Total Pageviews

Saturday, December 31, 2011

Saya Hargai setiap doa kalian semua...



Alhamdulillah akhirnya semalam doktor yang merawat Nur Hasya Sofea memberi keizinan untuk saya membawa princess pulang ke rumah untuk berubat dan mencari altenatif lain..Kebetulan doktor pakar yang datang buat round semalam ialah doktor melayu so sememangnya dia faham bila saya bagitau nak mencuba penawar tradisional islam pulak..tapi saya dah berjanji dengan dia selepas tiga hari keadaan princess masih tak ok saya akan bawa semula princess ke hospital..

Hampir dua minggu princess berasa di hospital setiap detik,setiap jam,setiap saat saya tak putus - putus mendapat sms,msg,email,call dari saudara dan sahabat handai yang sentiasa mendoakan princess dan memberi kata - kata semangat pada saya..Terima kasih semua jasa kalian semua hanya Allah Taala yang dapat membalasnya.. Insha Allah..

ada serba sedikit saya copy paste kata - kata semangat dan doa dari sahabat - sahabat semua..

Umie Danial

Salam Mala. Kak Umie sedih membaca posting mengenai putri Mala. Ada petua, itu pun kalau Mala nak Cuba buat. Utk hentikan muntah, cuba ikat Tali kasut. Buat mcm rantai. Insyaallah muntah ye Akan berhenti. Akak dah selalu Cuba utk anak2 akak. Alhamdullilah okay.
Jgn lupa bagi minum air yg dimasak selalu utk elakkan Dari dihidrasi.
Lagi satu mungkin dia rindukan arwah. Kalau masih Ada pakaian atau Bantal arwah berikan padanya. Dulu anak akak pun mcm nie, tapi cuma demam panas aje.
Usaha cuba cari air Dari ustadz atau ustazah. Takut tertegur.
Mala mesti kuat ye dik. Ini dugaan Dari Allah utk kita sebagai Ibu tunggal. Kesihatan Mala pun nak dijaga. Bykkan rehat.....
Sama2lah kita berdoa smuga segalanye akan baik, insyaAllah.
---------------------------------------------------------------------------------------

Pretty Chic Closet

Puan Normala, since i follow ur photo that u took at the wad ... everyday mesti saya follow up ur princess status ... I feel that you are the strongest mum in the world ... everyday when i go back, i hug my princess and appreciate more my husband ... I really cant imagine what will i do if i am at ur current situation ... All i know you are super mum ... thanks for your stories, photos, and updates ... i am sure will follow ur princess blog too ... hugs and kisses to her ...

everynite before sleep, i do think of you and ur princess .. hope both of you will get well soon .. and happy always...

:-) Ms Chin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Niny  Fariza

Salam, mala nak bg idea sikit..lau anak2 sy cirit doktr selalu suh tukar minum milo o..bg pekat sikit..pastu doc ada bg ubt lau diorg cirit kena bg..dan ORS la...lau nak try leh jugak...
----------------------------------------------------------------------------------------------

Shifa Umaira

salam k.mala....... setiap ifa tgk perkembangan akak n hasya dlm fb akak ni......... ifa sgt2 terharu atas apa yg dilalui akak...... ifa harap akak sentiasa sabar menempuh apa jua dugaan yg dtg dlm hdp akak.. walaupun perit, ada hikmah di atas suma ini... akak seorang ibu yg sgt2 kuat.. ifa kagum dgn semangat akak..... walaupun xkenal akak, tp kenal dlm fb ni pun dah buatkan ifa sdeh dan sgt2 terharu dgn pengorbanan akak... bila ifa tgk anak akak, teringat anak ifa, lebih kurang sebaya ja.. ifa harap akak kuat ya.. tuhan sentiasa dgn akak... slm perkenalan... :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Firwani Melaka

salam.kak..ada kont juga lama2 kat sepital.kita akan bertambah xsihat sebab persekitaran hospital tu semua penuh penyakit..sian kak n hasya lama2 kat sepital tu..hehe..pendapat je..sebab arwah abah dulu sllu mintak balik..pas balik mmg sihat..kalau dok lama hospital..bukan die je bertambah xsihat..org yg jaga pun dapat sakit..wallahualam
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Zura Zack

akak..sy br bc blob akk.YA ALLAH betape sktnye ht sy menahan sebak.Apetah lb akk yg mengalaminye sorg dr.Hanya ALLAH sje yg th mcm mn perasaan akk.Akk mmg seorg yg kuat, blm tentu sy blh sekuat akk.mdh2 ALLAH p'mdh'n segalenye kak..hanya hasya la harte akk yg plng b'nilai sgt2 sgt2 skrng nie
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sopie Taib

slm mala...maaf gnggu tgh2 mlm ni...akk byk baca kisah mala..terharu bila mndgrnya...brt mata memandang brt lg bahu memikul...dlu akk jgk prnh rasa tggl dlm wad semasa ank akk berusia 4 bulan...ank akk pd msa tu terkena jangkitan paru2 berkuman..tpi alhmdulillah...berkat kesbrn dn doa sekrg dia pun sdh pulih..skrg ank akk berusia 16 thun dh...
klu x kbrtn akk nk tya..ank mala skit apa?? akk ingt nk cba tya dgn sorg ustaz ni..mna tau klu2 dia blh bntu scara prubtn islam...tu pun klu dapat keizinan dri mala...klu mala x izinkn x pe..kita hya berusaha tpi allah yg menentukn..amin...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Marsha KidsCollection

saya nak share cerita dengan mala..tu pun kalau sudi baca ye..maybe diff virus..tapi keadaan sama..

anak saya pernah kena rota virus mase dia umo 2 tahun..dia ertelan air swimming pool mase mandi kat swimming pool kat clubhouse kami..after 5 days..baru virus tu menetas..dia demam tinggi sampai menggigil..muntah dan cirit birit..sampai 20 kali lebih dalam sehari..kami masukkan dia kat hospital kerajaan..sebab tak mampu nak bayar swasta..walaupun doc syed nazir mintak kami masukkan dia ke wad kat kjmc..tapi kami minta referal letter masuk ke hospital sg buloh..demam dia tak turun sebab bila boh ubat kot bontot dia cirit..so tak dak kesan..mula kami bagi gak dia minum susu..masa tu minum pediasure..tgk lepas minum mesti dia muntah..lepas tu kami stop..then ok ckit..4 hari kat hospital lepas 4 hari demam kat umah..doc pakar cuma cakap dia kena diarrheraa biasa je..bila demam dah kurang depa discharge dia..

lepas balik umah kena second attack..demam tinggi lagi sampai menggigil..last2 kami bawak gi kjmc..jumpa dr syed nazir masuk wad..terpaksa demi anak..lepas buat test najis..confirm virus rota tu..which is very dangerous and can caused death if not treated..dia masukkan antibiotic yang kuat and bagi minum (tak ingat dah nama) probiosis ke ape..bacteria baik untuk usus..baru cure..2 minggu anak saya tak boleh makan dan minum..kesian..sampai nangis dia tgk makanan nak makan tapi x boleh..sedih sgt..sebab tu saya terkesan tgk mala ngan hasya..lepas dia baik kami bawak dia balik kg..ambik fresh air supaya dia cepat baik..alhamdulillah..dia dah ok lepas tu..tapi ubat dr syed memang berkesan..tapi mala kat sg petani..but u can call her kalau nak mintak advise..ni no dia k..03-78052111 dr syed nazir pakar kanak2 from kelana jaya medical centre...

hope hasya cepat sembuh dan di jauhi dari penyakit bahaya...amin..
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Zawaher Rahman

masalah apa puan? masalah virus atau usus? maaf yer jika saya bertanya..sy sudi dgr masalah org supaya menjadi panduan kpd saya. saya faham keadaan puan skrg..anak sakit, hati kita sedih, anak kurus, hati kita kecewa.. mcm2 kita ikhtiar, kedang2 kita rasa berputus asa..rasanya darul syifaq ada ajar doa2 penyembuh penyakit..

puan, takde sedara mara lain ker di SP? mak dan ayah mertua sebelah arwah suami ker yg dtg tolong...adik-beradik yg lain ker?

syukur alhamdulilah anak sy skrg selalu sihat..sy bg dia makan multivitamin with laisine
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesuci Dhia

Assalam..
kak,maaf btanya..hari2 status akk ain follow,cuz simpati ngn akk..hasya skit apa kak,lame dah x silap ain akk kt spital kan??akk ibu tunggal ye??ain bru trbce yg pasal nurse 2 duk tanya sal ayah hasya..hubby mninggal knp kak??sbar n kuat ain tngok akk ni,moga lau 1 hri trjd pda dri ain,ain akan kuat mcm akk..
------------------------------------------------------------------------------------------------

Farazul Alya Maira

kak, saya selama ni just jadi silent reader je bila akak pos gambar2 hasya yang sakit.. tapi, sebenarnya, tiap hari saya bulal fb akak utk tau keadaan hasya.. saya tak dpt nak bayangkan mcmmana keadaan saya kalu saya ditempat kak.. mesti sedih kak kan.. anak sakit tanpa suami di sisi.. saya hanya mampu berkata, akak sabar je kak ya.. allah tahu akak kuat, sbb tu dia trunkan ujian ni buat kak.. saya tahu akka mampu hadapi semua ini...
------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan kalian semua yang secara langsung dan tak langsung.. Saya dan Nur Hasya Sofea hargai sangat - sangat..Mudah - mudahan Allah akan permudahkan perjalanan hidup saya dan Nur Hasya Sofea walaupun tanpa suami tersayang  disisi..

Abg ketahuilah selepas abg pergi meninggalkan kami ayg dan hasya tidak keseorangan ramai sausara dan sahabat handai tak putus - putus memberi kata - kata semangat dan sokongan pada ayg untuk bangun semula..Insha Allah abg demi abg ayg akan teruskan perjuagan ini..amin..



Psssssssst...nantikan cerita Di Sebalik Lensa Nur Hasya Sofea tak lama lagi.. Insha Allah..moga di permudahkan..

No comments:

Post a Comment