Total Pageviews

Wednesday, June 22, 2011

Gugurnya Kelopak Mawar yg tanpa henti..

Sudah 24 hari dia pergi meninggalkan kami...Di telinga aku masih tergiang2 dgn pangilan 'ayg" & ummi..Hati & fikiran ini tak henti2 memikirkan dia masih ralat @ berat mulut ini untuk menggelarkan dia 'arwah' panggilan itu sungguh berat untuk aku menyebutnya...biarlah aku sentiasa memangilnya abg & abah kerana bagiku dia tetap suamiku dunia & akhirat...

Hari berlalu begitu pantas sekarang cuma tinggal diriku dengan permata hati kami (hasya) untuk melangkah kedepan dengan memulakan kehidupan baru..buat masa sekarang biarlah aku fokus kepada kerja dahulu tentang hal bisnes InsyaAllah akan dimulakan secara perlahan2...Masih segar lg diingatan apabila abg bercakap sewaktu di hospital jika abg sihat abg ingat nk try apply keja normal sbb abg nak bantu ayg dlm bisnes baju kanak2..

Kenangan yg ditinggalkan terlalu byk yg indah2..apa lagi yg harus aku kesalkan? terima kasih Allah dgn kenangan itu aku akan pegang dan teruskan hidup ini..Namun,ia tidak mudah apa yg biasa didahulukan, kini aku terpaksa membiasakan diri tanpanya..

Aku masih teringat ketika dia teringin memakai topi Maher Zain merata2 tempat dia mencari dekat sungai petani tapi tidak jumpa smpai saban hari dia suruh aku mencari kt intenet tp x sempat aku mencarinya sbb selepas itu dia jatuh sakit (rasa kesal timbul dlm diri).Hari ini tika sedang aku mengemas pakaian dia spontan aku berkata..ha nie tali pingang yg abg cari!!

Aku terdiam seketika..air mata mulai gugur selepas itu,rupa2nya aku bercakap sorang diri.sudah menjadi kebiasaan aku membebel dkt dia yg suka meletak barang merata2...kadangkala ketika aku memasak di dapur masih tergiang di telinga dengar suara dia berkata ayg masak apa ari nie? jgn lupa bancuh ayaq ais sama abg nk bg anak tidoq dulu nnti kita mkn sekali na..ayg kbtulan esk abg cuti stgi abg akan pilih resepi dkt buku rasa @ serach intenet utk pilih menu bg ayg masak esk...jeng..jeng..kita mkn sedap la esk tp jgn lupa masak lebih sbb nk antar dkt mak abah sama..

Begitulah tatkala aku menonton tv jika abg ada semua crita english x sempat aku tgk dia dah crita sampai habis jalan crita itu..abg x suka tgk crita melayu sbb bg dia crita melayu dia blh tahu mcm mana ending critanya...Allahuakhbar dia ada Dimana2...




1 comment:

  1. salam kak mala, noorul terharu dengan ketabahan akak, kehilangan insan tersayang pastinya begitu pedih. Namun kecekalan akak amat noorul kagumi...

    ReplyDelete