh suamiku di angkat kelangit dan pergi jauh lagi meninggalkan aku dan terputusnya hubungan kami berdua di dunia sementara...Allahukahbar..Akhirnya Allah mendengar segala doa dan keluhanku dengan hadirkan suami dalam mimpi.. Keadaan wajah suami sangat tenang.. Alhamdulillah syukur padaMU Ya Allah..

15/6/2011 - Dadaku semakin tersekat menahan rindu pada suami pada siapa yang harus ku menggadu segala keluhan yang aku terlalu rindu pada suamiku..ingin melihatnya..ingin mendengar suaranya..ingin sangat memeluknya selain dari Allah.. Ya hanya kaun hawa yang senasib denganku yang akan merasa segala kepedihan hati yang tidak tertanggung selama ini.. Akhirnya aku tubuhkan satu group yang dinamakan "Sunyi Sekeping Hati' yang mengisahkan Sri Kandi Islam yang menyeru dan meneruskan perjuagan hidup tanpa kekasih hati disisi.. Alhamdulillah sudah semakin ramai ahli di group SSH sekarang..masing - masing bertukar pendapat dah buah fikiran untuk mengetahui bagaimana harus meneruskan perjungan ini bersama - sama.. Ukhuwah kami terjalin bagai sebuah keluarga.. Segala perit,sakit,sedih kami kongsi bersama kerana kami tahu hanya orang yang merasainya sahaja yang dapat mendalami segala isi hati kami..

20/6/2011 - Ujian datang lagi aku turun darah bayi dalam kandunganku tidak dapat di selamatkan (hampir 4 bulan)..Aku redha dan pasrah  dan terus teringat kembali pada kata - kata arwah suamiku.. Jika Allah sayangkan  bayi dalam kandunganku Insha Allah Allah akan pelihara jika tidak Allah telah merancangkan sesuatu yang lebih baik untukku..Tika dan saat ini aku perlu kuat...aku perlu semangat...aku perlu tabah..aku perlukan lagi tingkatkan kesabaran kerana tersilap langkah dan alpa pada bisikan syaitan mungkin betul kata orang bahawa tak mustahil aku akan mendapat "gila meroyan".. Ya aku masih waras...aku masih redha dengan ketentuanya bahawa aku kehilngan anak/bayi untuk kali ketiga.. Sekarang Nur Hasya Sofea pengarang jantungku..dialah anakku dialah suamiku dan aku umminya dan aku juga abahnya.. kami harus saling bantu menbantu antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan kami..

2/7/2011 - Puteri kesayangan demam campak..ini adalah kali kedua puteri demam..kali pertama semasa puteri dalam pantang.. Aku sangat risau denga kesihatannya.. Dengan keadaan aku yang masih belum lagi bekerja hanya berkeja partime dengan mengisi tender - tender dari pejabat lama.. Walaupun hasilnya tak seberapa Alhamdulillah dapt menampung keperluan kami dua beranak..Perniagaan online aku masih lagi tergemdala kerana aku masih belum cukup kuat lagi untuk meneruskan pernigaan itu..aku takut aku terlalu teringatkan suamiku..kerana dahulu kami berdua berganding bahu untuk mengusahakan perniagaan kecil - kecilan itu..

20/7/2011 - hari ini genaplah usia puteriku setahun...Selamat Hari Lahir  Sayang dah besar anak ummi..tidak ada apa yang dapat ku hadiahkan pada puteri hanya membuat kenduri kesyukuran di masjid dan menulis kata - kata semngat dalam diari puteri..moga besar nanti puteri akan membaca diari tersebut...

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol


Ketahuilah bahawa dua tahun yang lalu Ummi dan Abah hampir putus asa ketika Doktor mengatakan bahawa rahim ummi tidak begitu kuat untuk malahirkan anak..Tapi ummi dan abah tak henti berdoa semoga kami mendapat zuriat secepat yang mungkin kerana sebelum kamu dilahirkan dua orang saudara kandungmu telah pergi menghadap Ilahi sebelum lahir ke dunia..Namun selepas 4 bulan saudarak keduamu tinggalkan kita ,Allah telah memakbulkan doa ummi dan abah untuk memeprolehi cahayamata lagi dan ketika itu duhai anakku Nur Hasya Sofea kau telah mula berada di dalam rahim Ummimu.


Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol


Ketika kau berada dalam rahimku hari demi hari bulan demi bulan pelbagai dugaan yang menimpa atas diri Ummi dan Abah..Kami telah diuji oleh Allah ketika Ummi sedang mengandungkan kamu..Ummi dan Abah takut sangat sayang..Kami takut yang kamu tak sempat melahirkan ke dunia seperti saudaraMU yang lain..Hampir setiap bulan ketika mengandungkan kamu Ummi dimasukan ke hospital..Sakit dan peritnya hanya Allah yang tahu betapa sukarnya untuk melahirkan kamu sayang..Permata yang sangat bernilai buat Ummi dan Abah..selepas hampir sepuluh bulan menggandungkan kamu akhirnya kamu lahir ke dunia pada tanggal 20/7/2010 jam 5.28 pagi ketika azan subuh berkumandang


Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol


Setelah mendengar tanggisan pertamamu di subuh hari Ummi berasa syukur yang teramat kepada Allah kerana kau telah selamat dilahirkan ke dunia..Secara tak langsung kehidupan ummi dan abah dah lengkap dengan kehadiran kamu..Kau juga telah mengajak kami ikut serta dalam tanggisanmu..Tanggisan ummi dan abah yang sangat bahagia melihat bayi yang tapak kakinya sebesar dua jari dari rahim ummi telah berada di depan mata kami sekarang...Kau adalah Rahmat dan sekaligus titipan & utusan Allah untuk Ummi dan Abahmu. Terima kasih Ya Allah….Kau telah memberikan anugerah yang paling bernilai buat kami..


Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol


Hari demi hari kau telah lalui hidup bersama Ummi dan Abah sehingga tak terasa Usiamu menginjak ke Sembilan bulan..Selama Sembilan bulan sayang kau telah menjadi anak kesayangan kami terutama Abahmu..Abahmu yang terlalu kasih dan sayangkan kamu sehingga dia merasakan dialah Abah yang paling bertuah kerana memiliki anak yang secomel kamu. Dulu kau hanya mampu menangis,akan tetapi sekarang kau telah belajar untuk mengenali orang-orang di sekitarmu, kau telah belajar berbicara, kau telah belajar berjalan dan kau juga telah membuatkan Ummi dan Abah sentiasa tersenyum melihat telatahmu terutama Abahmu sayang..

Apakan daya sayang takdir telah menentukan segalanya hampir sepuluh bulan saja kau hidup bersama di dalam setiap nafas Abahmu..Tanggalnya 29/5/2011 Abahmu telah pergi menyahut seruan Ilahi tinggalkan Ummi dan kamu yang pada ketika ini kau tidak mengerti apa itu erti kematian..Di ulang tahunmu yang pertama ini, Abahmu hanya sempat berpesan kepada Ummimu sewaktu dia sedang sakit dahulu.


Bahawa didiklah puteri kita supaya menjadi anak Solehah.Bimbinglah ia supaya semangatnya untuk kuat meneruskan dan membesar tanpa kasih sayang seorang Abah..Kelak jika dia besar nanti, jadilah dia insan yang senantiasa bertaqwa,senantiasa mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya,jadilah dia insan yang jujur kerana sekali dia berdusta,maka orang tidak akan mempercayainya lagi. Pegang teguh kalimah Tauhid dalam setiap nafasnya.Jadilah dia anak yang pandai, untuk membantu ummi dan menyinari hidup ummi kelak, dan bergunalah kamu untuk menolong sesama sendiri nanti tanpa kehadirannya Abah.

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol

Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama sayang..Walaupun abahmu tidak sempat mengucap hari lahir padaMU tapi ketika hidupnya dia sentiasa mengucap perkataan sayang padamu berbanding dengan Ummi..Dia telah sempat mengucapkan perkataan hari lahir ketika usiamu dua bulan dan enam bulan yang lalu.Ingatlah wahai anakku tanpa abahmu kamu tidak akan lahir kedunia..Apa yang boleh Ummi doakan semoga kita berdua tabah mengharungi kehidupan yang mendatang dan kita akan sentiasa di lindungi Allah..Maafkan Ummi sayang kerana Ummi tidak menyambut kelahiranMu Yang pertama seperti kanak – kanak yang lain kerana tika dan saat ini ummi masih bersedih dengan ketiadaan Abahmu..Abahmu yang telah pergi meninggalkan kita dan takkan kembali lagi..Semoga perjalanan hidup kita akan dilimpahkan rahmat dari Allah..Amin.

Nur Hasya Sofea Binti Mohd Hafidzol kau adalah anak yang paling comel dan cantik buat Ummi dan Abah… dan lagu ini ummi tujukan buatmu sayang..

 Puteriku Sayang..

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

22/7/2011 - Akhirnya aku mendapat gambaran samar - samar untuk meneruskan hasrat suamiku untuk mencari supplier sos cheesy wedges..Dengan kekuatan yang ada dan semangat yang semakin pulih aku terus berusaha untuk memulakan kembali pernigaan kami yang tergendala..dengan semngat baru..Tujuan utama untuk puteriku..aku ingin melihat dia gembira seperti kanak - kanak lain.. Insha Allah..

25/7/2011 - Akhirnya aku telah berjumpa dengan supplier sos cheesy wedges.. Allah telah mengaturkan segalanya dan aku tidak menyangka yang supplier sos cheesy wedges adalah sahabat/sejiran sekatilku semasa di hospital semasa kami ingin melahirkan cahayamata masing - masing... Allah telah mengahantarkan dia padaku..Dialah orang pertama yang membuatkan semangat aku semakin berkobar - kobar untuk meneruskan pernigaan sos cheesy wedges seperti yang di hajati oleh suamiku..

29/7/2011 - Akhirnya impian suamiku tercapai.. aku telah mula memasarkan sos cheesy wedges (cheese powder) dengan perassan yang amat gembira.. ku yakin yang cheese powder ini akan mendapat sambutan seperti mana kata suamiku.. Cuma aku perku berkerja kuat untuk meneruskan perjuangan ini.. Ya kini aku telah mendapt hasilnya walaupun hanya kecil - kecilan pasaranya aku tida menyangka dengan hanya bermodalkan 2kilo cheese powder akhirnya kini aku telah mencecah pasaran bertan - tan cheese powder.. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang di turun padaku..

1/8/2011 - Ramadhan datang lagi..perasaan pilu..pedih..sakit hanya Allah yang tahu..dengan menyambut bulan keberkatan islam tanpa suami disisi membuatkan imanku kadang - kadang goyah seperti tidak ingin meneruskan kehidupan ini lagi.. tapi hakikatnya perjuaganku harus diteruskan demi suami tersayang..dengan mendekatkan diri dengan Allah dan sentisa mengingatkan Mati itu pasti aku menjadi semakin kuat untuk meneruskan kehidupanku.. Ku tahu ku insan yang terpilih olehnya walaupun di sekelilingku orang yang ku sayang semuanya telah pergi menghadap Ilahi..

8/8/2011 - Eh hari nie besday aku la..hehehe..aku masih lagi tersenyum walau hakikatnya hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hatiku.. Aku rindu sangat dengan kiriman bunga mawar (ros) dari suami tercinta..Jika ada hari yang bermakna dalam hidup kami.. Bunga Mawar (ros) wajib di beri oleh suami.. Suamiku romantis juga tau walaupun nampak dia sebegitu tapi jiwa dia jiwang juga..hehehe..:) walaupun tanpa suami di sisi yang memberi ucapan hari lahir ku tahu aku bukan keseorangan ramai lagi yang sayangkan akan diriku di luar sana.. Insha Allah..:)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah".
  
8 ogos 2011,bertambah lagi usia saya mencecah 30tahuin hari ini,bertambahnya usia ini bertambah pula tanggungjawab sosial saya di dunia tanpa suami disis untuk membesar amanat yang ditinggalkan dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi isteri solehah untuk suiami disayangi walaupun saya masih di bawah dan bertatih untuk ke tahap itu.InsyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan saya...Semoga saya sentiasa dilindungi Allah dan dijauhkan daripada fitnah - fitnah manusia di dunia sementara ini...Amin..
Saya sangat terharu dengan ucapan yang diterima betapa ramainya yang memberi sokongan dan dorongan kepada saya walaupun saya telah kehilangan orang di sayangi...Disini secara tak langsung saya bukan keseorangan di dunia ini..Saya masih ada lagi manusia yang sudi mengambil berat dan kebajikan untuk saya dan princess Nur Hasya Sofea..
Walapun tahun ini hari lahir saya dalam keadaan berduka  dan hiba tetapi saya masih lagi tersenyum & ketawa dengan sokongan dan dorongan anda semua..Moga kita semua sentiasa dirahmati olehNYA..
Terima kasih tak terhingga kepada keluarga dan teman-teman semua baik secara online (FB,Blog,FS,Twitter SMS, Telepon) maupun offline memberikan ucapan doanya kepada saya. Dan semoga doa tersebut juga dilimpahkan untuk keluarga dan teman-teman semua. Semoga Allah SWT selalu melindungi kita, memberikan kesihatan, kesuksesan dan kebahagiaan dunia akhirat untuk kita semua. Amiin Ya Rabb....

Ya Allah,
Hari ini aku dalam kekusyukkan dan keihlasan dihadapan hamparan rezekimu...
Kehidupanku berjalan dan berputar sesuai dengan kehendakmu...

Ya Allah,
Kau ciptakan aku dari tiada, menjadi ada...
Kemudian kau kembalikan aku kepadamu,...


Ya Allah,
Hari ini telah sampai usia ku dalam kedewasaan, jadikanlah aku menjadi kusyuk ,redha dan tawaduk dalam menerima hikmah dan musibahmu....
bertambah usia dalam hitunganku, berkurang pula usiaku dalam hitunganmu..

Ya Allah,
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat hidup dan menjadi bermanfaat bagi ummatmu yang lain..
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih memandang hidup dengan penuh makna dalam kebesaranmu..
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku..

Ya Allah,
Jadikanlah aku termasuk ke dalam orang-orang yang senantiasa bersyukur terhadap rezeki dan anugerah yang Engkau berikan...

Ya Allah,
Terima kasih Engkau telah mengangkat aku menjadi makhluk dengan darjat yang tinggi di dunia ini..
Dengan kehilangan kekasih hati (suami) yang telah kembali kepadaMU...
Aku redha Ya Allah..ku pasti Engkau telah merancangkan sesuatu yang terbaik untukku..

Terima kasih kerana Engkau telah memberikan Cahaya Keimanan kepada kami agar kami dapat mengenalmu..

30/8/2011 - Dah raya..Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk suami tersayang..seperti biasa walaupun tanpa dia disisi aku sentiasa menjalankan kewajipanku terhadap dia.. Kad ucapan Selamat Har Raya Aidilfitri aku coretkan seperti biasa..sudah menjadi tradisi tibanya hari yang penting kad ucapan pasti ada (wajib ) bersama..Beraya di kuburan membuatkan dadaku sebak menahan perit..ibarat seperti limau yang sedang di toreh dan di perah ke atas luka yang berdarah..begitulah ku rasa..Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..kata aku korang hanya memandang tapi aku yang memikul dan merasakan.. Bukan senang dan mudah untuk meneruksan perjuangan ini kerana jalan - jalan yang liku pasti akan muncul selepas ini..

1/9/2011 - bagaimana ya kerja yang ku cari belum dapat lagi..kerja sekarang hanya kerja partime sahaja..aku perlu cari kerja tetap untuk menampung kehidupan kami dua beranak..tetapi memandangkan keadaan aku yang masih dalam iddah kematian agak terbatas pergaulanku untu keluar mencari pekerjaan di luar sana.. Aku hanya fokus pada internet dan terus bertungkus lumus melebarkan lagi pernigaan alam mayaku..

6/10/2011 - Selamt Hari Lahir Sayang.. hari ini besday suamiku dan juga tamatlah tempoh iddah kematian untukku pada hari yang sama.. Bagiku tamatnya tempoh iddah kematian untukku adalah satu hadiah dari suamiku buatku pada hari lahirnya.. tidak semestinya dengan tamatnya iddah kematian ini aku terus bebas tapi dengan tamatnya tempoh ini mungkin mudah bagiku untuk meneruskan perniagaan kami dan mencari kerja yang tetap untuk sumber harianku dan puteri.. tarikh ini yang sangat bermakna dalam diriku.. Allah telah merancang dan mengaturkan segalanya untukku.. Insha Allah semakin hari aku semakin kuat..semangat aku semakin kental dengan tafsiran dunia terhadapku.. apa yang perlu ku pegangkan untuk meneruskan kehidupan hanya Janji Allah.. kerana Janji Allah itu pasti DIA tidak akan menurun ujian/dugaan/musibah pada hambaNYA yang tidak mampu untuk menerima segala ujian/dugaan/musibah darinya..Hanya insan yang terpilih dan DIA sayang yang akan mendapat semua ini.. Insha Allah kebahagian pasti muncul bukan di dunia tapi di akhirat sana..itu JanjiNYA pada hambaNYA...

25/10/2011 - Hari nie ulangtahun perkahwinan kami yg ketiga..Sayunya hati menahan rindu pada suami..sebelum ini jika munculnya bulan oktober aku dan suami akan menyambut 2 tarikh yg amat penting buat kami iaitu besday en suami dan hari ulangtahun perkahwinan kami..kami menyambut serentak 2 in1 so hadiah untuk suami jadi budget la pada diriku..bagi satu hadiah untuk 2 tarikh yang bermakna..hehehe..Last year xde yang supprise sangat semasa hari ulang tahun kami cuma kami berdua pergi bercuti bersama puteri..2 tahun sebelum itu ada aku buat suprise untuk en suami tika tibanya hari ni..aku suprise dengan membuat video detik - detik perkenalan kami sehingga kami melahirkan puteri.. terkedu en suami melihatnya katanya tak sangka ayg pandai juga buat semua nie walaupun video itu tak la seberapa cantik seperti orang lain tapi setiap kata - kata yg aku tuturkan sangat bermakna bagi suami..Rindu saat ini...:(

1/11/2011 - Alhamdulillah pengakhiran 2011 dengan ada sekelumit berita gembira di hatiku..akhirnya aku telah mendapat kerja tetap semula Alhamdulillah Syukur padamu..Bermula detik kehidupanku di tempat kerja baru..kawan baru...tempat baru..bos baru dan segala - galanya baru.. Aku harus membiasakan diri dengan gelaran yang ku pegang sekarang..Takut - takut fitnah datang menerpa.. Ku harus pandai menjaga diri sebagai isteri kepada suamiku..Gelaran Puan Normala tetap akan di kekalkan tidak di kira dimana sahaja.. Di pejabat baru kawan - kawan dan staff lain tetap gelarkan aku Puan Normala/Puan Mala dan Puan sahaja kerana itu adalah permintaanku.. Bukan kerana ku sombong ku cuma ingin mengekalkan gelaran itu yang secara tak langsung boleh melindungi aku dari segala fitnah dunia..Biarlah aku kekal menjadi isteri pada Haji Mohd Hafidzol hingga ke akhir hayat jika di izinkan oleh Allah..Sayang...ayg rindukan abg...:(

19/12/2011 - aku ingat pengakhiran 2011 ada sekelumit kebahagian yang mampu membuatkan aku tersenyum..rupanya ku sangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari.. Puteriku tiba - tiba demam,muntah dan cirit birit sehingga membuatkan dia tidak bermaya seperti sebelum ini.. Rasanya ramai yang tahu keaktifan puteriku sebelum ini.. Puteri diibaratkan seperti kanak - kanak lelaki dengan sikapnya yang kasar tidak seperti kanak - kanak perempuan..Puteri terpaksa dimasukkan kedalam wad memandang keadaan dia yang agak merisaukankan..Allahurabi dugaan lagi buatku..

26/12/2011 - Sudah seminggu puteri dimasukkan ke dalam wad tapi keaddan dia tetap sama.. semakin hari dia semakin lemah..pelbagai test dan ujian makmal yang di lakukan oleh pihak hospital.. segala jenis virus di kesan oleh pihak hospital tapi belum tahu punca yang sebenar.. setiap hari aku mengalirkan airmata tanpa henti pabila melihat puteriku yang semakin hari semakin kurus..Dengan tanpa makan tanpa minum hanya tenaga yang ada cuma dialirkan oleh drit yang telah dipasang padanya..aku sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan puteriku dan tingkatkan kesabaran dan ketabahan buatku..

30/11/2011 - Akhirnya aku meminta keizinan dari pihak hospital untuk membawa puteri pulang kerumah untuk berubat secara tradisional memandangkan pihak hospital tidak dapat mengesan punca sebenar penyakit puteri sehingga membuatkan dia tidak makan dan minum/muntah/demam dan cirit birit..
Sekarang puteri berada di rumah masih lagi tidak sihat sepenuhnya dan hari ini puteri dah mula untuk rawatan tradisional..ku berharap semoga Allah menyembuhkan penyakit puteri..Jika dizinkan tidak sembuh biarlah aku yang menaggung segala sakit yang di alami oleh puteri kerana aku tak sanggup lagi melihat puteriku menahan kesakitan seperti mana aku melihat abahnya sakit tika dan waktu dulu.. Untuk puteriku moga dikau cepat sembuh wahai anakku..

Untuk Puteriku..

Redup matamu memandangku..sayu..
Kurenung wajahmu…sedalam-dalamnya…ku cuba mncari sinar di matamu..ada erti yang tersirat di sebalik renunganmu..renungan dari insan suci..terpelihara tanpa calaran dosa..

ku usai rambutmu…tenang wajahmu menerima sentuhan kasih dariku..
tanganmu menyentuh wajahku…jari-jemari halusmu mengusap lembut pipiku…Allah..
lembut sentuhanmu...tenang hatiku...

Ku dekatkan bibirku di dahimu..kukucup penuh kasih sayang...
Lantas...kau tersenyum...indah..
Teruja naluri keibuanku melihat comelnya senyumanmu...
Bagai sinaran..menerangi hatiku dikala abahmu sudah tiada...
Subhanallah..

Ku alunkan zikirNya penuh kesyahduan...
Ku ulit tidurmu dengan bait-bait asma’Nya...
Ingin sekali ku tanam benih-benih harapan..agar bila dewasa nanti kau menjadi syabab yang diimpi-impikan agamaNya..yang bisa mengukir kemenangan diatas sejarah perjuangan ummat yang perjuangkan agama demiNya dengan segala kudrat yang ada..
Allah..besar harapanku padamu sayang...

Detik hatiku....
Allah..peliharalah insan ini dalam rahmatMu...jangan kau biarkan suatu hari nanti..kuman-kuman yang kotor menodai hidupnya yang kini masih putih bersih...hamparkan jalan yang lurus buat dirinya...biarkan dia membesar hanya melalui jalan yang kau sediakan..jadikanlah dia seorang yang berada dekat denganMu..kurniakanlah semangat perjuangan pada dirinya kelak..hanya berjuang kerana pertahankan agamaMu..berbakti demiMu..Allah..peliharakan lah permata hatiku ini...’’’’..Amin....


Esok hadirya tahun baru 2012..bagiku tahun baru ini seperti tidak bermakna padaku..Aku ingin kembali pada tahun 2008 di mana tahun itu aku telah menjadi seorang isteri di samping suami tersayang..Aku rindu sangat ingin kembali ketahun itu..Pesananku buat sahabat di luar sana..

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya...Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita...

Miss u even more Allahyarham Haji Mohd Hafidzol Bin haji Mokhtar..


Untuk diriku..

Redha itu ikhlas..pasrah itu menyerah.Aku selalu bertanya pada diriku adakah aku Redha dengan semua KetentuaNYA atau aku hanya pasrah pada takdirNYA..Hanya Allah yang mengetahui segalaNYA kerana kita hanya merancang dan Allah yang merencanakan segalannya..Apa yang ku mampu aku perlu teruskan perjuagan ini dengan lebih semangat..lebih tabah..lebih kuat dan terus berdoa dan menyerah pada garisan takdir kehidupan yang telah di tentukan oleh Allah..Insha Allah.. "Supermak" Pasti Boleh..Yes!!