Total Pageviews

Friday, July 1, 2011

Saya Insan Yang Di Sayangi Allah...Syukur..

Ya! Allah Terlalu sayangkan hambaNYA termasuk aku yg TERPILIH olehNYA..Alhamdulillah

Saat ku dilahirkan tahun 1982 aku tidak pernah sama sekali melihat wajah tok & wan di kedua2 belah pihak mak & abahku kerana mereka telah kembali mengahadap ILahi sblm aku dilahirkan..dulu masa zaman kanak2 bila tgk org lain masih ada tok & wan dlm hati nie selalu berkata knpalah aku tidak spt mereka..erm...

Sehingga la aku mencecah umo 6thun++ 1989..masa nie ujian dtg lg aku kehilangan seorg abah yg dikasihi..wlpuun ketika umo ini aku tidak mengerti apa2 tp bila menginjaknya usia baru ku sedar tanpa abah & mak xkan lahir kita didunia..Sejak abah kembali ke ramahtullah mak la menjadi ibu & bapa kami..(dialah segala2nya bg kami)

7tahun aja mak sempat membesarkan kami menjadi srikandi islam...tahun 1996 mak kesayangan & abg kandungku dijemput ILAHI.Ya Allah betapa besarNYA Ujian & Dugaan ketika zaman kanak2ku..Selepas mak dgn abah tiada aku membesar bersama makcik iaitu adik kepada mak aku sehinggalah aku berkahwin bersama abg tahun 2008...12 tahun aku hidup bersama makcik..Syukur kerana dia la menjadi pengganti kepada ibuku..

Sejak tahun 2008 hidup dan matiku hanya bersama abg iaitu suamiku yg dikasihi..Begitu indah saat kami bersama tidak dpt digambarkan..Syukur padaMU Ya Allah kerana telah meminjamkan kebahagian itu padaku wlpun hanya sedetik waktu..:)

1st Pregnancy...

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Allah Lebih Sayangkan anak kami...Dugaan yg tanpa henti..Syukur kerana memberi kami pengajaran utk memperbaiki kelemahan kami suami isteri..

2nd Pregnancy

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Ya Allah kami diuji lagi sekali..My babies tidak dpt diselamatkan..(mmg sedih sgt masa nie) tp ku redha..

3rd Pregnancy

Terima kasih Ya Allah kerana mendengar & makbulkan doa kami utk memiliki cahayamata..

Lahirlah princess kami..Nur Hasya Sofea pada 20/07/2010 (cahaya kesempurnaan yang cantik)

Nur Hasya Sofea kamu adalah puteri yang dikasihi oleh semua org jangan risau duhai anakku kerana nasib kamu lebih baik daripada UMMI (MIBAH) yg masih lg mempunyai Tok & Wan dan semua org yang SAYANGKAN KAMU...Bersyukur lah dengan takdir yg telah digariskan untukMU krn KAMU telah menjadi INSAN yg TERPILIH & Disayangi oleh ALLAH...

KASIHNYA SEORANG ABAH





Lahirnya princess abg la yg paling bahagia kerana dia terlalu sayangkan princess kami 2..x sangka kebahagian itu hanya sementara utk diriku...YA Allah betapa besar ujianMU padaku..29/5/2001 Abg telah kembali ke Rahmatullah meninggalkan diriku,hasya dan bayi dlm kandunganku..masih tergiang lg di telingaku pesanan dari abg yg ketika sakitnya,,Jika Allah sayangkan baby kita InsyaAllah ia akan permudahkan segala urusan...JIka tidak ayg kena bersedia seperti yg doktor ckpkan bahawa risiko terlalu tinggi jika ayg pregnant lg & ada hikmah yang telah tersirat oleh Allah utk kita..

4th Pregnancy..

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

20/6/2011..Allah lebih sayangkanNYA anak kami...Dia dah letakakn yg terbaik untukku..MAAFKAN AYG ABG KERANA TIDAK DPT MENYELAMATKAN JANIN KITA...:(

Tika dan saat ini ayg begitu sedih lg..apatah lg org berkata..'MALA JGN SEDIH SGT DH LA BARU KEGUGURAN SUAMI PULA BARU MENINGGAL NNTI KANG GILA MEROYAN..."GILA MEROYAN" begitu kasar suku kata itu pada ayg..Sekarang ayg hanya percayakan Allah kerana dia lebih mengetahui segala perjalanan hidup ayg dan cuba pujuk hati yg sakit kerana terlalu RINDUKAN abg..

Ye ayg mesti bersabar kerana Allah & abg krn kesabaran org yg yakin akan datangnya kemudahan,mengetahui tmpat kembali yg baik,mengaharap pahala & senang mengingkari kejahatan..Sebesar mana pun masalah yg ayg hadapi ayg akan tetap bersabar krn ayg pasti bahawa kemenangan itu akn dtg bersama kesabaran,jln keluar dtg bersama kesusahan & dlm tiap2 kesusahan itu pasti ada kemudahan..INsyaAllah..

Ya Allah
I'm praying for this heart to be loved by You,
I'm praying for this soul to be forever faithful to You,
I'm praying for Cinta Maha Agung,

Utk abg...

Bersama airmata ayg pasti ada senyuman utk abg & hasya..
Bersama kesedihan ayg pasti ada kegembiraan utk abg & hasya...
Bersama Ujian & Dugaan tanpa abg pasti ada anugerah dari Allah..
Kerana semuanya ketentuan yang pasti & prinsip hidup yg telah digariskan oleh Allah kerana Mereka Yg Hidup Pasti Akan Merasai MAti tak kira dimana jua kita berada maut akan mendapatkan kita..


DALAM KENANGAN 25/10/2008 - 29/5/2011..Abg,Mak,Abah & my 3 babies..InsyaAllah kita pasti berjumpa di Taman Syurgawi..AL-FATIHAH

5 comments:

  1. dulu ada juga org kata dgn saya, "sabar, nnt takut kamu meroyan sbb kamu baru lepas bersalin"

    alhamdulillah, saya masih waras....

    ReplyDelete
  2. :( semoga awk terus tabah melalui segala dugaan ini..

    ReplyDelete
  3. ALLAH dah sdiakan yg tbaik utk akak.kbhgiaan kt dunia ni tkde apa pun kalau nk dbndingkan dgn bhgia di akhirat sna..=)

    ReplyDelete
  4. Saya sungguh kagum dengan ketabahan Mala..sesungguhnya u are one of the chosen one dear..Allah takkan menguji hambaNya sekiranya dia tidak mampu..u are stronger than u know...May happiness awaits u dear..

    ReplyDelete
  5. Sy juga admire dgn smgt dan ktbhn mala :-)... Syabas dear. Sesungguhnya Allah menguji hambanya ikut kemampuan hambanya...kisah ktbhn mala bnyk mengingatkn diri sy sendiri.. Semoga Mala dan Hasya terus tbh di kelilingi rhmtNYA... Amin

    ReplyDelete