Total Pageviews

Thursday, January 16, 2014

2014 Abg maafkan ayg..

Abg..

maafkan ayang kerana tidak dapat menjadi isteri yg sempurna/solehah..
maafkan ayang kerana tidak dapat menjadi ibu yg baik pada anaknda tercinta..
maafkan ayang kerana tidak dapat menjaga pernigaan abg dengan lebih baik dan baik dalam masa yg terdekat seperti mana hajat abg..
maafkan ayang kerana tidak dapat mennjaga blog abg dengan  lebih baik tanpa sebarang coretan di sini kerana sibuk dengan duniawi..

tapi Alhamdulillah ayang dah berjaya menyambung pergajian  seperti mana harapan abg satu ketika dahulu utk melihat ayang berjaya dunia dan akhirat dengan Ilmu..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah syukur ke hadratMu  Ya Allah.. Sesungguhnya engkau yang menghidup dan mematikan semua umat sekalian alam..Aamiin..Aaminn..

Assalammuailaikum semua follower bloger di harap anda semua sihat di samping keluarga tersayang dan meneruskan kehidupan di bawah RahmatNya pada hari - hari yang mendatang..

Syukur Alhamdulillah saya dan puteri di beri lagi kesempatan untuk hidup,agar diri ini dapat menginsafi  dosa - dosa kelmarin dan cekal untuk menggapai RedhaNya..rasa tersangat jauh dari Sang pencipta namun setiap hari berdoa moga tak jauh dari kemantapan iman dan sentiasa di pelihara akhlak sebagai seorang isteri dan balu pada suami tercinta..

Allah menghantar ujian pada hambaNya berupa perasaan yang makin kelam.. semakin kita mencari semakin ia menghilang.. Moga Allah bantu hamba yang hina bermujahadah untuk suami dan anak tersayang dan tak lupa bermujahadah dalam mendamba cinta Allah dan RasulNya..

Sejak kebelakangan ini perasaan ini jadi tak menentu.. rasa sangat risau dengan nasib diri pada hidup yang mendatang pabila melihat ramai saudara saya telah kembali ke Rahmatuallah pada tahun 2013.. makin kecillah keluarga saya yang sememangnya kecil.. ada juga yang sedang menghadapi penyakit - penyakit yang berbahaya.. saya doakan semoga mereka terus di beri ketabahan oleh Allah untuk melawan penyakit mereka dan terus semangat melawan penyakit itu tanpa rasa ada sesalan dalam diri. termasuk diri sy sendiri. saya amat faham untuk keluarga yang sedang mengalami situasi begini kerana saya telah mengalaminya pada tahun 2011 yang lalu.. kini saya alami semula perasaan itu di tahun yang  2013 orang tersayang dan tersangat rapat dengan saya mengalami situasi yang sama... Allahuarabi.. ujian datang lagi..

Namun sebagai manusia bila di kenang nikmat yang belum disyukuri,malu untuk meminta namun sangat yakin yang Allah itu Maha Agung..

Allah duga,Allah tetap cinta..:)
Yakinlah!!!
In Shaa Allah..:)

Tawakalku sentiasa berganda,segala usaha atas kehendak dan izinMu.. tak mahu ku rasa takbur dan gelap hati.. biarpun rasa sedih,namun ku gagahkan semangat yang di hadiahkan olehMu untuk aku terus melangkah ke arah jalan yang lurus.. Sering aku terfikir mengapa aku mengeluh sedangkan segalanya adalah perancangaMu.. segalanya adalah takdirMu.. bulatkan tekad!! yakin dengan janji Allah,be positive!!

Setiap manusia ada sisi gelapnya,begitu juga aku (namun biarlah ia manjadi rahsiaku dengan Tuhan,terima kasih Allah kerana sudi menyembunyikan kekurangan dan keaibanku)


Terima kasih Allah, eratkan hubungan ini sampai ke syurga... 
Allah, Allah,Allah :)
 
p/s: kuatkan semangat dalam menghadapi mehnah dunia.. In Shaa Allah.. :)


psssttt : Sungguh ayg perlukan bahu seorang suami tika dan saat ini utk menangis sepuas-puasNya.. tapi apakan daya antara kita ada dinding menghalang untuk kita ketemu antara satu sama lain.. ketemu hanya di alam fantasi/mimpi jika IzinNya..

abg..sayang..bee..papa boroi.. ayang sangat RINDUKAN KAMU.. Sungguh!!

Damailah Engkau Di Sana.. nantikan ku pintu Syurga jika IzinNya...

Al- Fatihah..







Tuesday, September 17, 2013

Motivasi Pernigaan Online

Assalammuailaikum sedikit perkongsian motivasi pernigaan online dr sy dr pengalaman sy selama ini.. moga bermanfaat buat semua.. In Shaa Allah...

Ramai yang mencari peluang perniagaan dari rumah, tetapi ramai yang tidak tahu di mana perlu mula..
ok meh saya ceritakan serba sedikit.. :)

Perniagaan online atau offline mempunyai cabaran yang sama, dimana pembeli diperlukan untuk membuat keuntungan dalam perniagaan. Untuk memulakan perniagaan dari rumah, anda boleh cuba pada 4 tip dibawah:

1. Mencari pasaran niche yang menguntungkan – bagaimana anda mencari niche yang menguntungkan? Anda boleh lihat pada pasaran dan juga mencari maklumat di internet dengan mencari di mana orang suka membelanjakan wang. Mencari pelanggan Ibarat seperti mencari bakal pengantin baru, perlu lihat dari jenis jantina, lelaki atau perempuan, umur , lokasi tempat tinggal untuk anda jalankan perniagaan pada pelanggan yang tepat untuk menjana pendapatan menguntungkan pada perniagaan anda.
Beberapa kelebihan menguntungkan terlalu kompetitif untuk perniagaan kecil untuk bersaing. Namun pelanggan tetap ingin mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk perkhidmatan anda.

2. Membina Senarai email anda sendiri. Kunci kepada keuntungan jangka panjang adalah apabila anda membina senarai email pelanggan ataupun bakal pelanggan anda . Anda boleh memberikan hadiah atau sesuatu percuma sebagai dorongan orang ramai untuk memberikan nama dan alamat e-mel kepada anda dengan mengisi borang/form sebagai tanda bersetuju untuk menerima mesej anda di masa hadapan melalui email.

3. Memasarkan produk-produk yang berkaitan dengan senarai email anda. Matlamat utama anda adalah untuk mempromosikan dan memberi tumpuan kepada prospek yang mempunyai hobi yang sama, keinginan atau obsesi kepada produk perkhidmatan anda jalankan, di mana kebanyakan daripada mereka bersedia membelanjakan wang jangka masa panjang. Pada permulaan, anda tidak semestinya perlu mempunyai senarai yang besar untuk menjana pendapatan.
Ia mengambil masa dan pengalaman  untuk anda mengumpulkan maklumat email yang banyak.

 4. Belajar dari mereka yang berpengalaman dalam niche anda. Anda juga boleh melapangkan masa dalam mempelajari dan menyertai kursus-kursus  berkaitan bidang perniagaan anda dimana anda boleh belajar terus daripada pakar berkaitan niche perniagaan anda, melalui ini anda bukan sahaja mendapat maklumat dan informasi dari seseorang yang berpengalaman, tetapi juga dapat menguruskan penggunaan masa dalam perniagaan anda dengan lebih baik lagi dengan belajar dari pengalaman mereka.


Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, pastikan anda melakukan pelbagai promosi untuk meningkatkan jualan anda. Penyelidikan mengatakan bahawa 96% perniagaan Internet gagal. Sebab utamanya? Tidak melakukan  promosi.

Berikut adalah 3 idea pemasaran Internet yang anda perlu lakukan sekiranya belum!

Buat laman web yang menjual
Sebelum anda mewujudkan laman jualan dalam talian, anda mesti tahu tentang pelanggan sasaran anda. Setelah mengetahui sasaran pelanggan, mudah untuk mewujudkan satu laman web jualan  dimana anda mesti mempunyai komponen penting seperti : pengenalan, masalah, pergolakan masalah , penyelesaian, butiran produk/perkhidmatan anda, ciri-ciri dan faedah produk anda , barang-barang bonus , jaminan dan cara tempahan  atau  pembayaran . Anda perlu membuat prospek anda melihat dan merasakan bagaimana produk/perkhidmatan anda akan menyelesaikan masalah mereka.
Perlu ingat, tidak kira hebat mana produk atau perkhidmatan anda, sekiranya laman web anda tidak berjaya menjual, maka orang masih tidak akan membeli.

Menawarkan hadiah percuma
Jika anda sedang mencari cara untuk membuat senarai pelanggan yang berpotensi untuk perniagaan anda , menawarkan hadiah percuma kepada prospek anda adalah satu pilihan tepat. Semua orang suka hadiah percuma dan anda boleh mengambil kesempatan ini untuk mendidik mereka dan memberi mereka maklumat berharga yang akan membantu anda untuk membina hubungan yang kukuh. Digital hadiah percuma seperti klip audio atau surat berita  adalah yang terbaik tetapi jika anda masih mampu untuk memberi hadiah fizikal, anda juga boleh lakukan. Kelebihan menyediakan tawaran ini adalah  anda berpeluang  mengumpul alamat email pelawat anda untuk kegunaan masa depan.
Memberi sesuatu yang percuma akan menambahkan lagi nilai produk dan perkhidmatan anda. Ini akan memudahkan lagi pelawat membuat keputusan untuk membeli dari anda.


Manfaatkan medium Media Social untuk perniagaan anda.
Platform media sosial adalah strategi yang paling penting jika anda ingin menjalankan pemasaran secara online. Walaupun anda menyediakan perkhidmatan produk , melalui media social, ribuan dan jutaan pelanggan dapat berhubung terus dengan anda. Alat rangkaian sosial seperti Facebook  dan Twitter boleh menjadi medium untuk pelanggan anda berhubung dengan  perniagaan anda.

Media sosial kini telah berpindah daripada hanya menjadi platform bersosial di mana orang menggunakan mereka untuk pertemuan mesra sahaja. Sebaliknya , media sosial telah menjadi tulang belakang bagi setiap perniagaan yang berjaya dan orang yang menggunakan ini untuk pemasaran online. Anda boleh membuat halaman Facebook atau akaun Twitter untuk perniagaan online anda dan menggunakannya untuk mempromosikan produk perkhidmatan anda melalui iklan dan ini akan membawa faedah yang berharga kepada perniagaan anda.
Sama ada pelawat membeli ataupun tidak produk dan perkhidmatan anda, gunakan media sosial untuk membina hubungan dan meningkankan lagi keyakinan antara perniagaan anda dan bakal pelanggan. Sebarang jualan akan lebih mudah terjadi apabila terdapat hubuungan dan terbina keyakinan pada perniagaan anda!

 Mengetahui industri anda – Dapatkan maklumat sebanyak yang  boleh mengenai industri anda. Anda perlu tahu lebih banyak maklumat dalam urusan perniagaan anda . Bersedia dari segi pertanyaan-pertanyaan yang bakal disoal oleh prospek anda. Melalui jawapan yang diberikan, kemungkinan besar prospek akan bertukar menjadi pelanggan setia anda..

 Sentiasa belajar – Jangan sekali-kali berhenti membaca buku-buku, artikel, ulasan, dan menghadiri workshop ataupun class mengenai perkara yang dapat memajukan perniagaan anda. Dapatkan orang yang dapat memimpin anda  mengembangkan urusan  perniagaan anda walaupun anda perlu bayar pada nasihat tersebut. Contohnya, ibarat palajar mempunyai  guru untuk dipimpin dalam urusan pelajaran mereka. Begitu juga dalam perniagaan, anda perlu lakukannya juga untuk mengembangkan perniagaan anda..

 Memahami teknologi – Ini adalah satu kategori yang agak rumit bagi saya, tetapi cukuplah untuk mengatakan bahawa anda perlu memahami media social, pengkomputeran, dan perisian yang sesuai. Melaui kaedah ini anda dapat memudahkan setiap urusan perniagaan anda dan juga dapat memudahkan menguruskan pelanggan anda.

  Khidmat Pelanggan – Kebanyakan orang berfikir jika mereka hanya menjual produk yang hebat  sahaja orang akan membeli. Sebenarnya, memberi layanan baik kepada pelanggan anda juga perkara yang perlu dititikberatkan. Bab nak khidmat pelanggan ni memang leceh nak urus, tambahan pulak pelanggan yang cerewet. Memang sukar nak uruskan. Tetapi, melalui perkhidmatan ini, anda tetap menghormati dan berterima kasih kepada mereka kerana menjadi pelanggan anda dan buat mereka berasa istimewa. Mereka akan terus menjadi pelanggan setia anda, mereka akan membeli dan terus membeli daripada anda.

 Doa –  Ini adalah senjata yang utama dan terutama, bahkan doa adalah alat yang paling berharga.Setiap urusan kita perlu diiringi dengan doa, mungkin pada permulaan perbuatan, pertengahan dan diakhir urusan harian kita perlu diiringi dengan berdoa.Jika anda sebagai usahawan, saya memahami begitu banyak  kesukaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Iringan doa amat-amatlah penting untuk kita praktikkan dalam urusan harian kita dalam keadaan yang mencabar yang sedang dan yang akan datang..

 Saya juga doakan moga anda dimudahkan segala urusan harian anda :)

Sunday, May 12, 2013

~May~

May kembali lagi.. bulan yang membawa seribu kepahitan dalam hidup ini..ntah la hari ni ku rasa sangat sayu.. sedih dan pilu.. hampir 2 tahun dia pergi.. hampir 2 tahun jua la rumah kami sunyi suram tiada seri..

 

Masa berlalu begitu cepat tanpa sedari.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang dan membenarkan saya bernafas untuk membesarkan dan mendidik satu amanah yang besar iaitu Nur Hasya Sofea dan menuju  siratolmustaqim tanpa suami di sisi.. In Shaa Allah. 


Bukan senang nak dapat gelaran supermak ini, susah sangat nak hadapi seorang diri tapi tak payah dengan IzinNya..sy kena bijak bermain dengan emosi diri sendiri.. sy jarang beremosi.. Eh tipulah.. hehehe cuma sy jarang menunjukkan diri sy beremosi ini baru betul.. hehehe.

 

Orang tak dapat membaca emosi sy tapi sy dapat membaca emosi orang.. uwaaaa hebatnya mcm kasyaf pulak sy ni.. hehehe gurau aje..apa yang terbuku di hati sy tidak semua orang tahu hanya yg benar - benar rapat saja yang tahu.. eh tak juga yang rapat pun tak tahu juga,, :P tapi adillah jangan harap orang yang akan faham kita je,kita juga kena faham orang kan?

 

sy juga jarang marah - marahkan org.. hahaha itu lagi la bidaah! dan juga jarang kecewa tapi jika sekali sy kecewa emosi sy tercalar memang susah untuk sembuh dan maaf jika ada orang yg hulurkan ubat tak mampu rasanya sy nak telan.. mungkin sifat arwah suami sy terbawa - bawa kepada sy tika ini..yg susah nak lupakan kenangan silam apa yang orang buat padanya dan bermacam2 lagi,sampai terpahat di hatinya sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.. tapi sy yakin yang dia telah maafkan semua orang sebelum di pergi selamaNya...  

 

Hey abg! ayg Rindu!!!! rindu yang tak pernah padam.. In Shaa Allah sampai ke Jannah..

 

 Hargailah orang tersayang selagi mereka masih ada

Thursday, February 21, 2013

TIPS PROMOSI DI FACEBOOK



Waktu sesuai buat promosi di Facebook




Assalamualaikum,
Kali ini, saya nak kongsi sikit tentang waktu-waktu sesuai untuk buat promosi di Facebook. Kenapa saya katakan ada waktu sesuai? Sebab pertama sekali, Facebook ni berunsurkan ‘Live Updating’. Contohnya, kalau kita buat promosi pada waktu 3am, orang yang buka facebook pada jam 9pagi mungkin dah tak nampak post promosi anda sebab sudah ditenggelami post dan status update dari kawan-kawan lain dalam friendlist dia.

Jadi,bilakah waktu promosi yang sesuai?
Selepas subuh (6am – 7am):
Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan branding anda. Sebab orang baru bangun tido, baru celik mata, baru mandi, masih segar, minda masih fresh. Jadi post yang sesuai untuk bina branding? Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips menceriakan hari, pastu letak ‘link website’ anda ke, link ‘fanpage ke’ dan sebagainya. Post promosi produk kesihatan pun bagus sebabnya orang baru bangun tidur, ada yang baru sarapan pagi dan ada dah pasang niat malam sebelumnya untuk kuruskan badan. :)

Selepas minum pagi (8am – 10am):
Yang masuk kerja pagi, ada yang pegi minum kopi dulu, ada yang santai2 check smartphone dorang, (tak terfikir ke apasal ada yang update status mcm 24hrs di Facebook? Sebab dorang browse dari smartphone ler). Masa ni memang sesuai untuk terus bina branding perniagaan anda. Kalau ada ‘testimoni’ dari pelanggan, boleh post sekali masa waktu ni.

Waktu makan tengah hari (12pm – 2pm)
Lunch time, apa lagi, facebook lah. Standard la tu. Tgh makan mmg tak check. Tapi lepas makan? Ha, smartphone kluar lagi, ada yang guna tablet, login facebook, update status, gambar ikan goreng la, sambal belacan la, kari ayam la, dan masa ni juga kalau kita mula nak post PROMOSI produk kita sangat sesuai. Sertakan juga testimoni pembeli kalau ada. Gambar memainkan peranan penting jadi kalau ada gambar yang boleh terujakan lagi seseorang tu, post le.

Selepas minum petang (4pm – 6pm):
Ni pulak, ada yang da mula masuk mood shopping. Yang wanita, dah mula buka balik post-post yang menarik perhatian mereka masa WAKTU LUNCH tadi. Sama juga dengan lelaki. Tetapi, mereka masih belum nak beli. Yang beli tu memang da sedia ‘ready cash’ dalam akaun dan ada masa untuk buat internet banking dan sebagainya. Tapi lazimnya, seseorang tu akan memikirkan dulu tentang produk tu. Dia akan gambarkan produk tu dalam minda dia dalam perjalanan balik dari ofis. Jadi masa ni, boleh post promosi seperti “Terhad, hanya untuk 5 pelanggan pertama sahaja, harga sekian2. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi sekian-sekian”.

Selepas makan malam & Isyak (9pm – 12midnight):
Inilah waktu HOT. Tapi jangan sampai buat promosi seperti tiada hari esok. Islam menggalakkan kita untuk menuju kearah kesederhanaan. Jadi buat promosi pun sederhana sahaja. Gunakan ayat-ayat soft selling untuk menarik perhatian. Gunakan ayat-ayat yang dapat memberikan impak emosi kepada bakal pembeli. Dan masa ni jugalah anda MESTI online kalau anda buat promosi. Kerana kalau pembeli tu dah memang bersedia nak beli, tapi anda pulak tak online, dan ada tawaran lagi satu dari peniaga lain, mereka akan beli dari orang tu pula.

So, simple tapi tak semudah itu nak mendapatkan jualan ya. Ini cuma pencerahan sahaja. Panduan. Boleh cuba kalau nak, kalau tak nak pun takpe. Hehe. Dan ini adalah hasil dari pengalaman buat promosi di Facebook secara percuma. Respons yang kita dapat dari pembeli dan trend membeli secara online pada waktu apa...

Jangan lupa amalkan doa ini

 

وَأَذِّنْ فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ ياَءْ تُوْكَ رِجَا لاً وَعَلىَ كُلِّ ضَامِرٍ

 ياَءْ تِيْنِ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيْقٍ لِيَشْهَدُوْا مَنَافِعَ لَهُمْ


Wa azzin fin nasi bil hajji yak tuka rijalan wa ngala kulli zomirin yak tini min kulli fajjin ngamikin liyas hadu mana fi nga lahum.

Sekurang-kurangnya 3 Kali. In Shaa Allah Mujarab.

diikuti dengan zikir   Ya Allah,Ya Qowiyu, Ya Matiin,Ya Fattah,Ya Razak

hanya pada DIA tempat kita memohon pertolongan tidak kira di dalam apa jua situasi

Selamat Mencuba!!!

Saturday, February 9, 2013

~RINDU~

Jam hampir menunjukkan pukul 5.00 pagi.. selesai saja menunaikan kerja - kerja harianku di depan komputer tiba - tiba aku terklik satu folder di komputer yang telah lama ku cari selama ini iaitu folder gambar arwah suamiku ketika dia sedang menjalankan rawatan di hospital satu ketika dulu..

Satu - satu gambar ku tatapi dari wajahnya yang kecerian sehingga wajah dia semakin layu sebelum Sakaratul Maut datang menjemputnya.. Ya Allah aku sangat rindu wajah itu..senyumanya,tawanya tak mungkin akan ku lupakan.. Airmata laju mengalir tanpa henti,,

Abang jika abang masih ada tika ini tentu abang akan sentiasa senyum melihat karenah puteri kita..
anak yang sangat di sayangi oleh abang satu ketika dulu sekarang sudah semakin membesar hari demi hari.
celotehnya yang tidak pernah jemu setiap kali ayang bersamanya...sebenarnya ayang sangat letih dengan kehidupan sekarang.. sangat letih dengan perasaan ini.. sangat letih dengan masalah yang di tanggung seorang diri.. sangat letih untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa..

Bukan niat ayang untuk menyalahkan takdir abang,namun jauh di sudut hati ayang yang ayang belum bersedia kehilangan abang.. pada siapa lagi ayang nak mengadu kerana abang telah pergi  meninggalkan ayang untuk selamanya.. ayang sudah tidak ada tempat bermanja.. sudah tidak lagi bahu untuk ayang letakkan kepala apabila ayang menghadapi masalah..

Sejak selesainya lafaz sakinah kita dulu.. kita selalu menghadapi masalah kan..sehingga kini masalah datang tanpa henti.. dulu segala masalah kita harungi bersama.. tapi kini hanya ayang seorang yang terpaksa mengalasnya..entahlah bolehkah ayang mengalas semua ini..kadang - kadang rasa macam nak pergi saja temankan abang di sana.. rindu sangat kat abang..tapi apakan daya takdir telah memisahkan kita di dunia..
ayang selalu berdoa bahawa kita akan di satukan di Jannah nanti.. tempat yang hakiki..  In Shaa Allah..

ku sangat cinta kamu..
ku sangat sayang kamu..
ku sangat rindu kamu..
wahai suamiku..
damailah engkau di sana..

Tuesday, February 5, 2013

Perjuangan Kehidupan

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan.. Maka jgnlah ada yg menyerah berputus asa dan menganggap perjuagan hidup adalah satu sia-sia..
Tetaplah tegar meski yg lain berguguran ..
Tetaplah senyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku..
Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuagan kita..

Pemanduan di atas lebuhraya kehidupan tidak selalu lancar sebagaimana yg di rancang.. Usaha menggapai impian tidak selalu di payungi langit biru nan cerah. Malah, kadang2 terpaksa merentasi badai,air mata,keringat dan darah.. Kejayaan dan kegagalan silih berganti menghasilkan warna pd kanvas kehidupan.. Cantik atau hodoh,bergantung usaha dan kerja keras kita..

Ku haruskan tanamkan semangat ini dan ku harus Redha dengan apa yg ditentukan dalam kehidupanku..
Memang payah,berat,perit,sayu untuk menerima semua ini..Untuk menggalas satu tanggungjwab yang begitu besar yang belum tentu lagi orang di luar sana mampu menggalas seperti aku sekarang..aku gembira dan bersyukur sebab kadang2 aku berjaya merentasinya.. tapi kadang2 aku rasa begitu kerdil untuk menerima semua ini..

Takdir kehidupan adalah penentu segalanya dalam kehidupan aku..Menggalas tanggungjawab sbagai ibu,bapa,anak,balu,wanita dalam satu masa yg sama bukan satu perkara yang mudah apatah lagi memerlukan kewangan yang begitu kukuh untuk semua ini..

Ku tiada kerja.. ku tiada gaji tetap.. ku hanya berharap pada perniagaan onlineku untuk mengharungi semua ini..kadang2 ku sedih bila satu hari melihat kesenangan orang lain yang tiada masalah.. tapi ku cuba pujuk hatiku bahawa ku yakin dengan janji Allah.. In Shaa Allah pelangi akan muncul selepas hujan..

Ya Allah,
Ku tahu permulaan hidupku tidak seindah mana,
Namun berikan pertengahan hidupku ini peluang untuk diriku mengumpul dan melakukan kebaikan demiMu, Dan pengakhiran hidupku nanti dengan kebaikan dariMu Ya Allah.

Hidup tanpa perjuagan adalah keaiban..

Friday, February 1, 2013

~Mana Milik Kita~

Mana milik kita..
tidak ada milik kita..
semua yang ada Allah yang punya..
tidak ada kita yang punya..
kita hanya mengusahakan sahaja..

teringat pada lirik lagu kumpulam Rabbani....

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

sebagaimana spt apa yg sy tulis..

Apa yg menjadi milik kita??
harta,pangkat,isteri,suami,anak2 semua bukan milik kita,bahkan diri kita sendiri bukan milik kita. Jika kita punya pangkat,jgnlah dok bermengah2 dgn pangkat yg di jawat.. ingat!! amanah kita terhadap jawatan yg di pegang nanti akan di soal oleh Allah,apa telah kita laksanakanya dgn sempurna??

Bahkan juga hidayah bukan milik kita.. bersyukurlah sentiasa kerana masih menghirup nikmat udara Iman dan Islam dalam diri kita.. Alhamdulillah.. Jaga hati untuk istiqamah dan ikhlas dalam melakukan amal kebaikan,, ermm..isitqamah susah juga nak istiqamah ni..memerlukan mujahadah yang tinggi.. nak istiqamah baca ma'thurat.. Subahanallah..tapi, Allah amat suka hambaNya yang istiqamah dalam melakukan amalan sunat walaupun sedikit.. semoga mujahadah yang kita lakukan untuk sentiasa istiqamah akan mendapat balasan setimpal dari Allah S.W.T

Buat sesuatu ibadah kerana manusia adalah syirik..
Meninggalkan sesuatu ibadah kerana manusia adalah riak..
Ikhlaskan diri dapat membersihkan hati manusia dari syirik dan riak..

Tapi hati mansuia sentiasa berbolak balik kan?
kejap ikhlas buat sesuatu,kejap datang rasa riak.. ujub diri..
itulah penyakit hati yang sentiasa merosakkan amalan yang di lakukan..
bersihkanlah amalan yang di lakukan dengan sentiasa beristigfar kepada Allah..

استغفرالله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم أتوب إليه




يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا علي دينك وعلي طاعتك
Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,tetapkan hati kami dalam agamamu dan dalam ketaatan kepadaMu..

Nabi sentiasa mengamalkan doa ini,memohon pada Allah supaya menetapkan pendirian hati dalam melakukan ketaatan kepadaNya..

Kehidupan kita ini di ibaratkan seperti roda,kejap di atas,kejap di bawah,.. kejap ok.. keja ko.. begitu juga dengan diri saya kejap ok dan keja ko pendirian ini.. selalu tak tetap aja.. tapi In Shaa Allah kita boleh berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..

Allah tkkan mengubah nasib sesuatu kaun itu jika mereka tidak mengubah diri mereka sendiri

ada jugak petikan lirik dari nasyid

Sapa kata kita tidak boleh..
Kita ada Allah maha kuasa...
Kita punya kuasa tenaga..
Umat Islam sentiasa boleh (2x)...

In Shaa Allah sama-sama kita memperbaiki kelemahan diri dengan yang sentiasa berada di sekeliling kita..
Fastabiqul Khairat!!!