Total Pageviews

Tuesday, June 12, 2012

Setahun Berlalu..

Setahun Berlalu selepas kehilangan suami tercinta...banyak perkara yang berlaku terutama pada thun 2012..aku redha dengan segala ketentuanNya.. dalam masa setahun ini baru ku sedar bertapa sukarnya hidup sebagai seorang balu bila kehilangan suami tercinta...air mata tak pernah putus mengalir setiap hari tanpa sedar.. hadirnya aku sebagai isteri pada suami tercinta pada tahun 2008 dia telah banyak mengajarku tentang bagaimana untuk berdikari dan tidak menyusahkan sesiapa yg penting katanya jangan sesekali melukakan hati orang di sekeliling kita.. Biar hati kita sentiasa terluka tapi kita masih boleh berusaha untuk menjadi dengan lebih yang baik..takpalah sebenanrnya aku tak kisah apa tanggapan orang pada aku..
 Di telan mati mak.. di luah mati bapa' mungkin ini prinsip aku sekarang sejak aku menjadi isteri kepada suamiku dan prinsip itu bertambah menjadi lebih kuat..Insha Allah..

Selepas arwah pergi meninggalkan aku dan anaknya yg tercinta.. aku lebih suka memendam perasaan.. aku xnak org tahu apa yang ku alami terumata org yang rapat denganku.. Sebenarnya aku xnak menyusahkan dan membebankan sesiapa.. aku takut nanti ramai hati yg terluka.. kadang - kadang aku terfikir macam nak berhijrah membawa puteriku jauh dari sini jika itu lebih terbaik untuk kamu dua beranak..Semasa aku berada di hospital baru nie ku tersedar rupanya aku banyak menyusahkan banyak pihak.. Moga Allah sentiasa perlihara kesihatanku.. Jika ku di beri sakit lagi biarlah anaknda yang tercinta yang menjagaku sepertimana aku perah menjaga abahnya setahun yang lalu.. Hasya mesti cepat besar yer sayang... kalau boleh ummi nak sangat biar masa berlalu dengan pantas..kalau ditakdirkan ummi pergi menyusul menemani abahmu ummi nak kamu hidup berdikari spt diri ummi sekarang.. tapi jangan terlalu memendam perasaan klau terlalu sarat tulislah di kertas kemudian bakar kertas itu untuk meluahkan apa yang terpedam..Insha Allah kamu akan berasa lega..

Sebenarnya hidupku sekarang sangat indah walaupun tanpa suami aku selalu di temani olehsi comel yang sentiasa petah bercakap dengan kata2nta..
"hidup ibarat kopi biar pahit tapi tetap boleh di nikmati..

Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Kehidupan aku berputar seperti roda... ada masanya aku berada di atas.. ada masanya aku berada di putaran bawah.. tidak selalunya aku akan sntiasa berada di atas dan tidak selalunya jugak aku akan sentiasa berada di bawah.. tapi ada ketikanya dalam kehidupan ku bersama anaknda tercinta  aku berasa begitu kecewa sekali bila berdepan dengan makhluk bernama manusia.hidupku bila sentiasa berdepan dgn keinginan dan kemahuan manusia yg terhad kdg2 menjadi jiwaku perit dan sesak sekali..buat begini pada hari ini mungkin ada yg suka dan ada yg tidak suka.. hari nie mgkin mereka semua baik dgn diriku dan juga si comel.. tiba2 hari esok tiada siapa yg tahu mereka yg ada  cuma mempermainkan diriku dan si comel..aku dah cuba bermacam2 cara utk memuaskan hati semua org terutama org yg ku sayang tapi baru ku tahu bahwa diriku tetap tak mampu jua.. Hnya berserah pada dia Sang Pencipta..

Maka, kalau memuaskan hati manusia tidak akan pernah dapat memberi kepuasan dan ketenangan kepada kita, maka kenapa kita tidak kembali mencari kepuasan dan ketenangan ini daripada Pemilik-Nya? Letakkanlah hujung tali kehidupan kita ini pada kekuasaan dan keredhaan Allah s.w.t. Pastilah ketika kita merasa sempit, sesak dan kecewa dengan tekanan yang menjengah dalam kehidupan kita, ada hembusan ketenangan yang datang bertiup lembut dari-Nya memujuk dan membahagiakan hati kita daripada segala kesesakan itu...
Biarlah ku hidup bahagia bersama puteriku kerana itu PILIHANKU.. Allah sentiasa bersama kami.. Insha Allah..


4 comments:

  1. carilah redha ilahi kerana kepadanya kita akan kembali...

    ReplyDelete
  2. kak Mala, sabar bebanyak ye....Allah hanya menguji pada siapa yang dia rasa mampu untuk menanggungnya.....semoga akak tabah membesar kan puteri akak tu...dan beroleh kesihatan yang berpanjangan....amin...

    ReplyDelete
  3. "tidaklah ALLAH itu menguji seseorg hamba itu melainkan dgn kesanggupannya.." (ALbaqarah 285)

    ReplyDelete
  4. kak mala kena bnyak bersabar..b tau akak kuat

    ReplyDelete