Total Pageviews

Sunday, September 18, 2011

Aidilfitri 2011..

Menaip dalam keadaan hujan dan perasaan hiba..Realiti or fantasi bahawa suamiku telah meninggalkan aku dan dunia ini selama - lamanya...Allahuakhbar..:(

Allah lamanya tidak menulis disini ya...semangat untuk menulis itu semakin hari semakin kendur..ntah mengapa terasa dunia ini terasa kosong dan sunyi yang teramat...Aku selalu membuat orang ketawa,bahagia,gembira dan sebagainya..Hakikatnya sampai bila aku perlu meneruskan lakonan aku pada mata semua orang..Hati ini sentiasa menrintih terlau rindu suami yang dikasihi...Walaupun penat,letih dengan tugas harian akan tetapi airmata ini tidak pernah kering bercucuran dipipiku...Tidak ku sangka dengan kehadiran Aidilfitri tahun ini begitu amat memeritkan perjalanan hiduoku sebagai ibu tunggal..

Semakin hari dada ini terasa begitu sempit apatah lagi bila melihat batu nisan di hadapan mataku pada pagi hari raya pertama hari itu..Mimpikah aku? bahawa batu nisan itu milik suamiku kini...Allah...:(..itulah hakikat sebenar kehidupanku...Aku terpaksa meneruskan perjuangan walaupun sunyi biarlah kesunyian itu terisi dengan janjiNYA bahawa setiap insan di muka bumi ada bahagian masing - masing..Allahurabbi..Jika kegagalan adalah ujian,kejayaan jugak adalah ujian..Unjian kejayaan menguji hati untuk menilai di mana rasa sykur kita kepada pemberi Nikmat..begitu jugak dengan kesedihan...yang pergi takkkan kembali kerana nereka telah kembali ke tempat asal mereka..

Telah   diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bin Abdullah bahawa ia pernah   mendengar Nabi saw bersabda yang maksudnya, " Setiap hamba akan   dibangkitkan kembali mengikut keadaannya ketika ia mati ". Juga   diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar bahawa ia pernah   mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya " Ketika Allah hendak menyeksa   sesuatu kaum, Dia menimpakan azab kepada sesiapa saja yang ada   ditengah-tengah mereka. Kemudian mereka dibangkitkan kembali berdasarkan   niat mereka ". Hadis yang sama juga telah diriwayatkan oleh Bukhari   dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda bermaksud " Apabila   Allah menurunkan azab kepada sesuatu kamu, Dia akan menimpakannya kepada   sesiapa jua yang ada diantara mereka. Kemudian mereka dibangkitkan   kembali berdasarkan amal-amal mereka ". Diriwayatkan juga oleh Bukhari,   Muslim dan Malik dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda yang   maksudnya " Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, setiap   orang yang berbicara pada jalan Allah (dan hanya Allahlah yang tahu   terhadap orang yang berbicara pada jalan Nya ), nescaya pada hari kiamat   nanti ia akan datang dengan luka yang mengalirkan darah berwarna merah   dan beraroma (berbau) minyak kasturi ".

Abg...Aidilfitri tahun tidak begitu meriah sepeti tahun - tahun sebelum ini..ntah mengapa? plan berkumpul & berjalan bersama - sama serta ke kuburan bersama - sama sudah tak seperti dulu...abg tahu kan? bahagianya jika abg ada bersama ayg..ayg cemburu,iri hati bila melihat pasangan lain beraya bersama keluarga masing - masing,,ayg cuba lemparkan perasaan itu jauh - jauh...Cuba ukirkan senyuman di hari raya walupun hai ayg terlalu sakit untuk meneruskan semua itu..Banyangkan yg ayg akan hadapi situasi ini sehingga ke tahun berikutnya...Allah ku redha dengan segala percaturan yang telah kau aturkan untukku..Ku tahu kau terlalu sayangkan aku Ya Allah...Kau tetapkanlah hatiku hanya untuk suamiku..Biarlah dia menjadi suami pertama & terakhirku kerana bagiku inilah jalan terbaik buatku...Sayang ini gambar raya keluarga abg...untuk keluarga ayng belum lagi pulang ke kampung halaman ayg utk beraya...InsyaAllah bila iddah habis nanti baru ayg pulang kekampung..ayg sayang abg..sayang sangat - sangat..




No comments:

Post a Comment