Total Pageviews

Sunday, October 2, 2011

Terima Kasih akak...

Cepatnya masa berlalu diam tak diam hari nie dah empat bulan DIA telah pergi meninggalkan aku...meninggalkan alam fana ini..Semoga abg baik - baik saja di sana yer sayang walaupun ayg tidak mampu menjadi seperti lautan yang luas...tasik yang begitu cantik dan disenangi oleg semua orang..akan tetapi ayg akan cuba menjadi sebatang sungai kecil yang sentiasa mengalir untuk abg di sana..InsyaAllah abg ayg masih di bawah..masih belajar,masih merangkak apatah lagi untuk bertatih utk menjadi seseorang yang bergitu mulia disisi Allah...

30 May 2011..aku mendapat satu pesanan lagi dari seorang sahabat abg..tika dan saat itu aku masih lagi bersedih kerana peritiwa yang berlaku masih terbayang - bayang di mata..Allah..ini lah isi kandungan mesej tersebut..

 assalammualaikum mala
masih menagis lagikah adikku ini? saya tak akan menyuruh mala berenti menangis seperti mana kawan2 malam yg lain suruh malam jgn menagis dan teruskan hidup dan etc. bagi saya, saya akan menyokong mala untuk menangis dan teruskan menangis jika itu dapat menhilangkan rasa rindu didada kepada chon. menagislah sayang, menangislah sepuas-puas hatimu sehingga tiada lagi airmata yang dapat keluar. merintihlah ditikar sembahyang selagi rindu didada masih tebal kepada chon. meraunglah sepuas hati didalam bilik sendirian ketika rindu hendak membelai tangan chon. buatlah semua itu sepuas hatimu mala sebab saya pasti, suatu hari nanti masa akan mengubati semua ini. tanah perkuburan chon masih merah, pemergian dia masih lagi mengejutkan mala, jadi adalah tidak logik utk saya nasihatkan supaya mala tidak menagis. itu hak mala! yang penting, suatu masa nanti mala akan puas menagisi dan akan mulakan langkah baru. pasa waktu itu baru mala bersedia utk memulakan hidup baru. bukan sekarang! sekarang adalah waktu untuk mala dan chon dialam ghaib. mala harus menagis dan teruskan menghadiahkan yasin dan fatihah kepada chon ketika rindu menyapa. teruskan mala, saya sentiasa menyokong mala. kalau mala perlukan apa2 saja, beritahulah saya. kalau saya tak mampu tolong, saya akan cari org lain yg dapat tolong..

-------------------------------------------------------------------------------------------

Wsalam kak (Intan Safinas)

Tidak berkesempatan untuk mala membalas mesej kak..tetapi setiap kata - kata yang di luahkan oleh kak begitu mencengkam naluri mala..Ye kak mala dah menangis semampu yang boleh..setiap hari..setiap detik..setiap minit pipi ini sentiasa di basahi oleh airmata yang tidak dapat di tahan lagi...Begitu murah airmata seorang muslimah yang terlalu jauh lagi perjalanan hidup didunia ini yang hanya keseorangan bersama puteri di kasihi..Ntah la kak mala suntik kata - kata semangat kak bahawa suatu hari nanti mungkin mala akan memulakan kehidupan baru akan tetapi bila mala ingin menjadi lebih KUAT..seakan - akan bisikan itu datang menganggu dan membuatkan mala lemah..

Mala ingin menjadi lebih kuat dan kuat tetapi dmanakah kekuatan mala..Ye setiap hari mengadu di tikar sejadah menangis..merintih padaNYA..apakan daya mala hanya insan biasa..insan yang kadang mempunyai akal pendek..mala masih mencari - cari lagi arah tujuan perjalanan hidup mala..perjalana yang masih belum jelas..Bukan mudah untuk menjadi KUAT..untuk menjadi KUAT mala kena perbaiki kelemahan diri yang ada..Hati ini sentiasa menangis..menangis kerana kekasih hati telah pulang ke kampung halamaNYA..menangis kerana begitu sukar untuk menjaga ikatan ukhuwah antara orang keliling selepas kehilanganNYA...Ahh...sukar betul rencana kehidupan mala..kadang - kadang selalu berfikir jika kematian itu lebih baik untuk mala biarlah Allah matikan mala..akan tetapi jika Allah telah merancangkan sesuatu untuk mala..mala redha dengan ketentuanNYA...

Mungkin perancangan Allah belum sampai lagi sehingga kehari ini..mala perlu tingkatkan lagi KESABARAN mala..tetapi mampukah mala kak..mampukah mala untuk mernharungi semua...pada DIA kita hanya HAMBA..pada masyarakat sekeliling siapakah diri mala yang sebenar.................Allahurabi...

No comments:

Post a Comment