Total Pageviews

Saturday, July 30, 2011

Hujan..

30/7/2011

SubhanaAllah di subuh hari ini..dekat rumah saya hujan turun dengan lebatnya..Dah lama rasanya hujan tidak turun sebegini..Mungkin ini semua kebesaran Ilahi dengan tibanya bulan Ramadhan..Sambil mendengar rintihan hujan jatuh ke bumi aku teringatkan abg yang waktu ketika dulu jika hujan di rumah kami dialah suami dan abah yang paling sibuk untuk memastikan rumahnya tidak bocor,melihat atap dan siling rumah,dinding - dinding yang membolehkan air hujan masuk ke dalam rumah dan paling dia prihatin ketika hujan turun dia sentiasa berada bersama puteri kami..Katanya takut puteri kami terkejut jika ketika hujan turun ada petir sambung menyambung ..Begitulah sikap abg yang sentiasa prihatin dan sayangkan puteri kami..

Abg..ketika hujan turun pagi ini ayg terlalu takut sayang..ntah mengapa perassan takut itu muncul dalam diri..tiba - tiba terfikir tentang bencana alam..ayg takut sesuatu akan jadi pada ayg dan hasya..Kalaulah abg ada ayg rasa perasaan takut itu mesti tak timbul pada diri ayg kerana abg selalu melindungi kami berdua..Abg..teringat ketika rumah kita di masuki air hujan kerana bumbung rumah kita bocor..Tika dan masa itu abg tiada di rumah kerja cuma ayg dengan hasya aja tinggal bersama..balik aja dari kerja abg terus pegi kehadapan ruang tamu rumah kita untuk memastikan jika ada air hujan yang masuk..Rupa - rupanya ada air hujan itu telah membasahi permaidani (karpet) rumah kita...abg begitu marah sekali dekat ayg kerana tak ambil berat tentang semua itu..kebetulan permaidani itu adalah permaidani kesukaan abg..ayg terkilan masa ini kerana meninggikan suara pada abg..kata ayg " ayg tak sempat nak tengok penat lah dengan anak lagi..lagipun karpet itu basah sikit aja pun takkan sebab karpet pun abg nak marah" ..:(

Kuatkah ayg untuk meneruskan semua ini...dengar air hujan menitis pun ayg dah rasa takut..macam mana untuk meneruskan perjuangan ini tanpa abg..Ya Allah kau buanglah perasaan takut dan gugup dalam diriku kerana aku ingin meneruskan perjuangan untuk suamiku membesarkan puteri kami dan mendidiknya menjadi anak yang solehah...Amin...


~~~TENTANG HUJAN~~~


Hujan disebalik Anugerah Allah | Hujan oh Hujan
Hujan yang turun bagaikan mutiara melimpah ke alam maya ini. BEtapa nikmat dan rahmat Allah ini tidak dpat disangkal-sangkal lagi. Allah jualah yang Maha Mengetahui dan Maha Pemurah.

Tetapi kita....
Bila langit mula mendung, kekadang terdengar
bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca
buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa
hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
- Habislah banjir kilat lepas ni!!!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan
dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami!
Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai
pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa
awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan
itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram
ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah
sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat
manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan
turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan.
Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab.
Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat
pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan
hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf
dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita
tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang
tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan
sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
(Al-Mukminun : 1)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru
hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada
kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian,
air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua
rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan
pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air
(hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya;
dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi
dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan
(ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang
kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

No comments:

Post a Comment