Total Pageviews

Thursday, August 9, 2012

Blog En. Suami..

Sebenarnya blog ini kepunyaan en. suami sy.. dia create blog nie ketika Nur Hasya Sofea baru dilahirkan.. masa itu sy masih di dalam pantang.. Tujuan utama dia create blog ini sebenarnya utk anaknda tercinta kami dan juga membantu sy dlm memasarkan perniagaan online sy.. Katanya dengan adanya blog ini dapat juga menceritakan tentang kisah hidup puteri kami dan juga perniagaan sy...

En.suami nakkan puteri kami menjadi model dalam blog ini jika saya setuju untuk menggunakan blog ini sebagai laman perniagaan online sy.. tetapi sekarang sy gunakan blog ini menulis kisah kami sekerluarga.. kisah cinta kami dan puteri.. Allah telah mengatur segalanya antara kami.. mungkin dengan adanya blog ini sekarang menjadi penyambung hubungan kami antara dua alam iaitu alam barzakh dan alam dunia selain dari utusan doa sy padanya...kadang2 sy selalu berfikir setiap kali sy menyusun bait2 kata di dalam blog ini sy dpt rasanya spt en suami sedang berada di sebelah sy sambil memeluk sy dan memberi kata semangat untuk meneruskan kehidupan sy dan puteri...En suami seorang yg setia dgn sy.. dia tak pernah sembunyikan sesuatu hal dr sy spt pasword email.. no pin dan lain2.. nakalnya ketika dulu sy tahu.. baiknya ketika dulu sy tahu.. semua kawan2 dia sy kenal dan sekarang kawan2 dia menjadi kawan2 sy.. Beruntung en suami sy kerana mempunyai kawan2 yg sgt baik iaitu SAHABAT..

Sekejap saja kan masa berlalu sudah 14bulan 14 hari En.suami telah pergi meninggalkan sy dan puteri pergi menemui Pencipta yg Agung.. Insha Allah suatu hari sy pun akan menyusul ke sana jua.. menyusul ke kampung halaman yg kekal abadi dan dapat kami berkumpul sekeluarga di sana.. Usia sy pun sudah makin meningkat dari setahun ke setahun sy selalu berdoa semoga Allah panjangkan umur sy supaya sy dpt mendidik Nur Hasya Sofea menjadi anak yg solehah..Aaminn.. Insha Allah..

Kenangan bersama en.suami tak pernah hilang dari ingatan akan tetap tersemat di hati.. Malah makin menjadi semakin kuat.. Jodoh itu rahsia Allah tapi apa yg boleh sy katakan hati sy tetap utk en suami tercinta.. tiada yg lain.. Insha Allah..sy menulis bukan kerana nama. tp menulis hanya sebagai seorang hamba Allah yg ingin menyambung hajat suami tercinta.. iaitu blog ini.. Blog ini kepunyaan beliau.. peninggalan beliau utk sy.... Allah adalah sebaik2 perancang... Merancang sesuatu yg kita tak ketahui.. SubhanaAllah..

kadang2 pada detik tertentu dlm hidup kita pasti kita akan mengingati org yg kita sayang yg sudah tiada lagi.. begitu juga sy yg terlalu mengingai dan merindui suami sy dan kedua ibu bapa sy serta anak sy belum sempat lahir ke dunia.. Mereka telah pergi meninggalkan sy di saat sy amat memerlukan mereka.. huhu..

Sy mesti kuat..
Ya harus kuat..
Kadang2 sy perlu menangis utk hilangkan rasa rindu..
Rindu yg tak pernah padam..

Rindu pada org yg masih ada terubat juga bila bertemu..
Rindu pada org yg telah tiada kepiluan menghiris hati..
Allahurabi.. ku hanya ada kamu Ya Allah sebagai penyuluh hati..
Bimbing la aku kembali ke jalanMU..



Semalam hari lahir sy..beli cake nie utk pujuk hati sebab selalunya hari2 penting sebegini mesti wajib ada cake atk sy dan en.suami... Alhamdulillah bertambah lagi usia sy pada tahun nie.. dgn bertambah usia insan kerdil ini bertambah la lagi tanggungjwb sy di dunia kepunyaan Allah S.W.T.. dah 12 tahun sambut hari2 yg penuh bermakna dgn yg tersayang.. Syukur sgt wlpun 2 tahun 2011 dan 2012 sy dan en suami terhalang oleh garisan dua alam.. tp sy yakin hati kami tetap utuh spt 12 tahun yg lalu masa mula sy kenal dia dan hati sy makin kuat utknya sbgai seorang kwn..sahabat dan juga isteri.. bekalan doa utk dia x pernah sy lupa wlpun senafas hela.. Terima kasih juga utk kawan2..sahabat saudara yg memberi ucapan pada sy semoga Allah panjang umur kalian semua..

Abah ummi sgt RINDUKAN KAMUUUUU!!




Sunday, August 5, 2012

~Senyum,Tangis & Sendu~


Takdir yang menentukan..
Pertemuan yang tak disangka..
Takdir jua yang menentukan perpisahan..
Di talian cinta ini..
Terjalin ikatan mesra..
Walau hanya seketika..
Bagiku sungguh bermakna..

Senyum, Tangis & Sendu.. "Setiap yang berlaku adalah  tertulis di dalam kalamNya"

Kadangkala  (keajaiban) Allah S.W.T perlihatkan kpd hamba2Nya dalam pelbagai rupa dan bentuk. Ada orang kepalanya ditembusi anak panah masih lagi hidup, kerja dua tiga bulan terus naik pangkat, ditetak dengan parang tidak putus tangannya, dan bermacam-macam lagi. Semuanya dalam klausa takdir dan ketetapan atau apa yang digelar dalam bahasa Inggerisnya sebagai sustenance dan juga pertolongan Allah (Nasrullah)

Syukur Alhamdulillah walaupun dah lama sy x update blog ini tp masih ada lagi kenalan2 yg bertanya tentang khabar sy dan puteri tercinta.. Alhamdulillah sy sekarang semakin sihat dan pulih seperti sediakala cuma masih perlukan masa untuk sihat sepenuhnya.. Insha Allah Allah sentiasa melindungi sy dan puteri..

Tngan kanan saya kembali menyentuh dada  di kehehingan pagi ini. Mata di pejam kejap tp skar utk melelapkan mata,.. Hati dan kata mula berbicara menukar tanda sepakat bahawa itu rasanya.. Ya rasa rindu itu kembali lagi.. rasa rindu seorg isteri pada suami di cintai.. Rasa itu melabuhi hati ini.. Sakit sangat yang sungguh tak terperi.. sepertinya sudah tidak dapat di tahan lagi.. makin hari diri ini rasa tewas dengan perasaan sendiri kerana setiap saat.. setiap detik pelahan air jernih berguguran membasahi pipi..

Allahurabi.. susah payah dlm sendu mulut mengucapkan "abg pulangla ke pangkuan ayg" sambil bibir terketar2 dan air jernih laju mengalir membasahi pipi.. tapi semua itu hanya ucapan di bibir tidak mungkin akan berlaku kini,,

Allah.. dalam hati ini penuh kesakitan.. Apa khilafku Ya Allah.. Apa salahku Ya Allah.. apa yg telah ku lakukan mengundang murkaMu Ya Allah sehingga org yg ku sayangi teleh pergi meninggalkan diri ini.. pergi menemuiMu Ya Allah..(Astafuallahalazim aku harus redha dengan ketentuanMu kerana ku tahu kau amat menyangi diriku).

Masih teresak2 dalam tangisan..degupan semakin laju bagai tiada penghalangnya.. semakin laju dan laju dan tidak mahu menurun tahap kelajuanya.. Degupan hati ini sebenarnya ingin berkongsi rasa yg agak lama terpendam dan kini ku meluahkan di dalam coretan blog ini utk mengurangkan rasa sendu di hati..Kenapa rasa itu kembali lagi di sini? rasa saat si suami pergi meninggalkan diriku... saat si suami menghembuskan nafas yg terakhir..sakitnya itu bukan saja pd hati malah pada mata dan akal yg memerhati.. perasaan sakit ini di kongsi dgn semua pacaindera dan hati..

Kehilangan si suami mula2 spt tiada rasa.. rasa biasa.. rasa yg ada di mana2.. setelah lama si suami tiada..baru kini aku perasan perginya yg tidak akan kembali lagi.. dia bukan pergi berkursus.. dia bukan pergi berkerja yg akan kembali tapi dia telah pergi menemui Sang PenciptaNya di saat umurnya 31 tahun meninggalkan diri dan puteri dikasihi.. 

Ntahlah perasaan ini makin kuat.. makin rindu padanya.. Jika di takdirkan waktu boleh di putarkan kembali pasti aku janji untuk tidak mengabaikan walaupun seinci.. pasti aku janji tidak akan melupakannya walaupun sehari..pasti aku janji tidak lalai utk bertanya khabarnya dr hati seorang isteri.. tapi kini semuanya sudah terlambat hanya Doa dan bekalan dr sini yg ku dpt kirimkan buatnya di sana.. Semoga dia sentiasa tenang menanti diriku dan puteri tercinta.. Insha Allah cintaku hnya utk dia sampai ke syurga.. Moga hati ini sentisa buat dia di sana.. sentiasa ingatkan dia di sana.. Suami yg ku kasihi...
Ku berdoa dan berharap agar di bulan ramadhan bulan keberkatan yg mulia dia hadir melihat kami di sini dengan izinNya.. Insha Allah...

Miss u sayang 1,2,3,4,5 dan semua la...Al - fatihah
Al - Fatihah


Thursday, June 14, 2012

Cinta Buat Suami..

364 days ~ 1 years
Until today, I can still feel him and hear his voice clearly during the most previous last moment of my life with him. Teringat saat akhir kukucup dahinya, air mata yang mengalir seolah-olah memberitahu kau sudah hampir menemui penciptamu.
Bang,
May ALLAH swt bless ur soul, forgive ur sins, make ur grave a garden and grant u the highest level of paradise. May ALLAH grant u eternal peace and place ur soul amongst the pious and chosen believers.
May ALLAH swt bless u and count u among the Muttaqin. Indeed ALLAH swt loves u more than us and I am sure will meet u again in Jannah...Cinta ayg masih kuat untuk abg Insha Allah..

setelah setahun berlalu semalam ayg mendapat pertanyaan dri seorang sahabat kita (iaitu sahabat abg)  agak berat persoalan dia untuk ditujukan kepada ayg..pertanyaan dia "puan dah bersedia ke utk penganti con (abg)" terkejut juga ayg mendengar pertanyaan itu hampir 2 minit ayg cuba muhasabah diri.. Astafullallahalazim cepat ayg tersedar dari lamunan dan menjawab "Cinta sy masih kuat utk dia..hnya saya saja yg blh mendidik anak sy utk kami menyalurkan bekalan utk dia disana".. Insha Allah..
Begitulah kekuaatan cinta ayg dapat dilihat pada setiap pengorbanan seseorang yg bergelar isteri, diam bukan berarti lemah tapi semoga makin kuat ketaatan ayg pada abg selagi nafas terhela..Ikatan zahir dan batin ini Insha Allah akan sampai ke syurga..(perancangan Allah belum tahu utk diri syg dan puteri kita).

Moga kehidupan ayg dan puteri sentiasa mendapat Barakah.. Aamiin..

Pssssttttt: minggu nie anak kita nk pergi sekolah tau sayang nnti ayg loadkan gambr di yer.. sukanya dia ke sekolah..hihih..

Tuesday, June 12, 2012

Hilang kata - kata

Lama benar aku tidak menulis, menulis mahupun dengan perasaan atau fikiran. Terlalu lama sehinggakan aku merasa kehilangan kata-kata malah tulisan aku amat tumpul sekali. Bertungkus lumus menyiapkan kerja - kerja dalam kepadatan jadual sebagai peniaga memang amat memenatkan. Itupun aku memaksa diri menulis untuk memastikan semua kenangan yang tertulis ini akan di baca oleh puteri suatu hari nanti.
Banyak yang ingin aku ingin bicara dan kongsikan, tapi semuanya hilang. Kata-kata aku banyak hilang dalam hati. Hilang dalam fikiran. Yang akhirnya membuatkan mata pena aku tumpul dan terpaksa diasah kembali.
Pernahkah korang rasa sunyi dalam keramaian? Saat ini begitulah keadaan aku yang kehilangan kata-kata untuk ditulis,dilakar,mahupun dizahirkan. Ianya lebih banyak menari-nari di dalam hati. Sepertimana aku sendiri yang lebih suka mendengar muzik instrumental yang bunyinya tanpa kata-kata.
Kata-kata aku hilang untuk dilafazkan, melainkan ianya bersuara di dalam hati bersama pada Tuhan, sang kekasih Agung. Apakah nilaian aku sebagai seorang hamba kepada-NYA dalam kehidupan yang panjang ini? Apakah aku telah menjadi hamba-NYA yang terbaik? Apakah aku ini akan mati dalam keadaan husnul khatimah.?  
Dalam keadaan hilang kata-kata, aku cuma mampu berkongsi ini :-
“Hai jiwa yang tenang( nafsu mutmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhoiNya, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku dan masuklah ke dalam Surgaku).” Al-fajr.

Setahun Berlalu..

Setahun Berlalu selepas kehilangan suami tercinta...banyak perkara yang berlaku terutama pada thun 2012..aku redha dengan segala ketentuanNya.. dalam masa setahun ini baru ku sedar bertapa sukarnya hidup sebagai seorang balu bila kehilangan suami tercinta...air mata tak pernah putus mengalir setiap hari tanpa sedar.. hadirnya aku sebagai isteri pada suami tercinta pada tahun 2008 dia telah banyak mengajarku tentang bagaimana untuk berdikari dan tidak menyusahkan sesiapa yg penting katanya jangan sesekali melukakan hati orang di sekeliling kita.. Biar hati kita sentiasa terluka tapi kita masih boleh berusaha untuk menjadi dengan lebih yang baik..takpalah sebenanrnya aku tak kisah apa tanggapan orang pada aku..
 Di telan mati mak.. di luah mati bapa' mungkin ini prinsip aku sekarang sejak aku menjadi isteri kepada suamiku dan prinsip itu bertambah menjadi lebih kuat..Insha Allah..

Selepas arwah pergi meninggalkan aku dan anaknya yg tercinta.. aku lebih suka memendam perasaan.. aku xnak org tahu apa yang ku alami terumata org yang rapat denganku.. Sebenarnya aku xnak menyusahkan dan membebankan sesiapa.. aku takut nanti ramai hati yg terluka.. kadang - kadang aku terfikir macam nak berhijrah membawa puteriku jauh dari sini jika itu lebih terbaik untuk kamu dua beranak..Semasa aku berada di hospital baru nie ku tersedar rupanya aku banyak menyusahkan banyak pihak.. Moga Allah sentiasa perlihara kesihatanku.. Jika ku di beri sakit lagi biarlah anaknda yang tercinta yang menjagaku sepertimana aku perah menjaga abahnya setahun yang lalu.. Hasya mesti cepat besar yer sayang... kalau boleh ummi nak sangat biar masa berlalu dengan pantas..kalau ditakdirkan ummi pergi menyusul menemani abahmu ummi nak kamu hidup berdikari spt diri ummi sekarang.. tapi jangan terlalu memendam perasaan klau terlalu sarat tulislah di kertas kemudian bakar kertas itu untuk meluahkan apa yang terpedam..Insha Allah kamu akan berasa lega..

Sebenarnya hidupku sekarang sangat indah walaupun tanpa suami aku selalu di temani olehsi comel yang sentiasa petah bercakap dengan kata2nta..
"hidup ibarat kopi biar pahit tapi tetap boleh di nikmati..

Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Kehidupan aku berputar seperti roda... ada masanya aku berada di atas.. ada masanya aku berada di putaran bawah.. tidak selalunya aku akan sntiasa berada di atas dan tidak selalunya jugak aku akan sentiasa berada di bawah.. tapi ada ketikanya dalam kehidupan ku bersama anaknda tercinta  aku berasa begitu kecewa sekali bila berdepan dengan makhluk bernama manusia.hidupku bila sentiasa berdepan dgn keinginan dan kemahuan manusia yg terhad kdg2 menjadi jiwaku perit dan sesak sekali..buat begini pada hari ini mungkin ada yg suka dan ada yg tidak suka.. hari nie mgkin mereka semua baik dgn diriku dan juga si comel.. tiba2 hari esok tiada siapa yg tahu mereka yg ada  cuma mempermainkan diriku dan si comel..aku dah cuba bermacam2 cara utk memuaskan hati semua org terutama org yg ku sayang tapi baru ku tahu bahwa diriku tetap tak mampu jua.. Hnya berserah pada dia Sang Pencipta..

Maka, kalau memuaskan hati manusia tidak akan pernah dapat memberi kepuasan dan ketenangan kepada kita, maka kenapa kita tidak kembali mencari kepuasan dan ketenangan ini daripada Pemilik-Nya? Letakkanlah hujung tali kehidupan kita ini pada kekuasaan dan keredhaan Allah s.w.t. Pastilah ketika kita merasa sempit, sesak dan kecewa dengan tekanan yang menjengah dalam kehidupan kita, ada hembusan ketenangan yang datang bertiup lembut dari-Nya memujuk dan membahagiakan hati kita daripada segala kesesakan itu...
Biarlah ku hidup bahagia bersama puteriku kerana itu PILIHANKU.. Allah sentiasa bersama kami.. Insha Allah..

Saturday, April 7, 2012

Abg...ur wife SUPERMAK ler!!

Abg................ jangan abg tidak percaya ummi roudtour bersama lori 5tan...ummi supermak kan...supermak abg dan hasya sofea.....miss u sayang.....:(

dah lama tak update blog hari nie saya cerita tentang kisah perjalanan saya semasa roudtour bersama lori 5 tan pada 19march yang lalu..pengalaman yang saya sendiri tidak sangka yang saya mampu meneruskan tanpa suami di sisi.. Alhamdulillah...psssssttttt...abg ada kan masa itu..:)

berkat kesabaran saya dan segala tomahan dari orang sekeliling saya sahut cabaran mereka untuk membuktikan yang saya seorang perniaga yang bukan hanya hangat - hangat tahi ayam...saya betul - betul nak berjaya kerana itu adalah impian suami saya yang di kasihi..tika dulu kami jatuh bangun bersama dalam apa jua perniagaan yang kami cuba ceburi tapi kami tak pernah goyah cuba dan cuba sehingga suami saya menghembuskan nafas terakhir.. akhirnya saya bangun dengan semangat yang baru untuk meneruskan perjuangan beliau..

seronok sebenarnya masa hari perjalanan roudtour itu walaupun dari segi fizikalnya saya sangat letih tapi itu telah mengajar saya tentang erti kepayahan untuk menjadi seorang wanita yang berjaya."nak senang lama kena susah pun lama tau".. nasib baik saya mempunyai sahabat - sahabat yang telah membantu saya dari perjalanan kami bergerak dari kedah sehingga selamat pulang... terima kasih pada Puan hasnieta dan suami serta geng - geng lori yang very sporting habis.... Sungguh licin perjalanan Allah yang di aturkan pada kami.. Allah mempermudahkan segala urusan saya semasa roudtour hari 2..

pukul 4 petang bertolak dari kedah dalam mengharungi hujan yang sangat lebat dalam perjalanan (hiighway) kesana..dengan teletah nur hasya sofea yang tak pernah duduk diam membuatkan saya tersenyum dalam perjalanan..kadang - kadang marahkan dia pun ada juga,..hihi..sampai di sana hampir pukul 11 malam agak lambat kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan...selepas selesai ambik stok barang kami terus pergi ke sebelah tesco selayang untuk mencari hotel - hotel yang boleh merehatkan badan.. pukul 3.00 pagi kami semua check in hotel...budget hotel semalam RM70 aja...ambik 3 bilik utk kami berenam...hahaha yang kelakarnya tido atas tilam hotel itu seperti tido di atas papan...tilamnya mak aiiiiii kerasnya....hohoho...sakit belakang rasanya...hik..hik..

esok pagi sesudah subuh telefon saya berdering tanpa henti..pangilan dari customer - customer yang di hargai..setiap panggilan yang masuk adalah rezeki saya walaupun kadang - kadang agak merimaskan tapi saya masih tersenyum kerana itu adalah rezeki saya dan hasya sofea..tanpa usaha keras untuk berjaya kita takkan berjaya.. Insha Allah doakan yang baik - baik saja untuk saya yer..:)

Pengalaman yang cukup indah pada hari tersebut seisi suai kenal dengan customer - customer yang selama ini hanya kenal di alam maya sahaja membuatkan saya terkesima walaupun saya tidak mengenali sepenuhnya mereka semua tapi saya suka kerana masing - masing mempunyai sikap keramahan yang terpancar..(mungkin semua orang berniaga macam nie kot kena ramah antara satu sama lain..hik..hik..) apapun u all semua memang sporting giler la..best macam nak buat lagi roudtour 3 bulan sekali ka..hihihi...Insha Allah jika Allah perkenankan dan sokongan dan dorongan dan sahabat - sahabat semua..

sayangnya planing sebelum pergi kalau berkesempatan nak bergambar dengan semua customer tapi oleh kerana kesibukan saya yang terselah terpaksalah pendamkan saja hasrat di hati..:) takpa lain kali saya bawa jurufoto sama ya...:) saya berharap semua customer saya berpuas hati dengan layanan saya hari 2 walaupun kadang - kadang moody saya agak serius mungkin kerana penat tapi saya tahu anda semua pasti memahaminya.. 3 hari 2 malam pengalaman yang begitu bermakna dalam hidup saya dan jugak wakil suami di sana..ummi harap abg tersenyum di sana melihat telatah isteri abg yang agak hyperaktif besama puteri kita..hihihi..ini baru dikatakan hidup malaysia seperti dialog abg yang selalu sebut perkataan " Hidup Malaysia"

malasyia masih hidup abg cuma abg saja terlalu cepat pergi meninggalkan ummi tanpa boleh melihat pembangunan malaysia yang akan datang.. abg pergi meninggalkan pesanan..amanat yang terlalu berat untuk ummi mengharunginya.. tetapi alhamdulillah berkat kekuatan minda dan fizikal yang ada dalam diri ummi hampir 50% pesanan dan amanat abg ummi laksanakan..Syukur padamu Ya Rabb kerana sentiasa melinndungiku insan yang lemah yang alpa dan tidak boleh melarikan dari membuat kesilapan..Hidup ummi perlu diteruskan banyak perkara sayang yang bermain di minda ummi untuk maju lebih ke depan.. simpanan ummi belum cukup sepenuhnya untuk menunaikan impian abg.. Insha Allah lima tahun ke hadapan selagi umur panjang mana tahukan? abg doakan ummi di sana yer sayang..dan ummi sentiasa doakan abg dari sini supaya abg boleh tido dengan tenang di sana...tak sabar rasanya nak jumpa di sana tetapi ummi perlu siapakan bekalan untuk kita berdua yang secukupnya terlebih dahulu sebelum Allah izinkan kita bertemu semula...

Makin hari cintai ini semakin menebal tak pernah pupus walaupun setiap hari ummi menghadapai situasi yang sangat sibuk..dalam kesibukan harian wajah abg masih akan nampak di mana - mana.. Subhana Allah..Allah terlalu eratkan hubungan kita ummi perlu kekalkan hubungan ini hingga ke syurga menemani abg di sana..Amin...

Eh..melalut pulak saya ini..hihi..bercerita pasal roudtour tadi saya tidak ada paa lagi yang perlu di ucapkan.. TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN DAN DORONGAN BUAT SAYA..INSHA ALLAH HANYA ALLAH YANG MEMBALAS JASA KALIAN SEMUA..
jika ada..orang buat baik pada kita..kita hendaklah membalas dengan kebaikan bersama..jika ada orang yang berbuat jahat pada kita...kita hendaklah membalas dengan senyuman dan doakan yang baik - baik saja untuk mereka.. Insha Allah kemenangan akan bersama dengan orang yang sabar..tak semestinya dengan mengalah menbuatkan kita kalah akan tetapi kita menang di sisi Allah.. Mujahadahlah..Insha Allah...:)

MUJAHADAH.
Bukanlah satu ungkapan hebat yg terbit dari jiwa yg kental
Bukanlah sekadar ungkapan keras, memecahkan hening.

Tapi suatu tindakan yg maha hebat.
Menolak nafsu sehabis-habisnya.
Mengekang keinginan yang datang membawa keseronokan yg memusnahkan.
Menghapus gejolak jiwa yang membisikkan keindahan.
Satu usaha mememangkan Iman saat akal, hafsu dan hati berhempas-pulas berlawan.

Sehebat mana pun ungkapan mujahadah diungkapkan, tapi tiada tindakan yg mengiyakan, tiada guna.. Mujahadah itu pahit kerana ganjaran syurga itu manis...

sisipan gambar yang tak seberapa masa di roudtour hari 2...tak sempat pun saya nak capture banyak - banyak

Thursday, March 8, 2012

Hukum Karma Pasti Ada..Insha Allah..

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi..




 Kita adalah Hamba Di SisiNYA..dan kita juga tidah ada hak untuk menghukum anak - anak adam yang lain..siapakah kita untuk melakukan semua itu? tapi itulah hakikat yang tidak dapat di sangkalkan pada masa kini..Manusia yang tidak takut pada Hukum Allah mahupun undang - undang dunia..apa yang saya boleh katakan pada orang yang menzalimi saya Hukum Allah tetap ada..sudah acap kali saya di zalimi..kadang - kadang saya selalu terfikir apalah dosa saya kepada mereka..tetapi bila fikir balik secara rasionalnya..Allah sedang menguji saya kerana Allah terlalu sayangkan saya.. Insha Allah Allah sentaisa bersama orang yang sabar...PAsti!!

Ku tahu Ya Allah jika hambuMu yang kerdil ini bersalah ku mohon kemapunan padaMU..Mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..Ku tahu Ya Allah...kau tangguhkan sesuatu untuku kerana ingin memberi sesuatu yang lebih baik buatku..Hikmah yang berlaku samada baik atau buruk ku tetap bersyukur kerana ku mampu lagi menghela nafas di muka bumi milikMU..Ku pasti kebenaran untukku tetap ada suatu hari nanti dan sebagai hamba ku tidak boleh menceritakan demi menjaga hati sesama hamba lain dan mengaibkan sesiapa saja..Namun apa yang pasti Hukum Karma tetap berlaku..Baik di balas dengan yang baik..jahat tetap di balas dengan kejahatan..Namun sebagai seorang hamba disisMU ku hanya mampu berserah padaMU dan berdoa..berdoa..berdoa..dan terus berdoa..Insha Allah kebenaran pasti Milikku...:)