Total Pageviews

Thursday, July 21, 2011

Muhasabah Cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu


Huraian :
Pengajaran hadis:

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)

iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.


Ya Allah
Kadang-kadang aku berdoa utk kuat...
Tapi kenapa byk dugaan & ujian dariMu..
Kadang-kadang aku minta cerdik...
Tapi masalah pula yang timbul...
Kadang-kadang aku minta bahagia dariMU..
Tapi hura-hara pula yang timbul...D

Akan Tetapi Ya Allah..
Dugaan menjadikan mental aku kuat..
Masalah menjadikan aku sentiasa berfikir mencari kelemahan diri...
Huru-hara menjadikan aku semakin hari semakin tabah...

Hebat kan Ya Allah...
Semua ada hikmah yang telah tertulis untuk hambaMU yang bernama NORMALA BINTI TAIB...

Ya Allah...
Hanya pada Mu tempat ku mengadu & memohon...
Kurniakanlah kepada ku ketenangan hati & perkhabaran gembira...
Lindungilah aku selalu kerana aku insan yang lemah..
Jika mati itu terbaik untukku...
Kau matikanlah diriku..
Tapi Jika kau telah rancangkan sesuatu untukku..
Kau tetapkanlah imanku supaya ku bersedia dan redha dengan ketentuanMU..

1 comment: